Friday, November 11, 2011

Home » » Itu dan Ini : Dari Tarikh 11.11.11

Itu dan Ini : Dari Tarikh 11.11.11

Salam Jumaat, penghulu segala hari.
Ramai yang suka dengan tarikh hari ini kan.
Cantik, unik dan ada yang menganggapnya bertuah.

Sana sini banyak yang bercerita pasal tarikh hari ini.
Aku ingin petik beberapa artikel dan komen pasal tarikh hari ini.
Radio Sinar FM pun ada membincangkan pasal tarikh ini pagi ini kan.

Antara yang aku jumpa...

1.
Pasangan di China berebut memilih tarikh 11.11.11 sebagai tarikh perkahwinan mereka. Deretan nombor satu  yang ada padanya itu di anggap tuah. [Sumber: Kosmo]
2.
Pelajar SMA-MAIWP memakai baju bertarikh 11.11.11 ketika beriadah di Kompleks Belia Gombak bagi menunjukkan tarikh yang unik di Gombak. [Sumber: bharian.com.my/#]
3. Bayi nombor siri 11111111
KUALA TERENGGANU: Dalam satu kebetulan yang menarik, bayi yang lahir hari ini di Terengganu akan mempunyai empat set nombor 11 bagi lapan digit pertama MyKad dan sijil kelahiran mereka. [baca lanjut : bharian.com]
Namun dalam banyak-banyak tu, aku suka dengan quote yang aku jumpa di fb page Ustaz Azhar Idrus ini.


Dan dari printscreen di atas, komen pembaca yang menarik perhatian aku adalah seperti di bawah:

Aku setuju komen ini!

Dan aku sokong kedua-dua komen dari Ainnur Afiffah tu.
Kesimpulannya di sini:

image hasil cariah google
Tarikh ini memang unik, cantik, tak akan berlaku lagi sehingga seribu tahun lagi (boleh sampai ke?).
Cuma kita jangan terlalu taksub dengannya,
sehingga mempercayai ianya boleh membawa tuah atau yang seumpamanya.
Ianya hanyalah satu tarikh.

Bagi aku tarikh ini adalah sesuatu yang di tunggu-tunggu juga,
sebab SRD akan pulang hari ini selepas 3 hari OS...hihi.

Korang pula bagaimana?

p/s: ada lagi artikel menarik yang korang jumpa pasal tarikh hari ini? Bolehlah sertakan linknya di ruangan komen ya. Aku pun nak baca juga... :x

~ يوس ~

21 comments:

  1. yup..same goes mase birthday ku yg ke 17..09.09.99.....

    ReplyDelete
  2. waahhhh, saya suka entri pasal 111111 di sini.. izinkan saya bagi link pada entri ini yaa petang nanti... thanx so much Yus..

    ReplyDelete
  3. Kakak tak ada rasa apa-apa pun Yus. Bahkan hari ini pulak kakak demam. Tapi still boleh kerja sebab ada tugasan tak boleh elak. Sekejap lepak atas meja... sekajap buka blog, sekejap buat kerja...

    ReplyDelete
  4. hari yang biasa je~~takde ape spesel kak~he~~

    ReplyDelete
  5. hmmm, eB raser sbb akter2 tuh agak ksr kot walopn maksudnyer x sekasar maner. wallahualam

    ReplyDelete
  6. kalau menikah hari ni..jumaat tu semoga mendapat berkahnya...tntg cantiknya nombor tu biarlah senang diingat-ingat...thanks ye kak,hadiah yg sgt ohsem...nanti yana update...

    ReplyDelete
  7. Sekadar senyum simpul baca komen2 FB tu.. :D

    ReplyDelete
  8. biasa biasa aja

    cuma hari ni hari jumaat , banyak banyakkan lah bersedekah

    ReplyDelete
  9. hari yang takde apa2 makna pun..

    ReplyDelete
  10. assalam yus..acik suka tengok tarikh tu..itu aje..tapi tak la taksub .
    macam2 manusia ni kan yus..

    ReplyDelete
  11. @Gen2Merah
    takde yang menariknya entri ini. Saya cuma kongsikan beberapa artikel yang saya jumpa dari tarikh itu...:).

    Kalau nak share, atau link pada entri ini, silakan ...:)

    ReplyDelete
  12. nice entry kak yus... apa2pun ini cuma tarikh unik. takkan jumpa lagi sampai bila2 kan.

    ReplyDelete
  13. xde ape2 yg menaril hari ni..
    cuma amgka 111111 tu cantik..!:)

    suka komen2 kat fb tu

    ReplyDelete
  14. tarikh ni mmng menarik.....tapi tak de apa yg menarik buat akak...mcm biasa jugak...

    ReplyDelete
  15. sy pun suka jek dgn no 1 yg tersusun tuh..takde la smpai taksub or teruja menuggu date tu..cuma satu tarikh yg unik n sng di ingati aje..hehe..

    ReplyDelete
  16. munna pun takde rasa apa2 yg menarik tarikh ini...mcm biasa aje

    ReplyDelete
  17. tu lah... yg penting keje dan urusan dgn niat yg baik...

    cuma tarikh tu uat penyedap je kan...

    ReplyDelete
  18. x salah nk abadikan sesuatu pd tarikh ni.. cantikkan.. cuma jgn terlalu teruja @ mempercayai tarikh ni membawa tuahkan kak..

    ReplyDelete
  19. very good info, yus. pd aida, ia hanya la tarikh unik yg takkan berlaku dlm masa terdekat. tu je. tidak la memuja or apa-apa... ia unik... next year last la ~ 12.12.12 ~

    nota kaki : klik & ziarah ~ AIDA'S HOME SWEET HOME ~

    ReplyDelete
  20. Cuma angka tu je yg cantik dan kebetulan jatuh hari jumaat.
    Oh ya hadiah GA blm sampai lg...

    ReplyDelete
  21. hanya angka tp setiap hari adala hari2 yg indah yg perlu diberi pengisian bermakna.. kan... ;)

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...