Aku teringat satu waktu aku pernah buat entri tentang Aqil yang mendapat markah rendah di sekolah agama kerana ujian amali solat dan ujian bacaan solatnya tidak lulus. Entri itu aku tulis pada hari Rabu, 15 Julai 2009 seperti di sini.
Cabaran dari teguran ustazah Aqil itu, aku berjaya ajar dia solat dalam masa dua minggu saja. Semua ada aku tuliskan dalam entri tersebut.
Namun, cabaran itu tidak berakhir di situ saja. Bagaimana sebenarnya kita hendak memastikan anak-anak kita sentiasa solat, tahu bahawa solat itu wajib, tidak boleh di tinggal dan kesannya dalam kehidupan dia sehari-hari. Cabaran itu lebih besar. Lebih-lebih lagi, bukan pada Aqil saja aku perlu titikberatkan semua itu, tapi juga pada Alia, Abid dan juga Arif nanti.
Baru-baru ini ramai yang kagum bila baca cerita pasal Wardina Safiyyah mengajar anaknya yang berusia 7 tahun solat. Ya! Aku juga suka dengan cara dia. Kita sebenarnya memang perlu ajar anak solat sedari kecil, kerana kalau sudah besar lagi susah nak mendidik mereka kan.
Aku sedar, dalam aku mendidik anak-anak supaya bersolat, banyak juga kesilapan yang aku lakukan. Dari niat wuduk, cara ambil wuduk, niat solat, cara-cara solat, bacaan dalam solat, rukun solat, segala tertib yang kita ajar, dengan mudah sebenarnya anak-anak boleh ikut. Aqil memang aku ajar agak lambat, dah darjah 1 baru ajar. Tapi Alia, dan Abid lebih cepat. Alia 5 tahun dah tahu cara-cara solat, tapi bacaan dalam solat belum begitu lancar. Masuk 6 tahun, dah tahu. Abid pula sekarang dalam usianya 4 tahun lebih, amali solat sudah baik, tetapi bacaan dalam solat masih banyak perlu belajar. Kalau niat, bacaan ketika rukuk dan sujud, duduk antara dua sujud, dia dah boleh baca, tetapi yang panjang-panjang macam tahiyat awal, tahiyat akhir, doa qunut semua belum lagi.
Kesilapan terbesar aku ialah tidak konsisten dalam mendidik mereka mendirikan solat dan tidak tegas. Kenapa aku kata begitu? Aku tidak tahu bagaimana kawan-kawan semua lakukan, tetapi aku sedar ini memang kesilapan aku. Ini kesilapan aku yang biasa.
- Contoh solat Subuh, bila dah terlambat, aku biasanya tak tegas suruh mereka solat. Bila mereka kata lambat dah ibu, aku pun diamkan saja. Jadi mereka tak solat.
- Waktu Zohor pun sama. Van sampai rumah dah pukul 1.15. Pukul 1.50 dah sampai semula depan rumah untuk bawa mereka ke sekolah agama. Kedua-dua mereka sangat lambat makan dan salin pakaian. Jadinya mereka tinggal solat lagi. Aku pula selalu fikir, takpe mereka kecik lagi. Aqil darjah 3, Alia darjah 1.
- Waktu Asar, balik dari mengaji mereka dah sibuk nak bermain di luar. Kadang-kadang mereka solat, kadang-kadang tidak. Bila kawan-kawan dah mula menekan loceng untuk ajak main di luar, aku cakap apa pun mereka tak dengar. Sudahnya mereka tak solat lagi. Kawan-kawan pun jenis yang sama jadi susah untuk aku suruh mereka solat.
- Waktu maghrib adalah waktu yang paling rajin mereka solat. Memang jarang tinggal, tambahan pula SRD sudah di rumah. Mereka takut dengan abah mereka berbanding aku.
- Mereka biasa tidur pukul 10 malam. Aku pula ralit dengan kerja-kerja rumah,atau menonton tv. Bila mereka penat dan dah tertidur, nak kejut untuk solat aku yang kesian. Ini lagi kesilapan besar!!!!
