Friday, December 03, 2010

Home » , » Dinner di KFC bersama adik-adik PA

Dinner di KFC bersama adik-adik PA

Seperti yang di janjikan, malam semalam adalah acara makan-makan di KFC bersama anak-anak PA Dr SRD kita. Biasanya mereka panggil anak-anak PA, tapi sebab usia kami beza lebih kurang 10 tahun ke bawah saja, adik-adik lebih tepat kan.

Sampai saja di KFC, anak-anak aku dah menuju ke tempat ni dulu.
 Seronok mereka semua bermain. Riuh satu KFC tu dengan suara mereka. .:biggrin:

Arif paling menjadi tumpuan, semua kakak-kakak nak pegang dia. Baby comel lah katakan...:cool:
KFC Parit Raja ni dah di ubahsuai rupanya.
Lama sungguh tak pergi, dah ada tempat untuk kanak-kanak bermain.

Seronok lah mereka bertiga ni. Aksi Abid yang paling melucukan...;)
Bila makanan dah sampai, diorang dah makan dulu.
Mula-mula malu-malu kucing, duduk di meja berlainan.

Lepas tu takde malu dah. Tengoklah Abid tu!
Eceh! Semua sopan saja mengadap makanan.
Bila dah sampai rumah baru perasan, gambar PA takde lah pulak.
PA jadi jurufoto, tu pasal muka PA tak masuk sekali...:(
 Muka aku pulak yang ada, kira menyamar jadi PA budak-budak ni lah ye bang...:P

Tak semua nampaknya dapat hadir.
Order dah terlebih, so masing2 tapau.

Dalam seronok-seronok makan tu, Abid pulak buat hal.
Boleh dia terber** dalam seluar.
Adohai! Angin aku satu badan.
Bukan sikit2 pulak tu, melambak.
Apa ke hal lah Abid?
Saja je nak tunjuk kat akak-akak dan abang-abang tu ke?

Tapi tulah, ragam anak-anak bila di bawa berjalan.
Sabar jelah kan.
Kalau bukan super duper aktif, bukan anak-anak aku lah tu.
Memang semua ligat...:biggrin:

Gembira dapat kenal dengan mereka semua.
Ini bukanlah kali pertama jumpa.
Sebelum ni, dah jumpa sebahagian masa jamuan hari raya di rumah aku.
Dan juga semasa diorang datang buat latihan presentation PSM project diorang di rumah.

Good Luck untuk semua dalam exam nanti ye!

nota kaki: PA = Penasihat Akademik
~ يوس ~

12 comments:

  1. singgah bw ni..

    salam jumaat utk awak. ahakss

    ReplyDelete
  2. beshnyer makan ramai2 mcm ni kan kak?? kak, pinjam arif 3 ari bole x? geram la kat budak kecik tu...nak gigit pipi dia la...

    ReplyDelete
  3. adedeh Abid....tinggal jejak tuh...huhu

    ReplyDelete
  4. @NM02
    Salam Jumaat untuk awak juga ye Mek Jah Gebus...:D

    ReplyDelete
  5. @wahida
    Dapat berkumpul ramai2,makan-makan mmg best.

    Pinjam Arif? Wahida tinggal area JB ye?

    Tak boleh tahan sampai 3 hari tu dia mintak..haha. Nanti ibu dia kurus terus, ke Arif pun kurus, sbb menyusu badan...hehe


    @Ina Hashim
    Tulah kak. Dia syok punya main sampai tak sedar dah buang t**k kat situ. Geram Yus. Selamba je muka dia..huhu

    ReplyDelete
  6. seronok gak mkn reramai gtu..kalu kepsi ade playground kecik gtu elok anak2 yg aktif..dorang penat tggu mkn..bole lyn main2..

    ReplyDelete
  7. menarik kfc tu...budak2 pun suka dgn design kfc tu..

    PA tu apa? PERSONAL ASSISTANT ke?

    ReplyDelete
  8. @sarah-najwan
    Kalau tempat makan ada kawasan untuk main, mmg budak2 lah yg paling seronok

    @~aSHa~
    PA tu Penasihat Akademik. Student husband saya semua tu...:)

    ReplyDelete
  9. Meriahnya Yus...seronok tengok :)

    ReplyDelete
  10. lama nya tak pi kfc.. best makan ramai2 kan..

    ReplyDelete
  11. Meriah kan yus...
    Azi pun suka juga ikut Akmal belanja anak2 PA dia tuh.. Meriah n kelakar juga..

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...