Thursday, November 03, 2011

Home » , , » Isu Gambar kelas : Abid dan rakan-rakan

Isu Gambar kelas : Abid dan rakan-rakan

Kelas murid-murid 5 tahun. Dapat cari di mana Abid tak? (kurang jelas, sbb aku tak scan gambar ni, guna kamera dari hp aku je)
Persekolahan tahun ini dah hampir ke penghujungnya.
Biasalah setiap akhir tahun, terutama murid tadika, mesti ada gambar kan.
Gambar konvo tu yang paling mahal!!
Kecik-kecik dah berkonvo.

Teringat pula, aku dulu tak sekolah tadika pun.
Belajar dengan emak saja, tapi emak kata umur 4 tahun aku dah boleh membaca. (eceh kerek nko!..haha)
Jadi aku takde pun kenangan bergambar masa di tadika.

Apa aku nak cerita sebenarnya ni?

Ok, berbalik pasal gambar tadi.
Bila cikgu tadika Abid kata, kena bayar duit untuk gambar kelas anak,
aku diam saja mulanya.
Lepas tu baru aku bertanya, " Berapa kena bayar cikgu?"
Dia jawab, "40 ringgit".

Balik rumah cerita dengan SRD.
Masa ini SRD dah bising, "Gambar apa sampai 40 ringgit??"

Esoknya, bila cikgu beri gambar-gambar tersebut pada SRD,
dia bayar saja dan mengambil gambar-gambar itu.

Ada 3 keping kesemuanya.
Besar-besar.
1 gambar untuk murid-murid 5 tahun.
1 gambar untuk semua murid di tadika itu (5 tahun + 6 tahun)
1 lagi gambar kumpulan Nasyid tadika itu.

Semua gambar itu ada muka Abid.
Dan semua gambar kira kena paksa belilah sebab tak tanya dulu pun kita nak gambar mana,
tiba-tiba suruh bayar untuk semua..huhu.

Ini yang menjadi isu!
SRD bising-bising.
Kata dia,
"Kan kesian kalau keluarga budak tu tak mampu, tiba-tiba paksa beli semua gambar, sampai 40 ringgit. Kita mungkin mampu, tapi kalau ya pun, patutnya cikgu tanya dulu nak semua gambar atau satu saja. Yang anak 6 tahun lagilah kena beli gambar yang pakai baju konvo. Banyak kena bayar untuk gambar saja, tapi macam terpaksa je. Patutnya tanya dulu. Punyalah untung jurugambar tu dapat. Bukan guna filem pun sekarang. Guna digital kamera saja. Kalau satu murid 40 ringgit, cuba kira berapa semua murid ni? Banyak tu dia dapat. Abang pun nak jadi jurukameralah."

Eceh! Biasalah SRD dan aku, bisingnya kat belakang saja.
Kenapa tak cakap je dengan cikgu tu kan??

Sebab kami tak kisah dapat semua gambar-gambar tu,
cuma isunya, patut tanya dululah kan.
Nak semua gambar atau tidak.

Mulalah kami dok bandingkan masa kami di Sheffield, UK dulu.
Masa di hospital, waktu melahirkan Alia dan juga Abid.
Ada jurukamera datang tanya sama ada kami nak ambil gambar baby kami baru lahir atau tidak?

Masa tu, baru dapat baby, ada pula orang offer nak ambil gambar, sukalah kan.

Bila gambar tu dah siap, dia poskan ke rumah.
Memang banyak gambar, ada yang kecik, ada yang besar.
Semua dia dah siap cuci, dan harganya tak silap untuk semua 35 pound .

Tapi! Tapi ya kawan-kawan,
ada borang di belakang tu, sama ada kita nak semua gambar atau tidak.
Kalau kita nak satu keping saja, yang lain wajib di pulangkan.
So, bayar amaun kecik saja, dari jumlah gambar yang kita ambil.
Nak pulangkan tu pun, dia dah siap kasi sampul surat yang setemnya sudah ada.
Tinggal poskan saja mana-mana gambar yang kita tak nak kepada dia semula.

Cumanya bila dah sampai kat tangan kita, tengok gambar semua cantik,
wajiblah kita nak semua kan!

Di sana mereka boleh percaya tau!.
Belum pun di bayar gambar tu, mereka dah cuci dan beri kepada kita.
Kalau kat sini, susah juga kan.
Confirm ada yang tak bayar, lesap gitu saja.

Tapi isunya, dia bagi kita pilihan, nak gambar yang mana??
Nak semua atau satu saja.
Ini bila kena beli semua, tanpa di beri pilihan,
tu yang rasa macam terpaksa aje tu...huhu.

