Kita sambung lagi cerita dan gambar di BGRC.
Dari komen-komen yang aku terima pada bahagian 1 sebelum ini,
nampaknya ramai juga yang dah pernah sampai sini kan.
Takpe, aku cerita dari pengalaman kami.
Mungkin tak sama dengan yang lain.
Cuma satu yang sama kot, BEST!!!!
Seronok main air....hehehe .
Ok. Kami di suruh tunggu 1/2 jam untuk bilik siap di kemas kan.
Bila saja kunci di beri kepada kami, menuju kebilik dan bila sampai...
BILIK BELUM SIAP KEMAS!!
Huhu, tensen sekejap aku.
Semua masih bersepah, dan...
segala sampah sarap dari penghuni yang sebelumnya masih ada.
Biasalah aku yang over kan, SRD, ayah, emak dan anak2 biasa aje.
Mereka relax saja....
Tunggu 'housekeeping' datang kemas, baru aku ambil gambar.
Ini hasilnya....
Sempat juga menjamu selera dari bekal yang kami bawa.
Kami bawa mee hoon goreng, nugget dan sosej dari rumah.
Selain itu, bekal untuk anak-anak lah.
Susu, kokocrunch, maggi....hahaha.
Yang lain tu bukan semua melantak masa tu ya.
Bekal gula, nescafe, teh semua pun kami bawa.
Pihak hotel ada sediakan, tapi biasalah kan, ciput aje mana cukup untuk dua hari dua malam tu.
Pukul 4 petang, anak-anak dah sibuk ajak turun ke kolam renang.
Mulanya nak tunggu lepas Asar, tapi petang tu ada bola.
Tak ingat siapa yang lawan, SRD nak tengok so dia ajak turun awal.
Sejam berendam dalam air, orang dah semakin ramai.
Nasib baik juga kami turun awal, lebih kurang 530 petang kami dah naik.
Kalau turun lambat rasanya memang berebut tempatlah.
Bukan besar benor kolamnya, nak menampung semua kan.
Mungkin sebab Sabtu pertama cuti sekolah.
Memang ramai betul yang datang masa tu.
Ok. Cukup dulu laporan setakat ini.
Bersambung lagi nanti...
to be continued...

Ini kolam renang di BGRC. Alia sedang belajar berenang dari abahnya, Aqil dan Abid lihat dari tepi. Mereka ikut giliran sebenarnya. Tak boleh turun sekali dalam kolam yang lebih dalam tu...ekekek |
Sejam berendam dalam air, orang dah semakin ramai.
Nasib baik juga kami turun awal, lebih kurang 530 petang kami dah naik.
Kalau turun lambat rasanya memang berebut tempatlah.
Bukan besar benor kolamnya, nak menampung semua kan.
Mungkin sebab Sabtu pertama cuti sekolah.
Memang ramai betul yang datang masa tu.
Ok. Cukup dulu laporan setakat ini.
Bersambung lagi nanti...
to be continued...
~ يوس ~
Kakcik belum pernah sampai ke sana. :(
ReplyDeleteWah seronoknya kak..teruja nengok gambar2 semua..
ReplyDeletewah seronok..kak berapa rate sewa kat situ ek?
ReplyDeleteSeronok kan budah-budak kalau jumpa air Yus... Kakak masih belum bergerak lagi sebab si Yasmien pun hari ini masih perikas SDEA (last day - bahasa arab dan tafsir). Ahad pula (awal muharram tu patutnya cuti kan - kena interview sekolah yg dipohon diSMA bandar penawar Kota Tinggi). Next week baru boleh jalan...
ReplyDeletewahhh ... seronok tengok anak2 hepi sakan. mak bapaknya lagi seronok, kan!
ReplyDeletemacam ala ala Bukit Merah WaterPark ...
ReplyDeleteyang penting anak anak seronok dan kita as parents hilang stress
psst..berapa harga bilik tu ??
jauh sangat~~hu~~duit tol dengan minyak je da rm300 lebih kalau nak ke situ~~
ReplyDeletebesh tu..cheqna lum sampai lagi sini
ReplyDeletewah seronoknya mandi pool.....berapa ya bilik family suite smlm?
ReplyDeletewah beznyee...belum apa2 dh cuti2 malaysia nih...jelezz...heheeee
ReplyDeletebestttnyer. suker3 :)
ReplyDeletesyok nyer..
ReplyDeletewah awlnya kak yus bercuti..apapun harap percutian kali ni yang terbest untuk kak yus dan family...
ReplyDeletemasa pegi dlu pon, amik family suite jgk...
ReplyDeletesama mcm yus nilah...
mmg selesa kan????
bab main air toksah ckpla...
bkn anak2 jer yg hepi...
mak pak pon eksaited... ekekekek..
anak-anak paling seronok.. kita pun tumpang gembira bila melihat anak2 gembira..
ReplyDeletePasni update bebudak main waterpark tau kak hihi, msti best!!
ReplyDeletePernah ke Gambang Water Park je... tak pernah pun menginap di sana..lagipun Gambang dekakt je...mmg selalu munna ke sana bawa anak2
ReplyDeleteanak2 pantang jupe airkan kak.. memang sgt2 teruja..
ReplyDeletex pernah pegi sana lagi..
ReplyDeletesobs*
baru jer bbrp hari lepas baca komen dr sorg kwn blogger, katanya bilik tak kemas.. & sinki berhabuk.. huhuuu.. & also makanan tak sedap... iyer ke??
ReplyDeletetp mcm Yus ade tempat masak ker.. so makan di restoren depa @ masak sendiri?
wow!! alahai dr part 1 cik ana pulun bace kisah akak pegi... teruja nak p gak nih!!! hehe
ReplyDeleteluv,
cik ana
Kitaorang yg dekat ni pun tak jejak loagi kat situ, hihih
ReplyDeleteNgeri tengok pool tu kan, betul2 atas bukit & tebing tu takde cover apa2.
ReplyDeletenak pulak budak2 tu naik awal...
ReplyDeleteermmm magggi tu wajib bawa ekk he3