[gambar] : google |
Anda pernah dengar tak bunyi ayam belanda? Aku tak pernah dengar sebenarnya. Tapi ada satu cerita berkaitan aku dengan ayam belanda ni rupanya. Aku pun baru tahu...huhuhu.
Seperti aku maklumkan, aku kini di rumah emak. Seperti biasa bila aku nak tidurkan Arif, dia pasti mengeluarkan bunyi. Selagi dia belum tidur, selagi itu dia berbunyi. Bunyinya lebih kurang beginilah...e'e'e'e'e'e'....
Aisey, susah nak tulis bunyi dengan perkataan ni. Tapi dia seperti berlagulah...Bila dia dah terlelap, barulah bunyi tu hilang.
Susulan dari itu, terkeluarlah satu cerita dari ayah dan emak aku.
" Oklah juga anak nko tidur bunyi macam tu. Nko dulu bunyi ayam belanda, lagi kelakar...", kata ayahku.
"Ha! Bunyi ayam belanda? Macam mana tu ayah? ", aku sedikit terkejut, tapi bersemangat nak tahu.
"Bunyi ayam belandalah, kluk kluk kluk kluk, lebih kurang begitulah.", ayahku menyambung lagi.
"Tak kan lah macam tu ayah. Pelik je, Wati tidur bunyi kluk kluk kluk kluk....," aku ketawa besar ok...
"Tidaklah sepenuhnya begitu, tapi di hujungnya tu mesti ada bunyi ayam belanda tu,"emak ku pula menyambung.
Aku pun terus bertanya lagi. Rupa-rupanya ada cerita di sebalik aku tidur bunyi :::kluk kluk kluk kluk::: sewaktu bayi. Menurut emak, semasa mengandungkan aku, emak terdengar bunyi yang serupa dari arah luar. Emak aku menegur bunyi tu. Kata emak, " Bunyi apa tu? Kluk kluk kluk kluk....". Bunyi itu datangnya dari ayam belanda kepunyaan jiran. Masa itu kami sekeluarga menetap di JB.
Selepas aku di lahirkan, emak dan ayah perasan, aku sering mengeluarkan bunyi yang serupa dengan ayam belanda tu ketika tidur. Lama juga aku mengeluarkan bunyi itu, sehinggalah nenek aku mandikan aku dengan air dari bulu ayam belanda tersebut. Kata emak, sewaktu nenek ke rumah kami di sana, nenek bertanya di mana ayam belanda tu. Nenek menyuruh ayah menangkap ayam belanda tersebut dan mengambil bulunya.
Penat kata ayah mengejar ayam belanda tersebut untuk di ambil bulunya. Ayam belanda itu lebih tangkas dari ayam biasa. Sesudah bulu ayam tersebut di perolehi, nenek aku membakarnya sehingga menjadi abu. Abu bulu tersebut di campur dengan air mandian aku. Nenek menyuruh emak mandikan aku dengan air itu. Setelah itu, barulah aku tidur dengan senyap, tiada lagi kendengaran bunyi-bunyian yang pelik.
Dengan sebab itu jugalah, emak selalu berpesan, ketika mengandung jangan suka menegur atau buat benda-benda yang pelik atau tak elok. Tapi, rasanya tiada kaitan dengan Arif suka mengeluarkan bunyi bising bila tidur. Mungkin dia bertafakur kot....hehe
~ يوس ~
sis, btul ke?
ReplyDelete@Ayuni
ReplyDeleteYupp ini cerita betul dari emak dan ayah akak. Kata mereka, memang akak keluarkan bunyi macam tu sewaktu bayi,...huhu
hahaha..klaka la...bunyi ayam belanda? nak gelak lagi neh...
ReplyDelete@wahida
ReplyDeleteOo..gelak ye, sebenarnya saya sendiri gelak besar masa dengar cerita ni tadi...hihihi
hehe..klakar lah kak!
ReplyDeletesalam yus..orang tua panggil 'kenan' tu..yang terikut bunyi..kalau mengata semasa mengandung..kadang2 kebetulan ke..tak tau lah kan..
ReplyDeletetapikan yus..nasib baik nenek ada kan..kalau tak..terkejut suami yus..he he..
jangan mare..gurau aje..
@Misz Sephia
ReplyDeleteakak yang kelakar ke? atau bunyi kluk kluk kluk tu yg kelakar....:D
@kak Erna
ReplyDeleteha'ah, kenan..baru saya ingat.
dia gelak besar kak bila dengar cerita ni...dia mmg suka usik saya..., takpe kak tak marah...hehe
masa kecik dulu..saya penah dikejar ayam jenis ni la..
ReplyDeletetrauma smpai skrg..
@sarah-najwan
ReplyDeletesaya pulak trauma sebab di kejar oleh angsa...:D
lucu gak nie hehehe.... ayam belanda nie besar saiznya kan..
ReplyDeletekekeke...
ReplyDeletekelakar betul lah..
pelik bunyi tu.
mmg betul tu bila mengandung kena jaga
ReplyDeletedari semua itu..kita pun pernah kena tapi
nasib dapat yang elok2 saja
kak yus, sama plak dengan Aniq, macam bercakap dalam tidur...sama cam papa dia. dh lama2 baru tdo diam..
ReplyDeleteMy Recent post Kenakalan di Sekolah
@n.hasleena
ReplyDeletesaya tak pernah tengok dekat sebenarnya ayam belanda ni. Ada sekali kot kat zoo...hihi
@a.z.r.i.n.a.03.07
ReplyDeletesaya pun mcm tak percaya betul ke saya pernah keluarkan bunyi seperti itu...hahaha
@Ati Masrif
ReplyDeleteKena jaga waktu mengandung supaya tak ter'kenan' kat anak kan...:)
@Mama Zara
ReplyDeleteOoo Aniq pun macam tu ke? Macam2 diorang ni kan...tidur pun nak berlagu..hehe
hehehe.. kelakar la kak.. :)
ReplyDelete@hajarus
ReplyDeleteketawa itu menceriakan suasana. Gembira kalau entri ini boleh buat pembaca blog ini turut rasa kelucuannya..hehe
Yus..hahaa... patutkan... Yus rekodkan suara arif masa nak tidor... nanti taklah dia tertanya2 macam Yus... betul ke idak dia tidor camtu...hehehe
ReplyDelete