Wednesday, May 09, 2012

Home » Cabaran ketika berdiet

Cabaran ketika berdiet

Alhamdulillah aku ada pembaca setia. Walau beberapa hari menyepi, buat saja entri pembuka, kotak komen tu tak sunyi pun. Terima kasih.

Oh! Ada yang tanya pasal diet lah...huhu. Sebelum tu, weight lost ticker aku hari ini ialah..




Anda boleh baca di sini dan di sini antara cabaran dalam berdiet yang biasa berlaku. Tapi aku nak tambah sikit dari pengalaman aku sendiri dalam sebulan seminggu berdiet ni.

1. Cabaran bila berdiet tapi kita tidak di rumah sendiri. Sangat susah ok. Kalau di rumah sendiri, bolehlah makan apa saja yang kita masak kan. Kita sendiri pun dah tahu kita tengah diet, jadi tak kan nak masak sedap-sedap sangat ya tak. Tapi jangan sampai untuk anak-anak pun masak ala kadar je, mereka tak perlu diet, mereka perlu nutrisi cukup...huhu. 

Kenapa susah? Susah sebab orang dah masak, pelawa kita makan, tapi kita macam tak mahu makan. Nanti kata sombong pula, nanti mereka kata, aikk, diet-diet pulak, tak perlulah. Tahan muka je dengan cakap orang walaupun emak atau keluarga sendiri., so kena kuat semangat!

2. Nak diet tapi dok jalan-jalan makan angin pulak. Ni pun susah. Susah juga nak pilih makanan apa di luar. Lebih-lebih lagi bila lihat semua yang lain makan sedap-sedap. Sangat menguji nafsu sendiri ok! Kita pulak lebih banyak bergerak, lagilah cepat lapar kan. Maka, kenalah pilih makanan yang kurang kalori pada pandangan mata sendiri,..haha.

3. Tengah diet, tapi makanan yang kita masak di rumah untuk anak-anak tak habis. Susah kan! Selalu sebagai ibu, kitalah yang tukang dok perhabis makanan bila mereka semua makan tak habis, tapi sekarang kita tengah diet. Rasa sayangnya kalau di buang saja, di simpan dua tiga hari, kita sendiri pun tak lalu makan. Makanya kenalah belajar masak jangan lebih-lebih, kena ngam-ngam saja untuk mereka makan supaya kita pun tak terlebih ambil makanan..hehe.

4. Dah diet, dah kurangkan pengambilan carbs, dah ambil buah-buahan lebih, sayur-sayuran lebih tapi bila timbang berat sendiri, aiiikkk! Tak turun pun, naik lagi 100gm....huwaaaa!! Ini cabaran paling besar, cabaran untuk tidak putus asa walaupun hasil dari diet kita tu menunjukkan penurunan yang kecil sekali, atau pun ada hari yang naik pula...huhu. Cuma kena pastikan jangan naik mendadak semula, kena selalu on track kata orang. Satu lagi jangan timbang hari-hari, kalau timbang hari-hari, inilah cabarannya....huhu.

Ok, kepala pun malas nak fikir lagi apa cabaran lain. Korang boleh bantu kot tambah...hehe. See, penurunan berat aku dah mula mengecil jumlahnya. Tapi tulah, tak boleh putus asa. Kena teruskan lagi. Dan aku juga dah mula ambil nasi semula, tapi dalam jumlah yang kecil dan hanya sekali sehari. Mungkin sebab tulah berat cuma stabil di situ, turun sangat sedikit. Selain itu faktor-faktor di atas juga antara puncanya....huhu.

Banyak nak cerita ni. Tapi tulah, malasnya nak upload gambar. Selama menyepi dari blog ini, kami ada ke Coral Wonderland, melihat kapal selam di Dataran 1 Malaysia, mandi manda di Sagil, Gunung Ledang, melihat anak grading taekwondo. Teruja nak bercerita pasal semua tu, tapi tulah....mana mood aku entah...huhu.

