Thursday, December 09, 2010

Home » , » Saidina

Saidina

Belum ada mood lagi nak update bahagian dua percutian ke PD, kita cerita lain dululah ye.

Abahnya nak buat satu sessi bermain bersama anak-anak di rumah. Kalau nak outdoor game, susahlah sikit, sebab abahnya sampai rumah selalu dah nak maghrib. Satu hari di belinya permainan SAIDINA di sebuah kedai buku. Anak-anak sungguh teruja kerana masing-masing tak pernah nampak permainan itu.

Aku sendiri, pernah main permainan ni satu waktu dulu, masa zaman kanak-kanak. Rasanya bukan sendiri punya tapi bermain di rumah teman atau saudara. Memang minat sangat main SAIDINA waktu tu, terasa diri orang kaya bila dapat pegang duit banyak-banyak, walaupun duit tipu....:P

Sudah dua malam kami bermain permainan ini. Abid tak tahu lagi makna permainan ini. Yang dia tahu, dia nak duit banyak..:quizzical:. Bila tiba gilirannya dapat duit atau kena bayar duit, mesti dia buat aksi, ambil duit tu, masuk dalam poket dulu, lepas tu keluarkan balik. Sungguh lucu..

Oh! Sudah tentulah dia belum pandai kira. Aku banker merangkap pemain gantian untuk Abid terpaksa beri arahan apa yang perlu dia buat.

Ada kemajuan dari segi pengiraan wang untuk Aqil. Alia masih lagi perlu di bantu. Apa pun, satu permainan menarik untuk seisi keluarga. Kami semua enjoy!

Ini gambar sebelum permainan di mulakan. Masing2 baru dapat duit...:)

~ يوس ~

17 comments:

  1. Masa student dulu pernah pinjam set Saidina Haleeda [penyanyi dulu2 tu..] ...

    hehe..

    ReplyDelete
  2. @Anonymous
    Kiranya en Anon ni sahabat baik penyanyi Haleeda tu lah ye..:)

    ReplyDelete
  3. BAGUS JUGA SEBAGAI LATIHAN MENGIRA DAN MENGENAL ERTI MENANG KALAH KAN !

    ReplyDelete
  4. @al-lavendari
    Betul tu Uncle. Jenuh juga nak tunggu mereka mengira sebab masing2 baru nak pandai kira wang...Kira berapa jumlah pada dadu pun makan masa...(ni anak saya yang baru 4 tahun tu lah..:D)

    Apa pun ibu dan abahnya yang perlu sabar...:)

    ReplyDelete
  5. comel nya Abid dlm gambar nih!!

    ReplyDelete
  6. Yus...
    Bestnyer men saidina tu.Dulu2 waktu kecik2 mak deeja de beli menan tu.Selalu gak main ngn makngh/pakngh bila diorng dtg umah...nostalgik

    ReplyDelete
  7. boleh bayangkan Abid buat muka..hehe

    ReplyDelete
  8. @Azi
    auntie Azi ni mmg suka puji sayalah...:D

    ReplyDelete
  9. @deeja
    Yus pun kira nostalgik ni. Seronok dapat main balik...:)

    ReplyDelete
  10. @Misz Sephia
    Beriya dia ana, keluarkan duit dari poket, bagi pada kita semula...hihihi

    ReplyDelete
  11. seronok main saidina ni...
    selain dpt bermain bersama family, kita juga dpt mengasah fikiran kita cepat bertindak dan cepat buat kira2...

    ReplyDelete
  12. Kakcik suka main Sahibba/Scrabble. :)

    ReplyDelete
  13. yus beli set saidina yg baru yg ada mesin swap kredit kad tu ke??

    ReplyDelete
  14. @~aSHa~
    betul..betul...betul (sila ikut gaya upin ipin bercakap..:D)

    ReplyDelete
  15. @kakcik
    Saya pun suka main scrabble kak..:D

    ReplyDelete
  16. @misah
    Takde pulak mesin swap kredit tu misah. Masih set yang lama kot, tapi wangnya mmg nampak lebih baik..:)

    ReplyDelete
  17. kebetulan... sy pon baru beli benda alah ni kat fofular. duit dia dah tebal sket ek. yg rs mcm best ialah, tanah di jln rahmat bt pahat sbb dulu kecik2 x pernah tau pun tmpt tu.

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...