Sunday, November 27, 2011

Home » » Lelaki dan kereta

Lelaki dan kereta

Lelaki selalunya kalau pasal kereta tak kisah berhabis duit kan.
Ada yang sanggup lakukan apa saja
untuk pastikan kereta kesayangannya sentiasa dalam kedaan tip top.
Tapi ada juga yang tak kisah apa,
kereta kotor macam baru keluar bendang pun tak kisah.

En SRD @ suami tercinta aku kalau pasal kebersihan kereta ni dia so-so aje.
Tak kisah sangat pun kereta kotor atau apa.
Tapi kalau kereta ada bunyi sikit, absorber rasa lain macam, tayar rasa lain sikit,
aircond tak berfungsi, radio tak bunyi, itu semua memang dia ambil kisah.
Kalau pick-up tak begitu power pun dia ambil peduli.
Lelaki dan kereta, memang tak boleh di pisahkan kan.

Sekarang ni, perempuan pun ada yang macam tu.
Lebih-lebih lagi perempuan yang berduit.
Kereta jadi keutamaan juga.

Pada aku, asal kereta itu selesa,
boleh bawa semua ahli keluarga,
cantik di pandang mata,
pemanduan rasa tip top, itu kira oklah.

Kalau ada rosak sana sini, itu pun aku gelisah juga.
Risau takut apa-apa di jalan raya.
Tapi nak pegi betulkan tak tahu.
Semua serah pada en SRD aku....huhu.
Aku tahu bawa aje.
Kena ambil tahu juga kan sebenarnya...

Semalam SRD pergi tengok 734 nya di bengkel.
Masih belum siap nampaknya.
Aku menunggu saja dia berborak panjang dengan mekaniknya.
Rasa boring betul menunggu...huhu.
Anak-anak pula memekak, abahnya tak siap2 berbicara.

Mungkin ingin tahu lebih lanjut apa yang telah di buat dan di betulkan.
Paling penting soal ongkos, haruslah setimpal dengan apa yang telah di lakukan.
Takut tak cukup masa nak bayar pun ya juga.

SRD dan mekaniknya. Kereta dia yang bonet depan terbuka tapi tiada orang di atasnya tu ya...hihi.
Satu nasihat aku...
Walau berapa pun yang kita belanjakan pada kereta,
jangan sampai anak di rumah tak cukup makan.
Jangan sampai berhutang keliling pinggang.
Dan paling utama, jangan sampai mintak mak pak duit pula untuk isi perut ya!
Kereta itu bukan keperluan asasi, paling utama kebajikan diri dan keluarga.
Harus menjadi keutamaan....tak gitu?

Hai, dah hampir 10 hari di bengkel tak siap2 kereta ni.
Bila mau siap tuan mekanik??
Katanya minggu depan.
Hmmm......
Rasa patah kaki juga aku tiada kenderaan di rumah bila SRD bawa 8238 ke tempat kerja.

~ يوس ~

20 comments:

  1. Kereta satu keperluan. Nak ke kedai beli ikan pun naik kereta. Tak ada kereta patah kaki laa..

    ReplyDelete
  2. jenuh gak kan kak bile kete buat hal.. cik ana pon ckup risau la kalo kete buat hal..dah tentu bukan sikit2 duit =P





    luv,
    cik ana

    ReplyDelete
  3. assalam yus..suami acik pun macam tu.janji kereta injin nya elok dah memadai..katanya..lagi satu ekon..tak tahan dia panas..yang lain tak kesah..dah 30 tahun berkereta baru 3 kereta je dia pernah tukar..
    kereta sekarang dah 9 tahun..belum pun dia teringin nak tukar cat..

    ReplyDelete
  4. Memanglah kak, kereta dan laki mmg tak boleh dipisahkan serupa cam laki saya, asal lain macam je dah gelisah..Ni sekarang kereta kancil saya pun masuk bengkel, nak masuk seminggu tu pun tak siap lagi..

    ReplyDelete
  5. kalau tak ada kenderaan memang rasa patah sebelah kaki

    enpakwe sya pulak, kalau kereta tak bersih bising mengomel2, tp bab bab lain tak adalah, bini dia je yg lebih ;p

    ReplyDelete
  6. ada sesuatu pasal kereta ni yang saya nak cerita..
    esok pagi je la..
    heheehh..

    (saja buat suspen)

    ReplyDelete
  7. yelah yus .. janji enjiin masih elok .. nak beli baru bukan mudah kan .. janji kita pandai jaga enjin dan hati2 selalu :)

    ReplyDelete
  8. seksa bila kereta duk kat bengkel lama2 kan, pernah rasa dulu

    ReplyDelete
  9. hehe..samala mcm husband sy,keta bersepah dia xkisah,tp klau ade rosak sikit je cecepat pi bengkel duk tgok ape yg xkena..uisshh,nape dgn 734 tu kak?

    ReplyDelete
  10. apa hal lama bebenor kereta tu kat bengkel..

    suami kakyong pun so-so jer dgn kereta ni.. mungkin sbb kereta pun dah tua.. x leh jalan jejauh pun, takat dlm Ipoh ni boleh lagi..

    lagipun belum ade duit lebih utk buat apa2 utk kereta..

    jom join segmen
    http://www.kakyong.com/2011/11/segmen-rerama-berterbangan-dec-2011.html

    ReplyDelete
  11. memang pening kepala kalau kenderaan kita rosak..
    baik senang jadi sukar..

    sure yus kena kongsi kereta ngan suami...

    PS: selalu ingatkan diri, nak solek kereta bertempat.. asal bersih tak meragam.. pandu jerlah...

    ReplyDelete
  12. Kereta akak dah macam van sekolah semenjak dijadikan kenderaan angkut anak2 pergi balik sekolah. Ni pun baru teringat nak basuh.

    ReplyDelete
  13. x ada kenderaan susah nk gerak..

    ReplyDelete
  14. kete ngan cma pun x dpt dipisahkan...
    hhuhu..

    tp tiap2 bulan mesti ade je yg saket..

    ReplyDelete
  15. lelaki ada yang gila nak makeup kereta beribu2,.kalau kaya takpelah,yg miskin?

    *cian isteri kat uma..hehee

    ReplyDelete
  16. kalau tak de keta, susahnya nak bergerak...tapi stkat ni keta akak tak pernah mnimbulkan masalah lagi...tapi akak tak pernah basuh keta sndiri..heheheh..kadang2 bersawang dalam keta...

    ReplyDelete
  17. betul yus..pd akak pun sama, asalkan kereta itu baik, boleh membawa kita anak beranak, kira ok lah tu..

    rungsing kalau kereta lelama masuk bengkel ye..bimbang sentiasa di jiwa raga..

    salam maal hijrah. Moga dipermudahkan urusan..amin

    ReplyDelete
  18. Kalu pakai keta, duit kena sentiasa ada dalam poket...

    ReplyDelete
  19. Kereta tu satu keperluan dan dulu2 selalu jugak naik bas blk rumah jika hubby pegi OS pki keta.

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...