Thursday, May 31, 2012

10 pesanan untuk jadi isteri solehah

Kalau semalam aku kongsi panduan untuk menjadi suami luar biasa, hari ni nak kongsi 10 pesanan untuk jadi isteri solehah pula. Info ini aku dapat dari akhbar Berita Harian semalam, Rabu 30 Mei 2012, ms N6 bahagian Agama.

10 pesanan jadi isteri solehah


  • Sentiasa menjadi pendamping suami, menerima segala kekurangan dan tidak membebankan suami.
  • Mendengar dan mentaati suami. ( tapi janganlah taat membuta tuli ya tak, kalau benda yang baik wajiblah taat, kalau yg tidak baik tu, bawa-bawalah berbincang dulu...ayat tambahan sendiri ni.)
  • Memberi layanan baik kepada suami, pelihara anak dan menjaga rumahtangga.
  • Sentiasa tampil menarik dan wangi untuk suami.
  • Mampu mewujudkan hubungan intim yang baik dengan suami.
  • Menjaga makan minum suami dengan betul, tepat serta waktu tidur suami bagi elak emosi suami terganggu.
  • Sentiasa menjaga kebersihan diri dan tempat tinggal.
  • Amanah menjaga harta benda dalam rumahtangga.
  • Isteri tidak boleh membuka aib suami dan hal rumahtangga kepada orang lain.
  • Isteri kena jadi orang yang paling mengagungkan suami.

Image aku dapat dari blog ini, untuk entrinya Isteri solehah perhiasan paling membahagiakan. Sila terjah sana untuk baca lebih lanjut.

Peringatan dan panduan untuk diri sendiri dan kawan-kawan semua. Semoga ianya bermanfaat.

p/s: hari ni tak boleh berlama-lama dengan lappy juga nampaknya. Parents aku nak datang, tengok cucu kesayangan mereka Arif yang luka di kaki akibat terkena lidi basikal tu. Sayang betul atok dan nenek dengan cucu, dengar je cucu sakit sikit, terus terjah....huhu. Maaf ayah, emak, bulan ni belum sempat balik Melaka lagi....:D

~ يوس ~

Wednesday, May 30, 2012

Suami biasa vs Suami luar biasa

Dapat image ini dari fb page Tautan Hati. Suka sangat dengan apa yang di tulis antara suami yang biasa dengan suami yang luar biasa.

Aku letak di blog ni supaya suami tersayang baca. Aku tahu dia suka baca blog aku senyap-senyap...hehe. Juga untuk di kongsikan dengan kawan-kawan yang lain. Apapun, aku syukur punya suami yang dah hampir nak capai status suami luar biasa tu, cuma perlu di top-up sana sini sikit....alhamdulillah. Terima kasih abang kerana menjadi suami, bapa dan ketua keluarga yang baik untuk kami. Semoga akan menjadi lebih baik lagi....InsyaAllah.

~ يوس ~

Kisah kaki Arif luka terkena lidi roda basikal

Cuti-cuti sekolah. Anak semua di rumah, susah juga nak menyelit guna lappy ni. Walau dah beri masa pada mereka, ada masa belajar, ada masa tengok tv, ada masa bermain di luar, ada masa bermain dengan lappy, tapi tulah sebagai ibu kena pantau pergerakan mereka, jadi aku tak boleh culas dengan berlama-lama dengan lappy. Nanti anak-anak kata, "Ibu boleh pulak?".....huhu.

Tapi hari ini, kerana peristiwa semalam, dapatlah update sekejap. Kata aku pada mereka, "ibu nak update cerita Arif ya!"....hehe.

Cuti sekolah bermula, Alia dan Abid dapat basikal baru. Lama dah dia minta, kononnya sebab dapat no 1 periksa akhir tahun sekolah agama tahun lepas. Abahnya janji, tak kiralah sekolah pagi atau petang, kalau boleh dapat no 1, dapat basikal. Janji baru dapat di tunaikan. Sukalah dia dapat basikal. Bila kakak dapat basikal, Abid pun sama minta basikal. Dua orang dapat basikal baru, apa lagi setiap pagi dan petang nak main basikal saja kerjanya.

