Tuesday, May 15, 2012

Home » , , , » Dari putih ke kuning 1

Dari putih ke kuning 1

Tak berpeluang nak masuk taekwondo masa sekolah dulu, bila tengok anak-anak berlatih dan pergi grading rasa teruja. Baru tahun ini aku masukkan mereka ke kelab taekwondo ni. Sebenarnya baru tahun ini mereka sibuk nak masuk. Kalau tak ya-ya, dan mereka tak minat, malas juga nak keluarkan modal untuk aktiviti seumpama ini. Tapi bila mereka sendiri yang bersuara dan tunjuk minat, sedaya upaya perlulah berikan sokongan.

Tarikh 28 April yang lalu acara grading buat mereka Aqil dan Alia. Kira exam untuk menentukan mereka layak atau tidak bertukar tali pinggang dari putih ke kuning 1. Aku tak tahu bagaimana perasaan mereka masa exam tu, tapi aku sebagai ibu yang lihat dari jauh sangat berdebar-debar. Rasa gugup terlebih macam aku yang nak ambik periksa...hahaha.

Sebagai kenang-kenangan, aku ingin abadikan di blog ini untuk tatapan di kemudian hari. Moga cepat-cepat bertukar warna tali pinggang lagi ya....hehe.

Kelihatan Alia peserta ke 3 dari belakang masa acara memanaskan badan

Sir mereka sedang bersiap sedia, para pelajar pula sedang menunggu giliran

Masa untuk Aqil dan Alia ke hadapan, untuk menunjukkan skill masing-masing.

Bersemangat aku tengok mereka. Sangat teruja dan seronok tengok.

Ini pula Sabtu lepas, balik dari latihan taekwondo bersama tali pinggang kuning masing-masing yang baru saja di beri oleh Sir mereka. Tahniah kerana lulus ya anak-anak. Adik-adik mereka pun tak mahu ketinggalan...hehe
p/s: bila mood blog merudum, mulalah aku menukar susun atur blog sendiri untuk menampakkan sedikit kelainan. Bagi mood tu datang sikit. Ok tak?
~ يوس ~

24 comments:

  1. say dulu cuma smepat smpi tali pinggang hijau je...huhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sempatlah juga belajar, saya tak berpeluang...huhu

      Delete
  2. tahniah dah bertukar belt!
    cma dulu aktif silat.seronok bila dpt bertukar bengkung dan selempang..hehe..

    ermm...mcm suram je cat baru ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah ekk cma, mmg sengaja nak suram kot...hihi

      Delete
  3. wah wajah baru la blog yus ni.dah tak yah klik2..read more.akak suka u.gambar pun nampak besar2.Hero akak 2 org tu masuk taekwondo adalah dlm 3bulan je kot..pastu malas2..habis duit akak beli baju tu..hangat2 taik ayam je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aqil dulu masa darjah 1 pun dah pernah masuk kak ina. 2 bulan je, huhu, ni ada kawan adik dia baru nampak bersemangat tu yg sambung semula...hehe

      Delete
  4. Tahniah Aqil & Alia..
    Jangan bergasak berdua sudahlah ye..

    *teringat Arif bila suruh dia buat aksi, siap terangkat2 kaki dia..hehe*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arif mmg terlebih ana, sampai skrg, tgk gambar -gambar ni semua dia yang terlebih tunjuk aksi...hehe

      Delete
  5. Replies
    1. lebih ringkas dan kemas kan kak pB

      Delete
  6. tahniah ya..seronok tengok anak2 tu..

    ReplyDelete
  7. akak boleh tak akak kasi tutorial nak buat kat bawah tue yang warna biru tue....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang tu akak ikut dari tutorial yang adik ni buat. Cuba Cik Jue terjah sana..

      http://www.lyssasecret.com/2011/10/tutorial-hover-blockquote-cute-icon.html

      Delete
  8. Tahniah buat anak2 Akak, dapat upgrade ke yellow belt ye, seronok tgk anak2 mcapai tahap yang lebih baik kan kak

    ReplyDelete
  9. salam yus..tahniah..tentu anak2 seronok..ariff pun boleh dah tu yus..
    anak2 acik dulu sampai talipinggang hijau tak sambung lagi dah..dah pindah..

    ReplyDelete
  10. dah grading dah? zarif bulan 7 nanti..harap lah dia ok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lambat pulak Zarif ya. Budak2 ni ada juga grading lagi bulan 7 nanti. Kalau mereka ok, mungkin boleh grading lagi untuk ke kuning 2 pula. Cikgu dia kata setahun biasa mereka buat 4 kali grading.

      Delete
  11. Si Sepet kakcik terus berhenti berlatih sebaik dapat talipinggang kuning. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa dia berhenti kakcik, sayang.....anak2 saya dpt tali pinggang kuning tu nampak lebih bersemangat nak belajar. Nak cepat dapat tali pinggang hijau kata mereka.

      Delete
  12. nanti nak srh twin msk jgk la

    ReplyDelete
    Replies
    1. selain belajar mempertahankan diri, juga aktiviti riadah yg sihat ni kan .Elok juga untuk anak2.

      Delete
  13. Wah bagus qema dulu masuk silat gayung baru dapat selendang hijau berhenti sebab malu kena praktis kat padang ramai yang tgk hihi..kena guling2 tu yang malu tuh hihi

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...