Tuesday, October 26, 2010

Home » , , » Telinga Arif berair dan bernanah

Telinga Arif berair dan bernanah

Baru seminggu lebih Arif  baik dari selsema dan batuknya. Sejak dia dah sihat ni, dua tiga hari kebelakangan aku perhatikan dia banyak meragam. Suka menangis yang tak ingat punya. Menangis seperti kena pukul. Kenapa agaknya? Mula2 aku ingat sebab breast milk aku kurang, tapi aku rasa tidaklah pula.

Jumaat malam kami semua pulang ke Melaka. Malam itu, Arif muntah sedikit. Aku tak perasan, Alia dan Aqil ada bersamanya ketika itu. Bila aku perasan, aku lihat air dan muntahnya itu telah membasahi telinganya. Cepat-cepat aku bersihkan. Aku tengok Arif happy saja.

Esoknya bangun pagi, Arif tetap tersenyum seperti biasa. Bangun pagi adalah waktu dia untuk bermain dan berbual-bual dengan aku. Mulutnya memang ramah. Berceloteh saja. Bila aku angkat dan cium dia seperti biasa, aku perasan ada bau busuk. Bau busuk itu datang dari telinga kirinya. Ada cairan berwarna hijau sudah menutupi telinganya. Adakah disebabkan muntahnya malam tadi? Aku tak pasti.

Aku bersihkan dengan putik kapas. Memang berbau busuk, aku rasa tentulah cairan itu adalah nanah. Ini juga pengalaman pertama aku menghadapi situasi ini. Dah hampir 4 tahun tiada bayi kecil di rumah, dan ini pula pengalaman pertama, risau juga aku.

Tengahari itu, aku bawa Arif ke klinik berdekatan di Melaka. Doktor ada bertanya adakah Arif selsema baru-baru ini? Aku jawab ya, tapi itu dua minggu lepas. Dia bagi ubat titik, ubat selsema dan demam serta antibiotik. Bila aku beri ubat titik tu, esoknya (Ahad) dah tiada lagi air atau nanah keluar. Bau telinganya pun dah tak busuk lagi.

Isnin pagi, di rumah sendiri, telinga Arif berair lagi. Warna kekuningan. Bau busuk dah tiada, cuma cecair pekat kekuningan saja. Aku bersihkan lagi dan beri dia ubat titik itu. Lepas beberapa jam, telinga dia bersih dari cairan pekat itu. Malam tadi aku periksa, dah tiada lagi cairan pekat kekuningan itu keluar dari telinganya. Aku fikir dah baik agaknya..lega rasa hati.

Pagi ini pukul 4 pagi, Arif gelisah. Selsemanya datang lagi. Bila aku buka lampu, aku lihat telinga kirinya dah penuh lagi dengan cairan pekat kekuningan itu. Namun tiada bau. Risaunya rasa hati ini. Aku bersihkan lagi dan kemudian aku beri dia ubat titik, ubat selsema dan antibiotik yang ada. Kenapa agaknya dengan telinga Arif?

Aku cuba google dan cari jawapan. Aku jumpa forum ini. Banyak maklumat aku dapat dari situ. Antaranya, telinga bernanah atau berair biasa berlaku sekiranya bayi kita menghidap selsema atau batuk yang agak lama. Betul lah kot, sebab Arif asyik selsema on and off jer. Satu daripada artikel yang aku dapat dari forum itu, ingin aku kongsikan di sini. Untuk info aku juga.

Otitis media ganggu pendengaran budak
Oleh HAFIZAH ISZAHANID


JANGKITAN telinga tengah (otitis media) memang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak. Malah antara 30 hingga 40 peratus kanak-kanak menghadapi masalah kesihatan ini.

Bagaimanapun disebabkan kanak-kanak pada awal usia tidak berkeupayaan berbahasa dengan sempurna, dia gagal memberitahu ibu bapa kesakitan dialaminya. Justeru, ibu bapa seharusnya lebih peka perkembangan anak dan memerhatikan kelainan tingkah lakunya.

Antara gejala otitis media (OM) ialah sukar tidur, kerap menggaru atau menarik telinga yang sakit, demam, selesema dan kadangkala batuk.

Ia terjadi dalam dua cara, jangkitan yang akan menyebabkan rasa sakit diikuti dengan nanah kerana gegendang telinga pecah manakala satu lagi terjadi dalam bentuk keradangan. Simptom keradangan ialah rasa gatal tetapi tidak bernanah.

Dalam dua kejadian OM ini, keradangan membawa kesan jangka panjang seperti kurang pendengaran dan akan melambatkan perkembangan pertuturan anak jika tidak dirawat manakala jangkitan bernanah akan sembuh sepenuhnya menerusi pemberian antibiotik. Bagaimanapun ia bukan jaminan masalah itu tidak berulang.

