Saturday, October 23, 2010

Home » , , » Petua untuk memperbanyakkan susu badan

Petua untuk memperbanyakkan susu badan

Hmm...tak tahulah kenapa aku rasa susu makin berkurang. Arif memang kuat menyusu, tapi cara dia menyusu agak berlainan dari kakak dan abangnya sebelum ini. Lebih kerap, tapi sekejap-sekejap. Sedut 3-4 kali lepas tu dia lepaskan, kemudian mulalah dia mencari semula puting untuk menyusu. 

Dia juga dah pandai nak mengamuk...contoh kalau lambat di tidurkan, atau bila aku lambat datang padanya masa dia dah mula merengek. Mengamuk yang tak ingat punya, susah betul nak pujuk...huhu. Adakah mungkin kerana susu ibu kurang sayang.... Tapi bila aku perah, dapat banyak juga, apalah yang tak kena agaknya.

Ini bukan kali pertama aku BF, so, aku rasa sepatutnya takde masalah. Tapi mungkin aku terlupa. Aku google untuk mendapatkan petua memperbanyakkan susu badan ni. Aku senaraikan di sini untuk kegunaan aku sendiri juga..

  • Pergi berurut - yang ni aku tahu memang betul berkesan. Setiap kali lepas berurut, memang rasa susu tu banyak je keluar.
  • Banyakkan minum air suam - memang hari-hari aku amalkan.
  • Banyakkan minum susu, soya dan jus buah-buahan - ini selalu  aku terlupa,jadi kena minum susu dan jus banyak lepas ni.
  • Mengambil lebih banyak makanan berprotein - hmm hari2 rasanya aku ambil, mungkin belum cukup banyak kot.
  • Mengambil lebih banyak sayur-sayuran seperti lobak putih, sawi dan brokoli - hmm..rasanya asyik sawi jer, kena cuba lobak putih dan brokoli pulak lepas ni.
  • Minum air barli/horlicks dan apa jua yang berasaskan bijirin, cth quaker oat - ini tak pernah cuba, lepas ni kena cuba ni.
  • Minum air longan kering yang di rebus - ini baru pertama kali tahu, kalau kritikal sangat baru cuba kot.
  • Makan jantung pisang,pucuk manis, kuchai, pucuk betik dan betik muda - aku suka pucuk manis dengan betik jer...macam mana ni?
  • Minum air asam jawa yang di rebus dengan gula merah bersama dengan 3 keping asam keping - ini pun baru pertama kali aku dengar...boleh cuba nanti.
  • Memperbanyakkan kekerapan menyusu - ini memang dari dulu di amalkan   
  • Mengambil makanan tambahan seperti spirulina dan habbatus sauda - kalau ada budget lebih, bolehlah cuba kot.
Cukuplah ni, senarai banyak2 macamlah aku akan cuba semua. Apa yang pasti aku nak BF Arif lebih lama dari sebelum ni. Aqil, 3 bulan je, Alia 1 tahun setengah, Abid 1 tahun. Harap-harap untuk Arif dapatlah aku BF 2 tahun atau lebih.
~ يوس ~

6 comments:

  1. salam.. hye kak, thanks share petua..
    sya nie pun masih lagi bF anak.. Anak baru 9 bulan.. fully bF.. risau je kalau2 susu makin bkurang.. dah la anak sya jenis tak minum susu dari botol (penah cuba perah tapi takmo minum)..

    ReplyDelete
  2. Banyaknyer petuanya Yus...selamat ber BF yek ; )

    ReplyDelete
  3. yus..thanks share petua..wati pun duk risau ni.baby anis tak nak minum susu badan direct.dia hisap 2 3 x pastu biar jer susu penuh dlm mulut dia.pastu tidur.sudahnya wati pump masuk botol baru dia minum.risau lama2 pump jadi kering pulak susu badan ni...

    ReplyDelete
  4. @...mommy jue...
    Moga kita sama2 dapat BF anak2 kita lama sikit kan...Aminn

    ReplyDelete
  5. @DLSJ Sahrul (nbk466)
    petua yang saya listkan, saya kumpul dari apa yang saya google...tq

    ReplyDelete
  6. @Anonymous
    Kenapa dia tak nak hisap direct ekk? Susah jua macam tu kan. Harap Watie dapat BF lama...kena kuat semangat nak BF ni Watie..sama2lah kita yer, untuk anak2.

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...