Tuesday, December 28, 2010

Home » » Program Transisi Tahun 1 2011 SKS

Program Transisi Tahun 1 2011 SKS

Pagi tadi kami menghadiri Program Transisi Tahun 1 2011 di SKS. Alia kan beberapa hari lagi akan mula masuk ke Tahun 1. Dah besar anak ibu. Ibu dan ayah aku datang semalam. Jadinya, aku pergi sekolah dengan SRD, Aqil dan Alia saja. Abid dan Arif tinggal dengan atoknya. Aqil ikut sekali sebab nak beli buku dan bayar yuran untuk dia sekali.

Sampai saja di sekolah, terus buat semakan nama Alia. Nama Alia ada di kelas 1 Terbilang. Alia di berikan dua batang pensel, satu batang pembaris, satu pemadam dan satu pengasah bewarna hijau. Selepas itu, kami ke kantin sekolah untuk membeli buku dan membayar yuran untuk Aqil pula. Selesai membuat bayaran, kami pun duduk di dewan untuk menunggu majlis bermula.

Seperti biasa cerita bergambar lebih mudah kan...

Gambar 1: Ucapan dari GPK 1

Gambar 2: Alia yang sedang mendengar guru di depan meberi taklimat. Muka manis je kan...:lol:

Gambar 3: Alia dan Aqil. Masa ni sebenarnya majlis belum bermula. Ambil kesempatan posing dulu
Eh! Nak tanya, cantik tak Alia pakai tudung jenis ini.
Cik Ana nya yang bagi cadangan pakai tudung yang macam ni.
Lebih kemas dan lebih selesa untuk budak2 ni.
Betul juga kan.
Aku tengok pun suka...
Gambar 4: Alia di dalam kelas 1T. Dia sebenarnya tak berapa seronok masuk kelas ni, sebab rakan-rakan sekelas dia masa tadika semua masuk kelas lain. Sedihlah tu konon takde kawan.

Gambar 5: Masih bersedih. Tapi lepas tu ok dah. Itu pun setelah aku mengambil inisiatif memulakan perkenalan dengan dua rakan di sebelahnya tu. Kalau semua nak tahu, 2 orang yang duduk sebaris Alia tu  pun nama Alia juga. Ha! Kan dan 3 orang Alia. Alia suka hati sebab kawan-kawan di sebelahnya nama hampir sama dengan dia. Beza cuma nama belakang saja. Anakku Nur Alia Zafirah, yang tengah tu, Nur Alia Batrisya dan yang kanan sekali Alia Haziqa.

Gambar 6: Selepas membeli buku dan menjelaskan yuran, sessi jalan-jalan di kawasan sekolah. Posing lagi...aku pun nak enter frame sekali..:P.
Gambar 7: Aqil sibuk nak ambil gambar dengan pokok-pokok dalam pasu ni, kata dia ada pokok yang dia tolong tanam....ye ke ni?:quizzical:
Korang semua masih ingat tak dengan entri aku yang bertajuk I love Fitri tu...
Alah! yang aku cerita Alia asyik le tulis dalam kertas perkataan I love Fitri tu. 
Dan hari ini kan, kami bertemu dengan Fitri yang Alia maksudkan itu. ....:D:D

Mula-mula kami sampai, si Fitri ni dah nampak Alia dulu. 
Dari jauh dia dah panggil nama Alia. 
Bukan main suka lagi Alia. 
Siap main kejar-kejar lagi. 
Lepas tu bila aku dan abahnya tanya siapa kawan Alia tu. 
Dengan tersipu-sipu dia jawab......"Fitri".
Adohai, anak ibu. Patutlah asyik tulis I love Fitri ye. 
Si Fitri ni memang suka sakat Alia.

Siapa nak tengok muka Fitri 'kawan baik' anak aku ni.


Jeng



Jeng



Jeng




Jeng



*
*
*
*
*
*



Gambar 8: Inilah dia Fitri, kawan baik anak aku ni. Sebelah Fitri tu kawan sekelas semasa di tadika juga. Alia malu-malu kucing pulak bila nak ambil gambar. Jauh je kenapa?B-)B-).Kan orang sebelah dah ambil tu. Melepas karang.....hahahaha
Ibu kamu ni memang suka mengusik kan Alia. Hehe..boleh tahan hencem 'kawan baik' dia si Fitri ni. Masa mula-mula cikgu bahagikan mereka kepada kelas, mereka semua di panggil mengikut warna pengasah yang mereka dapat. Alia dapat warna hijau. Jadi, siapa yang pegang pengasah warna hijau, cikgu kata masuk kelas 1T. Tapi si Fitri ni pun beratur sekali sebelah Alia, padahal dia pegang pengasah warna merah. Ha! Tulah Alia dah sedih, kawan dia tak sama kelas. Fitri pun sedih tak sama kelas ye.....hihi.

Takpe, belum betul lagi kelas tu kan. Sebab cikgu kata, dalam tempoh 3 bulan ada ujian untuk menentukan kelas yang sebenarnya. Harap-harap Alia akan terus kekal di kelas 1Terbilang ye. Ibu pun lebih suka dia tak sama kelas dengan kawan-kawannya yang dulu. Kalau tidak mesti main je dalam kelas tu....huhu.

