Tuesday, November 01, 2011

Home » » Bila kunci rumah hilang.....

Bila kunci rumah hilang.....

Seperti biasa pukul 12.45 tgh keluar untuk ambil anak dari sekolah.
Hari ini mereka semua mula peperiksaan akhir tahun.

image hasil carian google

Bila keluar dari rumah, aku ingat aku dah kunci pintu rumah dan gril.
Aku ingat kunci itu aku letakkan di tempat biasa di dalam kereta.
Perjalanan seperti biasa.
Sampai sekolah, kelibat Alia saja kelihatan.
Beberapa minit kemudian, baru nampak Aqil.

Mula memandu untuk pulang....
Singgah sebentar di Pasar Segar Jue.
Beli stok ikan dan sayur untuk esok.
Beli susu dan drypers di Kedai OkOk.

Tiada apa yang merisau kan aku sepanjang perjalanan pulang.
Cuma Aqil dan Alia sajalah asyik bergaduh di belakang.
Sampai ada yang menangis.
Biasa bagi mereka.

Sampai aje depan simpang nak masuk kawasan perumahan,
baru perasan kunci tiada di tempat biasa.
Di mana kunci rumah???

Tanya dengan semua anak-anak.
Semua kata tak nampak.
Aduh!!! Mana ni???

Pusing-pusing cuba cari.
Tak nampak!!!

Berharap sangat, kunci tu tersangkut kot kat pintu gril tu.
Tiba depan rumah, dari jauh dah nampak.
Tiada kunci di situ!!
Kunci!!!!!!
Di manakah dikau????

Hati dah cuak.
Mulalah mulut membebel.

Bila kereta berhenti,
Teruskan pencarian kunci rumah yang hilang.
Anak-anak pun tolong cari sama.
Tertonnggeng-tonggeng aku di buatnya.
Kunci tetap tiada!!

Kepala dah mula pening.
Dalam hati, harus aku ke tempat kerja SRD ni.
Minta kunci dari dia pula.

Tetiba masa Alia keluar dari kereta, terdengar bunyi kunci itu.
Aku terus lihat di dalam beg dia.
Ya Allah, kunci itu di dalam beg dia.
Tapi dia sendiri tak tahu, bagaimana ianya boleh berada di situ.

Tiba-tiba Abid bersuara;
"Eh! Baru Abid ingat, tadi Abid saja masukkan dalam beg Alia. Masa ibu pergi kedai tadi!"
Bertuah punya anak, aku tanya dia kata tak tahu.
Suka nak bagi aku berpeluh kan.
Suka nak bagi aku menyinga kan.

Apa pun alhamdulillah...
Jumpa sudah kunci rumahku.
Begitulah cerita daripada aku.
Kisah kunci rumah yang hilang...
Tragissss........hihihihi.

p/s: TQ pada yang sudi baca sampai habis. Serius memang aku gelabah tadi tau!

~ يوس ~

17 comments:

  1. seb baik jumpa~kalau tak jenuh nak pecah pintu~keh keh~

    ReplyDelete
  2. boleh bayangkan kelam kabutnyer yus masatu.. per2pun dah jumpa oklertu.. memang budak2ni ingat bendatu takder per2 kita yang merasani memang menyinga rasanya

    ReplyDelete
  3. nasib baik x hilang kan..suspen dah tadi.

    ReplyDelete
  4. akk klau apa2 bnda dlm rmh hilang mula2 skali check beg si bongsu. beg dia dh mcm poket doraemon mcm2 ada. dulu pnh jumpa duit rm50. nk mrh pon ada, lucu pon ada

    ReplyDelete
  5. saya selalu kena marah sbb hilangkan barang..hehehe..

    ReplyDelete
  6. hahahahah...i pernah kunci cantik tgantung kat pintu rumah :) satu hari satu malam lak tu kitorang kuar :( sbb asben konon kunci pintu..i kunci pagar..nsb le pagar bkunci :( balik bp lak tu uwaaaaaaaaaaa Syukur Allah lindungi :(

    ReplyDelete
  7. assalam yus..mana tak gelabah..
    kunci hilang..he he.rupanya elok je tersimpan dalam beg.

    ReplyDelete
  8. Tapi lg sakit hati bila otw balik amik kunci dari abg baru jumpa kunci tu..huhu

    *Mmg tension!

    ReplyDelete
  9. kira ok la tuh.. sy pernah kena lg teruk.. dok ingat kunci dlm beg.. dah kuar dr rumah.. umah kita ada gap antara pintu umah ngan grill.. kami stuck kat situ ok.. mmg menangis la.. harapkan ada jiran nak kuar gi keja.. suruh dia ambik kunci spare dlm keta.. nasib baik ada dlm keta psl kekadang bw gak msk umah.. huruhara tau.. :)

    ReplyDelete
  10. Sure hilang CUN masa tgh carik kunci tu.... sebab tertonggeng-tonggeng.

    ReplyDelete
  11. dulu masa akak bujang..selalu tertinggal kunci rmh, kami duduk ber3, akak yg selalu balik awal, diorang balik kul 5 lbh..so nak x nk kena la pegi amek kt ofis diorang..huhu

    ReplyDelete
  12. Yus...kena buat lebih set rumah tu...macam akak anak pompuan pegang satu set... yg laki pegang satu set... kalau set pada akak ilang... call je diorang...

    ReplyDelete
  13. selalu terlupa kunci .kunci kereta. letak kat lain cari di lain.

    ReplyDelete
  14. memanglah devas betulkan masa nie,si Abid tanya dia ckp x tahu tu memang betul dia dah lupa tu....

    ReplyDelete
  15. sapa2 pun mmg gelabahkan kak kalau hilang kunci.. :)

    ReplyDelete
  16. Memang panik kan, bila kunci hilang, tak leh masuk rumah, dengan anak lagi. Nasib baik jumpa balik kunci. :)

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...