Gegendang telinga yang pecah biasanya akan bertaut kembali dalam kes OM yang bernanah. Tetapi jika lubang yang pecah itu besar dan OM terjadi berulang kali, gegendang mungkin tidak akan bertaut dan menyebabkan kesan pada pendengaran.

Pakar Perunding Telinga, Hidung dan Tekak, Dr Amir Izwan Mohamed Dahan, berkata setiap kanak-kanak berisiko mengalami OM sejak berusia beberapa bulan hingga sembilan tahun.

揥alaupun orang dewasa juga berhadapan masalah OM tetapi kanak-kanak lebih kerap menghidapinya kerana sistem ketahanan tubuh masih rendah dan tiub eustachian kanak-kanak (tiub yang menghubungkan bahagian atas tekak ke telinga tengah) pendek dan lurus berbanding orang dewasa,� katanya.

Keadaan ini katanya, menyumbang kepada berlakunya OM dalam pelbagai cara. Selalunya tiub ini tertutup tetapi terbuka untuk proses 憄engudaraan� atau menambah udara dalam telinga tengah. Tiub ini juga berfungsi menyeimbangkan tekanan udara di telinga tengah dengan tekanan udara di kawasan sekeliling yang berubah.

Bagaimanapun, jika tiub itu tersekat oleh kebengkakan atau mukus yang terbentuk oleh selesema ia tidak akan terbuka untuk proses pengudaraan itu. Ini menyebabkan cecair dari lapisan tisu telinga tengah terkumpul. Jika tiub itu terus tertutup, cecair itu tidak kering.

Satu faktor lagi mengapa kanak-kanak kerap berhadapan dengan OM kerana tisu yang mengembang di belakang kerongkong (adenoids) kanak-kanak biasanya lebih besar berbanding dewasa. Adenoids terdiri daripada sel limfa yang besar untuk melawan jangkitan. Ia terletak di belakang bahagian atas tekak. Kerana saiznya, adenoids boleh mengganggu pembukaan tiub eustachian. Malah, adenoids mungkin berhadapan jangkitan dan jangkitan itu akan merebak ke tiub eustachian.

揢ntuk mencegah OM ada beberapa cara. Antaranya imunisasi menentang jangkitan virus pernafasan atau secara khusus menentang bakteria penyebab OM. Selain itu kebanyakan doktor menyarankan penggunaan antibiotik. Jika OM menyebabkan kesakitan, ubat tahan sakit diberikan. Penting untuk ibu bapa mematuhi arahan doktor dan antibiotik diberikan mengikut jadual hingga habis,� katanya.

Apatah lagi katanya jika kanak-kanak itu diletakkan di pusat asuhan kerana ibu bapa bekerja. Kanak-kanak yang berhadapan dengan OM harus diasingkan dengan rakan lain.

Kanak-kanak yang tinggal dengan ahli keluarga yang merokok juga cenderung untuk berhadapan dengan risiko OM. Justeru, elakkan mereka dari persekitaran yang penuh dengan asap rokok. Menyusukan anak (sama ada susu badan atau susu botol) sambil berbaring boleh juga menyebabkan susu mengalir masuk ke dalam telinga tanpa disedari. Justeru perhatikan anak yang sedang menyusu.

Secara umum, OM disebabkan bakteria Streptococcus pneumoniae dan Haemophilus influenzae. Bakteria yang sama boleh menyebabkan selesema yang biasa dihadapi kanak-kanak. Perhatikan berapa lama dia terkena selesema. Kadangkala selesema berpanjangan tanpa batuk pun boleh menyebabkan OM.

Kesan OM pada kanak-kanak

Bukan saja menyebabkan kesakitan, ia boleh menyebabkan komplikasi lebih serius jika tidak dirawat. Jangkitan yang tidak dirawat akan merebak dari telinga tengah ke bahagian berdekatan kepala termasuk otak. Walaupun kehilangan pendengaran disebabkan OM bersifat sementara, OM yang tidak dirawat boleh menyebabkan kehilangan pendengaran kekal. Nanah yang keluar dari telinga tengah dan kronik OM akan mengurangkan keupayaannya mendengar dan melambatkan proses pertuturan dan berbahasa.
Jika ada yang inginkan jawapan yang lebih untuk masalah yang sama, silalah ke forum itu juga ye.

Ibu akan lihat untuk seminggu ini. Kalau masih tak baik juga, kita pergi klinik lain ye Arif. Cepat baik ye sayang..
Lupa pula. Semalam juga Arif ke klinik kesihatan untuk check-up 3 bulan. Selain dari kena cucuk, perkembangan Arif terkini ialah:

Berat : 5.2kg ; Lilitan kepala : 38cm ; Lilitan dada: 39cm ; dan Ketinggian:59.5cm

Moga Arif dapat membesar dengan sihat, seperti abang dan kakak ye sayang....