Basikal pink pilihan Alia dan hitam pilihan Abid.
Basikal Alia ada tempat duduk belakang. Hari Isnin tu, dia nampak aku bawa Arif di tempat duduk belakang basikal aku. Hehe....aku pun ada basikal, lama dah, cuma tak bawa selalu je.Bila aku bawa Arif, mulut aku tak berhenti bercakap, "kaki elok-elok ya, jangan jatuhkan!" Aku suruh dia letak kakinya di atas antara tempat duduk tu. Elok je dia selimpang kaki dia di situ.

Semalam, belum lagi pukul 5 petang Alia minta izin aku nak bermain basikal sekejap. Kata dia depan rumah aje. Aku ingat adiknya tak ikutlah. Sekali semua keluar rumah. Tiba-tiba suasana rumah sepi aje. Mana pergi anak-anak yang riuh ni? Terus berkejaran ke luar rumah. Tiba-tiba kedengaran suara Arif menangis yang kuat. Aduh! Memang kuat suara dia, rasa boleh dengar satu taman.

Aku berlari keluar pagar, tengok-tengok Arif dan Alia di hujung sana, dan Arif sedang duduk di tempat duduk belakang basikal Alia tu. Dalam hati dah terfikir, kaki dia terkena lidi basikal ke?

Tangisan Arif semakin kuat. Jerit dia tak tahu aku nak terangkan di sini macam mana. Macam sakit sangat bunyinya. Aku suruh Aqil tengok. " Ibu!!! Kaki Arif berdarah!", jerit Aqil. 

Cepat-cepat Aqil dukung adiknya dan bawa pulang ke rumah. Ku beriksa kaki Arif, nampak luka dan darah keluar di bahagian belakang kakinya dekat dengan buku lali. Aku panik juga mulanya, jerit Arif tidak berhenti, macam orang kena apa je. 

Bawa masuk, basuh kaki dia, dan sapu ubat luka. Tapi jeritnya masih sama. Kenapa dia menangis tak berhenti ni? Sakit sangat ke, lukanya dalam ke? Aku tengok macam besar juga lukanya. 

Alia yang takut sebab dia yang bawa Arif di belakang basikalnya, masuk bilik terus menangis. Adeh! Ibu tak cakap apa pun, dia dah menangis juga, macam mana ni? Puas juga pujuk, kata Alia tak sengaja kan. Sedih sangat rupa dia, terus pergi kepada adiknya dan minta maaf.

Tapi Arif masa melalak kuat. Tak boleh jadi ni. Aku bawa dia ke klinik berhampiran. Sampai klinik masih melalak. Doktor bersihkan luka, sapu ubat, tampal plaster, dalam masa sama suara dia masih menjerit kesakitan. Satu klinik boleh dengar suara dia. 

Keluar dari bilik doktor, tunggu ubat, baru dia diam. Doktor siap jengah keluar tengok dia yang dah berhenti menangis....hihi. Pesan doktor, plaster lutsinar itu jangan di tanggalkan sehingga lukanya kering.

Balik dari klinik, Arif terus tidur. Bangun dari tidur, lagak orang sakit kononnya dari Arif menjadi-jadi. Suruh berdiri pun tak mahu, tapi masih aktif dan ligat. Dia hanya merangkak ke sana ke mari. Suruh berdiri, katanya sakit. Tapi, aktifnya sama saja.

Sehingga ke malam, sebab dia bergerak aktif macam biasa, plaster di kakinya tanggal. Saat itu dia menjerit semula seperti tadi. Kuatnya aduhai! Sakit benar kononnya. Ya ke tu Arif? Beri ubat antibiotik, dan ubat tahan sakit baru diam.

Pagi ini bangun tidur suruh mandi pun tak mahu. Plaster dan tertanggal kan, jadinya kata dia sakit. Puas aku pujuk, tetap dia kata sakit...hmmm.

Luka di kaki Arif terkena lidi basikal

Arif yang tak mahu mandi pagi, konon kakinya sakit...huhu

Tengoklah lagak Arif tu. Ada rupa orang sakit ke? Dah mula berlari dah pagi ni, tapi bila sebut mandi je, sakit...huhu. Pandai auta ya!