Inilah baby first potrait yang di ambil oleh jurukamera di hospital Jessop wing Sheffield masa aku melahirkan Alia. Siap dengan frame dia kasi, ada lagi gambar potrait kecik-kecik. Bila dapat tu, memang confirm terus nak beli..huhu. (Gambar ulangtayang dari blog lama)

Apa pun, Abid lah paling seronok.
Ada muka dia dalam gambar.

Teringat juga dulu-dulu masa zaman sekolah.
Bila ada kawan bawa kamera dan ambil gambar kita,
semua pakat seronok sama-sama berposing.

Bila kawan tu dah cuci, dia bawa semua gambar tu siap letak kertas kecik bertulis nombor pada gambar.
Siapa nak gambar tu, kena lah tulis nama dan nyatakan nak gambar no berapa.
Tak pun tengok pada negatif filem gambar tu semula.
Nombor berapa kah gambar itu.

Lepas tu, bila dah pilih barulah kawan tu cuci.
Dah dapat gambar baru bayar.

Masih di sini, kita pilih dulu gambar yang kita hendak kan!
Walaupun mungkin muka kita ada di setiap gambar,
tak semua gambar tu , wajib kita membelinya.
Tak gitu??

p/s: entri tak puashati kena beli semua gambar ni...hihi.
~ يوس ~

34 comments:

  1. Buat apa tinggal di Sheffield? Saya pernah ke sana in 1997 kot. Pergi convo kakak.

    Memang mahal RM40.... dipaksa beli pulak tu. Beri CD je pun takpe, parents cuci sendiri.

    ReplyDelete
  2. huhu.. kecik2 dah konvo kan..bestnyer..dh merasa pakai jubah.. harga pon blh tahan...

    betul tu..kalo kna pd kluarga y x bkmampuan.. mmg kesian kan

    ReplyDelete
  3. mahal tak patut langsung..setuju sangat dengan encik SRD..kalau yangtak mampu mcm mana

    ReplyDelete
  4. pB adalah salah seorang yang jadi jurugambar masa zaman sekolah sekolah dulu ....


    bukan untung mana pun , tp suka suka

    ReplyDelete
  5. Oh sama macam zarif la..tapi untuk gambar konvo tu saya pun dah bayar dah, dah selamat dapat pun..tapi lupa ek berapa rm, rasanya cam tak sampai pun..rasanya la..hehe, tapi saya setuju sepatutnya kena tanya dulu..

    ReplyDelete
  6. RM40 tu mahal, memanglah kita mampu pun, tapi cam geram kalau nak keluar duit ngan tak delah mahal sebenarnya kalau kat luar.yg tak mampu kesianlah, sebab kita cik ina pernah rasa susah, dapat rasakan perasaan tu.

    ReplyDelete
  7. betullah yus.. mmg patut tanya dulu.. sbb kalau fikir kita, mmg kita tak kisah nak bayar sbb ada gambar anak kita.. tp bagi yg tengah sesak waktu tu tentu saja terasa terbeban.. klu di tadika anak2 saya dulu2, cuma pelajar 6 tahun saja yg wajib beli semua gambar.. yg lain blh pilih nak beli atau tidak..

    ReplyDelete
  8. Masing2 nak amik kesempatan sis..
    kalau x ada yg bersuara..situasi cam ni akan berterusan smpai bila2..emm

    ReplyDelete
  9. Rindunyaa zaman 'cuci' kodak..hehee

    ReplyDelete
  10. Tulah kak, mmg mcm tulah rate dia, betul jugak husband Akak, klu yg x mmpu mcmana kan? Skrg ni duit mjadi keutamaan, nk beri anak pendidikan yg baik lagi byk duit kene spent

    ReplyDelete
  11. mmg mahal... manyak untung laa camera man tuh...huhu

    ReplyDelete
  12. Yus..dulu2 memang macam tu..pilih dulu.baru cuci dan bayar.
    sekarang ni kalau ada kursus pun macam tu jugak..tak de paksa..kalau nak..tulis nama dan sertakan bayaran..

    ReplyDelete
  13. rm 40?agak mahal..xboleh choose dulu plak tu..

    tp yg kat Sheffield tu best..ade jugak perkhidmatan camtu ea..

    *budak2 skrg lgi best..siap ade konvo lg..^_^

    ReplyDelete
  14. mahalnya kak! mmg kalau kita mampu takpe boleh bayar, tp inikan anak2 kat tadika aje. sepatutnya bagilah surat, parents nak beli yang mana. mmg nak buat duit sungguhlah photog nih. izan plak yg geram...grrrr....

    **ehhh...samalah cam zaman2 izan sekolah kalau gi rombongan ke apa kak, kawan2 ada kamera...lepas dia cuci kita pulak yang pilih nak gmbr yg mana...kenangan kita sama kan kak!

