Tuesday, November 15, 2011

Home » , » Mengemas: Rasa macam nak pindah rumah pulak....huhu

Mengemas: Rasa macam nak pindah rumah pulak....huhu

Bukan aku nak pindah rumah ya..
Tapi, aku sibuk mengemas dua tiga hari ni.

Bermula dari hari Jumaat tu, bila vacum cleaner aku rosak.
Semuanya Arif Zakwan punya angkara.
Terus dah tak boleh menyedut lagi.

SRD baik hati belikan aku vacuum cleaner baru.
Dengan gadget baru, semangat mengemas aku bercambah.
Habis bilik anak bujang aku yang aku rasa tak serupa bilik sebelum ni aku rombak.

Sebelum ni penuh dengan mainan saja.
Almari baju pun takde.
Guna rak biasa aje Aqil dan Abid tu.
Jadi semua nampak serabut.

Paling aku geram kain baju mereka.
Semua dah tak bersusun.
Dan banyak pula baju yang mengecik....hahaha.
Mereka yang dah makin membesar sebenarnya.

Bila dah mula, susah nak habis kan.
Baju-baju yang rasa tak boleh pakai tu semua aku humban ke plastik hitam dan kotak.
Ada yang rasa tak rupa baju tu, masuk tong sampah le.
Mainan yang dah pecah-pecah tak serupa mainan semua aku buang.
Mana-mana yang kecik2 sangat semua aku sorokkan.

Geram pula budak2 ni takde almari baju,
hasilnya mereka dapat set tidur baru terus.
Alia pula yang merajuk, sebab dia tak dapat katil baru.
Aiseh!! Awak punya set tidur dah cantik dah, nak apa lagi sayang??

Sabtu dan Ahad tu rasanya rumah aku memang macam orang nak berpindah aje.
Penuh kotak dan plastik hitam sana sini.
Sampah aku pun banyak tersusun di depan tu.
Nasib semalam lori sampah dah datang angkut.

Bila semua dah tersusun, baru puashati...
Set tidur baru Aqil dan Abid

Tapi tulah, baju-baju yang masih elok tu tak tahu nak campak mana.
Nak buang sayang,
Ada adik dia Arif boleh pakai nanti.
Sekarang longgar lagi, simpan dululah di dalam kotak kan.
Sudahnya, susun dulu atas katil lama mereka.

Semalam pula  pagi ke klinik.
Check-up Arif untuk 1 tahun 3 bulan.
Berat naik cantik...
Masa check-up 1 tahun hari tu 7.9kg, semalam naik ke 9.1kg.
Risau bab berat ni, sebab misi asyik tegur je.

Badan dia pula naik merah-merah satu badan.
Kenalah jumpa doktor juga.
Dia alergic habuk rupanya.
Bila aku mengemas aje, tu yang badan dia pun merah-merah.

Petang pula ke bank di Parit Raja.
Tu yang sibuk sikit.

Hari ini alhamdulillah dah ok dah.
Baru rasa dapat rehat sikit.
Tu yang tak sempat nak BW ke apa ya.
Bukan sibuk apa pun...
Sibuk mengemas je....hihi.
Satu lagi, bila dah kemas satu bilik, yang lain pun harus terkena tempiasnya.
Mana aci satu aje kan...ekekek.

~ يوس ~

26 comments:

  1. hehe..cntik naik berat dia..faris sgt ssh nk naik berat even makan bnyak..ikut ibu dia kot..kecik jek..hehe

    ReplyDelete
  2. munna pun bila rajin mengemas semua bilik munna kemaskan...habis semua munna selongkar dan kemas semula

    ReplyDelete
  3. cheqna paling suka mengemas..betul ni...sangat suka..tak leh r nampak rumah serabut..x suker..

    ReplyDelete
  4. kemas je bilik..betul la kak bila dah kemas satu bilik semua bilik pun nak dikemaskan..

    ReplyDelete
  5. yus mmg g checkup Arif tiap2 bulan ye?akak hanya g checkup bila memerlukan jab jek...Arif pun dah naik beratnya...Firas last 2 weeks 9.5kg...skrg ntahla...kuat minum susu

    ReplyDelete
  6. heh heh, betulla tu Yus... saya pun nak mula kemas aduhlah liat. tapi kalau dah mula, habis atas bawah kiri kanan depan belakang semua nak kemas! lepas tu pengsan kepenatan... hi hi

    ReplyDelete
  7. sekali mengemas mesti habis masa sampai berjam2 kan kak?he~~

    ReplyDelete
  8. wah.. bestnya anak2 dapat set baru yer.. klu sekali mengemas yg major tu mmg dah serupa pindah jadinya.. kat rumah ni pun dah lama tak buat gitu.. nak tunggu vacum baru jugak kot.. he..he..

    ReplyDelete
  9. wah mengemas sakan kak..puas hati bila rumah kemas & tersusun..qema sekarang ni tak boleh nak buat rombakan rumah ada je yang ngacau, sapu lantai pun disekatnya hehe

    ReplyDelete
  10. @kayzie
    Arif ni pun kategori kecik kayzie, tapi tulah ligat bukan main..huhu

    ReplyDelete
  11. @mama maman
    sila-sila, kalau dapat auranya bagus juga kan..:)

    ReplyDelete
  12. @munna
    itulah kan munna, kalau dah mula mengemas, susah nak berhenti, semua benda nak kemas ya tak?

    ReplyDelete
  13. @cheqna
    kak yus pun dulu2 suka juga, tp sejak dak anak ramai ni, malas sikit nak mengemasnya, sebab penat kemas je, tak sampai berapa minit dah sepah balik...huhu

    ReplyDelete
  14. @missbby
    harap2 terus kemas mcm tu huda, tunggulah anak bujang kan, kejap je dah sepah nanti...huhu

    ReplyDelete
  15. @RYS AREESA NASIR
    hehe..betul, betul, betul..(tiru gaya upin ipin bercakap ya..)

    ReplyDelete
  16. @bujal X
    itulah bujal, sampai 3 hari baru habis gitu..hihi

    ReplyDelete
  17. @pena rozie
    kalau yang kecik2 tu mmglah hari2 rozie, ni yang major ni, sekali kemas penat...huhu

    ReplyDelete
  18. @Hanis Azla
    anak2 suka dapat set baru tu hanis..:)

    ReplyDelete
  19. @qemaishak
    sama je qema dengan Arif kat rumah ni, nasib ada kakak dia tolong jaga, tu pun sibuk juga, tu pasal sampai merah2 badan tu...huhu

    ReplyDelete
  20. @eB ezrin
    taklah eB, dia tak boleh kena habuk terlebih je..hihi

    ReplyDelete
  21. gigihnya.. memang kalau dah start buat kerja tu.. Ya Allah, banyaknya kerja ..tak berenti-renti plak. Selamat berjaya jugakan.

    ReplyDelete
  22. kakyong pun tunggu mood mengemas mari baru la mengemas betul2.. bilik tgh pun dah mcm stor.. patah hati sebenarnya.. tak tau nak letak kat mana baju2.. 'order lemari baru' - usah harap lah.. order suami carikan kotak besar, tak mandang2 kotaknya..

    sian si Arif alegik habuk yer.. ibunya berkobar2 sgt mengemas tuh...

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...