Abahnya kata, kakak pekena Arif pulak ya. Dulu kan kaki Alia terkena seterika Arif buat, ni dia pula yang secara tak sengaja lukakan kaki Arif dengan lidi roda basikalnya. Kebetulan mungkin.

Ada anak-anak aktif macam nilah kan. Riuh suasana rumah cuti-cuti ni. Takpe,minggu depan kita cuti-cuti di Terengganu pula ya.

Eh! Apa yang best di Terengganu ya? Dalam kepala sekarang, nak ke Pasar Payang, Masjid Putih, Masjid Kristal, Masjid Terapung, Pantai Batu Buruk, Taman Tamadun Islam, Muzium Terengganu. Apa lagi yang istimewa di sana? Makan kat mana yang best? Orang Terengganu, sila beri cadangan...hehe.

~ يوس ~

Thursday, May 24, 2012

Mee Racun Batu Pahat | Memang beracun mee ni!!!....huhu

Ok. Sebelum teruskan, cerita ni berlaku awal tahun ini. Sekitar akhir Januari dan awal Februari. Gambar lama memerap dalam kamera, tapi dek kerana malas nak bercerita maka hari ini baru terajin kot...hehe.

Beberapa tahun sudah tinggal di Batu Pahat. Tapi aku tak pernah dengar atau tahu apa itu mee racun sebelum ni. Sehinggalah satu hari, saja google apa tempat makan menarik di Batu Pahat. Aku jumpa blog ini dan ini. 

Mee Racun?? Tak pernah dengar pun? Aku suarakan pada SRD. Teringin sangat nak rasa mee racun ni. Kat mana lokasinya ya? Maka satu hari SRD pun bawa aku dan keluarga pergi mencari lokasi gerai mee racun berdasarkan peta yang di buat dari link blog yang aku sertakan di atas.

Cari punya cari, tak juga berjumpa. Makanya alternatif seterusnya terpaksa  menelefon kawan sana sini. Aku telefon member aku, SRD pula telefon member dia. Mana pula lokasi gerai mee racun ni? Kata popular, kenapa susah nak jumpa...huhu.

Akhirnya setelah berpusing-pusing sekitar BP beberapa kali, jumpalah 3 tempat lokasi yang di beri kawan-kawan kami. Namun ke tiga-tiga gerai mee racun itu tutup hari itu....hampa sungguh.

Tiba di lokasi pertama di bandar, lupa nak snap gambar. Sampai di lokasi ke dua dan ketiga baru teringat nak ambil gambar. Jadi ada gambar dua lokasi sajalah.

Mee racun lokasi ke dua yang kami jumpa. Kat Taman Sri Jaya, belakang MK Curtain BP tu.

Lokasi ke tiga, dekat dengan bangunan Tabung Haji.
Hampa jugalah tak dapat merasa masa tu. Dua tiga minggu lepas tu, kebetulan masa tu emak dan ayahku datang ke mari, kami ajak mereka makan mee racun ni. Lokasi dah tahu jadi senang mana nak tuju. Pergi ke lokasi ke dua yang kami jumpa tu tutup juga hari itu, nasib baik lokasi ke tiga ni buka. Makanya malam itu kami pun dapat merasa buat pertama kalinya mee racun yang mereka dok kata menyengat tu.

Alhamdulillah hari itu gerai mee racun ni buka.
Seumur hidup tak pernah rasa, jadi aku tak tau rasanya macam mana. Dalam hati masa tu perasaan ingin mencuba sangat tinggi, sampai emak dan ayahku pun teruja nak cuba. Ada dua jenis mee racun ni, satu yang biasa, satu mee racun tulang gearbox yang special.

Aku, emak dan ayah order yang biasa saja, sementara SRD minta yang special itu. Mee racun yang di tunggu-tungu pun tiba. Suapan pertama ke mulut aku, terus aku rasa pening! Emakku pun mencuba, dua kali suap, dia pun pening. Bila sampai giliran ayahku, sekali suap je terus reject! Tak boleh masuk dalam tekak kami......huhu.