- Bila hari cuti atau balik kampung, sepupu yang sebaya pun ada sama, suruh mereka solat mereka buat tak dengar, bila kawan sebaya tak solat, dan keluarga mereka pun tak tegas suruh solat, aku pun terikut sama. Besar sungguh kesilapan aku.
- Bila dalam perjalanan ke sesuatu tempat. Kami akan berhenti singgah solat di mana-mana. Atau kalau jauh, kami biasanya akan jamak solat tu. Tapi anak-anak masih belum tahu cara jamak solat. Dan kami juga tak tegas suruh mereka solat. Lagi satu kesilapan yang tak boleh di maafkan.
Aku sedar inilah antara kesilapan besar aku dalam meyuruh mereka solat. Tidak konsisten dan tidak tegas. Jadinya, walaupun mereka sudah tahu solat, pandai solat, tapi tak tegas dalam menyuruh mereka mengerjakan solat hanya kerana aku kata, mereka masih kecil, lambat lagi....itulah kesilapan yang terlalu besar!!!
Aku tak mahu terus alpa. Aku sudah sedar kesilapan aku. Aku mula bertegas dengan mereka.
- Waktu Subuh, aku pastikan aku bangun awal dari biasa supaya aku boleh pantau mereka solat dan mendengar bacaan mereka sekali. Anak-anak ni, bila buatnya sekali sekala, bacaan mereka pun ada yang salah, baca nak dengan cepat sebab nak habis cepat, aduhai.
- Zohor pun sama. Kalau dulu biasa waktu tengahari memang aku suapkan mereka kerana takut mereka lambat bersiap, van dah sampai. Tapi sekarang, aku dah tak buat begitu, aku pastikan mereka makan sendiri dengan cepat, dan dirikan solat Zohor sebelum van sampai. Tak sangka, aku berjaya suruh mereka solat, dan mereka pun boleh lakukannya.
- Waktu Asar pun sama. Balik dari sekolah agama dan mengaji, sampai rumah dah pukul hampir pukul 5 petang. Biasanya waktu ini kawan-kawan setaman dan mula menekan loceng rumah ajak Aqil dan Alia bermain. Kali ini aku tak beri mereka peluang lagi. Sebelum keluar harus solat Asar dulu. Atau kalau mereka dah keluar pun, aku panggil mereka balik untuk dirikan solat Asar, kalau tidak tak boleh teruskan bermain sampai bila-bila. Alhamdulillah, mereka mengikut walaupun mula-mula dalam terpaksa. Ada rasa marah di hati mereka. Mereka mempersoalkan lagi kenapa kawan-kawan tak solat takpe, kenapa mereka saja perlu solat. Sungguh besar carbaran nak menerangkan hal ini kepada mereka. Hari demi hari aku terangkan, solat itu wajib untuk semua orang. Bagi yang tak buat, boleh masuk neraka, akan sentiasa lalai dalam tugas mereka, jadi hamba-hamba Allah yang rugi. Ibu tak mahu anak-anak ibu tergolong dalam kumpulan hamba-hamba Allah yang rugi, yang sesat di kemudian hari. Akhirnya mereka faham juga, walaupun belum sepenuh hati. Bayangkan, sangat susah nak suruh mereka solat, bila kawan2 dah menunggu di depan pintu ajal bermain, siap jenguk dari tingkap lagi. Tapi aku cekalkan hati, aku mahu mereka tunaikan tanggunjawab solat itu sebelum mereka bermain. Mula-mula mereka lakukan dengan tergesa-gesa, dalam kepala nak main saja. Aku suruh mereka ulang semula sehingga mereka buat dengan betul, hilang perasaan marah mereka, sehingga aku puashati dengan bacaan mereka. Lama-lama mereka sendiri faham. Aku pula yang geram dengan kawan-kawan mereka yang lain, memang aku tutup pintu kunci dan aku kata, pergi solat dulu ya. Aqil dan Alia nak solat Asar dulu, baru boleh main. Tapi mereka cuma main jauh sikit, dalam 5-10 minit dah datang semula, tengok Aqil dan Alia dah selesai solat atau belum. Cabaran sungguh!!!
