Thursday, May 17, 2012

Home » , , , » Mandi-manda di Sagil, Gunung Ledang

Mandi-manda di Sagil, Gunung Ledang

Dua tiga hari ni entri penuh gambar je kan. Semuanya merupakan aktiviti kami sekeluarga bersama. Satu hari pasti menjadi kenangan terindah. Saat-saat ini tidak mungkin dapat di putar semula, dan aku memang suka abadikan di blog ini untuk tatapan di kemudian hari. 

Juga aktiviti bulan April lalu, ini kira aktiviti sekeluarga di akhir bulan April. Anak-anak aku semua memang suka mandi-manda. Tapi biasa kami ajak mereka mandi di kolam renang hotel, pernah juga di tepi pantai tapi yang ni mereka kurang minat, sebab air laut yang masin. Kali ini aku dan SRD bawa mereka ke air terjun Sagil, Gunung Ledang pula.

Inilah kali pertama kami bawa mereka ke sini. Kami sendiri dah lama tak mandi-mandai di air yang sejuk berbatu-batu macam ni. Sungguh menyeronokkan. Anak-anaklah paling suka. Walau masing-masing kesejukkan, mereka seakan tak mahu naik. Dapat pula port yang best, boleh lagi main ala-ala tarzan terjun ke sungai, itu yang lagi seronok.

Nak masuk ke sini pun ada di kenakan bayaran. Dah lama tak masuk jadinya macam terpinga-pinga juga mulanya tu. Bayaran masuknya murah je, RM1.00 untuk dewasa dan 50 sen untuk kanak-kanak.

Seperti selalunya, masa untuk aku kongsikan gambar-gambar kami di sana....

Selamat Datang ke Gunung Ledang. Papan tanda ni bersebelahan dengan tempat bayaran masuk ke sini

Sampai sana, kena parking kereta di kawasan letak kereta yang di sediakan dan kemudian terpaksalah menapak menuju ke kawasan air terjun untuk mandi manda.

Tak larat nak jalan jauh ke tingkat yang paling atas untuk lihat air terjun yang lebih tinggi. Dapat lihat yang kecil comel macam ni pun jadilah. Pertanyaan dari Abid bila sampai sini, " Mana air terjun yang tingginya? Takde pun!"....Aduhai anak, ibu dan abah tak larat lah nak naik sampai atas, mandi kat sini pun jadilah ya.

Masuk dalam air. Masa ni masih mencari port yang sesuai, rasa macam tak seronok je kat tempat mula-mula tu. 

Dah jumpa port yang paling menarik. Ada tali untuk anak-anak panjat dan bermain. Semua seronok nak bergayut kat situ, jadi ala-ala tarzan....hehe

Seronok tengok keterujaan mereka. Aqil paling berani, Alia mula-mula takut, kemudiannya dia pun sama berani. Abid, suam-suam kuku je, dia lebih takut pada sejuk, dok sibuk sejuk aje...huhu. Arif sepanjang masa sama ada dengan aku atau dengan abahnya lah.

Dah makin pandai Aqil bergayut di tali itu, Alia siap berjoget ke tu?, atas kanan giliran Alia pula. Bawah kanan tu, ibu mertuaku bersama SRD

Kami sekeluarga yang happy di sini. Lain kali boleh pergi lagi kan, asyik mandi kat kolam renang dalam hotel je tak best juga kan!

Masa untuk pulang ni paling seronok tengok gelagat Arif le. Beriya dia bawa beg kecil yang berisi alatan solek aku tu. Steady je nampak dia kan. Beriya tak mahu kita dukung dia, sibuk nak jalan sendiri, tapi asyik terhuyung-hayang bawa beg tu.....hahahaha.

Arif yang comel dan kelihatan juga ibu mertuaku dan SRD serta anak-anak yang lain sedang menuju kesurau berhampiran masa ni sebelum kami berangkat pulang. Semua yang lain dah mandi dan salin di bilik air bahagian dalam kat air terjun tu, SRD je nak salin kat bilik air bahagian luar di parking lot.
Selepas solat Zohor hari itu, kami meneruskan perjalanan ke Tangkak. Makan tenghari pukul 3 masa tu di Tangkak, kemudian tu ambil kesempatan shopping kain ela untuk baju raya tahun ni pula di Tangkak....hehe.

Sekian cerita kami ke air terjun Sagil, Gunung Ledang.....

~ يوس ~

37 comments:

  1. Comelnya Arif. :)

    Seronok dapat mandi di aliran air yang terbuka dan bersih. Dah lama kakcik tidak merasai suasana itu. Zaman anak2 di kampung dulu, berbuai dengan tali yang terjuntai dari pokok memang sangat menyeronokkan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali sekala merasa mandi di tempat macam ni semula memang seronok kan kakcik. Boleh mengimbau kenangan dulu2...

      Delete
  2. Lama betul kakak tak ke Gunung Ledang Yus... rasanya 5 tahun ada. Seronok kan sebab tingkat bawah pun dah sejuk airnya...

    Kakak sukalah tengok Arif. Cute je... macam budak besar gayanya tak padan masih cenonet... agak-agak kalau kena peluk org tak kenal dia jerit tak Yus...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yus lebih dari 5 tahun kak, bulan lepas tu lah baru jejak kaki semula. Mana taknya sebelum ni pergi masa zaman kanak2...huhu.