Takpe, mood dah mari pelan-pelan ni. Kena cuba update juga satu persatu. Terima kasih kerana menjadi pembaca blog setia aku yang biasa-biasa saja ni. Sayang korang semua.

~ يوس ~

23 comments:

  1. hihi..betol2 kitalah tukang perabih..:)

    ReplyDelete
  2. pakngah juga menghadapi cabaran berdiet dan berduet .. hehe

    ReplyDelete
  3. Kakak belum pernah cuba berdiet Yus... kalau boleh buat macam Yus makan nasi sehari sekali tentu baguskan..

    ReplyDelete
  4. gud luck ye kak.. jdkan cabaran penguat semangat.. :)

    ReplyDelete
  5. Kita dah tak kuasa nak diet lagi, makin sedap nak makan adalah lagi2 bila ada mesyuarat kat fakulti dan makanan yang ada tak abis pulak, sayang kan kalau membazir, makanya kami2 ni lah tukang perabisnya..:) tapi insyallah sebelum raya kecik sikit kot, hehe

    ReplyDelete
  6. Saya takut duk dapur klu diet

    ReplyDelete
  7. salam yus..alalak yus..banyaknya halangan..tapi tahniah yus..berjaya jugak kurangkan 5.1kg

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.. dah turun 5 kg juga yer yus.. tahniah.. semoga terus berjaya mencapai target sebenar.. Tahniah dan selamat ulang tahun perkahwinan juga utk yus.. aduhai terharunya saya bila novel TFT juga menjadi hadiah dari suami utk yus.. selamat membaca nanti bila yus ada kelapangan.. semoga yus menyukainya.. harap2 ianya kena dgn jiwa yus..

    ReplyDelete
  9. Memang tulah cabaran klu berdietkan Yus,tu yg Nurul selalu tangguh2 je nak berdiet.....

    ReplyDelete
  10. teringin juga nak berdiet.. tak semangat makan saya melebih segala2nya.. ehehe

    ReplyDelete
  11. selamat berjuang dlm berdiet tau..
    huhuh...bergi bercuti ke..patutla sunyi je blog 2-3 ari ni..

    ReplyDelete
  12. ayu pulak, niaga..
    sangat susah nak kurus.. asyik tgk lauk pauk..
    wahhhhhhhhhhhhhhhhh


    tapikan yus, blog ayu pun sama.. sangat sunyi...

    sibuklah, mcm nak berhenti berblog jer

    ReplyDelete
  13. diet ni memang kena kuat semangat yang biasa terjadi adalah cheqna x kuat semangat kikiki

    ReplyDelete
  14. memang cabaran lah kan yus
    ieda pun dah start semula diet dgn herbalife
    harap2 ok .. setakat nie ada kemajuan ekeke ..
    tapi bila hari minggu punah ranah , same je ngan apa yg yus perkatakan huhuh

    ReplyDelete
  15. salam..

    tahniah krn dh ada pembaca tetap.. ;)

    tersukan diet dgn semangat yea :)

    ReplyDelete
  16. jemput singgah ke shakiddo.com dari hari ni sampai 13 mei 2012 ...ada GA menarik n mudah untuk menang byk hadiah.....:)

    ReplyDelete
  17. Bilalah semangat diet nak menyinggah dalam diri ibu Yusuf ni kan. Tolonglah hembus sikit semangat tu ke sini. Teringin juga nak kurus.. huhu..

    ReplyDelete
  18. Cabran makanan sedap2 tu xtahan tu kak hehe..moga dapat capai target berat akak tu nanti..Qema pun tgh risau berat naik byk, risau kot susah nak turun lepas bersalin nanti huhu

    ReplyDelete
  19. Yup like entri ni , terima kasih untuk backlinks tu ..

    ReplyDelete
  20. memang mencabar nak diet ni ya..hihihi sy cabaran nak naikkan badan je, nak nampak berisi sikit tapi tah bila akan tercapai :(

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...