- Maghrib memang tiada masalah. Isyak sekarang pun dah takde masalah. Selepas makan dan selesai kerja sekolah, dalam pukul 9.15 aku dah suruh mereka solat. Sebelum mereka mengantuk. Mereka berjaya lakukannya. Cumanya aku dah takde peluang nak menonton tv atau bersenang lenang seperti biasa. Takpe, demi masa depan anak-anak kita memang harus lakukan itu kan.
Aku praktikkan semua di atas bukan untuk Aqil dan Alia saja, juga untuk Abid. Surprisingly, Abid lagi mudah ikut. Dia juga pandai berdoa. Bab doa ni, memang aku suruh mereka luahkan apa yang mereka inginkan setiap kali selesai solat. Apa yang mereka mahu lahir dari hati nurani mereka. Sangat susah nak suruh mereka buka mulut mulanya, tapi lama-lama mudah juga.
Pernah satu hari Alia bersuara ketika aku suruh dia solat. Dia kata, " Alia tak suka solat!"
Ya Allah! Terkejut besar aku. Biasa aku memang sudah melenting, tapi hari itu entah kenapa Allah bantu aku. Selepas saja dia kata macam tu, guruh di langit berdentum kuat. Sungguh!
Ya Allah! Terkejut besar aku. Biasa aku memang sudah melenting, tapi hari itu entah kenapa Allah bantu aku. Selepas saja dia kata macam tu, guruh di langit berdentum kuat. Sungguh!
Terus aku kata pada dia, "kenapa Alia cakap macam tu? Tengok Allah dah marah. Sebab tu guruh berdentum kuat, Alia tak takut ya dengan siksaan Allah."
Dia terus jadi takut, terus mukanya pucat, terus dia kata, "Alia minta maaf ibu. Tak boleh cakap macam tu ya ibu. Tapi Alia penat, asyik-asyik solat je."
Selepas daripada itu, dan aku pun sentiasa berbicara tentang kebaikan dan kelebihan menunaikan solat, dia semakin ok, dan tak malas sangat lagi nak dirikan solat walaupun ada ketikanya liat juga.
Aku sendiri memang perlu banyak berdoa selepas solat untuk anak-anak. Memang cabaran besar kan. Aku ingin tahu juga bagaimana kakak-kakak di luar sana lakukannya pada anak-anak. Juga pada mereka yang sebaya aku, muda dari aku. Mungkin boleh kita kongsikan bersama. Cabaran mendidik anak zaman millineum ni memang besar kan.
Satu lagi yang ingin aku kongsi di sini dari satu laman web yang aku baca:
Aku jumpa satu artikel menarik di sini yang aku rasa kita sebagai ibubapa memang banyak lakukan kesilapan seperti yang di nyatakan itu. Apa kata kawan-kawan semua lihat sekali...
15 Kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak-anak
Sesungguhnya ini adalah sekadar coretan hasil dari pengalaman aku sendiri seorang ibu muda yang masih perlu banyak belajar dan masih cetek ilmu agamanya. Aku amat berbesar hati sekirannya rakan-rakan di luar sana dapat kongsi maklumat seumpama, bagaimana anda mendidik anak mendirikan solat ya? Terutama akak-akak yang sudah punya anak yang remaja, pasti pernah lalui cabaran ini kan.
Banyak lagi yang perlu aku belajar untuk jadi ibu yang baik kepada anak-anak. Zaman makin maju, anak-anak makin bijak, tapi kita juga tidak mahu mereka lupa tentang dunia akhirat.Banyak yang akan di tanya pada kita di akhirat nanti, takutnya!! Sama-samalah kita kongsi apa yang baik tu ya.
Ikhlas,
~ يوس ~
Terima kasih kak atas perkongsian & peringatan menarik ini, insyaAllah niat yg baik akan dipermudahkanNya.
ReplyDeletewow, nice sharing
ReplyDeletex sangka sehingga begini cabarannya kan dlm mendidik anak utk bersolat, maklumlah blm punya anak. boleh sy aplikasikan nanti :-)
teringat kisah pendengar yg call radio IKIm bgtau dia usung anak dia masuk bilik mandi suruh anak dia mandi dan solat subuh berjemaah
esok, kalu dah ada anak, saya akan riview balik n3 akak ni utk rujukan. tq akak...