    ReplyDelete
  15. RM40 besar nilainya bagi mereka yang kurang berkemampuan

    ReplyDelete
  16. agak mahal tu...tp mesti syarat tu jurufoto yg buat sbb murid x ramai, jd kalau dberi pilihan ,takut ramai yg ambik satu jer..so dia rs x berbaloi laa..

    pttnya cikgu tu pun srh d kalangan cikgu2 jer ambik gmbr tu..pastu cuci la..mrh ckit

    ReplyDelete
  17. qema ada lagi simpan negatif guna kamera dulu..sayang nak buang hehe..kalau g cuci mau apek kat kedai tu ketawa gamaknya hehe

    ReplyDelete
  18. sama ja ngan saya..
    cikgu cuma bagitau nak duit gambar.. gambar dah bagi dulu sekali ngan frame.. xkan nak kata nak plak.. hu3 bayar ja la..

    ReplyDelete
  19. mahai betui tadika tu..

    cerita yus ni boleh bagi
    idea kat jurugambar kat malaysia
    ni utk buat kelainan ..tapi
    boleh percaya ke org kat sini ..huhu

    ReplyDelete
  20. rindu gaks zaman cucui kodak sbb dolo tiap2 minggu eB gi hik3
    ps: slamat hari rayer aji (",)

    ReplyDelete
  21. Memang selalu camni klu dekat hujung thn bagi anak2 yg tadika,mesti suruh beli gambar yg jauh mahal dr sepatutnya dan yg untung jurukamera yg sklh panggil tulah.....

    ReplyDelete
  22. mcm sek ank akk plak bg cd - simpan smua gmbar2 utk smua aktvt spnjng 1 thn tu. dpt free je or mungkin dh tmasuk dlm yuran sek, akk t.check plak

    ReplyDelete
  23. betul la kak mahal tuh.. patut kena tanya parents dulu.. kesian sgt bg yg x mampu.. sy pun ader gambar konvo kt tadika.. mak simpan smpai skrg.. hiks..

    ReplyDelete
  24. Anak tak sekolah lagi tak de pengalaman camtu, tapi yg ambil gambar baby tu, kira paksa dalam diam je kan sebab dia tahu kalau org dah tengok mesti sayang setakat ambil satu je

    ReplyDelete
  25. anak sya pun 5 tahun tpi kos lagi mahal tadika dia...rm55 sebab dia siap laminate di hard board... huhu...

    kena redha bayar je lah...
    padahal 6 tahun nanti kean gambo lagi kan...

    tpi mmg best la hospital sheiffield tu buat kan...
    sesetengah oversea mmg orgnye lebih diprcayai dr kite sndiri...pelik kan...

    ReplyDelete
  26. Kakak rasa RM40/- tu memang mahal Yus. Anak kakak pun sama dapat gambar kelas satu, gambar dia pegang scroll satu (ini siap dgn frame lagi) dan 2 keping gambar passport dgn film dia sekali dari gambar pegang scroll itu baru RM 28/- aje. Tapi itu 2 tahun lepas sekarang anak kakak dah 8 tahun.

    ReplyDelete
  27. sonok dgr akak citer Sheffield tu..dorang boleh percaya kita mcm tu je kan...kalau kat Malaysia, dah lama lesap kot gambar2 tu...

    ReplyDelete
  28. mahal tu RM40..
    btw, ade gak abid gambor dgn kawan2 dia masa taski 5 tahun... :)

    ReplyDelete
  29. Sabor je la, Kak Yus. Sekolah Amirul pun sama, suka paksa beli buku. Bukannya guna pun. Banyak kali minta duit. Huuu...

    ReplyDelete
  30. betul tu kak...patut tanya la dulu...kot org tu anak org tak mampu...atau time tu kesempitan wang...tak ke kes naye..

    bagus org UK ni kan..percaya dan jujur jugak...

    ada sy pernah satu kes kat negara mana ntah...time hujang, ada disediakan payung kat satu kedai ni...so ramai la org amik payung tu, free...tapi kena pulangkan balik...jadi bila dia pinjam arini, esok pasti ada semula payung tu org pulangkan...mmg jujur betul...negara mana sy lupa dah....

    kat taska anak sy, dah siap bayar duit gambar dari awal semester...taska anak sy ada bayaran semester, dan bulan2 tu pun mmg ada...mcm smart reader lak...kos nye pun hampir sama dgn smart reader dah...

    ReplyDelete
  31. mahal jugak tu kak yus sbb kameraman nie lau cuci byk2 kos sekeping gbr 8R hanyala rm2.50 je..3 keping baru rm7.50...untung rm32.50 utk seorg murid..lau 100 org murid drb la...

    *sy dulu pun x tadika..trs msk darjah 1...nasb baik bijak ehhhh hehe....

    ReplyDelete
  32. huhuhu.. kadang2 cameraman caj murah, pihak sekolah caj lebih.. sy cameraman tadika.. x de pun untung banyak, cukup2 makan ajer.. :)

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...