Thursday, May 24, 2012

Home » , » Mee Racun Batu Pahat | Memang beracun mee ni!!!....huhu

Mee Racun Batu Pahat | Memang beracun mee ni!!!....huhu

Ok. Sebelum teruskan, cerita ni berlaku awal tahun ini. Sekitar akhir Januari dan awal Februari. Gambar lama memerap dalam kamera, tapi dek kerana malas nak bercerita maka hari ini baru terajin kot...hehe.

Beberapa tahun sudah tinggal di Batu Pahat. Tapi aku tak pernah dengar atau tahu apa itu mee racun sebelum ni. Sehinggalah satu hari, saja google apa tempat makan menarik di Batu Pahat. Aku jumpa blog ini dan ini. 

Mee Racun?? Tak pernah dengar pun? Aku suarakan pada SRD. Teringin sangat nak rasa mee racun ni. Kat mana lokasinya ya? Maka satu hari SRD pun bawa aku dan keluarga pergi mencari lokasi gerai mee racun berdasarkan peta yang di buat dari link blog yang aku sertakan di atas.

Cari punya cari, tak juga berjumpa. Makanya alternatif seterusnya terpaksa  menelefon kawan sana sini. Aku telefon member aku, SRD pula telefon member dia. Mana pula lokasi gerai mee racun ni? Kata popular, kenapa susah nak jumpa...huhu.

Akhirnya setelah berpusing-pusing sekitar BP beberapa kali, jumpalah 3 tempat lokasi yang di beri kawan-kawan kami. Namun ke tiga-tiga gerai mee racun itu tutup hari itu....hampa sungguh.

Tiba di lokasi pertama di bandar, lupa nak snap gambar. Sampai di lokasi ke dua dan ketiga baru teringat nak ambil gambar. Jadi ada gambar dua lokasi sajalah.

Mee racun lokasi ke dua yang kami jumpa. Kat Taman Sri Jaya, belakang MK Curtain BP tu.

Lokasi ke tiga, dekat dengan bangunan Tabung Haji.
Hampa jugalah tak dapat merasa masa tu. Dua tiga minggu lepas tu, kebetulan masa tu emak dan ayahku datang ke mari, kami ajak mereka makan mee racun ni. Lokasi dah tahu jadi senang mana nak tuju. Pergi ke lokasi ke dua yang kami jumpa tu tutup juga hari itu, nasib baik lokasi ke tiga ni buka. Makanya malam itu kami pun dapat merasa buat pertama kalinya mee racun yang mereka dok kata menyengat tu.

Alhamdulillah hari itu gerai mee racun ni buka.
Seumur hidup tak pernah rasa, jadi aku tak tau rasanya macam mana. Dalam hati masa tu perasaan ingin mencuba sangat tinggi, sampai emak dan ayahku pun teruja nak cuba. Ada dua jenis mee racun ni, satu yang biasa, satu mee racun tulang gearbox yang special.

Aku, emak dan ayah order yang biasa saja, sementara SRD minta yang special itu. Mee racun yang di tunggu-tungu pun tiba. Suapan pertama ke mulut aku, terus aku rasa pening! Emakku pun mencuba, dua kali suap, dia pun pening. Bila sampai giliran ayahku, sekali suap je terus reject! Tak boleh masuk dalam tekak kami......huhu.

Memang beracun sungguh mee ni!!!! Ayah terus order menu lain. Aku pula dengan terkulat-kulat terpaksa makan dalam paksa rela kerana aku yang sibuk sangat nak mee racun ni kan. Merengek-rengek minta dengan SRD. Sampai telefon dan sms kawan sana sini. Kalau tak makan, mahu kena teow nanti....hahaha.

Mee racun biasa aku punya.

Mee racun tulang special SRD punya. Siap ada straw tu nak sedut air tulang dia...huhu
Aku tengok SRD makan ok aje. Dia memang biasa makan daging baru, tulang semua ni. Kami je yang terkulat-kulat.

