[gambar]: google |
Definisi kitar semula boleh kita baca di sini.
Aku dan kitar semula? Masih belajar sebenarnya. Baru nak berjinak-jinak. Selama ni kurang kesedaran. Rasanya mula-mula sekali aku kitar semula serba sedikit dari barang kat rumah ni ialah tahun ini. Punca-punca, pindah rumah lah kan. Banyak betul kotak masa tu. Daripada buang begitu saja, baik aku hantar ke tempat pemprosesan kitar semula ni.
Setiap hari bila kita buang sampah, kadang-kadang kita tak perasan pun benda tu sebenarnya boleh di kitar semula. Kerajaan sebenarnya banyak berbelanja untuk melupuskan sampah sarap yang kita buang sehari-hari tu. Jadi kalau ambil inisiatif untuk kitar semula, sekurang-kurangnya dapat juga serba sedikit membantu menyelamatkan bumi kita. Tempat pelupusan pun semakin lama semakin berkurang, betul tak? (macam bagus je.....)
[gambar]: google |
Kat kawasan tempat aku ni sebenarnya aku tak pernah nampak lagi tong-tong untuk kitar semula seperti dalam gambar atas tu.. Ke aku yang tak perasan? Al-maklum bukan selalu pun aku keluar rumah kan. Aku biasanya hantar barang2 yang boleh kitar semula ni ke KAE Recycle cawangan Parit Karjo tu. Ada hasil juga rupanya.
Gambar 1: Resit yang aku dapat hasil dari menjual benda-benda kitar semula ke sana |
Dari resit tu, anda semua boleh lihat kan berapa syarikat tu ambil untuk 1kg benda yang kita hantar. Tak banyak pun. Tapi semangat juga menghantar sebab nak kitar semula kononnya. Ini resit terakhir aku terima masa aku hantar barang-barang tu Oktober lepas. Ada 4 jenis barang dalam resit tu. Aku tuliskan balik di sini.
W.C (Kertas suratkhabar + Kotak) - 0.33sen/kg
Plastik ( botol2 plastik dari air mineral banyaknya) - 0.60sen/kg
S.I.B ( ini aku jual tombol pintu yang dah rosak sebenarnya ) - 0.60sen/kg
UBC ( ini tin minuman aluminium tu) - RM3.30/kg
Jumlah yang aku dapat, anda boleh lihat sendiri dari resit tu kan. Walaupun jumlahnya tak seberapa, janji aku puashati, ada juga aku kitar semula.....
Nak mengumpul semangat mengasingkan barang-barang yang boleh kitar semula ke tepi sebenarnya susah juga. Kalau dulu semua benda pun aku ambil mudah. Buang saja di tempat yang sama. Senang cerita. Nanti adalah lori sampah yang kutipkan. Tapi sekarang, ni memang aku asingkan ke bahagian lain benda-benda yang boleh di kitar semula. Banyak yang boleh di kitar semula seperti botol air mineral, botol syampu, botol minyak masak dan botol softlan aku tu...hehe.
Kalau semua perasan takde botol kaca dalam resit aku tu kan. Sebenarnya, dulu aku hantar juga kaca dan botol ke situ, tapi dia tak terima. Kata dia kalau kaca dan botol cari tempat lain, diorang tak terima.Hmmm..aku pun tak tahu nak hantar ke mana. Sudahnya aku buang macam biasa juga seperti dulu2. Mula-mula aku simpan juga, kot2 lah ada orang nak datang kutip ke? Tapi takde pun. Daripada jadi tempat takungan air aku buang sajalah.
Gambar 2: Ini pula hasil terbaru yang aku kumpul dari kali terakhir aku hantar ke syarikat kitar semula tu. |
Nanti bila dah penuh kawasan tu, barulah aku hantar lagi. Berapa pula lah dapat kali ni.
Mesti ramai juga kat luar sana yang dah kitar semula kan. Apa pula pengalaman kawan-kawan?
Bagi yang belum memulakan langkah pertama, jomlah kita kitar semula sama-sama. Fikir dulu sebelum buang.Mula sikit-sikit, lama-lama jadi bukit kan.
~ يوس ~
kak, saya kat umah pun buat jugak recycle neh...gigih jugak kumpul walaupun pulangan dia ciput jer...huhuhu...
ReplyDeletekak, botol kaca mmg dorang x nak amek kak, saya pun x tau nape...
bagus kitar semula nih
ReplyDeletemenjaga alam sekitar
dunia kalu xjaga
kita gak yg susah..
nice sharing
ReplyDeletesatu usaha yg murni :-)
suratkhabar lama... peper lamaaaaa....
ReplyDeleteyus...alhamdulillah..akak lama dah..buat tu...he he..
ReplyDeletesalam yus
ReplyDeletebiasa sy antar kat lori2 yang datang tu je....
paper lamaaaa.....yg tu :)
KEPADA SEMUA;
ReplyDeleteWah! Ramai yang dah kitar semula sebenarnya. Saya je yang ketinggalan kan. Takpe, dah mula juga daripada takde ....chaiyok, chaiyok.
sy baru hanta tin susu habib ngan botol2..dpt 5kg so dptla rm1.50 huhu
ReplyDelete