Sunday, December 12, 2010

Home » » My Name is Khan

My Name is Khan

[gambar] : google
Aku baru saja habis tengok movie My name is Khan petang tadi. Apa yang aku boleh katakan, cerita ni best!!! Best sesangat. Aku gelak, aku menangis, aku ketawa, semua ada, berdebar pun ada. 

Dah lama cerita ni keluar, baru berkesempatan untuk menontonnya. Aku puashati. Macam biasa, aku memang minat tengok filem dari Shahrukh Khan @ SRK dari dulu-dulu. (Sebab tu aku panggil my lovely hubby dalam blog SRD kan!!!) Tapi, selepas Kabhi Kushi Kabhi Gham, macam kurang umph filem dari SRK. Oh ada satu Om Shanti Om, yang tu kira oklah bagi aku. Tapi, My name is Khan, memang best.

Watak SRK berbeza dari filem-filem dia sebelum ini. Lakonan dia sebagai Rizvan Khan seorang yang mengidap Aspergers Syndrome memang class!!. Kajol juga tidak mengecewakan. Mereka berdua seperti biasa memang pasangan ideal di layar perak. Patutlah boleh dapat $19m worlwide in 3 days. 

Filem hindi yang best. Tak meleret-leret dan banyak lagu macam filem hindi lain. Aku bagi 4.5 bintang dari segi lakonan mereka berdua....:thumbsup:.

Tapi.....tapi, ada satu yang aku tak suka. Aku tak tahulah bagaimana fahaman mereka ni kan. Muslim dan Hindu boleh kahwin tanpa akad nikah, setakat sign agreement, masing-masing masih tetap dengan agama asal,lepas tu boleh hidup serumah. Aku nak komen panjang pasal ni tak berani, takut salah komen. Kena beri kepada pihak yang lebih arif, siapa yang dah tengok cerita ni? Apa komen anda? 

~ يوس ~

14 comments:

  1. hm, x tgk lg tapi kwn ckp best....

    ReplyDelete
  2. Salam kenal Yus..


    Saya paling suka cerita pertama SRK dengan Kajol.
    Dilwale Dulhania LeJayenge...

    memang termimpi-mimpi dibuatnya.. heehee..

    ReplyDelete
  3. lamanya tak tengok citer nustan ni :)

    ReplyDelete
  4. @a.z.r.i.n.a.03.07
    Salam kenal ....

    Kalau anda peminat SRK dan Kajol, mesti tahu DDLJ bukanlah cerita pertama mereka bersama kan. Sebelum cerita tu pun mereka pernah berlakon bersama dalam Baazigar... Cerita ni juga Box Office dan SRK menang anugerah watak jahat terbaik dalam cerita ni.

    Tapi ye betul, DDLJ memang cerita favorite saya antara semua cerita SRK. Dan saya paling suka lagu Mehndi laga ke rakna..doli saja ke rakna....haha.

    Dan saya pernah suruh anak2 saya bergambar macam Kajol dan SRK seperti dalam entri ini

    ReplyDelete
  5. Ana ade cite ni tp xde subtitle..haram x faham. Haha..

    ReplyDelete
  6. Yalah terlupa pulak citer Baazigar tu.


    kikikiki kiran.. tergagap-gagap SRK.

    ending yg menyayat hati.


    Suka nengok dari kecik tapi sejak kawen ni dah kureng sikit sebab takde geng... huhu..

    ReplyDelete
  7. @a.z.r.i.n.a.03.07
    Kikiki..Kiran tu lainlah. Yang tu heroinya Juhi Chawla, bukan Kajol. Saya tak ingat pulak apa tajuknya, tapi bukan baazigar lah.

    Baazigar ni yang mula2 dia bercinta dengan kakak Kajol, si Shilpa Shetty tu, lepas tu dia tolak Shilpa Shetty dari bumbung masa diorang nak kahwin, kemudian baru dia bercinta dengan Kajol..

    lagu dia Baazigar me Baazigar....


    aduh!! Awak kan dah buat saya bercerita. Saya ni mmg minat SRK dari dulu gak, sebelum kahwin, sampaikan masa saya tunang, gambar SRK kat dinding bilik saya pun saya tak buang, mak saya bising2 masa tu...huhu

    ReplyDelete
  8. @Mama Zara
    Akak pun sekarang layan sekali sekala saja...:D

    ReplyDelete
  9. @Misz Sephia
    Versi yang akak ada ni english subtitle, tengok guna projector besar lagi, best macam wayang...hihi

    ReplyDelete
  10. SALAM.

    PAKNGAH TUNGGU DIA MAIN KAT TV TAK BERBAYAR JER LAH.

    MASA MUDA2 DULU MEMANG MINAT SANGAT TENGOK CERITA HIDUSTAN. SEKARANG MINAT JUGA .. TETAPI MASA TAK CUKUP.

    PAKNGAH ADA KOMEN ENTRI YUS SEBELUM INI.

    ReplyDelete
  11. @al-lavendari
    Saya pun kalau takde cd nya tak dapatlah tengok, tu pun husband dapat dari kawan..

    Ok saya tahu pakngah ada tinggalkan komen untuk yang sebelum ni, ada masuk notice dalam email saya.

    Pakngah dun worry, walaupun saya on "comment moderation" untuk entri saya yang lebih 14 hari saja, saya masih dapat tahu kalau ada orang tinggal komen untuk entri2 yang baru dan lepas....

    ReplyDelete
  12. saya langgan ABO..jadi tgk la citer nih..mmg best

    saya pom minat SRK..hehee

    ReplyDelete
  13. @sarah-najwan
    ABO tu apa kak? Ada dalam astro channel juga ye?...:D

    Best kan citer ni..

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...