MIL dan SIL dah balik...hehe. Sunyi sikit. Ye ker? Rasanya tidak. Anak-anak aku semua kan dah cukup membuatkan rumah ini riuh rendah. Lagaknya macam ada 10 orang atau lebih di dalam rumah....
Ok, sekali lagi aku letak klip video Arif di sini. Klip video di ambil semalam selepas pulang dari berjalan-jalan. Dia sedang duduk di sofa kat ruang tamu depan tu, geram pula aku tengok dia, terus ambil kamera dan ambil klip videonya.
Sedari dulu aku sangat suka mengambil klip video anak-anak aku. Bila aku tengok balik, memang aku dan SRD akan senyum sendiri. Dah besar rupanya mereka sekarang. Itu yang kami nampak. Rindu saat mereka kecil dulu. Nasib baik juga aku selalu letak dalam blog ni macam di dalam video 1 ini dan video 2 ini. Label kategori video adalah yang selalu anak-anak aku jengah semula. Mereka sendiri suka tengok gelagat mereka sewaktu kecil...
Di harap pembaca blog aku pun tak bosan lah tengok klip video mereka-mereka ni ye....
~ يوس ~
Kitorang pon suka rakam. Bila tunjuk balik kat kakak, boleh plak dia kata itu adik Aniq..tak sedar dia dulu pon kecik macam tu jugak..hihii
ReplyDeleteEntry terkini:
Kemalangan? Apa nak buat ni???
Kehidupan seorang callman siri I
tak kan bosan .. walaupun tengok berpuluh2 kali. macam tengok cerita p ramlee ! hehe
ReplyDeleteeeee dah semakin montel arif ni.. and Yus takpayah letak background music utk video ni, sbb dah ada background voice mengiringi video arif hheheheh...
ReplyDeletesalam yus..memang comel sangat..montel..putih gebu..geram tengok..
ReplyDelete@Mama Zara
ReplyDeleteAbid pun kadang2 ingat, muka dia kecik dulu tu Arif...
@al-lavendari
ReplyDeletehehe..pakngah memang pandai memujuk hati saya...:)
@Atie
ReplyDeleteHa! bebudak tu semua tengah main Saidina masa yus rakam aksi Arif tu. Bising kan, dah macam background music pulak..hahaha. Tulah Yus kata, rumah Yus ni kadang macam ada 10 orang je lagaknya. Riuh 24 jam...:D
@kak Erna
ReplyDeleteSaya pun tak tahu dia dapat putih gebu tu dari mana? Ibu dam abah takdelah putih sangat, dan saya kuat minum kopi pulak tu masa peknen kan dia..
Apa pun alhamdulillah....lahirnya sihat dan comeyy pula..:)
baby besar auranya
ReplyDeletebuat apa pun comel
@Ati Masrif
ReplyDeleteYa kan, semua baby pun nampak comel saja. Buat apa pun semua orang suka, kalau kita yang dah besar panjang ni, buat yang serupa macam baby pasti buruk rupanya...hihi