Thursday, December 02, 2010

Home » , » Koi...Mil Gaya

Koi...Mil Gaya

[gambar]: google
Dua minggu ini, bermula dari cuti sekolah hari tu, anak-anak aku kemaruk tengok citer ni.Semuanya bermula bila Aqil dok menyelongkar gerobok tu, selak-selak bekas simpan cd-cd lama aku.

Bila dia buka semula cerita ni, nostalgia lama datang baliklah tu...:P.
Oh!! bukan nostalgia aku ye, nostalgia Aqil. Siapa yang pernah pergi rumah aku di Darnall dulu, masa Aqil berusia 3 tahun ,tahu rasanya. Anak aku Aqil memang minat sangat tengok cerita ni. Sekarang dia dah 8 tahun, dah nak masuk 9 tahun pun. Tengok je semula, suka balik dia...:quizzical: 

[gambar]: google
Kali ni bukan dia aje yang suka. Alia dan Abid pun syok sekali. Satu hari sampai dua tiga kali ulang. Aduhai!! Tapi cerita ni memang best. Aku pun suka. Muka alien dia si Jadoo tu memang comel.Dan watak Hrithik Roshan sebagai Rohit memang menjadi. Watak kanak-kanak tak cukup pandai tu, dah besar panjang masih berfikiran budak-budak. Muka pun macam budak-budak.  :::funny:::

Sekarang ni dah tak rajin tengok citer hindustan .Pelakon pun dah tak kenal. Tapi sekali sekala tengok best juga citer hindustan yang baru-baru ni. Tengok pelakon dan plot cerita lah.


p/s: oleh kerana kekangan masa hari in, aku buat refreshing entry...:quizzical: Sebenarnya cuba2 saja, sebab selalu terperasan dalam blog list, entri yang sudah aku jengah semalam, tapi hari ni baru publish lagi??? So,......tahulah aku, mcm ni rupanya caranya...:P

~ يوس ~

4 comments:

  1. ana plg suke cite duplicate.. lagu mere mehboob. Haha... layan Hindustan..

    ReplyDelete
  2. @Misz Sephia
    Duplicate adalah antara citer SRK yang akak tak berapa suka....huhu, cam mana ana boleh minat citer tu ni...:D

    ReplyDelete
  3. Yus... akak suka citer Duplicate... satu lagi citer Pardes...lagu2 dia best2... citer SRK semua akak suka...hehehe...

    Koi mil gaya ni... Hirthik Roshan pandai bawa watak kan?

    ReplyDelete
  4. @aNIe
    Akak saya pun suka cite Pardes. Suami saya pun suka. Hehe..akak samalah mcm saya suka SRK, tapi Duplicate mmg tak suka sangat.

    Citer hindustan pertama saya tengok kat panggung, Kuch Kuch Ho Ta Hai. Haha, tak sangka sanggup pegi tengok masa tu. Tapi memang puashati, lepas tu takde dah buat perangai tgk hindustan kat wayang..hehe

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...