My little Arif yang tomeyy...

~ يوس ~

12 comments:

  1. susah hati kan klu anak2 tak sihat.. harap arif cepat sembuh... klu tak baik yus bawak je la g klinik lagi... klu bab2 telinga mata ni.. riso je..

    ReplyDelete
  2. @Puteri Satu
    tulah kak, mmg susah hati juga ni. Tapi baca dlm forum tu, yg dah pegi klinik pakar pun, masalah masih ada...mcm mana tu? Yus harap tak berpanjanganlah telinga dia berair tu. Takut juga ada masalah pendengaran ker? Mungkin boleh pegi check pendengaran nanti sbb alia dan abid mmg ada buat ujian pendengaran ni masa baby dulu.

    ReplyDelete
  3. ala arif tomey2x... xpe arif, muaz pun dah penah kena..masa dalam pantang lagi tu tp x bernanah le..cuma berair & kenkadang pekat mcm hingus tuh.. lama gak le baru nak hilang..sebulan lebih..pegi klinik kerajaan dia x bg ubat pun sbb muaz masih dlm hari masa tu..dia suh cuci mcm biasa je guna cotton bud tuh..dah umo sebulan masih duk ada lg cecair tuh, oi klinik swasta plak, dia bg ubat titik jela..tu pun dah nak abis ubat tuh baru betul2 hilang..risau aje mama dia ni hah.. tapi Alhamdulillah skrg Muaz sudah semakin sihat & gumbira..hehe

    ReplyDelete
  4. kesiannya Arif, kalau camtu mmg selalu kene cuci telinga. dan kalau baby selsema dan batuk, ada petua suruh tepuk belakang baby (macam nak bg sedawa baby masa lepas menyusu) insyaAllah baby akan muntahkan kahak2 takpun akan keluar melalui najis. satu lagi cari org yg pandai urut baby.

    ReplyDelete
  5. Auntie Azi doakan semoga Arif yang sangat comel ini cepat sembuh yea... Thanks for sharing the information Yus..

    ReplyDelete
  6. @umie
    Baca komen dari Umie ni, rasa lega sikit hati kak yus ni. Ini pengalaman pertama gak ni, anak sebelum ni takde masalah ni, tu yg risau lebih kot. Nasib baik juga Arif dah 3 bulan, tu yg dapat ubat kot, kalau dalam hari, mesti mcm Umie juga kan..thanks for the info yer..

    ReplyDelete
  7. @misah
    Misah pun tahu petua tu ye. Memang mak yus ada beritahu, dan dah buat juga, tapi tulah, asyik on and off je selsema Arif ni.. Dah pegi berurut juga untuk Arif, lepas urut tu selsema dia ok, tapi lepas tu telinga dia berair pulak ni..

    Hmm...memang macam2 Arif ni. Harap oklah lepas ni..

    ReplyDelete
  8. Yus, Isna baru terbaca entry ni. Dulu yasmeen masa 1tahun3bulan pun pernah kena. Nanah keluar dr telinga kanan.Isna bawak jumpa 2 doktor (klinik berlainan) just untuk puaskan hati. Dr yg pertama kata sebab OM tu la, suggest amik vaksin. Pi jumpa dr ke2, bagitau sbb alergik susu lembu (by that time dah campur susu badan n formula). Risau kan takut berulang so amik both measures... enjit vaksin (mahal ohhhhh beratus jugak habis 300++) dan tukar susu soya. Alhamdulillah setakat ini x berulang dan pendengaran ok. Tapi memang betul punca utama selsema yg lama. pendengaran,

    ReplyDelete
  9. @isna
    oo ye ke isna. So, far guna ubat yang doktor beri tu, sehingga semalam dah tiada keluar lagi. Tapi mmg yus perasan mcm hingus keluar dari telinga je. Akan di pantau lagi keadaannya, kalau berulang yus akan jumpa doktor lain..


    p/s: baru tahu Isna pun ada blog ye..:)

    ReplyDelete
  10. As'kum...
    Bagi org dewasa yg terkena simptom begini, boleh cuba dapatkan rawatan mencuci sekitar dalaman di:

    Rawatan mengubat simptom bernanah

    Atau, luangkan masa memahami info yg berkaitan dgn simptom2 begini yg berkemungkinan ada kena mengena dgn resdung tahap kronik:

    Info tentang resdung dan cara membasmi

    Semoga berjaya. Tq.

    ReplyDelete
  11. Utk menghilangkan telinga bernanah,rawatan campur minyak biji jintan hitam dan minyak zaitun dgn Imuran yg sama ,kemudian titiskan dua ataupun tiga titis ke dlm telinga.

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...