Tuesday, November 15, 2011

Home » , » Ibu nak RM100 tak?? Datang sekolah tau ibu!!

Ibu nak RM100 tak?? Datang sekolah tau ibu!!

Ayat dari anak dara aku Alia bila masuk saja dalam kereta tadi.

Aku yang konfius tak faham maksud dia berkata;

"Siapa nak bagi ibu RM100?" Cikgu Alia??"


"Yalah ibu. Cikgu kata, ibubapa kalau nak RM100 datang sekolah esok."

Masuk aje Aqil, aku tanya pada dia pula;

"Esok kena datang sekolah ke Aqil?"
"Cikgu nak bagi ibubapa RM100??"

"Ha'ah ibu. Kalau ibu tak percaya baca surat ni?"

Baca aje tajuk " TAKLIMAT PENGURUSAN SEKOLAH BAGI TAHUN 2012 DAN AGIHAN WANG BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2012"....terus faham...ekekek.

Baru teringat pasal belanjawan hari tu.

Esok nak dapat dah duit tu...memang confirm kena pergi sekolah ni, ...ekekek.

Cikgu mereka ni pun pandai kan...
Nak minta ibubapa datang taklimat, di gula-gulakan dengan RM100 tu pulak.
Hihihihi.....

Korang dah dapat ke agihan wang tu??


Eh! Tapi kan, kalau anak dua orang dapat RM200 ke?
Ke satu keluarga RM100 je....


p/s: Semua ibubapa yang ada anak bersekolah layak dapat kan? 

~ يوس ~

24 comments:

  1. anak kami belum sekolah.. memang tak dapatlah..hehe..

    rm100 tu besar nilainya kalau dibelanjakan dengan baik kan.. mungkin ada org anggap sikit je.. maklumlah harga barang tinggi sekarang ni..

    ReplyDelete
  2. TAKDE ANAK YG BERSEKOLAH ...TAK MERASALAH LAGI MUNNA... TAPI ANAK2 BUAH YG DAH BERSEKOLAH MMG DAH KECOH PASAL NI

    ReplyDelete
  3. Sekolah anak kakak tak ada pun Yus. Sekolah dah tinggal 3 hari je. Esok kakak memang ke sekolah tapi utk hari anugerah cemerlang bukan wang agihan 100 ringgit tu...

    ReplyDelete
  4. kat opisni pun dengarnyer ... semua yang ada anak sekolah memang dapat.. gunakan untuk kebaikan tau...

    ReplyDelete
  5. Pasti ramai yang hadir nanti tu kak hehe

    ReplyDelete
  6. Sklh anak Nurul pun sama esok ambik sambil ambik sekali buku adab anak2......
    Ok juga kerajaan kasi bantuan tu yea blh tambah sikit utk beli persiapan sklh thn dpnkan Yus....

    ReplyDelete
  7. hehe...cikgu bijak, anak2 pun bijak =)

    takde anak lg. =P

    ReplyDelete
  8. heheh, konpius ibu alya jap..
    alya kat sini lom masuk skul, jd mommie x lehla pi skolah..

    rini ramai staff yg amek cuti,
    haa... nk dpt duit 100 yal la tu.. =)

    ReplyDelete
  9. setiap anak yg bersekolah dapat RM100...takde limitation

    ReplyDelete
  10. ntah..x dop anok sekolah ekpom..hehehehe
    sorang student dapat RM100 rasanya

    ReplyDelete
  11. Salam Rindu Yus..:)
    Yus..akak rasa semua dapat...sorang seratus...kalau 3 orang ,3 ratus...bolehlah guna untuk belanja persekolahan nanti..beli baju sekolah ke..kasut ke..sekolah anak akak belum dapat lagi..:)

    ReplyDelete
  12. bestnya yus..

    sekolah anak2 kak ati ni taj tau
    cite lagi kalau ikutkan gomen
    suruh buka akaun bsn...tak tau depa
    nak buat lgu mana??

    ReplyDelete
  13. anak dee baru nak masuk darjah 1..tak taulah layak ke tak..

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah..bolehla gunakan untuk beli barang sekolah anak. Macam best ja. Hopefully, time anak sekolah, ada la lagi reward ni. ehehe.

    ReplyDelete
  15. ramai juga kawan2 office ieda ke sek hari nie .. kisah duit 100 nielah .. hurmmm tapi sek anak ieda belum lagi .. huhuhu

    ReplyDelete
  16. esok akan ke sekolah amik gak RM100 tu..sbb mgkin tak de account BSN so kena amik cash :)

    rasanya sorang anak RM100 (kot) hehehehe

    ReplyDelete
  17. i tak merasa lah...

    rezeki tu...

    ReplyDelete
  18. bantuan sekolah oleh kerajaan..

    ReplyDelete
  19. Sekolah danial tadi dh kena amik..utk tahap 1 esok lak utk thp 2... :)

    ReplyDelete
  20. RM100 seorang anak , boleh juga buat cover duit yuran tu kan.. ;)

    ReplyDelete
  21. RM100 seorang anak Yus, anak CM Farah dah ambik tapi sekolah dia tak beritahu lagi..

    ReplyDelete
  22. yelah sis..rm100 untuk seorang anak.
    boleh buat belanja beli brg sekolah nnti..ringan sikit.
    brg semua mahal skrg ni

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...