ReplyDeletepagi tadi susah jugak nk kejut hanim suruh solat..sebab dia pegi sekolah kafa lewat sikit...sebelum gi kerja saye mmg kejutkan dia org ni...supaya bangun...
ReplyDeletealhamdulillah bangun jugak dia...saye siapkan bentangkan sejadah kat dia...
biasa la subuh ni budak2 mmg liat sikit nk bangunkan...
kak yus..terbukak besar biji mata cma..x sangka nk didk anak ni begitu byk cabaran yg dtg..alhamdulillah..pelan2.dah berjaya akak didik anak2..insyaallah,cma akan praktikkan utk anak2 cma juga..
ReplyDeletetq for sharing kak..
Assalamualaikum...
ReplyDeleteBersama-sama le kita terus berusaha. Memang susah dan perlu banyak kesabaran. alhamdulillah alif anak saya yang berumur 7 tahun pun dah mula bersolat di setiap waktu. Setiap kali azan berkumandang di masjid seboleh mungkin saya akan minta dia terus ambil wuduk. Lagi 1 kita ibubapa ni perlu jadi contoh baru mudah untuk mengajar anak2.
terima kasih kak atas perkongsian ni..entry ini membantu...sebelum yana marah anak yana rasanya yana juga perlu berubah dan muhasabah diri barulah mereka boleh menjadi yg terbaik..anak2 kita boleh jd apa sahaja bergantung bgmana kita corakkan & bagaimana kita menjadi cth pd mereka...
ReplyDeletesemoga sama2 kita mendidik anak dari kecik lagi..
ReplyDeleteyus..mendidik anak solat memqng cabaran yang paling besar yus.akak sampai sekarang masih bising lagi bila masuk waktu.
ReplyDeletesetiap kali solat tak lupa berdoa supaya allah bukakan pintu hati anak2 kearah kebaikan dan tak tinggal solat.
terima kasih, Yus. Bagi sy yg bekerja ni lagilah susah nak menitikberatkan tntg solat dgn anak. Cuma dpt mmantau time malam ngan cuti sek saja.. hmmmm..
ReplyDelete@qemaishak
ReplyDeletesebenarnya cabaran paling besar ialah mendidik diri sendiri disiplin dalam mengerjakan perintahNya. Kalau kita sendiri tak disiplin, nak didik anak2 lagilah susah kan qema. Ini peringatan untuk akak sendiri ni...
@Wanita Bertudung Hijau
ReplyDeletekami biasa solat jemaah waktu maghrib dan isyak, waktu lain memang agak susah...
saya masih dalam usaha mendidik mereka. Sama2 kita berusaha ke arah kehidupan yang lebih baik.
@NM02
ReplyDeletehuhu, rasanya bukanlah satu contoh yang terbaik niezza. Akak masih dalam usaha membuat mereka tak lupa solat. Juga untuk diri sendiri, jangan sampai ada lubang sana sini...:)
@ainnoraini
ReplyDeletesaya pun siap bentangkan sejadah semua untuk anak2 solat ni ainn. Kalau tidak lagi liat. Subuhlah paling susah kan.
@Cma Shiema
ReplyDeletepraktikal memang susah dari teori Cma. Bila kita baca, kita rasa kita boleh lakukan, tp nak lakukan dan aplikasikan pada anak2 tu satu cabaran yang amat besar dengan diri sendiri pun masih serba kurang. Sama-samalah kita perbaiki diri kan Cma.
@Kak Sam
ReplyDeletewaalaikumsalam...
Betul tu kak sam. Kita ibubapa ni kena jadi contoh dulu, bila kita lalai, jangan salahkan anak2 kalau mereka pun lalai sama. Sama2 lah kita menjadi lebih baik...InsyaAllah.
@Mayana
ReplyDeletebetul tu yana. Kita selalu baca, anak2 ni ibarat kain putih, kita sebagai orang tualah yang mencorakkan mereka. Memang banyak lagi yang kita perlu belajar. Akak bercakap utuk diri sendiri, akak ni pun mmg kurang sabar dan selalu tak konsisten. Semoga semangat itu dan amanah yang di beri oleh Allah ini dapat kita junjung bersama..InsyaAllah.
