Hoho, memang kuat juga pengaruh MasterChef Selebriti pada aku ni. Sejak dua menjak ni bila masak pun selalu jaga timing. Saja je set dalam kepala, 1 jam mesti siap juadah tengahari. Biasa main slow motion je, suka hati aku nak masak lambat-lambat sambil-sambil baca blog....ekekek.
Semalam kan puasa, tiba-tiba teringin sangat nak buat karipap pusing, teringat MasterChef Selebriti hari tu jugalah ni. Paling tak lupa, nama karipap pusing Farouk karipap herot petot tu....hihi.
Kalau nak kata pengalaman buat karipap, memang dah biasa buat dah. Beberapa kali juga up entri mengenai karipap hasil tangan aku. Antaranya di sini, sana dan sinun...hihi. Tapi karipap pusing, memang tak pernah lagi cuba buat.
Start buat pukul 5 petang, konon budget mesti siap goreng pukul 6 petang. Kata nak ikut ala masterchef kan. Tapi hampeh!!!Pukul 7 baru siap. Susah juga nak berkaripap pusing ni. Doh marjerin aku terlebih marjerin kot. Menyebabkan bila masuk inti aje, nak kelim tepi bahagian tengah yang berpusing tu terbukak....huhu. Failed!!! Memang tak boleh masuk masterchef nampak gaya...hahahha.
Bila goreng pun ada merekah lilitan pusingan karipap tu. Adeh!!! Sudahnya aku buat separuh doh aje yang berpusing, separuh lagi, aku gelek biasa je,Tak perlu nak gulung-gulung, jadi kan dia tak berpusing, lagi senang.
buat 4 doh, atas kiri doh biasa, bawah doh marjerin. Inti keledek aku buat semalam. |
Bila aku suruh SRD rasa, dia buat gaya ala Azwan Ali bercakap, "Ingat senang nak buat karipap pusing, berpusing-pusing jadinya. Nko ado...!"
Hahaha, laki aku, tapi nasib baik ayat last dia ada sambung, oklah, jadilah juga, terlebih rapuh kot, marjerin letak banyak. Tulah main ikut sukatan cempak-cempak je, suka hati aku je. Lain kali kena timbang betul-betul sukatan tu...hihi.
Yang penting terhasil juga karipap pusing aku, korang ado!.....
Eiiii....berlagaklah yus ni? Terelebih ngalahkan si AA pulak...huhu.
Eiiii....berlagaklah yus ni? Terelebih ngalahkan si AA pulak...huhu.
Alamak! korang gurau je tau! Tetiba-tiba teringat si AA tu.Takpelah ni percubaan pertamaku berkaripap pusing. Tak mahu patah semangat. Kena cuba dan cuba lagi. Kengkonon nak jaga timing lagi ni, dua jam baru siap karipap, guano?....huhu. Tapi dapat banyak karipap lah, takdelah 4-5 ketul je macam dalam masterchef tu. Kira boleh di maafkanlah kan.
Sebenarnya rasa tak best juga, minggu depan double A dah takde kan, terkeluar sudah dia....huhu. Walau tak berapa suka dia mulanya, tapi dia tu memeriahkan suasana sebenarnya.
~ يوس ~
Menjadi jugalah Yus... Kakak tak pernah buat yg pusing-pusing nie. Tak gigih macam Yus. Kakak kalau bab kuih kan Yus beli aje.. jaaaarang kakak buat.
ReplyDeletehihi..pandai suami akak wat lawak..:)
ReplyDeletesusah ke nak wat karipap pusing ni...? karipap biasa boleh le saya buat..
tak pernah tengok msterchef tu sebab tadak asro..huhu..cam menarik je sebab semua orang cerita pasal mstercef nih...
saya buat sekali dah aritu..pecah perut gak..hehehe..bercinta la nak buat sekali lagi..tapi masuk akak ni da 2 orang dok tayang karipap pusing..kalau takde aral rasanya weekend ni jadikla karipap pusing saya tu..haha..
