Salam hari Isnin semua,
(p/s: entri ini haruslah di baca sampai habis untuk mengetahui apa dia 1 Day Lucky Draw tu!Ada hadiah menanti anda)
Hari ini hatiku berbunga riang. Tanggal 21 Februari ini adalah hari jadi aku yang ke 35. HAPPY BIRTHDAY TO ME! Betullah orang selalu kata, benda yang sentiasa naik dan tak turun-turun ialah umur kita. Makin lama makin naik, tapi tak pernah turun kan...

Ramai juga kawan-kawan di fb dah hantar ucapan mereka pada aku. Ucapan pertama aku terima ialah daripada
pakngah Al-lavendari iaitu pagi semalam, pukul 10.13 pagi. Terharunya, semalam hari jadi dia, tapi dia pula yang
wish aku dulu..huhu. Al-maklum, dia pernah kata dengan aku dulu yang dia tua sehari saja dari aku...
.
Selain itu, orang penting yang dah beri ucapan Selamat Hari Ulangtahun semestinya dari SRD tercinta kan. Emak dan ayah pun sama. Semalam mereka datang sini, sekejap saja dalam 4 jam saja di rumah aku. Kata ayah, "
hari jadi anak ayah esok kan, tak sempat nak buat kek, ayah hantar aiskrim saja." Gembira rasa hati, emak dan ayah datang bawa rojak dan aiskrim untuk aku...
.
Begitulah antara perkara happy berlaku bila umur meningkat, tapi sebenarnya bila umur meningkat usia kita berkurang, betul tak? Berkurang sebab tinggal sedikit saja masa kita di muka bumi ini. Sudah bersediakah aku untuk menghadapi hari-hari terakhir? Takutnya!!
Aku sebenarnya ada nak wish sesuatu di hari jadi aku. Permintaan di tuju kepada SRD suami aku....

. Aku belum dapat hadiah aku lagi. Aku tahu, setiap tahun dia beri hadiah lambat punya. Mesti sehari, dua tiga hari atau beberapa hari lewat. Sebabnya, kalau dia beri awal aku biasa tak berapa suka hadiah tu. Teruknya aku kan! Orang dah beri hadiah pun tak suka.
Bukan tak suka apa ok, tapi dia selalu tak perasan apa yang aku dah ada. Dia beli benda yang aku dah ada dan taste dia memang selalu tak sama dengan taste aku...huhu.
Contoh, aku pernah dapat hadiah tudung yang warna, corak dan jenis semuanya sama dengan yang aku dah ada. Sebijik sebijun, sebab dia tak perasan aku dah ada tudung tu. Ni peel dari sejak berkawan lagi bermula 17 tahun yang lalu. Setiap tahun, mesti ada sesuatu dari dia, tapi semua selalu benda yang aku dah ada...
Oleh kerana dia memang suami yang perihatin, dan aku tahu dia sangat sayang pada aku, makanya sejak dari beberapa tahun lepas, dia suruh aku nyatakan apa yang aku nak, dan InsyaAllah dia akan belikan sekiranya mampu.
Makanya setiap tahun, di hari jadi aku aku akan pilih sendiri apa yang aku nak dan biasanya kerana aku seorang isteri yang juga sangat sayang kepada suaminya, aku tak suka nak minta yang bukan-bukan melainkan yang dia boleh beri pada aku, tak semestinya dalam bentuk material.
Tapi tahun ini rasanya nak minta yang material. Boleh tak bang?

(
Dia memang pembaca setia blog aku). Ada 4 benda dalam senarai yang aku harap aku dapat, tapi aku bukan nak semua, satu saja cukup alhamdulillah. Dah suka hati sangat.
- Aku nak cermin mata baru. Cermin mata aku ni rasanya dah tak sesuai dengan power mata aku yang aku rasa dah semakin meningkat. Aku nak cermin mata yang bingkainya warna merah atau pink.
- Aku nak handphone baru. Hajat hati nak yang warna merah atau pink juga. Tak kisah jenis apa, Nokia C3 pun ok juga. Kalau tidak pun handphone yang jenis touch screen tu. Bestnya!
- Aku nak kamera baru. Bukan nak yang dslr, yang compact saja sudah cukup. Asalkan ianya mesti Nikon juga seperti yang sekarang dan warnanya mestilah merah atau pink juga....hahaha.
- Aku nak SRD sentiasa bersama aku dalam waktu senang atau susah, sentiasa menjadi sahabat aku dunia dan akhirat, sehingga ke akhir hayat aku. You're the best husband ever! I know that.
Amacam? Wishlist aku melampau ke? SRD sendiri yang tanya aku, apa yang aku nak kan. Haruslah aku senaraikan, sebab aku nak beritahu mulut macam tak keluar aje...