Memang beracun sungguh mee ni!!!! Ayah terus order menu lain. Aku pula dengan terkulat-kulat terpaksa makan dalam paksa rela kerana aku yang sibuk sangat nak mee racun ni kan. Merengek-rengek minta dengan SRD. Sampai telefon dan sms kawan sana sini. Kalau tak makan, mahu kena teow nanti....hahaha.

Mee racun biasa aku punya.

Mee racun tulang special SRD punya. Siap ada straw tu nak sedut air tulang dia...huhu
Aku tengok SRD makan ok aje. Dia memang biasa makan daging baru, tulang semua ni. Kami je yang terkulat-kulat.

Korang nak tahu tak kenapa mee racun ni rasa beracun sungguh pada tekak kami anak beranak, kecuali SRD. Kami ni memang tak biasa makan daging baru. Bau daging baru pun boleh muntah. Kalau dapat daging korban tu, biasa emak mesti simpan dulu tunggu beberapa ketika, seminggu dua ke baru dia masak. Adik-adik aku lagilah tak pandai makan. Dari jauh, kalau bau orang masak daging baru yang masih fresh, semua boleh lagak macam perempuan tengah mengandung. Uwek sana uwek sini.

Tapi aku sejak kahwin dengan SRD, dah pandai dah makan daging baru sikit-sikit. Sup tulang pun aku dah pandai juga makan. Sebab SRD memang suka semua tu. Itu pasal, bila merasa mee racun ni, yang bahan utamanya daging baru yang fresh, kami semua terkulat-kulat...huhu.

Bagi peminat daging segar, biasa makan sup tulang, suka makan gear box, mungkin korang suka lah mee racun ni. Menyengatlah kot, tapi aduhai, untuk tekak aku, emak dan ayahku tak masuk langsung. Apa pun SRD walau pandai dan suka makan daging baru, tak rasa pun nak makan lagi mee racun ni....

Review dari aku ni mesti buat korang semua tak teringin pun nak rasa mee racun ni kan. Tapi cubalah pergi ke blog-blog lain yang ada buat review baik pasal mee racun ni. Kot boleh buat korang teringin nak rasa.

Tapi kan, gerai tu memang penuh betul pelanggan order mee racun. Siap beratur, dan ada yang order berbungkus-bungkus untuk di bawa balik. Meja sebelah menyebelah pun, bawa segerombolan keluarga masing-masing makan mee racun. Semua di lihat siap menghirup licin pun ada.Sedap sangat gamaknya di tekak mereka, tapi tidak di tekak kami....huhu.Blogger-blogger area BP yang dah pernah makan dan rasa mee racun ni, apa pula pandangan korang ya?

p/s: mungkin sebab rasa mee racun ni tidak seperti yang di bayangkan tu yang baru hari ini up di blog. Lama tu, padahal bulan Feb hari tu merasanya....huhu. Bukan menyengat, tapi tersengat.....hihihi.

~ يوس ~

Tuesday, May 22, 2012

Tukar langsir baru

Dari raya tahun lepas sibuk nak tukar langsir baru, tapi tak bertukar juga. Dari mula masuk rumah ni Feb 2010, itulah langsir yang aku pakai untuk rumah ni. Rasa tiada perubahan.

Aku memang tak pandai nak menghias rumah sangat. Ada masa tengok langsir kat rumah orang, cantiknya!!! Serba lengkap, tapi aku suka yang simple  dan ringkas saja. Mulut aku selalu bisik-bisik manja dengan SRD, "Bang, 2012 kita buat langsir baru tau!". SRD seperti biasa senyum je dia dengan jawapan acuh tak acuhnya, " Yalah!". 

2012 dah muncul, tapi rayanya lambat lagi. Eh! Hari ini baru 1 Rejab lah Yus!! Hehe...... Pagi Jumaat lepas, sewaktu langsir baru sudah berada di tangan aku, sebelum SRD bertolak ke tempat kerja, aku cakap dengan dia, " Bang, kalau nak tukar langsir, tak perlu tunggu raya boleh kan bang?"......hahahha. "Tak sabar nak tukar lah tu! Sukahati ibu!", jawab SRD

Semua tiada di rumah, gigih aku mulakan usaha naik turun tangga seorang diri, turunkan langsir lama sapu sawang2 yang melekat sikit, habuk-habuk mana yang ada, lepas tu seorang diri juga menukar langsir baru untuk satu rumah.Kalau dah menukar langsir tu, seperti biasa mulalah ubah kedudukan perabot sana sini. Kemudian tu, Sabtu Ahad, terus tak sedap badan, pening kepala, sakit sana sini. Apa lagi kena perli dengan SRD le....

