Setiap kali ayah dan emak ke rumah aku, ayah mesti memberitahu, nak ke rumah moksu jenguk nenek. Nenek sekarang dah selalu sakit-sakit. Kudratnya semakin lemah.
Nenek adalah emak kepada ayahku. Dia tak bising kalau anak-anak yang lain tak balik jenguk dia, tapi kalau ayah, walau baru 3 hari sebelumnya dah datang menjenguk dia, dia akan kata, "lamanya Paiman tak balik?"
Setiap kali ayah beritahu nenek sekarang selalu sakit-sakit, hati aku dah tergerak tengok nenek. Apakan daya, walau tak jauh mana, dalam sejam dah sampai ke rumah moksu, kenapalah aku tak pergi melihat dia?
Nenek memang tak betah di rumah anaknya yang lain. Dia lebih suka tinggal bersama-sama moksu aku, kiranya anak perempuan bongsu dia. Kalau di rumah ayah, paling lama dia boleh tahan seminggu saja. Selepas dari itu, dia dah mula sibuk suruh ayah hantar balik. Katanya, boring di rumah emak ayah, tak tahu apa nak buat. Asyik makan tidur saja.
Oleh kerana bosannya dia, dia pernah beritahu ayah, " Dah lama aku duduk depan pintu rumah nko ni. Banyak betul kereta yang lalu lalang. Ada seribu lebih." (Bukan ayat sebenar nenek, sebab nenek aku cakap Jawa ya, aku tak pandai nak tulis Jawa di sini)
Oleh kerana bosannya dia, dia pernah beritahu ayah, " Dah lama aku duduk depan pintu rumah nko ni. Banyak betul kereta yang lalu lalang. Ada seribu lebih." (Bukan ayat sebenar nenek, sebab nenek aku cakap Jawa ya, aku tak pandai nak tulis Jawa di sini)
Kesian nenek. Hari Ahad minggu yang lalu, kami ke rumah moksu jenguk nenek. Betul nenek dah tak begitu kuat, namun melihat aku dia tersenyum. Jalannya pun dah tak kuat, bongkok saja. Umur nenek dah hampir 100 tahun agaknya. Aku tak pasti, sebab ic nenek salah. Bayangkan tahun kelahiran dalam kad pengenalan nenek menunjukkan umur 3 tahun nenek dah dapat anak pertama. Sah2 lah memang salah, tapi ayah kata itulah tarikh kad pengenalan itu di daftarkan. Nenek sendiri tak ingat bila tahun dia lahir.
Sewaktu aku menziarah nenek, banyak yang dia tanyakan. Semua dia bantai cakap Jawa. Oh! Nenek, cucumu ini, walaupun keturunan Jawa, tak tahu cakap Jawa. Aku faham sikit2 apa yang dia cakap, tapi nanti aku tanya balik dengan dia, "Apa tu nek?"
Dulu masa aku kecil, dah darjah 6 kot masa tu, nenek pernah marah aku sebab tak tahu cakap Jawa, tak faham sangat bahasa Jawa. Belajar kata dia, sebab aku ada darah Jawa. Tapi keadaan tidak memungkinkan aku belajar dengan betul kot. Ayah dan emak pun tak speaking Jawa dengan aku, tinggal pulak di merata tempat, bukan di kampung sendiri yang teman-temannya semua bukan Jawa. Macam mana aku nak belajar?
Namun begitu, ayah selalu kata, "Akak nko tu tak pandai cakap Jawa, tapi telo dia ngalahkan orang yang tahu cakap Jawa."
Sebelum pulang dari melawat nenek hari itu, satu yang aku tengok tak pernah nenek lupa dari dulu berlaku. Aku cakap dengan nenek, "Nek, Wati nak balik ya nek. Nanti Wati datang lagi." Aku cium pipi nenek.
Di ketika itu juga, nenek mengesot mencari begnya. Dalam hati aku dah terfikir, apalah yang nenek nak buat ni. Aku suruh anak-anak semua bersalam dengan moyang mereka sebelum pulang. Semua cicit-cicitnya dah menghulurkan tangan, tapi dia tetap juga mencari sesuatu di dalam begnya. Rupanya dia cari duit seringgit.
"Nek, tak payahlah nek. Nenek simpan je duit tu!", aku bersuara.
Nenek tetap diam, tangannya masih mencari-cari duit seringgit. Aku perasan di genggamannya dah ada 3 ringgit, tapi sebab anak aku ada 4 orang, tulah dia tak puashati tu. Aku pun keluarkan duit seringgit dari dompetku dan ku hulurkan kepadanya. "Nenek cari ini ya?"
Mukanya terus ceria, barulah tangan anak-anakku yang sudah di hulur dari tadi untuk bersalam dengannya di sambut. Setiap seorang di berinya seringgit termasuk Arif yang kecil. Berlinang air mataku.