Korang nak tahu tak kenapa mee racun ni rasa beracun sungguh pada tekak kami anak beranak, kecuali SRD. Kami ni memang tak biasa makan daging baru. Bau daging baru pun boleh muntah. Kalau dapat daging korban tu, biasa emak mesti simpan dulu tunggu beberapa ketika, seminggu dua ke baru dia masak. Adik-adik aku lagilah tak pandai makan. Dari jauh, kalau bau orang masak daging baru yang masih fresh, semua boleh lagak macam perempuan tengah mengandung. Uwek sana uwek sini.

Tapi aku sejak kahwin dengan SRD, dah pandai dah makan daging baru sikit-sikit. Sup tulang pun aku dah pandai juga makan. Sebab SRD memang suka semua tu. Itu pasal, bila merasa mee racun ni, yang bahan utamanya daging baru yang fresh, kami semua terkulat-kulat...huhu.

Bagi peminat daging segar, biasa makan sup tulang, suka makan gear box, mungkin korang suka lah mee racun ni. Menyengatlah kot, tapi aduhai, untuk tekak aku, emak dan ayahku tak masuk langsung. Apa pun SRD walau pandai dan suka makan daging baru, tak rasa pun nak makan lagi mee racun ni....

Review dari aku ni mesti buat korang semua tak teringin pun nak rasa mee racun ni kan. Tapi cubalah pergi ke blog-blog lain yang ada buat review baik pasal mee racun ni. Kot boleh buat korang teringin nak rasa.

Tapi kan, gerai tu memang penuh betul pelanggan order mee racun. Siap beratur, dan ada yang order berbungkus-bungkus untuk di bawa balik. Meja sebelah menyebelah pun, bawa segerombolan keluarga masing-masing makan mee racun. Semua di lihat siap menghirup licin pun ada.Sedap sangat gamaknya di tekak mereka, tapi tidak di tekak kami....huhu.Blogger-blogger area BP yang dah pernah makan dan rasa mee racun ni, apa pula pandangan korang ya?

p/s: mungkin sebab rasa mee racun ni tidak seperti yang di bayangkan tu yang baru hari ini up di blog. Lama tu, padahal bulan Feb hari tu merasanya....huhu. Bukan menyengat, tapi tersengat.....hihihi.

~ يوس ~

48 comments:

  1. nama pun dah buat saya rasa takut..dengar plk yus ckp pening..betul2 kena racun ni...hihi..

    ReplyDelete
  2. ganas nama menu ni..mee racun, hikhik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg nme ganas...tpy skli try,,kompom nk lg...sdp hgge jlat pinggan....

      Delete
  3. dia guna daging segar? Mesti mahal, kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takdelah mahal kakchik. Kalau yg tulang tu baru RM7, berpatutan lah...:) Boleh google mee racun. ramai yg suka makan mee ni, saya je yg tak kot...huhu

      Delete
  4. saya suka gak daging segar..dpt arini daging korban or tulang..terus rebus..slurppp..hehehe...

    ReplyDelete
  5. Apasal nama mee racun...risau aje nak singgah. Macam2...hehehe

    ReplyDelete
  6. err..saya pun tak boleh makan daging fresh yg berbau tu..tapi kalau orang pandai masak katanya takkan bau..mak saya masak ok lagi..ada la sikit bau..tapi tak kuat..

    kat area klcc tu ada nasi ganja..hahaha..

    ReplyDelete
  7. terekejot tengok nama mee racun..

    ReplyDelete
  8. mungkin pendapatan penjual mee itu melebihi gaji guru besar ..

    ReplyDelete
  9. Kami dah try Mee Racun kat Melaka ni. Takdapat yg BP punye :( Lain rupanya dgn BP. Yg kami makan macam mee hailam dan diletakkan lada sulah. Ada kot cili padi skit. SEDAP tapi akak rasa skit jek sebab tak suka pedas.