. Apa pun, cukup saja kalau yang ke 4 tu aku dapat. Memang selama ni aku gembira bersama suami dan anak-anak tercinta. Semoga ianya terus kekal hingga ke akhir hayat aku.
Ada satu perkara lagi yang buat aku sangat terharu hari ini. Dalam pada aku sibuk-sibuk siapkan bekal untuk anak-anak ke sekolah, agak leka sedikit + mulut asyik membebel suruh mereka semua cepat, tiba-tiba dengan senyum simpul Aqil datang. Kemudian tu menyusul Alia dan Abid. Siap beri tunduk bow pada aku dan mereka bertiga macam koir menyanyikan lagu happy birthday untuk aku. So sweet, ibu terharu sayang!
Semuanya ingat hari ni hari jadi ibu ye. Terima kasih. Ibu sayang anak-anak ibu semua.
Dan sebagai menghargai kawan-kawan blog aku, semua follower aku yang rajin singgah blog kecil aku ni, yang selalu meninggalkan komen pada setiap entri aku. Makanya aku nak buat satu cabutan bertuah.sempena birthday aku hari ini. Aku namakan ianya 1 Day Lucky Draw.
Apakah syarat-syarat untuk sertai 1 Day Lucky Draw aku ni? Syaratnya mudah saja.
- Haruslah baca entri aku yang ini sampai habis. Kalau tak baca sampai habis tak tahu lah kan apa ceritanya.
- Haruslah memberi komen pada entri ini, ikhlas dari hati anda semua kan.
- Komen yang aku terima haruslah pada tarikh hari ini saja iaitu 21 Feb 2011. Makanya semua yang beri komen dari mula entri ini di publish sampai 11.59 tgh malam nanti. Bila dah masuk 12 malam mestilah dah 22 Feb kan? Yang itu aku tak terima ye!
- Mestilah follower aku, kalau yang baru pertama kali masuk sini pun boleh, tapi jadi follower aku jugalah ye.
Ok. Itu saja syaratnya. Tak pelu buat entri ke apa ke. Tapi bila dah dapat hadiahnya nak buat entri tu bolehlah
.
Apa hadiahnya? Takdelah apa sangat pun. Bukan benda tapi wang tunai yang nilainya pun ciput saja. Tapi aku dah niat nak beri kan, makanya aku harus beri dan nyatakan di sini. Hadiah berupa wang tunai RM35 yang aku akan bank-in ke akaun . Lebih senang yang ada Maybank akaun lah ye.
Kenapa RM35? Sebab hari jadi aku yang ke 35.
Makanya, semua yang tinggalkan jejak/komen di entri ini hari ini 21 Feb sahaja, namanya akan aku tuliskan dan masukkan ke dalam kotak lucky draw. Satu pemenang saja di pilih, dan cabutan di buat oleh anak aku Aqil sebab 23 Feb, iaitu 2 hari lagi adalah hari jadi dia pulak. Jadi cabutan akan di buat pada 23 Feb pada hari jadi anak aku ye. Keputusan pula di umum selepas cabutan dibuatlah kan.
Ok itu saja. Hajat hati nak buat kek oren kukus hari ini. Tak tahulah berjaya buat ke tidak, sebab barang-barang belum di cari.
p/s: hari ini juga aku puasa ganti. Aku kan kena ganti puasa banyak sebab lahirkan Arif seminggu sebelum bulan puasa hari tu. Bila nak habis ni? huhu.
Entri ini juga akan aku refresh beberapa kali hari ini supaya lebih ramai yang akan tinggalkan komen/jejak. Makanya akan lebih ramailah peserta 1 Day Lucky Draw aku ni. Harap-harap begitulah...
nota kaki: refresh entri kali keempat on 8.09pm. Mula post 8.10 a.m.
~ يوس ~