Begitulah nenek. Dari aku kecil, aku tahu nenek bukan orang senang. Namun begitu setiap kali kami datang, tak kira raya atau kunjungan biasa, dia pasti hulur duit pada aku dan adik-adik walaupun hanya 50 sen. Walaupun aku menolak, masa tu aku dah di Universiti, bila aku datang, sebelum pulang, mesti ada seringgit dua untuk aku. Katanya buat berkat...
Sekarang dia dah tak beri pada aku, dia beri pada cicit-cicitnya pula. Terharu aku!
Begitulah nenek. Tak pernah berubah. Aku berdoa padaNya semoga hayat nenek masih panjang untuk bersama kami. Aku sayang nenek!!
Alia dan moyangnya, nenek aku. |
~ يوس ~
saya pun ada neenk lagi ; sebelah mak....
ReplyDeletep/s: tengs yus. add author saya dh success . saya ikut tips yg yus bagi tu.
nenek belah mak munna duduk sekali dgn mak munna... mmg klu dia pergi rumah anak dia yg lain sekejap je... katanya bosan duduk sana...mungkin sebab rumah mak munna sentiasa ramai dgn cicit dia jadi dia suka tinggal sini...
ReplyDeleteKak sedih pulak baca entri ni, saya dah xde nenek..moga usia nenek akak panjang utk lihat anak cucu cicit membesar..
ReplyDeleteBagus kak, kuat lagi ingatan dia tu..
akak pom ada lagi nenek sbleh mak akak..da tua jugak..
ReplyDeletekak ati dah tak ada nenek
ReplyDeletetapi belah hubby ada lagi :)
bejurai air mata teringat kat aruah nenek di kampung. saya paling rapat ngan dia. dia jaga saya dari kecik, mak ayah sibuk bekeje. saya masih sorang masa tu.
ReplyDeletedulu kalu terasa hati ngan family ataupun cinta hati, saya suker bawak diri balik kampung, ngadu ngan nenek.
skang tidak lagi. kalu saya sedih, saya suker ngandu mcm tgh cakap ngan aruah nenek. pasti saya menangis semahu2nya sebab saya mengharap aruah nenek mendengar.
ciwek kan saya.
Yus saya letak link blog awak kat dlm n3 baru saya. tengs..:)
ReplyDeleteemm semoga nenek kak yus terus sihat...sama je kak cam yana tk reti ngomong jawa...kalau free singgahla blog...ada surprise..hehe
ReplyDeletetu la kan...org tua2 mcm tu la...lepa memang suka bg duit bila bersalaman dgn mereka tak kira lah waktu mana kunjungan kita....
ReplyDeletedah tak de nenek lagi...tapi masih ingat lagi saye la cucu kesayangan nenek mase tu...
ReplyDeletemase dia dah nak meninggal pun masih lagi panggil name saye tu...suruh saye berada kat dia..sedih la yus bile ingatkan kisah saat2 akhir nenek ain tu...
semoga nenek yus sihat selalu...
sya pun dah tak ada nenek
ReplyDeletelama dah sejak tahun 2002
apasai sedih entry nie ...
ReplyDeleterugi kan sebab tak tau berbahasa jawo
semoga nenek yus terus sihat hendaknya.. org tua ni mmg mcm tu kan yus.. suka sgt nak merai anak cucunya.. walau tak seberapa, tetap juga nak diberi.. itu yg buatkan kita selalu tersentuh hati.. nenek saya pun ada lagi dah hampir 90 tahun.. klu kami balik kg mmg seronok sgt dia..
ReplyDeleteYus...sayu hati akak membaca entry ni... bergenang airmata.. teringat arwah nenek akak yang dah lama pergi...
ReplyDeleteBegitulah orang tua kan?
terharunye baca n3 ni kak..
ReplyDeletecma pun moyang cma yg dipanggil nenek dah meninggal dunia..tp habit arwah sama ngan nenek akak..hulur barang 10sen dua..huk huk..
rindu kat nenek,,~~~
moga nenek yus terus sihat...teringat arwah mak akak bila tgk wajah nenek yus ni..
ReplyDeleteSedihnya nenek saya baru saja pergi meninggalkan kami hujung bulan dua hari tue huhuhu~
ReplyDeletesalam
ReplyDeleteteringgat nenek gua yang dah tak ada
gua doa nenek lu panjang umur dan sehat
moga nenek yus sentiasa sihat & dilindungi Allah...
ReplyDeleterindu nyer kat arwah opah....huwaa....al-fatihah utk opah..
ReplyDeleteizwa doakan opah akak terus panjang umur,sihat ye..amin..
sy dah takde nenek..mmg sedih coz hilang tempat bermanja..hanya sedekah alfatihah mengirinya :-(
ReplyDeletesalam kak yus,
ReplyDeletearwah nenek saya pun mcm tu kak..saya rasa masa dia meninggal umur dia dah lebih 100 tahun tp kat IC tunjuk umur kurang dr 100..sebab diorg nie daftar ikut tarikh buat IC tu kan..bukan ikut tarikh lahir sebenar yg kenkadang mmg diorg sendiri pun tak ingat bile diorg lahir..;-)
Orang tua macam tu la kan. Bila cucu-cucu nak balik, mesti nak bagi duit juga, walau pun kita kata tak payah. Semoga nenek Kak Yus panjang umur. Arwah opah Yati dah lama takde, masa tingkatan 1 lagi. Nenek belah papa masih ada, tapi jarang jumpa.
