Petang ini aku nak merajinkan diri join Segmen Rerama Berterbangan dari Kakyong ni.
Pahit manis berblog?
Lama juga aku melibatkan diri dalam dunia blog ni.
Entri pertama aku buat dengan tajuk "Percubaan Pertama" bertarikh 18 May 2006.
Orang yang menjadikan aku berjinak-jinak dengan dunia blog ni ialah Dr Faezhussain.
Sayangnya dia sekarang dah tak begitu aktif.
Sekali sekala saja menonjolkan diri.
Selama tempoh itu, ramai blogger yang aku kenal.
Ada yang dah bertemu muka.
Seronok sebenarnya berblog ni.
Kalau dulu, aku berblog kerana ingin abadikan segala kisah di perantauan.
Kini aku teruskan kerana ingin semua yang penting berlaku dalam keluarga tidak terus di lupakan.
Blog aku memang banyak cerita kami.
Cerita anak-anak membesar, sesuatu yang pasti tak akan dapat aku ulang semula.
Sekurang-kurangnya catatan di sini dapat aku imbas kembali satu hari nanti.
Harap blogger akan terus wujud sampai bila-bila.
Selain itu, pemangkin untuk terus berblog tentunya rakan-rakan blogger.
Yang tak putus-putus datang silih berganti.
Dari mula aku berblog sampai sekarang, yang rajin datang komen kerap berubah.
Namun antara yang aku kenal dari tahun 2006 ialah KakAnie, Mulan dan HappyIrfa.
Mereka ni antara yang masih aktif berblog.
Itu pun sekali sekala mereka muncul.
Tapi aku gembira, kiranya lama kami berkawan di alam maya ni.
KakAnie antara yang aku dah pernah jumpa, memang seronok.
Kini, aku semakin ramai teman.
Semuanya mempunyai seribu satu kisah yang menarik untuk di kongsi.
Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat blog aku ya.
Kemudian baru datang pemangkin semangat yang lain.
Seperti nuffnang dan churpchurp.
Seronok pula bila menulis di blog pun ada imbuhan.
Walau tak banyak, ianya membantu untuk terus bersemangat menulis.
Moga aku akan terus bersemangat menulis di sini.
Dan kawan-kawan blogger andalah inspirasi aku.
Terima kasih semua.
Seronok kan berblog ni.
Hanya mereka yang ada blog saja yang tahu apa keistimewaan berblog.
Ok, rasanya cukuplah. Memenuhi kehendak segmen kan kakyong.
Korang nak join sekali.
Tarikh tutup hari ini...30 Nov 2011. jam 11.59 malam.
~ يوس ~
dulu2 suka baca org punya blog jer..tu yg try nak ada sendiri punya akhirnya seronok ada sendiri punyakann...sebab ada ramai kawan-kawan alam maya ni..ade jugak dah jumpa kat alam nyata..
ReplyDeleteYus...terharu kerana nama akak disebut di sini... memang takkan lupa kenangan waktu kegemilangan berblog dulu...hahaha...ayat tak tahan... dan akak ingat lagi yg akak mengenali Yus sejak alia masih kecil... terpikat dengan rambut keriting magginya tu akak tak pernah jemu membaca kisah2 Yus. Cuma sekarang kadang masa tidak mengizinkan untuk akak selalu ke sini...
ReplyDeleteTapi Yus sentiasa di hati... masih tersimpan kemas cenderahati yg Yus beri semasa pulang dari perantauan...
Semoga silaturahim ini akan terus kekal abadi...
awak tak sebut pun pernah jumpa pakngah .. huhu !
ReplyDelete@ainnoraini
ReplyDeletememang seronok ada blog ni kak ainn. Ramai kenalan maya yang best2, dan akhirnya menjadi teman realiti...:)
@aNIe
ReplyDeleteTersimpan kemas lagi? Yus pun tak ingat yus pernah beri pada akak ya?
Akak mmg sentiasa di hati, walau skrg yus dah jarang2 juga jenguk blog akak.
ya kak, moga silatturahim ini terus berkekalan hendaknya...
@al-lavendari
ReplyDeletealahai, pakngah terasa hati ke?
huhu.....saya pernah jumpa ramai lagi pakngah, kak zia, ayunasia, ajzie, tapi yang saya sebut tu yang saya kenal pada awal2 berblog. Dari tahun pertama berblog, dari saya di UK, tak sangka sangat jumpa juga kakanie bila dah balik Malaysia...
Apa pun, nama pakngah mmg tersenarai dalam list blog saya sebagai antara blogger yang saya dah jumpa...
akak, berblog ni memang seronok kan..kira lama jugaklah akak, saya pun start sejak 2007..sejak tu dah tak boleh berhenti blog..ni kalau kita print blog jadik buku ni mesti syiok kann..dah jadik cam buku cerita je rasanya..:)
ReplyDelete@Huda
ReplyDeletemula2 tengok nama Huda yang komen rasa pelik pulak..hihi.
Awat tukar nama pena blog ke? Guna nama sendiri lagi best ekk?
yalah, kalau print mmg boleh buat buku...:)
aah seronok kan .. dulu masa mula2 semua ayat skima2 ekeke .. kenangan tuu .. ieda punn dah lama berblog nie dah hampir 3 tahunn :)
ReplyDeletememang seronok rupanya berblog ni...boleh kongsi citer ngan kawan2 alam maya.....
ReplyDeleteiyer akk la sumber inspirasi saya. hehe.. eh kak faez, lepas balik dulu ada gak ym2 ngan dia. ni blog baru dia eh. boleh jejak kasih lg ni. :D
ReplyDeletewah.. kira Yus ni otai lah dlm dunia blog.. kakyong kenal dunia blog pun masa penghujung tahun 2007.. tu pun hanya baca blog org jer..
ReplyDeleteterima kasih sudi join segmen kakyong utk bloglist Dec 2011.. :)
assalam yus..blogn acik pun irfa yang buatkan..kenal dia dari 1998 lagi..diamla yang mneggalakkan..
ReplyDeletetau irfa ada blog pulak melalui sedara acik zino..
zino juga masih cuba bertahan.. menulis di blog rasa nya lagi puas.. hehe
ReplyDelete@kakyong
ReplyDeletememang dah lama berblog, tapi rasanya kakyong lagi tahu selok belok dalam dunia blog ni. Yus tak amik port sangat, tahu tulis apa yang nak tulis saja..:)
@Acik Erna
ReplyDeleteoo, abah zino tu sedara acik ya!
@zino
ReplyDeletememang menulis di blog lebih mendatangkan kepuasan abah zino. Abah zino pun antara blogger yang awal saya kenal....
cuma skrg lebih aktif berfb rasanya kan...
teruskan menulis yus, cik ina suka baca blog ko, cuma masa tu kekadang mengcemburui , tak de berkesempatan nak pegi blog ko.:(
ReplyDeleteqema pula org yang selalu/kerap komen ketika mula2 qema berblog adalah kakyus...beri semangat untuk berblog kalau org selalu singgah kan kak:)TQ
ReplyDeleteDah lamakan Yus berblog dan kwn2 pun dah ramai....
ReplyDeletepakngah gurau je ..
ReplyDelete