Tuesday, October 05, 2010

Home » » Pintu Terbuka

Pintu Terbuka

Betullah kata orang, kalau dah lama bersawang, lagi malas nak update blog. Sudahnya terus menyepi walaupun ada cerita yang hendak di kongsi.
Masih dalam bulan Syawal. Last week adalah beberapa kenalan yang buat rumah terbuka, sayang tidak semua dapat kami kunjungi. Aku rasa tradisi rumah terbuka ni wujud sejak aku dah besar panjang, dah kahwin ni. Dulu-dulu masa aku kecik takde pun. Bila time raya, selalu ikut jer ke mana ayah dan mak bawa, kerumah sedara mara lah kan, dan sahabat handai ayah. Semua pun masa tu takde buat rumah terbuka, tapi bila kami datang, ada saja juadahnya selain dari kuih raya tu. Walaupun hanya tempe goreng, tetap sedap di makan dan sungguh menyelerakan. 

Rasanya waktu itu, memang ayah bawa kami ke rumah atok sedara, sepupu sepapat ayah dan kenalan rapat untuk lebih mengeratkan tali persaudaraan. Walaupun hanya berjumpa setahun sekali, bila jumpa tu, memang rasa sungguh seronok, tidak kekok dan teruja dapat berjumpa semula setelah sekian lama.

Kini, tradisi rumah terbuka ni biasanya lebih pada kenalan di pejabat, kenalan sekolah sahabat handai yang jauh dan dekat serta jiran tertangga. Memang seronok bila dapat menghadirinya, kadang2 satu hari tu tak perlu sibuk nak masak atau cari makan sebab dah ada yang jemput kita makan, dari pagi sampai ke malam. Terima kasih pada tuan rumah, jamu makan, berpenat lelah keluar belanja lagi untuk semua yang di jemput memeriahkan majlis. 

Namun begitu, ada sesuatu yang aku kurang suka sikit. Bila tahun itu, kita tak buat rumah terbuka, adalah sorang dua ni yang asyik bertanya. bila nak buat rumah terbuka? Bila kita kata, tahun ni tak buat kot, tapi nak datang rumah datang sajalah..pintu sentiasa terbuka, kata raya kan. Tiada jawapan yang di terima, senyum kambing di sebelah sana, tapi tak muncul2 pun wajahnya di depan pintu rumah. Bertanya jer lebih...huhu. Kalau kita buat pun, belum tentu dia datang, tapi bila tak buat kenapa pula asyik bertanya.

Pada akulah, tak perlu rumah terbuka pun, kalau niat kita ikhlas nak beraya, nak berziarah demi mengeratkan silaturrahim, tak kisahlah bila2 pun datang saja, pintu rumah pasti terbuka. Rasanya lebih erat dan lebih mesra bila ziarah ke rumah sahabat handai, bukan kerana rumah terbuka sebab masa tu, tuan rumah tu ada lebih masa untuk kita. Kalau rumah terbuka, kan ramai tetamunya, adakalanya tak terlayan pun tetamu yang hadir, datang makan, tunjuk muka pada tuan rumah, lepas tu balik, tak sempat berbual lama pun kan. 

Tahun ini, kami menerima kunjungan sahabat dari jauh ( bukan BP, atau Johor) yang sanggup berjalan jauh ke rumah kami, walaupun takde rumah terbuka. Rasa terharu aku rasakan, sebab dah lama kami tak jumpa, tahun lepas kami ke rumahnya, tahun ni dia pulak sampai ke rumah kami. Walaupun tiada notis awal, sempat juga kami sediakan juadah apa yang patut, tetamu jauh kan.

Point aku di sini sebenarnya, memang bagus buat rumah terbuka, kira bersedekah pada kawan-kawan, jamu makan dengan rezeki yang kita ada, tapi kalau tahun tu kawan tu tak  buat, janganlah asyik tanya dia bila nak buat? Macam memaksa suruh buat pulak...kot kawan tu ada masalah lain, kekangan masa, sibuk, tak bersedia. Bukan sebab kedekut atau  tak bagi datang rumah langsung pun, dah cakap pun, bila2 pun boleh datang, asal call dulu lah takut takde rumah kan. Ini tak, tanya jer lebih, tapi takde pun muncul. Jadi macam tak ikhlas lah pulak nak berziarah, kalau takde rumah terbuka maknanya takde makan2 yang best, so, terus tak nak datang. Macam tu ker? Jadi maknanya datang sebab nak dapat makan saja atau nak berziarah mengeratkan silaturrahim. 

Lainlah, kalau kita tanya dia, nak datang rumah esok boleh tak? Sekali kawan tu jawab, eh! nantilah nko datang, masa aku buat rumah terbuka. Hmm..ni terbalik lah pulak, orang nak datang dia tak kasi selagi tak buat rumah terbuka, maknanya dia tak suka terima tetamu selalu..tapi kalau aku, aku tak kisah terima tetamu  bila2 pun apa lagi di hari raya kan. 

Aku juga takut, ada yang tak ikhlas buat rumah terbuka. Mereka buat sebab kawan2 semua dah buat, atau semua orang dah bertanya bila nak buat. Ataupun, tiap2 tahun dia buat, sekali tahun ni dia tak buat, terus semua  kenalan pun tak datang rumah dia...macam tu kira ikhlas ker?

Hmm tak tahulah betul ke tak apa yang aku karutkan ni, tapi bagi aku pintu rumah sentiasa terbuka pada kenalan yang ingin datang beraya, atau berziarah.Asal yang datang tu pun jenis orang yang tak berkira, yang terima apa saja yang tuan rumah sediakan, dua2 pihak pasti puashati dan gembira kan. Lagipun, tak kan kita nak buka pintu pada orang yang kita tak kenal, kalau kenal pastilah kita buka pintu..ye tak?

Ada ke yang baca apa yang aku repekkan ni? Kalau ada yang rasa tak puashati minta maaflah ye...

Bila tiba hari raya, masa nilah kita bermaaf-maafan sesama kita (hari lain pun boleh minta maaf apa). Raya lebih bermakna bila kita dah berkeluarga. Seronok beraya ketika kita kecil, dengan ketika kita dah punya anak sendiri, memang ada bezanya. Raya kali ini lebih bermakna bila ahli keluargaku sudah bertambah seorang lagi. Terima Kasih Allah atas nikmat dan kurniaanMu.

 Catatan pada: 26 Syawal 1431H
~ يوس ~

7 comments:

  1. niat nak buat rumah terbuka tu kena
    betulkan... hari raya hari utk ziarah
    mengeratkan silaturahim bertanya kabar...
    bkn hanya dtg utk mkn2 spt kbykan org ~

    ReplyDelete
  2. @manje
    betul tu manje..niat kedua2nya harus dibetulkan..yang nak buat dan yang di jemput hadir kan..

    ReplyDelete
  3. betul kak... niat ziarah menziarah dh d lupekan... ry pun makin lama x seceria dlu... thank q akak dari kami semua (anak PA Dr) sbb masakkan kami ari tu......

    ReplyDelete
  4. @Anonymous
    Ni yang mana satu ni ekk?...Alhamdulillah sampai juga ke rumah kami, terima kasih sebab datang yer.

    ReplyDelete
  5. Saya yg laki sorg tu jer...

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...