ReplyDeleteYus...biar kakak yg translate bila nenek duduk depan pintu rumah ayah nak balik rumah moksu.
ReplyDelete"wes suwi nonggo nang ngarep pintu omahmu kereto akeh he...."
Ha...ha.... tak faham tanya nenek bila jumpa dia....
Untungnya Yus masih ada nenek... Saya yang ada sekarang cuma grandma in law. heheeh... Jadik lah kan.
ReplyDeleteKita sama sajer! Nama jer Jawa.. cakap tak tau...
yus klu ikut tips yg yus bg utk masukkan gmail dlm edit profile tu . lps tu saya kena follow lagi sekali ke blog yg saya follow sn\blm ni yg guna yahoo tu? tp kat dashboard sume bloglist saya ada lagi...mcm bese je. sbb ada terbaca dlm n3 kat 1 blog tadi ....dia kena follow balik sume blog yg dia follow coz kat dashboard dia sume bloglist x de....
ReplyDelete@azzey
ReplyDeletesaya tinggal sorang nilah nenek saya. Belah emak dua2 dah takde..
glad kalau ianya membantu..:)
@munna
ReplyDeletesamalah, rumah moksu tu anak2 kecik lagi, ada ayam, ada kucing, sukalah dia..
@qemaishak
ReplyDeleteal-fatihah untuk nenek qema...
aminn, harap2 begitulah..
@sarah-najwan
ReplyDeletesemoga nenek akak pun terus kuat dan panjang umurnya untuk melihat cicit2 membesar ya kak..
@Ati Masrif
ReplyDeletebolehlah tumpang bermanja juga kan kak...:)
@NM02
ReplyDeletealamak minta maaf ye niezza sebab entri akak ni buat niezza sedih...
Doa selalu buat nenek moga rohnya sentiasa aman di sana. Al-Fatihah untuk nenek niezza
@azzey
ReplyDeleteok boleh, welcome!
@Maya Mayana
ReplyDeleteYana jawa juga ya..
alamak lupa lg nak ambil award. Nnti ya, akak amik dan letak di blog GCA tau!
@LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™
ReplyDeletebetul kan kak. Kita yang muda2 ni susah juga nak ikut contoh gitu kan kalau anak buah datang ke apa...kena amalkan juga ni..:)
@ainnoraini
ReplyDeletealamak! Minta maaf ya kalau cerita yus ni mengingatkan ainn sedih.
Al-Fatihah untuk nenek kesayangan ainn
@sayangsayangibu
ReplyDeletesaya yang masih ada nenek ni memang perlu menghargainya kan kak..
@pB
ReplyDeletesedih ya kak PB.
Tulah rugi pula tak tahu, nak belajar skrg malas..hihi
@Hanis Azla
ReplyDeletenenek mmg seronok bila yus datang. Tulah, orang2 tua ni memang mcm tu kan. Bukan kita mengharap pemberian dia, tp dia tetap nak beri kan Hanis...
@aNIe
ReplyDeleteYus pun bila baca balik sayu hati kak....
nanti bila free nak jengah nenek lagi...
@Cma Shiema
ReplyDeletekan, nenek mmg suka hulur walaupun 20 sen. Kalau budak skrg, selalu je dengar. 20 sen je. Kecik hati dia kalau dgr mcm tu kan..
@ieda
ReplyDeleteminta maaf ya kak, kalau wajah nenek yus mengigatkan akak pada arwah emak. Yus doakan arwah emak akak aman di sana. Al-Fatihah
@Amy Syaquena
ReplyDeletejangan sedih2 ya Amy. Mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah
@b.r.u.t.a.l.s.o.l.o
ReplyDeleteterima kasih
@MULAN
ReplyDeleteaminn..tq kak
@♥ Mrs.Eady ♥
ReplyDeleteAl-Fatihah untuk opah Izwa..
terima kasih ye doakan nenek akak..:)
@sahromnasrudin
ReplyDeleteAl-Fatihah
@Umie
ReplyDeletekan Umie kan...
mereka sendiri dah tak ingat tarikh lahir mereka....
@Yati
ReplyDeletenenek belah emak akak pun dah lama takde. Memang tinggal nenek belah ayah...
@Kakzakie
ReplyDeletehahaha...saya faham kak, cuma saya mmg tak tahu nak cakap atau tulis..pelik rasa..hihi
TQ tolong translate..hehe
@Mummy Rizq
ReplyDeleteooo, jawa juga ya..sama kan...rugi kita..huhu
@azzey
ReplyDeleteyus dah jawab di blog azzey kan..:)
sayu baca kisah nenek akak....jue pun masih ade nenak belah ayah n mak...tapi belah mak lagi ok
ReplyDelete