    Dulu masa kursus umrah di Andalusia, sorang Doktor ni nasihatkan jgn mkn daging yg disimpan lebih 3 hari sebab katanya akan terbentuknya ulat yg kita tak boleh nampak. Scary tapi bila makan, sendiri takmo pikir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau saya rasa yg Melaka punya tu mesti saya suka kak, sbb saya suka pedas cili padi...hehe.

      Oh Ya ke kak? Kami ni mmg tak berapa suka makan daging fresh, sbb tu lebih suka beli daging kotak. Dan sebenarnya jarang2 makan daging, lebih2 lagi ayah dan adik2 saya. Mana taknya masak daging seperiuk, dua tiga potongan je ambik, pegi kenduri pun tak amik daging...huhu.

      Tp saya dah suka daging gak skrg,...hehe

      Delete
  10. feveret anak2 sup tulang gear box tu.. ;)

    ReplyDelete
  11. Kakak pulak teringin nak merasa. Walau dah ulang-alik ke BP tapi tak pernah rasa. Mungkin Yus tak suka tapi agaknya kakak suka kot. Nak rasa jugalah sebab kakak suka daging fresh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin yg di Bukit Pasir ni kurang sedap kot ya kak, nnti nak rasa yg lain kedai punya kot. Kalau akak suka daging fresh mesti suka kot, saya tgk ramai yg makan sampai licin, kami je tak...huhu

      Delete
  12. Kak, gerai yang kat belakang MK Curtain tu bukan Taman Koperasi tapi Taman Sri Jaya..saya pun biasa2 je, tapi takdelah sampai tak boleh makan..senang kata, kalau ada saya makan, kalau takde tak makan la..oh akak tak boleh makan daging baru eh..saya ok jer, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, yalah huda...hehe. Ok dah betulkan dah....

      ha'ah mmg alergic sikit makan daging baru ni, tp skrg ok le juga, mungkin hari tu dia masak kureng sikit kot, plus daging betul2 baru, aduh! Memang pening...huhu

      Delete
  13. Yus, masa sy gi BP, dua kali dtg kedai mee racun ni, dua kali tutup.. sampai skrg masih tak dpt rasa.. Yus, awk mungkin kalah dgn daging kambing kot, sbb ramuan utama mee racun ni ialah tulang kambing yang direbus utk dptkan kuahnya tu..

    ReplyDelete
  14. oh gitu pulak ye kak, x boleh mkn daging baru. tak pernah cuba gak mee ni. hehe.. kelakar lak rasa.

    ReplyDelete
  15. salam kak yus..
    mee racun?
    errr..konpius jap?kuah tu rasa daging fresh ke?alahai..mmg x masuk la tekak ni..cma bukan penggemar daging sgt..klu masak kari n rendang layan la jugak....
    tq for sharing..husband suka la klu bab daging2 ni..

    ReplyDelete
  16. erk, ada mee racun ke kat sana... nak kena try ni, tapi dari cerita kak yus ni, dah jadi takut plak.. huhu

    ReplyDelete
  17. dgr nama pon dh menakutkan.rara suke daging.boleh lah try.

    ReplyDelete
  18. 1st time dengar pasal mee racun..nie. nampak cam sedap..kalau guna daging baru tapi tah ler..tak penah rasakan.. :)

    ReplyDelete
  19. tahun ni nak carik langsir kaler hitam putih

    ReplyDelete
  20. Salam Yus...
    Kalau akak le, memang boleh le kot sebab akak dan family memang selalu beli daging segar.Sup tulang pula memang kegemaran kami...mee rebus pulak kalau akak buat, memang kitaorang letak daging tulang rusuk banyak-banyak..barulah best...he..he...

    ReplyDelete
  21. nama tu mmg gerun lerr..dah la mee biasanya ada asidkan.kalau makan mee biasanya akak sakit perut or angin satu badan.daging baru ni kalau makan mmg leh wat pening.tengok rupa paras mcm tak terasa nk mkn la.tp lum cuba lum tau la.