" Nak juga tukar langsir, tak boleh tunggu esok lusa, lepas tu buat sorang-sorang. Selalu kan tunggu abang! Kan dan sakit!" (Lebih kuranglah maksud ayat dia, mungkin lain sikit yang dia sebut)

Hehe......semangat nak menukar, tak nak minta tolong suami macam selalu, terima akibatnya sendiri lah kan.

Bila dah tergantung tu, puas hati! Memang ada kelainan, tapi kenapa nampak suram je rumah aku ni....huhu. Langsir lama lagi lawa ke? Oh! Tidak!!!! Aku kata nak rumah lagi cerah, ada sikit-sikit english design, terima jelah. SRD kata, "cantik lah tu, nak cantik macam mana lagi?" Ada je yang kurang di mata perempuan aku ni. Takpe, nanti boleh tambah mana-mana yang patut. Korang rasa macam mana?

Langsir ala english design kononnya..huhu

Bila siang hari nampak cerah, suram je rumah ni rasa...huhu

Malam lebih ceria, tambah-tambah ada Arif di situ
Ini pula hiasan rumah dan langsir  lama, gambar sewaktu mula-mula kami pindah duduk rumah ni.

gambar di ambil dari entri ini.

Aku suka lihat hiasan dalaman rumah Zefa di blognya. Boleh beri inspirasi pada aku untuk mengemas dan menghias rumah. Tapi tak juga pandai-pandai ni......tangan keras kot...hihihi.Nak tambah hiasan bunga-bungaan, tapi tak pandai nak gubah bunga, dan tak tahu juga nak pilih bunga macam mana. Lemah bab-bab bunga ni, kosong je takde bunga pun rumah aku kan...huhu.

Kalau ada yang sudi beri pandangan bab-bab menghias rumah ni amat-amat di alukan. Terima kasih.

Sekian.


~ يوس ~

Monday, May 21, 2012

Sekitar Acara Sukan Tadika Al-Huda daerah Batu Pahat

Memenuhi undangan untuk bersama dalam acara yang di adakan dua tahun sekali di tadika Abid, kami sekeluarga ke stadium Batu Pahat semalam bagi bersama-sama memberi sokongan terhadap Abid dalam acara sukan yang di sertainya.

Abid cukup teruja kerana ini tahun pertama dia menyertai sukan seumpama ini. Ibu dan abah walau dalam keadaan masing-masing kurang sihat tetap bersemangat memberi sokongan. SRD abahnya sakit gigi sebenarnya, aku pula badan kurang sedap, pening kepala aje hari itu...huhu.

Ok, entri ini meriah dengan gambar. Seronok tengok gelagat Abid dan anak-anak di sana sebenarnya. Rasa macam nak kongsi semua gambar aje...huhu.

Sampai sana lebih kurang pukul 8 pagi, Abid di beri nombor pengenalan tadikanya untuk di lekat pada baju. Tadika Abid berada di kumpulan A iaitu tadika ke 4

Acara perbarisan masuk Abid di depan bersama cikgu Zainab dan rakan-rakannya

Itu dia Abid dan rakan-rakan berbaris. Ceria aje muka Abid. Membaca ikrar serta nyanyi lagu negaraku masa ni.  Untuk seluruh daerah Batu Pahat, ada 12 buah tadika Al-Huda di bawah naungan Abim ni.

Abang, kakak dan adik menonton dalam kepanasan terpaksalah gunakan payung.

Ini acara yang Abid sertai. Bawa belon air. Masa ni guru bertugas sedang memberi penenrangan tentang bagaimana permainan akan di jalankan. 

Suka bawa belon air. Abid nampak bersemangat. Untuk acara ini Abid dan rakan-rakan berjaya mendapat tempat ke 2. Hadiahnya kalung medal warna perak.

