Wednesday, May 16, 2012

Home » , » Terima gangguan SMS

Terima gangguan SMS

Malam-malam buta, membawa ke pagi aku terima gangguan SMS dari siapa pun tak tahulah. SMS pertama  masuk pukul 11.00 malam tadi. Kemudian melarat-larat sampai ke pagi. Aduh! Takde kerja lain agaknya. Tak kan lah tak tahu nombor pakwe sendiri kot? Main hentam aje hantar SMS. Mengganggu betul!

Ini SMS yang aku terima.

Mula-mula dia tulis "SALAM."
Sebab datang dari nombor yang aku tak kenal, aku balas," SIAPA NI?"
Bermula dari situ teruslah meleret-leret SMS nya. Aduh! Perempuan gatal kot!

Ini SMS seterusnya dari dia...


" Pemilik handset ni ke mana?"

" Okay bye!"

" Sory awk ni istri pemilik hdset ni ke? sye tak tahu dia sdh beristri..."

"Papa....god 9 muah muah..."

"Papa...nyenyk tido.ma trsado plak tringt kn papa..huhu..."
image hasil carian google

Nasiblah aku dah tak sedar SMS yang berikutnya dari dia tu, kalau tak memang tak tidur di buatnya. Kemudian tu pagi-pagi, ada panggilan masuk dari nombor sama. Bila aku angkat dia letak telefon. Aku geram, aku telefon dia semula. Tak berjawab pun. Geram puya pasal, SMS dia pula....

" Papa, papa....sape punya papa ni? Salah no ni. Saya bini orang lah!"

Boleh pula lepas tu dia jawab, "Sory tslh no"

Aduh! Takde kerja ke dik non!!! Kalaulah nombor hp yang dia main-main tu pemiliknya lelaki, confirm boleh gaduh rumahtangga lah dik! Cubalah jangan suka-suka SMS kat orang. Suka-suka boleh bawa bencana. Tensen aku pagi-pagi ni...huhu.

Oklah, malas lagi nak layan, lagi di layan aku pula yang stress. Ini pertama kali dapat SMS dari nombor yang tak di kenali dan tulis yang pelik-pelik macam ni....huhu.


~ يوس ~

34 comments:

  1. Suspen gak. Nasib baik dia tulis tersalah no.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau sms ni masuk ke hp suami saya lagilah suspen kak, nasib hp saya...huhu

      Delete
  2. mesti dah tak de kerja nak di buat tu..
    pakai send jer..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. SMS saja nak menganggu kan Wida...

      Delete
  3. Gurauan terlampau namanya ni. Sabar Yus..

    ps: Saya pun pernah kena hujan sms terlampau, tp bukan salah no. Org tu sms sbb no phone sy ada dlm hset pakwe dia. Hmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kes jeles tak bertempatlah ni ya Zefa?

      Delete
  4. Tak malunya dia... kalau kakak pun tension Yus
    Dahlah berkali-kali tapi call pun tak nak jawab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak, berani telefon tak berani pula dengar suara kita, kita call tak jawab, pagi2 buta dok ganggu dengan SMS, mmg tensen...huhu

      Delete
  5. uii..mmg bahaya ni..ni la yg blh membawak ke masalah rumahtangga..kalu kena suami isteri memahami ok la..

    blog yus kemas plk nmpk bila buat layout gini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yus pun suka layout baru ni sbb rasa lebih kemas kan....

      tulah fieda, kalau tak kena gaya mmg boleh haru rumahtangga

      Delete
  6. Assalamualaikum...memang bahaya betul...geram pon ada kan..keja orang yang xdok keja nih..

    ReplyDelete
  7. taktik apakah tu? mcm desperate je! sabo je

    ReplyDelete
  8. mmg selalu berlaku..diorg yg tersilap anto la tu.oklah sy singgah dan follow ye..

    ReplyDelete
  9. hahahaha
    sabo jela
    cheqna ada pengalaman gak...sangat geram sapa cheqna ugut nak wat report

    ReplyDelete
  10. aduhh debar2 ..
    ieda kalau tuu nak ngamuk je yus
    dah lah tgh malam kan
    ngader betul betina2 skrg nie ! .. eiii geli

    ReplyDelete
  11. nasib baik bukan masuk kat hs laki akak.. kalau tak perang dunia ketiga jugak..adeh.. berani betul pompuan zaman sekarang ni kan..

    ReplyDelete
  12. MMG ADA SPESIS MCM NI.
    SAJE SUKA2 MANA TAU TERSANGKUT.
    MINTAK JAUH LA

    ReplyDelete
  13. biasanya orang laki yang suka meroyan sms pelik2 macam ni..
    tp ada jugak eyh org pempuan yang macam ni..kesian dia..

    ReplyDelete
  14. adoiii naseb x masuk dekat henfon hubby akak...

    ReplyDelete
  15. macam macam karenah orang sekarang ni, macam dah tak ada kerja lain

    ReplyDelete
  16. salam..

    nasib baik salah nombor..kalau x..hehe

    ReplyDelete
  17. takde keje kot org tu. teringat dulu masa kat U, housemate suka2 try sms kat no. mcm2, saje nak test, last2 ada yg reply, pastu terus berkenalan, jadi couple dan kahwin, skrg dah 3 anak dah. hehe.. tahun 2000 dulu x ramai lg pakai hp kan. :D

    ReplyDelete
  18. hihi..papa..papa.Akak pun penah dpt sms mengarut2 camtu.wat sakit ati je.bila call balik org indon rupanya.

    ReplyDelete
  19. saje nak kacau orang je kot, kalau saya malas nak layan org camtu

    ReplyDelete
  20. ni sms jerat namanya..
    saja2 hantar kot2 tersangkut..
    perempuan tu meroyan la tu..
    heheheh

    ReplyDelete
  21. salam kak..
    cma pun penah dpt gangguan dan m.call mcm ni..dari laki plak tu..nk menggatal!..
    sabar jela..

    mmg takut jgk kan kak..

    ReplyDelete
  22. dah biasa kena.. nasib tak baik boleh gaduh dibuatnya..

    ReplyDelete
  23. ganggguan sms macam tu lah yang selalu memporak poranda kan umah tangga orang... kita jangan layan sangat benda2 macam tu..

    ReplyDelete
  24. aduhai.... nampak sgt meroyannya....perempuan tu....

    ReplyDelete
  25. Bahaya kan kak, blh salah faham gini..

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...