Thursday, April 07, 2011

Home » » Adat kalau nak menumpang....

Adat kalau nak menumpang....

Ini bukan cerita sensasi, kontrovesi atau apa2 yang seangkatan dengannya.

Seperti di beritakan, aku kan tak boleh memandu lagi. SRD pula outstation dari semalam. Makanya hari ini anak-anak nak ke sekolah terpaksalah menumpang jiran sebelah kiri dan kanan.

Aqil dan Alia menumpang jiran sebelah kanan, Abid pula jiran sebelah kiri. Syukur alhamdulillah keranan jiran sebelah menyebelah aku anak-anak mereka semua sebaya je dengan anak-anak aku dan belajar pun di sekolah yang sama. Jadinya, bila ada masalah seperti ini, senang nak minta tolong.

Biasalah bila nak menumpang, kenalah ikut masa orang yang nak kita tumpang tu kan. Jiran aku sebelah kanan ni cikgu, biasa memang dia keluar awal, 6.45 pagi dah keluar dah hantar anak-anak dia ke sekolah, lepas tu dia pula ke sekolah. Sebab dia mengajar di sekolah menengah yang jauh sikit dari rumah.

Anak-anak aku ni biasa 6.45 tu masih di bilik air, hari ini 6.30 dah siap semua ! Sarapan pun sudah!....:)).

Cepat sungguh dari biasa. Biasa tu nak suruh bangun bukan main liat, ni sebab mereka dah tahu hari ni nak menumpang orang, senang pula bangun paginya. Sendiri sudah ingat buat kerja cepat-cepat. Solat Subuh pun laju saja. Biasa suruh solat pun liat. Apa agaknya yang dia sukakan bila naik kereta orang tu ya???

Aqil dan Alia, dua2 pun sama kelas dengan anak-anak jiran kanan aku tu. Dengan anak jiran sebelah kiri pun sebaya juga. Agaknya mereka berdua seronok dapat pergi bersama kawan-kawannya, tu yang senang saja bangun pagi, kalau tidak.......:(.

Tapi pagi ni, jiran aku ni terlewat pula. Sudahnya 5 minit lagi pukul 7 baru keluar. Anak-anak dari 6.40 dah tunggu di luar, apa lagi main basikal dululah, bising-bising dululah. Sukahatilah nak, asal korang happy.

Aku memang bernasib baik punya jiran sebelah menyebelah yang jenis tak kisah, suka tolong-menolong ni. Hidup berjiran macam tulah kan. Satu lagi yang best, jiran sebelah menyebelah aku sebaya dengan aku...hehe.

~ يوس ~

40 comments:

  1. bestnye dapat jiran macam tu.. jiran saya tak macam tu laa

    ReplyDelete
  2. jiran ai semunya bujang yg susah sgt nak nampak muker memasing.

    ReplyDelete
  3. syukur alhamdulillah Yus dpt jiran2 yg baik.....hehehe biasalah adat menumpang memang camtu kita kena tunggu dan rasanya budak2 2 hepi sbbkan nak berkawan dan naik keta org lebih suka dr naik keta sendiri.........

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah dpt jiran yg boleh membantu...yana nk belajar disiplin diri sendiri dan anak2 le T_T...anak2 akak bagus tk liat nk bgun n suka gi sekolah :)

    ReplyDelete
  5. betul tu..
    jika kita menumpang
    kita kene ikut org

    segan jadinya jika
    kita lmbt dr org yg memberi tumpang..hehee

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah dpt jiran yg baik mcm tu...

    pandai lak anak2 akak bgn awal ye...klaka la dorang ni...

    ReplyDelete
  7. bestnye dapat jiran yang baikkan...kat sini jiram aje yang sudi tersenyum je...nasib baik sebelah umah jue n depan umah tue baik...rajin jugak tegur sapa....mintak2 pindah umah sendiri nanti cik jue dapat jiran yang baik....

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah..ade jiran menyebelah yg baik..untung kak yus..

    ReplyDelete
  9. bertuah dpt jiran2 mcm tu...

    ReplyDelete
  10. JIRAN MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT.. :)

    ReplyDelete
  11. Rezeki tu yus Alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah...ada jiran2 yg baik hati dapat tolong..Susah nak dapat jiran macam tu..