Anak baru dua orang sekolah betul. Kos keseluruhan untuk sekolah kebangsaan dah hampir RM300. Sekolah agama nanti RM200, untuk Abid sekolah tadika lagi mahal ni. Dia seorang dah berapa. Campur 3 hampir 1k. Adohai!!....Banyak betul pakai duit bulan ni ye....:D


 ~ يوس ~

20 comments:

  1. awalnya dah mula ye..

    ada tak depa buat exam?
    risau gak anak kita pun mula
    nx week

    comel pki tudung tu
    beli di mana?

    ReplyDelete
  2. akak akn hadir utk taklimat pra skol najwan pada 31 ni..hehee..

    skejap je nk skol kan..comey alia tu..hehe

    ReplyDelete
  3. Amboi dah ada gambar menantu laaaa.. hehehe.. cantik tudung Aliah..nmapk lebih kemas berbanding tudung yg biasa budak sekolah pakai kan..

    ReplyDelete
  4. Selamat menempuh zaman persekolahan Alia(ada 11 tahun lg nak tempuh)... pakai tdg nampak comel... 3 Alia... menarik... bleh wat sejarah mcm 3 musketeer... tp 3 Alia ni x gne pedang, gne pensil dan pembaris utk berjuang... bab fitri tu KIV je dlu sbb biasa cinta monyet ni penanda yg budak2 dah setapak maju ke hadapan utk menempuh dunia penuh cabaran... cewahhh...

    ReplyDelete
  5. Comelnya Alia. Alia senyum memang sweet!
    Anak murid Ana ramai yg pki tudung mcm ni. Ade tak cikgu dia tegur? Kalau takde, oklah.
    Ooo..tu ke Fitri? Hehe..

    ReplyDelete
  6. @Ati Masrif
    Tulah awal. Tapi bagus juga.

    Mula saya ingat ada exam, sbb dulu masa abangnya ada exam. Tapi takde pula, mungkin sbb sistem baru KSSR ni kot. Tahun lepas masih guna KBSR. Masa taklimat tu ada kata, KSSR ni dia ambil kira menyeluruh, bukan setakat akademik....Dalam 3 minggu nnti ada perubahan kelas lagi. Begitulah katanya.

    Comel kan tudung tu. Nampak kemas, dan tak berserabut macam tudung sekolah biasa. Saya beli di BP Mall Batu Pahat. Saya pernah nampak ada jual online, tapi saya tak save pula web nya. Cubalah google kot2 jumpat.

    ReplyDelete
  7. @sarah-najwan
    Tulah kak, sekejap je rasa cuti. Lepas ni dah nak sibuk semula...:D

    ReplyDelete
  8. @Azi K'Lautern
    Hihi...kawan baik je lah auntie Azi..hihi.

    Nampak kemas kan pakai tudung tu. Nanti Alya balik Mesia boleh guna tudung jenis ni juga ke sekolah kan. Mesti tajam punya hujung tu, tak perlu sedih2 pasal tudung tak tajam...hehehehe

    ReplyDelete
  9. @Azlan
    Hmm..tak naklah anak akak tempuh 11 tahun je. Kalau boleh biar dia sampai U, menara gading, seperti abahnya, atau lebih ke?..hehe Tolong doakan sekali ye Azlan.

    3 Musketeers ye...menarik tu.

    Oh! Itu bukan cinta monyer rasanya, budak2 tu suka2 je kawan...baru 6 thn 1 bulan anak akak tu, tak kan dah cinta monyet...tolonggg!!!

    ReplyDelete
  10. @Misz Sephia
    Takde lagi yang tegur. Tapi akak rasa memang oklah.

    Ha! Tulah Fitri cik Ana...hehe

    ReplyDelete
  11. kak yus klu saya sbg cikgu.. saya ag suka anak murid saya pakai tudung gitu.. lbh kemas.. (klu nak meh2 cikgu tolong watkan.. ekeke..) klu dia takmo pakai serkup pon tape.. ruhil pon nnt mmg nak pakaikan aishah tudung cenggitu je kalo g skolah..

    ReplyDelete
  12. @RuHiL
    Alia memang tak suka pakai serkup tudung tu Ruhil. Sebab tu akak rasa, sangat sesuai dia pakai tudung ni.

    Oo..tahulah awak dah pandai jahit tudung sekarang...ekekekek

    ReplyDelete
  13. Hahahhahah Yus masih ingat lagi yea... kelakar kan.. Anak dara ku..... Tudung mesti tajammmmmm.. padahal baru 6tahun... entah apa2..

    ReplyDelete
  14. dah mula kesekolah... bagusnya kalau ada kawan.. Anak CM masuk tadika sebelah rumah jer... bila masuk sekolah rendah, tak ada kawan langsung lagi... tak tahulah macam mana nanti!

    ReplyDelete
  15. dah masuk sekolah ye kakak.. comel je hehe

    ReplyDelete
  16. comelnhyer dier..cam muker exited jer nak pi sekolah

    ReplyDelete
  17. @Azi K'Lautern
    Mestilah ingat Azi. Muka dia masam mencuka je dalam kete yus dulu. Ingatkan apalah, rupanya tudung tak tajam...hahaha

    ReplyDelete
  18. @cikgu_math
    InsyaAllah, dia boleh sesuaikan diri nanti....

    ReplyDelete
  19. @zino
    Dia lebih excited nak sekolah tu abah Zino

    ReplyDelete
  20. @Hidup Ini Adalah Kenyataan
    Memang excited, bangun pagi2 nak ke sekolah. Balik je terus tidur sampai pukul 5 ptg tu...kepenatan sungguh agaknya...hihi

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...