Salam petang Sabtu.
Bahan untuk kuah:
Baru berkesempatan nak jengah blog. Pagi tadi, jalan-jalan, belanja barang kering. Biasalah, bila gaji masuk itu yang di cari dulu. Barang keperluan masak sebulan.
Sampai rumah dah pukul 12. Perut dah lapar. Jadinya masak spaghetti meatball yang mudah.
Spaghetti meatball cara aku :
Bahan untuk spaghetti:
1 paket spaghetti
Sedikit minyak
Sedikit garam
~ Rebus air sehingga mendidih. Campurkan sedikit minyak dah garam. Masukkan spaghetti. Rebus sehingga spaghetti masak. Angkat dan toskan.
Bahan untuk kuah:
3 biji bawang besar di potong dadu
1 inci halia di hiris halus
2 sudu besar cili boh (kalau nak pedas boleh tambah lagi)
5 biji tomato di potong dadu
1/2 batang lobak di potong dadu
1 tin cendawan butang ( cendawan di potong empat)
1 paket (400gm) daging lembu kisar (Ramly..aku suka yang ni punya)
30 ketul bebola daging ayam (meatball)
1 tin tomato puree
3 sudu besar oregano leaves
Minyak untuk menumis
Sedikit garam dan gula
1 cawan air
1 cawan parutan cheddar cheese
1 cawan parutan cheddar cheese
Cara masak kuah:
- Tumis bawang dan halia tadi. Setelah naik bau, masukkan cili boh. Biarkan sehingga pecah minyak.
- Masukkan lobak. Kacau dan biar sehingga lobak sedikit lembut.
- Masukkan daging kisar. Kacau dan pastikan daging tidak berketul. Masukkan 1/2 cawan air. Biar sehingga daging empuk.
- Masukkan tomato yang di potong dadu tadi. Kacau lagi sehingga tomato sebati dengan daging.
- Kemudian masukkan cendawan butang.Kacau lagi.
- Tambahkan oregano, tomato puree dan bebola daging.
- Tambahkan baki air tadi. Jangan lupa masukkan garam dan gula secukup rasa. Kalau saya, 2 sudu kecil gula, 1 sudu kecil garam.
- Kacau dan biar hingga masak.Masukkan cheddar cheese yang sudah di parut .
- Bolehlah di hidang bersama spaghetti tadi.
~ يوس ~
hm, klau ader lada besar yg ijau tu best...
ReplyDeletesedapnya!
ReplyDeletetetiba rasa lapar..:p
@Ayuni
ReplyDeletetak pernah pulak akak makan spaghetti dengan lada hijau, kalau mee goreng mmg akak suka..:)
@chenta hearty
ReplyDeletebila lapar, ada makanan depan mata tu yg best kan..:), tapi kalau takde, muka kelat je nak kena cari makanan..hehe