Bidan yang urut aku tu minta benda-benda dalam gambar ni beserta duit RM10.25 sebagai pengeras penutup kira aku dah selesai berurut dengan dia. Hmm...adat orang lama kata dia, kalau tidak, badan aku akan sentiasa sakit2 dan dia pun mungkin sakit2.
Hmm...macam-macam adat dan pelik-pelik pulak..tapi tak kisahlah. Ikutkan saja, yang penting aku dah kembali segar...
Arif kurang sihat, demam + batuk + selsema. Dapat urut dengan bidan tu tadi, terus lena pulak tidurnya. Aku yang cuai atau anak2 yang lain terlalu lasak...susah nak katalah, apa yang pasti tiga kali sudah buai tu terbalik beserta Arif di dalamnya. Ketiga2 oleh orang yang berbeza...iaitu Aqil, Alia dan Abid. Setiap seorang nak gak merasa jatuhkan adik dia agaknya....walaupun tak di sengajakan..tapi.....
Mungkin orang lain boleh kata, tak perlulah tidurkan dalam buai, bahaya, letak saja dalam cot bed dia. Tapi, Arif tak pernah mahu tidur di situ, walaupun nampak dia dah nyenyak, angkat saja masuk cot bed, terus dia jaga. Bila aku letak saja di katil, bahaya juga, dalam senyap Abid masuk dan mulalah tangan adik dia tu di gerak-gerakkan, kononnya adiknya menari..huhu. Lepas tu, tak habis2 asyik ler nak cium adik dia. Katanya sayang....bukan setiap masa dia begitu, adakalanya dia beriya jaga adiknya, sampai dia sendiri tertidur. Akulah yang kena lebih berhati-hati...
Luahan rasa dari pengalaman aku sendiri. Hari ini ke klinik, dapat lagi satu petua dari seorang makcik ni. Dia pegang Arif dan meraba-raba di umbun kepala Arif, lalu dia berkata, kalau rasa ada lekuk di umbun kepala anak maknanya dia tak berapa sihat lah tu. Hmm...memang bila aku rasa ada lekuk sikit, betullah kot, sebab memang Arif selsema dan batuk. Terus kata makcik tu, tepuk-tepuk di belakangnya selalu sambil halakan kepalanya ke bawah. Masa dia bercakap tu, sambil tu juga dia tunjukkan 'demo' sekali. Mula-mula nampak Arif tak selesa, lepas tu senyum-senyum pulak dia. Harap2 makin baiklah ye Arif agar malam ini tidur ibu tak terganggu lagi.
Hari ini masak bubur ayam untuk budak2 tu. Oklah..nak beri mereka semua makan...
~ يوس ~
Firas pun tgh selsema+ batuk...kakak + abang2 dia pun sama
ReplyDelete@Ina Hashim
ReplyDeleteMemang tengah musim demam agaknya sekarang ni kak...moga semua cepat sembuh..aminn.
salam, saya pun diminta beras dan jarum itu hari... wonder why jugak... :p
ReplyDelete