Friday, October 29, 2010

Home » , » Kenangan di tadika bersama Alia

Kenangan di tadika bersama Alia

My lovely daughter Nur Alia Zafirah
Tinggal lagi tak sampai sebulan nak cuti sekolah. Alia berjaya juga habiskan sessi pembelajarannya di TAJ. Dah besar anak ibu. Tahun depan dah darjah 1.

Kalau ikut umur, bulan 12 ni, baru nak masuk 6 tahun. Alia mula ibu masukkan sekolah sedari umur 4 tahun lagi. Maknanya, dah hampir 2 tahun setengah Alia belajar di tadika, bermula dari KEMAS lepas tu tukar ke Tadika Iman, dan tahun ni TAJ.

Perkembangan Alia sebagai persediaan untuk menghadapi tahun 1 tahun depan :
  • Alia dah pandai baca dengan lancar - untuk bahasa melayu saja, untuk bahasa inggeris masih merangkak, baca laju, tapi bunyi melayu..huhu. 
  • Tulisan pun dah semakin baik, cuma besar-besar dan masih tak berapa pandai nak jarakkan antara satu perkataan dengan perkataan yang lain. 
  • Kemahiran mengira juga baik, tetapi cuai pada pandangan ibu. Selalu buat kesilapan yang tak sepatutnya. 
  • Kemahiran mewarna juga baik, dulu masa mula-mula masuk KEMAS, memanglah tersangat buruk Alia mewarna, sekarang dah cantik dah, walaupun setiap kali Alia suka warnakan semua benda pink, (ada perubahan juga kalau di tegur) tapi sekurang-kurangnya dah tak terkeluar-keluar dari lukisan tu. Good Job! 
  • Pemahaman membaca baik. Alia dah boleh jawab buku aktiviti budak darjah 1 untuk BM, tetapi untuk BI, masih perlu perhatian. Selalu tak faham arahan untuk BI, tapi Alia pandai meneka.  
  • Banyak himpunan doa yang Alia dah belajar. 
  • Dah lancar bacaan dalam solat, kecuali doa Qunut, asyik lupa part yang akhir aje.
Selain itu, Alia juga seorang kakak yang baik kepada Arif saja..huhu. Dengan Abid Alia sangat garang, walaupun selalunya masih suka bermain bersama, tapi pantang Abid silap sikit, habis Abid kena marah. Kesian Abid..:D 

Oklah..itu kot serba sedikit dari pemerhatian ibu. Kita tunggu pula keputusan peperiksaan Alia. Di harap Alia membesar dengan baik dan menjadi anak yang cemerlang.

Gambar kenangan bersama rakan sekelas.

~ يوس ~

4 comments:

  1. Alhamdulillah...banyak yang alia belajar semasa di Tadika...semoga dia tetap cemerlang bila melangkah ke alam persekolahan nanti...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..baik progress Aliah. TAJ tuh sekolah apa ek Yus. Too late for kakak sbb nx year dah masuk darjah satu, tgh survey untuk adiknya...

    ReplyDelete
  3. @DLSJ Sahrul (nbk466)
    TAJ tu singkatan untuk Tadika Agama Johor..

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...