Thursday, November 10, 2011

Home » , , » Kalau tak lulus tak naik kelas tau ibu!!!

Kalau tak lulus tak naik kelas tau ibu!!!

Sebelum periksa mereka sendiri yang cakap dengan aku,
"Cikgu kata kan ibu, siapa tak lulus tak naik kelassss!!"
Sejak dari zaman aku lagi, siapa sekolah di sekolah agama Johor mesti tahu kan.
Kalau tak lulus tak naik kelas.

Masa dulu, kalau sekolah kebangsaan darjah 3,
barulah dapat masuk sekolah agama darjah 1.
Tapi, ramai yang tak habis belajar, lebih-lebih lagi kalau darjah 6 UPSR cemerlang.
Dapat masuk asrama, sekolah agama baru habis darjah 4,
terus tak sambunglah jawabnya.

Siapa tak lulus, sekolah pagi dah Tingkatan 2, tapi sekolah agama masih darjah 3..
pasti malu, sebab asyik tak naik kelas...huhu.
Sudahnya, tak habis belajar juga.
Tak ramai pun yang akan sampai Darjah Khas.
Aku sendiri tak merasa pun...huhu.

Sekarang aku ingat, sistem ni dah takde.
Aku ingatkan, tiada lagi sistem tak naik kelas kalau tak lulus ni macam zaman aku dulu.
Tapi rupanya ada lagi!!!

Cuma bezanya sekarang, kalau sekolah kebangsaan darjah 1, sekolah agama pun darjah 1.
Cepat sikit mereka mula, cepat juga habisnya kan.

Semalam, balik dari sekolah agama,
masing-masing sibuk menunjukkan slip keputusan periksa akhir tahun mereka.

Ini keputusan Alia....


Ini pula keputusan Aqil...


Alia kata, budak kelas dia ada dua orang tak dapat naik kelas.
Aqil pula kata, budak kelas dia ada 5 orang yang tak lulus,
maksudnya tak naik kelas jugalah tu...huhu.

Alhamdulillah anak-anak kami semua lulus.
Kesian kan kalau tak lulus, belajar balik perkara sama dengan adik dia pula ke.

Pasti ada baik dan buruknya sistem tak naik kelas kalau tak lulus ni.
Baiknya, nak beri motivasi pada pelajar supaya belajar bersungguh-sungguh agar naik kelas.
Kalau tidak, duduklah dia kat kelas sama sampai bila-bila.

Tapi ada juga yang negatifnya kan.
Takut lebih tak termotivasi pulak bila dah setiap tahun tak naik kelas.
Kat situ jelah dia...
Terus takde semangat nak belajar pulak...

Apa pun aku sebenarnya suka sistem ni.
Sebab anak2 ada perasaan takut tak naik kelas tu.
Jadi mereka belajar sebab takut ketinggalan dari rakan-rakan sebaya yang lain.

Tahniah Alia sebab dapat no 1.
Ibu bangga dengan Alia tau!

Tahniah juga Aqil sebab memperbaiki kedudukan di kelas.
Yang penting lulus dan naik kelas ya Aqil...
(Tulah ayat dia, bila tahu keputusan periksa dia...hihi)

Sekolah kebangsaaan??
Belum tahu lagi...

Tapi belum apa-apa dah tahu BM dapat B si Aqil tu...huhu
Macam mana nak suruh anak pandai BM ekk?

Alia, so far so good.....alhamdulillah.

~ يوس ~

17 comments:

  1. Tahniah buat Alia dan Aqil. Cemerlang keputusan peperiksaan mereka. Alhamdulillah. :)

    ReplyDelete
  2. Yus... budak lelaki kakak rasa lambat matang dan tak kisah sangat macam budak perempuan. Budak perempuan kalau kita kata tak malu ke kalau dapat nombor belakang, mesti semangat nak belajar ada...

    Tapi budak lelaki biasanya pick-up in the class strong berbanding budak perempuan. Allah tu adil Yus. Tak percaya tunggu Aqial besar sikit.

    Kakak dah nampak anak-anak saudara kakak. Ada dulu tu dapat nombor belas-belas, tapi la ni dah jadi engineer pun...

    ReplyDelete
  3. tumpang gembira tengok keputusan alia dan aqil... (^__^) ~

    ReplyDelete
  4. nostalgianya...sayangnya kitab sekolah agama zaman sekarang dah lain kan..dah tak guna kitab lama macam mutaalbadrin macam masa kita kecik dulu..

    saya pun start sekolah agama masa darjah 3..hihi..sampai darjah 4 setengah je..setengah sebab masa form 1 satu penggal je sekolah.. lepas tu masuk hostel..tu pun tak lulus..haha..

    ReplyDelete
  5. oh..sy x tau pulak ada sistem 'tak naik kelas ni'
    sy ni sekolah mana dulu yer..hiks

    ReplyDelete
  6. Tahniah alia & aqil..sejuk perut ibu tgk keputusan anak cemerlang camni..

    ReplyDelete
  7. terrornya alia, aqil apa kurangnya, tahniah sbb dpt naik kelas hihihi

    ReplyDelete
  8. tahniah..
    anak2 awak mmg bijak..
    saya harap anak2 saya pun leh bangga kat kami mcm tu.. ;)

    ReplyDelete
  9. tahniah Ibu! hu hu... anak2 berjaya sebab Ibu juga kan...

    ReplyDelete
  10. wah top ten anak kak yus dlm kelas ye...lagi2 si Alia tu tahniah....

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah yus..seronok yus anak2 dapat keputusan cemerlangkan

    ReplyDelete
  12. Tahniah pd Alia dan Aqil dpt keputusan cemerlang,nie semua hasil usaha rajin ibunya yg prihatin....

    Nak tag Yus ok...
    http://nazayiena76blogspotcom.blogspot.com/2011/11/contest-anakku-berfotogenik.html

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah..
    tahniah utk dua beradik tu..

    sistem tu masih ade lg ke kak?
    kat sek tu je ke?
    coz cma skolah agama dulu x dipraktikkan sistem ni..

    ReplyDelete
  14. @♥cmª shIemª♥
    tahun lepas akak tanya cikgu sek agama mereka, mmg masih di praktikkan sistem tu..

    dalam kelas anak akak Aqil pun ada budak darjah 5 sekolah pagi, tp petang dia darjah 3..

    Cma sekolah agama Johor ke?

    Kalau sek agama Johor mmg macam ni dari dulu....huhu

    ReplyDelete
  15. tahniah buat yus jugak
    sejuk perut yus ngandungkan mereka
    berjaya dengan jayanya
    suke ieda tgk
    anak2 ieda tidaklah sehebat ini
    tapi ieda akur .. lain anak lain pencapaiannya ..

    kita ibu2 kena usaha yg terbaik kan .. nak marah duk fikir2 kalau terlalu menekan mereka stress pula kan uhuhuh

    ReplyDelete
  16. tahniah alia n aqil! alhamdulillah... dapat naik kelas kan kak.

    kalau izan dulu2 masa sekolah agama kat selangor, naik kelas cam biasa aje. bila dah dok johor nih...baru tau, sistemnya camni....

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...