Ini pula acara terbuka. Acara meniup belon sampai pecah. Abid dapat tempat ke 3 untuk acara ini. Hadiahnya bekas air minuman.

Ini acara mengambil gula-gula dalam tepung guna mulut. Abid tak menang acara ini, tapi gula-gula yang dia dapat cukup banyak juga untuk di bahagi2 sama rata dengan adik beradik yang lain.

Lihatlah muka Abid. Inilah hasil dara meniup tepung untuk mendapatkan gula-gula ....hehe.

Ini pula acara untuk ibu dan bapa. Acara lumba lari dan tiup belon sampai pecah. SRD aje masuk, aku malas, pening kepala...huhu. Untuk lumba lari tu, SRD dapat tempat ke 4. Hadiahnya tupperware tinggi je...huhu.

Ini acara antara ibu bapa dan anak. Memakaikan anak dengan pakaian dari suratkhabar se kreatif mungkin. Eceh. Bertungkus -lumus juga kami menyiapkan Abid. Entah baju apalah ni.

Tekun cuba menyiapkan. Siap selempand dan keris, tapi topinya salah temalah. Patut buat tanjak kan....huhu. Nak nampak warna warni, belon pecah yang bersepah kat tanah tu aku kutip dan lekatkan sekali. Biar ada warna warni...hihi.

Dah siap bergambar bersama adik beradik yang lain dan bergaya sekejap dengan baju dia .... Tapi kami tak menang acara ini. Saguhati pun tak dapat....huhu.

Abid ambil hadiah untuk acara bawa belon dalam air dengan baju suratkhabarnya. Dah macam robot tengok dia...haha. Nak minum air pun kakak tolong suapkan. Macam petani nak pergi bendang pun ada juga ya Abid.
Aktiviti satu keluarga yang menyeronokkan. Acara sukan habis sepenuhnya pukul 11.30 pagi. Terus pulang ke rumah kerana pening kepala Aku semakin menjadi-jadi...huhu. Balik aku telan panadol dan tidur. Anak-anak lain pun tidur juga rupanya. Bangun pukul 1.30 dan siapkan makanan untuk tengahari. Lepas makan sambung tidur..... Aduh! Kenapalah sakit benar kepala ibu semalam. Apa pun aku seronok dapat sertai acara sukan tadika Abid. Hari ini Abid di beri cuti oleh cikgunya kerana dah penat bersukan semalam kan. Teman ibu di rumah sambil gaduh-gaduh dengan Arif lah ya kan Abid....hehe.

Sekian cerita sukan tadika Abid.......
~ يوس ~

Friday, May 18, 2012

Sepetang di pantai Kampung Sungai Lurus

Tak habis lagi entri bersantai kami satu keluarga. Kali ini kami menghirup udara petang di tepi pantai Kampung Sungai Lurus. Dekat saja dengan tempat tinggal kami.

Kalau ke sini, orang biasanya mencari kerang goreng sambal yang sedap. Hari itu,sempat juga aku merasa semangkuk kerang goreng sambal di sana, tapi masa makan tu, lupa pula nak ambil gambar...huhu.

Suasana petang di sana memang mendamaikan. Melihat laut yang bergelombang kecil dengan awan yang cantik, amat menyegarkan. Rasanya Arif yang paling teruja. Tak tahu apa yang seronok bagi dia, mulutnya tak habis-habis bersuara sambil menunjuk ke arah laut.

Seperti biasa gambar-gambar sebagai kenangan kami di sana.

Melihat pantai di waktu petang sambil makan aiskrim

Arif cukup takut berdiri di jeti ini. Dia takut jatuh, apa lagi bila aku dudukkan dia atas kayu jeti tu....huhu

Air mula surut masa ni. Cantik kan.Teringat lagu kanak-kanak yang berbunyi, " Air pasang pagi, surut pukul 5, nyonya bangun pagi siram pokok bunga..."..hehe. Kalau aku ada kamera dslr pasti lagi cantik, tapi ini cuma dari kamera telefon bimbit aku je....huhu

Dari jauh nampak gerai yang menjual kerang goreng sambal di sana...

Awan yang cantik bila hari semakin senja.

