My other Blog

Friday, December 24, 2010

Home » » Cukai Jalan, lesen dan saman...

Cukai Jalan, lesen dan saman...


Lega bila cukai jalan baru sudah di terima. Rupa-rupanya bila suruh orang buatkan pun, dia guna MyEG.com juga. Tak kisahlah yang penting dah sampai sebab aku yang selalu bawa BKB ni, SRD bawa JKN. 

Tapi aku ada sedikit musykil lah....Orang asyik kata kalau ada saman tak boleh nak perbaharui cukai jalan atau lesen memandu. Aku tolong semak saman SRD melalui sms, katanya ada dua saman. Tahun 2004 dan 2006, dua-dua pun sebab speed trap. Tapi kedua-duanya bukan SRD yang buatlah sebab masa tu kami di UK. Adik-adik yang tolong jaga dan guna lah ni yang memandu lajunya. Tapi SRD masih boleh perbaharui cukai jalan dan bulan 6 hari tu senang aje perbaharui lesen memandu. Kenapa ye? Lagipun cukai jalan diperbaharui guna MyEG juga.

Mungkin sebab saman itu untuk kereta yang kami dah jual kot. Bukan atas nama SRD lagi. Kalau dah saman memanglah perlu bayar kan (sementara masih ada diskaun ni), tapi seperti aku kata, bukan kami berdua yang buat + kereta itu sudah di jual 2 tahun lepas. 

Apa kata kawan-kawan? Lesen dan cukai jalan boleh diperbaharui...oklah tu kan. Tak perlulah pening kepala nak fikir bayar ke tak? Gitu ke?...Hmmm

~ يوس ~

12 comments:

  1. bestnya, sy ada 5 saman tertunggak, jenuhla keluarkan duit lagi

    aduhhhhh x bestnya

    ReplyDelete
  2. tak pernah guna lg myEG...senang ye kak?

    ReplyDelete
  3. wani aritu jenuh nak bayar saman +roadtax, dah la baru lepas beranakkan Aniq. nak tak nak kena gak byr saman(takde diskaun) sebab nk idupkan roadtax punya pasal.kalau tak idup kang, susah lak hubby nak balik kg jenguk bini dia berpantang :)

    ReplyDelete
  4. Rasanya kalau lebih 3 saman yg x boleh renew. kalau takat ada 2 saman masih boleh lagi. simpan je dulu 2 saman tu tunggu ada diskaun lg, kalau ada saman ke 4 bayar 1 je dulu dah boleh renew. my exp. hehe..
    *baru je abis bayo 2 saman yg dah bertahun2 tu lepas ada diskaun 50%

    ReplyDelete
  5. saya da setel blakow..lesen hapdet utk 5 tahun..and saman..byr abis..

    saya pom guna myEG..

    ReplyDelete
  6. @Wanita Bertudung Hijau
    Tak best bila kena keluar duit untuk kesalahan yg bukan kita lakukan. Itu lagi sakit hati kan..

    Saya sendiri bila di semak, ada dua saman..huhu

    ReplyDelete
  7. @wahida
    Akak sendiri tak pernah guna Wahida. Ni sebenarnya buat dengan ejen Takaful, kawan suami. tapi rupanya roadtax tu dari myEG juga, bila tengok sampul yang dia beri tu dari myEG..:)

    ReplyDelete
  8. @Mama Zara
    Memang kena bayar juga saman ni kan...kalau dah bertambah tambah susah pulak

    ReplyDelete
  9. @Asmara
    Ooo...macm tu rupanya. Baru akak tahu..hehe. Nampak gaya memang kena bayar juga ni, sebelum jumlahnya bertambah. Akak sendiri atas nama akak ada dua..huhu

    ReplyDelete
  10. @sarah-najwan
    Senang kan renew lesen untuk jangka masa panjang terus, takdelah tiap2 tahun asyik nak renew lesen...

    Senang ye guna myEG ni?

    ReplyDelete
  11. Ada 3 sama atas nama kakcik sedangkan kakcik tak pernah memandu. Itulah padahnya bila kita terlalu baik - beli kereta atas nama sendiri daqn beri orang lain pakai! :(

    ReplyDelete
  12. @kakcik
    Selepas ni mungkin kakcik patut memandu, kalau kena saman pun puashati, sendiri yang salah kan. Bila kena bayar saman atas kesalahan orang lain ni yg geram je tu kan..

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...