      Arif tu kalau orang tak kenal nak pegang dia lari kak, dengan pak usu dia belah suami pun dia tak nak, memang takut sangat dengan pak usu dia tu, tak tahu kenapa...huhu

      Delete
  3. Bestnya jadi budak2 dapat bergayut kat tali tu ya,

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah ana, kita yang mak budak ni nak bergayut kat situ takut dahannya patah terus...hahahha

      Delete
  4. bestnya berendam..
    wida lagi suka mandi air terjun cam ni dr mandi laut..sebab sejukkkk..hehe

    ReplyDelete
  5. huhu..best kan kak gi sini...tp jauh sgt nak menapak dr tempat kete tu ..kalau cuaca redup okla..kalau panas,jadik migrain macam sy dulu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah jauh kan, masa akak pegi ni redup lagi sbb masih pagi, waktu nak balik tu dah panas dah...

      Delete
  6. wujud lagi ye kawasan tu? Teringat pergi sana masa kecik. Nampak bersih. Boleh ler plan pergi ke sana klu boring2 dok melaka ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wujudlah kak. Samalah, yus pun kali terakhir pergi dulu masa kecik, nilah baru nak jejak kaki semula, sbb nak anak2 merasa mandi di kawasan mcm ni pula...

      oklah bersih juga, walau tak bersih sepenuhnya, ada gak sampah sarap sikit2.

      Delete
  7. teringat zaman sekolah dulu kak. kdg2 pergi naik motor dgn kawan2. selalu naik bas, sebb dekat je kan. tp penat gak jln kaki masuk dlm tu. dulu free tp dekat 10 tahun ni dah bayar pun kak. hehe.. nmpk sgt akk lama tak pergi ye. hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah As, memang lama betul tak pergi, sejak balik UK pun mana pernah pegi sebelum ni....hihi

      Delete
  8. beshnya kak....
    lama x mandi manda kat air terjun ni

    ReplyDelete
  9. lepas kawen boleh ajak husband mandi manda kat air terjun ya...hehe

    ReplyDelete
  10. fuh.. dah lama tak ke situ.. tetiba teringat kenangan dulu..

    ReplyDelete
  11. bersantai dan beriadah bersama keluarga.. memang indah untuk di kenang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ruang komen hilang la yus..sori terpaksa komen sini.byk kali refresh tak kluar. lama sgt x ke sana.dulu zamn kecik2 selalu je gi sana.

      Delete
    2. blogger mengong kot, saya pun tadi beberapa kali refresh nak komen kat blog orang lain..huhu

      Delete
  12. orang kata..aktiviti keluarga ni..lebih murah lebih menyeronokkan..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Rai, aktiviti bersama keluarga satu aktiviti yang sihat juga kan

      Delete
  13. syoknyaa yussss
    ieda x pernah sampai
    cantik tempat nie
    sure happening
    gi ramai2 lak tuuu
    x nak balik lahh anak2 kalau macam nie ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pegi ramai2 lagi best kan, yus pergi anak beranak dan emak mertua je, lain2 tu nampak pengunjung yang ke situ juga...:)

      Delete
  14. aduh....
    air terjun..
    bestnye..

    comel arif..bwk beg mekap ke mane tu..

    ReplyDelete
  15. tengok gambar air tu dah sejuk k.yus..bestnya ada tali2 untuk lompat tu kan..air dia pun tenang..selamat sikit nak mandi2 macam ni..

    ReplyDelete
  16. memang besh mandi kt sagil ni kak..
    sy pernah sekali ke sana masa belum kawen dulu..
    masa tuh x der kenakan bayaran pun..
    tp ok jugak x mahal bayarannyakan..

    wah blog akak dh berwajah baru yer.. cantik..
    puas tgk gambar besar2 camtu.. hiks..

    ReplyDelete
  17. alaaaa... jeles nya... lama tak ke air terjun..!!

    ReplyDelete
  18. bestnya dapat mandi air terjun ni..sejuk....

    ReplyDelete
  19. cam best jer bermandi manda kat sini..belum pernah sampai lagi kat cni....tentu sejuk kan airnya..
    folo cni juga tau..salam kenal lah kita...yer

    ReplyDelete
  20. happening jugak eks tempat ni..saya dah lamaaaaa sgt tk turun johor :)

    ReplyDelete
  21. kak dah lama tak pergi sini, last time pergi masa umur saya 9 tahun kot..lama gila kan..iallah ada rezeki boleh jugak ke sini, macam enjoy jer..

    ReplyDelete
  22. seronoknya dapat bersantai bersama keluarga...semuanya happi jer...

    Akak dah lama tak main2 kat air terjun ni...

    ReplyDelete
  23. saya ni dah lama tak ke air terjun..
    kalau balik kampung boleh la pi..
    kat penang ni,mana la nak cari air terjun..

    ReplyDelete
  24. ok, saya tak penah sampai lagi air terjun gunung ledang ni. harus terjah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terjah jangan lupa bawa kamera dslr gB tu..hehe

      Delete
  25. teringat masa belajar di MRSMJ dulu.. ada juga sekali dua mandi di Sagil... wah begitu pantasnya masa berlalu...

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...