Arif mengambil peluang bersantai di belakang kereta abah pula sementara menunggu abang2 dan kakaknya membeli burger.
Sekali-sekala menghirup udara petang di tepi pantai memang seronok. Tapi kat sini takde orang mandi pun, cuma untuk beristirehat dan bersantai saja. 

Sekian....

~ يوس ~

Thursday, May 17, 2012

Mandi-manda di Sagil, Gunung Ledang

Dua tiga hari ni entri penuh gambar je kan. Semuanya merupakan aktiviti kami sekeluarga bersama. Satu hari pasti menjadi kenangan terindah. Saat-saat ini tidak mungkin dapat di putar semula, dan aku memang suka abadikan di blog ini untuk tatapan di kemudian hari. 

Juga aktiviti bulan April lalu, ini kira aktiviti sekeluarga di akhir bulan April. Anak-anak aku semua memang suka mandi-manda. Tapi biasa kami ajak mereka mandi di kolam renang hotel, pernah juga di tepi pantai tapi yang ni mereka kurang minat, sebab air laut yang masin. Kali ini aku dan SRD bawa mereka ke air terjun Sagil, Gunung Ledang pula.

Inilah kali pertama kami bawa mereka ke sini. Kami sendiri dah lama tak mandi-mandai di air yang sejuk berbatu-batu macam ni. Sungguh menyeronokkan. Anak-anaklah paling suka. Walau masing-masing kesejukkan, mereka seakan tak mahu naik. Dapat pula port yang best, boleh lagi main ala-ala tarzan terjun ke sungai, itu yang lagi seronok.

Nak masuk ke sini pun ada di kenakan bayaran. Dah lama tak masuk jadinya macam terpinga-pinga juga mulanya tu. Bayaran masuknya murah je, RM1.00 untuk dewasa dan 50 sen untuk kanak-kanak.

Seperti selalunya, masa untuk aku kongsikan gambar-gambar kami di sana....

Selamat Datang ke Gunung Ledang. Papan tanda ni bersebelahan dengan tempat bayaran masuk ke sini

Sampai sana, kena parking kereta di kawasan letak kereta yang di sediakan dan kemudian terpaksalah menapak menuju ke kawasan air terjun untuk mandi manda.

Tak larat nak jalan jauh ke tingkat yang paling atas untuk lihat air terjun yang lebih tinggi. Dapat lihat yang kecil comel macam ni pun jadilah. Pertanyaan dari Abid bila sampai sini, " Mana air terjun yang tingginya? Takde pun!"....Aduhai anak, ibu dan abah tak larat lah nak naik sampai atas, mandi kat sini pun jadilah ya.

Masuk dalam air. Masa ni masih mencari port yang sesuai, rasa macam tak seronok je kat tempat mula-mula tu. 

Dah jumpa port yang paling menarik. Ada tali untuk anak-anak panjat dan bermain. Semua seronok nak bergayut kat situ, jadi ala-ala tarzan....hehe

Seronok tengok keterujaan mereka. Aqil paling berani, Alia mula-mula takut, kemudiannya dia pun sama berani. Abid, suam-suam kuku je, dia lebih takut pada sejuk, dok sibuk sejuk aje...huhu. Arif sepanjang masa sama ada dengan aku atau dengan abahnya lah.

Dah makin pandai Aqil bergayut di tali itu, Alia siap berjoget ke tu?, atas kanan giliran Alia pula. Bawah kanan tu, ibu mertuaku bersama SRD

Kami sekeluarga yang happy di sini. Lain kali boleh pergi lagi kan, asyik mandi kat kolam renang dalam hotel je tak best juga kan!

Masa untuk pulang ni paling seronok tengok gelagat Arif le. Beriya dia bawa beg kecil yang berisi alatan solek aku tu. Steady je nampak dia kan. Beriya tak mahu kita dukung dia, sibuk nak jalan sendiri, tapi asyik terhuyung-hayang bawa beg tu.....hahahaha.

