Wednesday, December 01, 2010

Home » , , » Cerita kami balik Muar....

Cerita kami balik Muar....

Secara jelasnya ini adalah cerita bergambar...:P  
Minggu lepas kami balik Muar.
Perjalanan yang tidak di rancang. Tiba-tiba saja rasa nak balik.
Lebih-lebih lagi selepas membaca entri dari Misz Sephia
Dia nak buatkan cheesecake untuk Abid.
Maka baliklah kami 6 beranak ke Muar.
Sebelum sampai ke rumah emak, kita ronda-ronda Tanjung Emas dulu.

Aksi apalah tu 3 beradik
Di Dataran Tanjung Emas
Pemandangan di Sungai Muar
Muar bandarku, bersih idamanku..:heart:
Bergaya di kepala keretapi yang tak bergerak ni
Pandangan dari depan pula...
Berehat sebentar, jamu selera pula. Kalau ke Tanjung Emas tak makan rojak petis tak sah!!
Lai Chee kang suam penghilang dahaga...

Esoknya birthday Cik Ana Abid.
Kek Cik Ana cantik sekali.
Semua seronok nak makan. Tertutup rapi di dalam kotak.
Bila di buka.....taraaaa!
Bukan kek pilihan anak-anakku. 
Semua muka monyok.
Nasib baik ada cheesecake buatan tangan cik Ana.
Tapi, masih tidak menjadi pilihan.
Mana salah mana silapnya?
Dah nama pun birthday Cik Ana.
Sudah tentu kek pilihan dia...
Tak kan lah pilihan Aqil, Alia dan Abid
Happy Birthday sekali lagi Cik Ana.
Minggu ni kita ronda-ronda PD pulak kan....:lol:

~ يوس ~

15 comments:

  1. Kak Yus, saya pernah ke situ sekali.. ke tempat dalam gambar tu.... hihi. Ziarah adik saya, adik saya kerja di Sg. Mati

    Nanti kalau pegi sekali lagi, saya pun nak try rojak tu.. di mana ye? :D

    ReplyDelete
  2. @Acik Aminbakish
    kat area tanjung tu, kalau nampak medan selera tu, kat area situ lah. Mana2 kedai pun mesti ada jual rojak petis tu...sedapppp..:)

    ReplyDelete
  3. Yus seronoknya cuti ni asyik pi jenjalan je...

    Kalau ada gambar mee bandung Muar... pasti lebih mengecurkan air liur...hehehhe

    ReplyDelete
  4. akak, next week saya pun akan ke PD...
    err...seram la baca n3 akak kat bawah tu...bunyi apo tu kak?

    ReplyDelete
  5. pernah pi muar masa saya dok mersing

    tapi xmeround mana sb berkursus...hehe..lama dah..thun 2006...

    ReplyDelete
  6. bestnya tgok rojak buah tu Yus....

    ReplyDelete
  7. haha.. tulah. Cik Ana dia beli kek yang dia nk mkn. Mujur ibu dan abah dia makan..wpun budak2 ni taknak mkn..hehe.
    Cheese cake tu..x jadi lah pulak. Konon nk try resipi baru..alih2 x jadi..huhu

    ReplyDelete
  8. Kek apa kesukaan budak2 tu kak! mesti kek ceklat nih. hehe.. ala ibukan rajin boleh la buat. :D

    ReplyDelete
  9. pB dah lama tak gie Muar ...

    asyik adik jer yg dok datang umah pB

    ReplyDelete
  10. @aNIe
    Cuti nilah baru nak jenjalan kak. Lama dah tak jenjalan ni...

    Mee bandung Muar tak sempat merasa hari tu..:D

    @wahida
    Ooo....PD tempat best bawak anak2 mandi-manda kan...

    Akak pun tak tahu bunyi apalah tu..huhu

    @sarah-najwan
    ooo dulu kerja di Mersing ye.. InsyaAllah ada rezeki sampai lagi ke Muar tu..:)

    ReplyDelete
  11. @n.hasleena
    siapa penggemar rojak mesti suka. Kalau ke Muar jangan lupa cari..:)

    @Misz Sephia
    Takpe cik Ana. Practice make perfect, lepas ni sure jadi..:)

    ReplyDelete
  12. @Asmara
    kek apa lagi As, kek coklat lah budak2 tu. Hah! Jap lagi memang nak buat ni...:D

    @~aSHa~
    Oh! Ada juga yang perasan rupanya..:)

    ReplyDelete
  13. @Hidup Ini Adalah Kenyataan
    Kalau tengok gambar dah nampak sedap, dapat cuba mesti lagi best...:D

    @pB
    Ooo adik kak PB di Muar ye?

    Mungkin belum ada kesempatan, dah bersalin & lepas pantang nanti, mana tahu sampai..kan

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...