@Fairus Bin Mamat
ReplyDeleteBak kata pepatah, melentur buluh, biarlah dari rebungnya tak gitu Fairus...:)
@kak Erna
ReplyDeletebetul tu kak. Bukan kata akak, mak dan mil yus pun masih bising lagi untuk adik2 kami yang masih bujang tu.
Dari kecil sentiasa jaga solat, tapi dah besar, banyak juga lubang sana sini kan, banyak betul dugaan yang perlu di hadapi kita kan. Itulah seboleh, kita mahu mereka tahu dari kecil, kalau dah besar panjang, lagi susah nak lentur, tak gitu kak...
@Sari Yusa Ibrahim
ReplyDeleteitulah cabaran ibubapa zaman ini kan sari.
InsyaAllah, moga anak-anak kita dapat menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat..aminn.
yus, kesilapan saya pon ada gak cam yus..situasi lain, kalu berjalan, ibubapa je solat, anak2 main kat luar masjid tunggu ..aish..ni taleh jd ni kene berubah!
ReplyDeleteanak sy hari sekolah senang nk solat, kalu hari cuti sgt liatt
Thanks yus untuk entry yg sgt menarik ini.. Alhamdulillah.. anak2 semua dah bersolat.. tp itulah, bacaan masih byk yg tak betul.. pergerakan pun begitu juga.. saya memang suruh mereka solat dan mereka buat.. tp rasanya saya tak monitor pun sbb rasa anak-anak masih kecil dan asalkan mereka dah solat saya puas hati.. dgn entry yus ni membuka mata saya utk monitor mereka utk melakukan solat dgn bacaan dan pergerakkan yg betul.. InsyaAllah.. harap2 anak2 kita bersolat hanya kerana Allah dan bukannya takut dengan kita..
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian ni kak ... anak munna baru 3 thn yg besar... dah munna hantar mengaji harap menjelang umur dia 7 tahun dah pandai menunaikan solat dengan betul
ReplyDeleteRasanya semua ibu2 yg nak mendidik anak solat 5 waktu nie menghadapi masalah yg serupa dgn Yus.....Nurul pun sama dgn bekerja lg memang masa rasanya x cukup dlm satu hr 2.....
ReplyDeletekak yus, thanks atas perkongsian ilmu nie...ibu2x mcm saya nie mmg infoless psl benda2x mcm nie sbb blm ada experience..so, bile senior2x mcm akak nie cerita based on experience rasa mcm best nye utk kitorg ikut cara akak nie..;-)
ReplyDeleteboleh saya praktikkan cara akak ni..
ReplyDeletepandai akak ckp kat alia, yg guruh berdentum tu seksaan dr Allah...tak terpikir lak saya...
salam yus..baca entri yus..buat saya terfikir sejenak...selama ini mmg saya belum lagi didik anak secara serius utk solat..selalu rasa mereka kecil lagi,,tapi bila baca abid yg baru 4thn lebih amali solat dah bagus,,,rasa macam baru tersedar yus..saya terlalu mengabaikan anak2 saya...terima kasih atas perkongisan yg berguna ni...n terima kasih krn menyedarkan seorang ibu..harap sy belum terlambat....
ReplyDelete2 hero saya mmg bersolat
ReplyDeletetapi ada gak yg xkonsisten spt subuh dan zohor
kekangannya mcm yg yus bgtau..tapi skrg..mmg hubby akak akan paksa utk solat subuh dan zohor akak paksa..
ttg bacaan dan tertib..jrg2 sekali hubby akak akn check..
harap2 anak2 kita seme akan kekal dlm solat mereka..
Suka entri Kak Yus..menyedarkan kami betapa solat itu perlu ditekankan sejak dari kecil supaya nanti dah besar,anak2 x culas mendirikan solat. Mendidik Along dan Kakak bersolat mmg cabaran bsr sbb Mummiey bekerja tapi InsyaAllah akan diberikan perhatian yang lebih lagi dlm mendidik mereka mendirikan solat..
ReplyDeleteDalam mengajar anak solat, ibubapa pun kena solat juga. Jangan lengah-lengahkan, nak abis waktu baru nak solat. Betul tak kak..
ReplyDeleteYati masih usaha lagi. Si kecik ok, si besor susah sikit.