ReplyDeletecantik apa karipap pusing akak tu...kalau saya lagi lah, tak pernah buat karipap pun...hehe...tapi saya suka episod karipap pusing kat masterchef tu, sbb menemukan kembali dato fazley dan dato siti..sweet la tgk dorang berdua...dato fazley pun ckp dorang sama2 terkedu bila tgk each other...ingat kenangan lama lah tu...eh? lari tajuk lak...haha..
ReplyDeletekak, pengaruh masterchef mmg kuat la, saya pulak dah terbayang nak buat kari udang dan daging masak hitam hujung minggu ni lepas tgk dorang siapkan menu arwah P.Ramlee tu...
lagi satu bila AA tak de nnt, saya rasa sunyi lah kot masterchef nnt, sbb yg lain nampak mcm skema sikit...huhu...
Heheee, kak Myra pun suka tengok Dato' Fazley dato' CT bertemu..
DeleteRupanya dah dekat 7thn depa tak bersua ye, alahai merajuk ke...heheee
waaa, bravo kak..lebih hebat dari tomok ni, hehe..saya jangan cakap yang pusing, yang biasa pun tak reti kak
ReplyDeletegigihnya akak memusing karipap kak.. Anyway, looks yummy lah!
ReplyDeleteKira jadi la tu kak... Lg hampeh kite x penah pun buat karipap biasa pun..
ReplyDeletewahh nampak sedap karipap yus..saya tak penah wat karipap pusing..tapi suke sgt..bila tringin beli jek
ReplyDeletewarna tu kalau kuning sket pasti menarik " komen ala ala chef jo.heheheh
ReplyDeleteCantiknya karipap pusing berbintik-bintik hitam tu....sis pernah buat tp tak menjadi pusingnya.
ReplyDeleteassalam yus..dolu2 acik permah jugak buat karipap pusing ni..sekarang dah malas dah..nak makan beli je seketui..
ReplyDeletePR memang tak pandai buat karipap ni....
ReplyDeletehahaha..kau hado??? :p X leh tahan tag line tu..
ReplyDeleteuntung la family kak yus..akak ni pandai masak kuih muih yg sedap2..
cma masih merangkak2 lagi buat kuih2 ni..huhuh...
klu nak pun tunjuk kat kodai ajo..
nak 1!
suka karipap sardin macam tok Ti.. hu hu sedap...
ReplyDeletecantik karipap pusing akak tuh..rajin memusing karipap ye kak (ayat pun pusing gak nih haha)
ReplyDeleteWahhh!!! jadila karipap pusing..
ReplyDeleteElok je bentuknya ha ;)
masz buat karipap biasa pon x berapa nak menjadi, inikan pula karipap using, mau berpusing2 1 ghrumah nanti... huhu tapi cantik per kak yus buat tu, ok lah kan..
ReplyDeletedah cantik dh tu kak.. rajin akak.. sy lg la.. x pandai wat karipap.. mkn je pandai.. haha..
ReplyDeleteKira oklah karipap pusing yus tu. Karipap biasa pun akak tak lepas.
ReplyDeleteala..tenet lembap..tak kuor gambor la plk..
ReplyDeleteAs salam Yus,
ReplyDeleteTabik spring toink2 dgn karipap pusing tu! Marya buat karipap lg2 kulitnye tu mmg xpernah buat pun...tak reti langsung! Sedaplah pulak.. Kalaulah umah yus dekat boleh mintak sikit?? hehee :)
gigig betul kak yus buat karipap pusing ni. kalau nani buat, selalunya mesti berpeluh nak habiskan satu adunan
ReplyDeletewahhhhh berpusing ieda tgk nie
ReplyDeleterajin tul yus menguli ..
ieda x buat lah kalau pusing2 nie
dah lama tul x uli karipap ;)
entah ingat @ tidak cara nak claim tuu
kak yus tererlah buat karipap pusing.. tabik lah!
ReplyDeleteizan kalau bab yg rumit2 ni mmg surrenderlah jawabnya. tapi kalau kak long izan mmg terer bab2 buat kuih ni... nak2 karipap pusing ni...