Arif yang comel dan kelihatan juga ibu mertuaku dan SRD serta anak-anak yang lain sedang menuju kesurau berhampiran masa ni sebelum kami berangkat pulang. Semua yang lain dah mandi dan salin di bilik air bahagian dalam kat air terjun tu, SRD je nak salin kat bilik air bahagian luar di parking lot.
Selepas solat Zohor hari itu, kami meneruskan perjalanan ke Tangkak. Makan tenghari pukul 3 masa tu di Tangkak, kemudian tu ambil kesempatan shopping kain ela untuk baju raya tahun ni pula di Tangkak....hehe.

Sekian cerita kami ke air terjun Sagil, Gunung Ledang.....

~ يوس ~

Wednesday, May 16, 2012

Jalan-jalan ke Coral Wonderland Melaka

Ini pun cerita dah nak hampir basi. Aktiviti pada 29 April yang lalu. Hari yang sama kami melawat Kapal Selam SMD Quessant tu. 

Sebenarnya bila adik aku cerita dia pernah kerja di tempat akuarium ikan di Melaka, aku membayangkan akuarium ikan yang besar macam di Langkawi ataupun di Hull, England. Dua tempat tu aku dah pernah pergi, seronok tengok ikan jerung berenang di atas kita sendiri. Aku hendaklah anak-anak merasakan keterujaan yang sama macam yang aku pernah rasa, sekali bila dah sampai sana, sama tapi tak serupa rupanya. Sebab apa? Sebab Coral Wonderland ni hanyalah merupakan kedai pameran ikan, bukan boleh lihat ikan besar-besar pun...huhu.

Oklah, dari takde kan. Tiket masuk ke kedai pameran ikan Coral Wonderland ni ialah RM30 bagi dewasa dan RM 20 untuk kanak-kanak dan warga tua.(Agak mahal bagi aku, tapi mungkin kos nak jaga hidupan dalam ni mahal kan, redha jelah) Untuk lebih lanjut tahu mengenai Coral Wonderland, boleh terjah laman sesawangnya di sini. 

Oh ya! Coral Wonderland ni terletak di Dataran Pahlawan tingkat 4, kat Bandar Hilir Melaka tu, depan dengan Mahkota Parade...hehe.

Ok, untuk sambungan cerita aku, macam biasa kita tengok gambar ya....

Di hadapan pintu masuk Coral Wonderland ni.

Bergambar di hadapan peta besar ni pula.

Mula-mula dah nampak jerung kecik je...huhu. Sebelah kanan tu terumbu karang yang cantik.

Sessi mencuba keberanian oleh SRD. Dia cuba pegang starfish, jerung pun ya juga, atas kanan tu tak ingat ikan apa...huhu.

Lagi sessi cuba pegang, gamat hitam, udang galah, dan belangkas

Ini antara yang menarik, siput, ketam ular kecik je...nama saintifik dia aku tak ingat daaa....huhu

Lagi yang menarik di sini.

Suka tengok terumbu karang dia ni. Belah atas kanan tu gamat berwarna tau! Cantik kan.

Ikan jerung comel je, tapi bila kita baling makanan, berebut ikan-ikan ni mengejar. Makanan jerung ni boleh di dapati di kaunter tiket bahagian hadapan, kena bayar untuk satu plastik kecik aje, tak ingat harga pulak RM10 kot.
Banyak lagi gambar-gambar semasa di sana. Tak laratlah nak kongsi semua, penat nak edit dan resize...huhu
Sebelum keluar, haruslah singgah di kedai cenderahati dia. Cuma beli satu fridge magnet dengan bayar duit gambar yang juru gambar dia ambil untuk kami sekeluarga kat dalam akuarium tu tadi. Gambar tu berlatarbelakangkan jerung besar yang konon nak telan kami semua. Gambar besar sangat, tak de scanner pula nak kongsi di sini.
Dah keluar dari situ, menuju ke Mahkota Parade pula. Nampak patung gajah, anak-anak sibuk nak naik. Baru naik sikit, dah kena marah dengan security guard kat situ...huhu. Sampai kat parking lot Mahkota Parade pula jumpa orang yang jadi statue merah ni. Nice! 
Oklah. Serba ringkas. Malas dah nak celoteh panjang. Anak dara aku dah minta giliran dia nak main game apa entah...huhu. Salam....

~ يوس ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...