    ReplyDelete
  22. sy suka daging yg fresh.. nak try la kak satu hari nanti.. :)

    ReplyDelete
  23. Hahahhaha...sampai pening?

    ReplyDelete
  24. kak yus, izan yg dah setahun lebih dok bp ni pun tak tergerak hati sampai skrg nak makan mee racun ni. yg bukit pasir tu selalu je lalu. tapi tak pernah singgah. tapi kalau cerita pasal daging fresh, kami suka je makan sbb dah biasa kot. arwah FIL izan mmg byk bela lembu. so tiap kali raya mmg akan sembelih sekor lembu utk hari raya... lagi2 kalau dpt makan sup tulang yg fresh... best sangat2!!!

    ReplyDelete
  25. mee racun? teringinnya nak rasa.....
    saya suka daging fresh...

    terus saya jadikan mee racun ni wishlist makan2 saya di johor selain teringin nak merasa kacang pool kat JB tu...

    ReplyDelete
  26. salam yus..nama pun dah rcun..he he..tapi masih berani nak mencuba..

    ReplyDelete
  27. sejak mengandung saya tak suka apa2 yang ada daging.
    tengok gambar pun saya dah pening nak muntah.
    sekarang saya dah pening..
    aduhai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai...sorrylah kalau gambar tu buat diana rasa nak muntah. Ok, cepat2 minum air limau ke ya...

      Jgn muntah depan lappy pulak...:D

      Delete
  28. Baru dgr menu mee beracun,kuahnya mcm kari je....

    ReplyDelete
  29. Kak, kalo nak yang ok kat blakang MK curtain tu.. Tp menu yg lain dia x banyak choice...

    ReplyDelete
  30. ooh macam tu..tapi yana lagi teringin nk makan bakso yang kat BP tu..sedap tk kak?lama benor ngidam nk makan bakso yg kaw-kaw punya...

    ReplyDelete
  31. pertama kali dgr nama mee racun..teruja jugak nak cuba...tapi jauh sangat....

    ReplyDelete
  32. tak ada masalah dgn daging baru ataupun lama. cuma jgn terlalu lama dh la.

    ReplyDelete
  33. wah beracun sungguh nie
    siap ada straww layie ..
    sure melatop rasa dia ;)

    ReplyDelete
  34. saya pun baru dengan mee beracun ni... haha... dengar nama mee tuu dah naik seram.. apa lagi nak memakannya.... hihihi..

    ya, sungguh, saya pun tak boelh la nak makan2 daging ni.. baunya pun dah buat pengsan.. ehehe

    ReplyDelete
  35. owhh...
    mula2 lya ingt mee ni btl2 beracun...
    aduyaiiiii... rupanya nama mee ni...
    tp mmg nmpak marveles la

    ReplyDelete
  36. err.. dengar nama pun dah takut Yus... tak adalah jawabnya nak telan. Mmg pun, saya dulu lagi teruk.. bertahun tak boleh makan daging lembu sebab ada satu kali raya tu abah rebus kaki lembu kot, baunya buat saya muntah ke darah... sejak kahwin dgn org sabak bernam yang setiap tahun wajip korban dan lapah lembu ni je.. baru boleh tahan sikit... hu hu... samalah kita jawabnya...

    ReplyDelete
  37. Ingatkan beracun sebab pe la tadi..

    Tp kalau takleh layan dengan tekak memang tak upaya la kan..

    ReplyDelete
  38. Saya ingat nak bawa famili ke BP weekend ni. Kawan saya yg rekemen makan mee racun dan baca n3 ni.

    Rasanya tak jadi nak try sebab my wife pun tak boleh makan daging fresh.... huhuhu

    ReplyDelete
  39. nape letak nama mee racun erk?

    a`aa..selalunya dgg korban saya simpan lama sikit baru masak.
    kalau mkn baru2 ghasa pening lalat je..

    skrg tgh meriah dok masak sup tulang..hihi

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...