    ReplyDelete
  13. memang best dapat jiran yg suka tolong menolong ni..
    biasa tukar2 juadah bln posa kan kak hehe igt kg

    ReplyDelete
  14. sib baik yus dpt jiran yg blh mtk tlg kan??? klu tak susah gak...

    kakzue pon sib baik dpt jiran yg baik... klu kita susah pon, jiran yg pertama kita carik kan???

    ReplyDelete
  15. bagusnya dapat jiran yd sedia membantu.. Alhamdulillah.. baguslah amalkan sikap mcm tu.. bila menumpang biar kita menunggu orang.. jdnya tak perlu org menunggu kita..

    ReplyDelete
  16. yus memang yus beruntung dapa jian yang tak berkira.
    dulu masak dok selangor..jiran2 akak umur sebaya..dah pindah klia..akak yang tua...
    dah pinda pulak kerumah sendiri..jarang bertemu jiran..sebab sebelah2 kiri kanan..india..

    ReplyDelete
  17. Yus...Alhamdulillah mendapat jiran2 yang baik2 dan tak berkira... susah tau nak dpt jiran2 camtu...

    ReplyDelete
  18. @ibu qaleesya
    lain orang, lain ragamnya . Moga2 nanti dapat juga jiran yang baik.

    Akak masih tak tahu siapa ibu qaleesya ni sebenarnya? Akak kenal ya? Ada blog tak? Kalau ada bagi link eh..please!!

    ReplyDelete
  19. @NM02
    kalau bujang biasa memang suka buat hal sendiri kan. Lebih2 lagi kalau masing2 bekerja..

    ReplyDelete
  20. @Keluargaku Syurgaku
    tulah nurul, saya selalu pastikan, kalau kita yang nak menumpang, biarlah kita yg tunggu dia, jgn orang tu yg tunggu kita, kesian pula nanti. Jadi dgn anak2 pun saya ajar mcam tu juga.

    Mereka tu mmg seronok bila dapat sama2 dengan kawan..:)

    ReplyDelete
  21. @Mayana
    alhamdulillah...

    Liat juga yana, tgk masa, tp biasanya tidaklah, dan mereka semua seronok ke sekolah.

    ReplyDelete
  22. @sarah-najwan
    betul tu kak, segan kalau kita yg lambat kan, dah lah kita nak menumpang....

    ReplyDelete
  23. @wahida
    alhamdulillah....

    diorang ni memang, semangat kalau ada sesuatu yg baru nak berlaku. Tak pernah pagi2 naik kereta dgn kawan, tu yg excited tu..hehe

    ReplyDelete
  24. @CiK Jue aka ibu FarisYah
    kadang2 ni dengan jiran tetangga, kita pun kena ambil peranan juga. Kalau mereka tak nak mulakan, kita mulakan, biasalah tak kenal maka tak cinta, biasa bila dah kenal nanti, InsyaAllah, mesti baik juga orangnya, tak gitu..

    ReplyDelete
  25. @Cma Shiema
    alhamdulillah cma. Jiran mcam ni kita kena jaga dengan baik kan, takut mereka pula tak suka kita nanti.

    ReplyDelete
  26. @Farra
    Jiran lah tempat yang paling dekat untuk kita minta tolong bila dalam kesusahan kan..alhamdulillah.

    ReplyDelete
  27. @mummiey
    Mungkin di kawasan akak ni masih tebal semangat kampung, kekitaan tu mummiey. Walaupun tak kenal rapat, masih kenal jugalah jiran setaman. Tapi dgn jiran sebelah menyebelah mmg agak baik jugalah..:)

    ReplyDelete
  28. @qemaishak
    dengan jiran sebelah kanan dan jiran no 1 dah selalu juga tukar juadah, jiran sebelah kiri ni belum lagi, tahun nilah kot..hehe

    ReplyDelete
  29. @Zue AnnaLeeya
    betul kan kakzue. Lagipun dah duduk rumah sendiri ni, mmg lama akan menetap di sini, kalau tak baik dengan jiran susah lah kan..

    ReplyDelete
  30. @Hanis Azla
    tulah Hanis, kalau dah kita menumpang, kena kitalah menunggu, jgn biar orang tu yg tunggu kita kan..

    ReplyDelete
  31. @kak Erna
    yus ni untungnya anak2 kami sebaya. Hari2 mereka dok main sama2, siap tukar 2 tempat bermain, hari ni rumah yus, esok rumah belah kanan, lusa sebelah kiri. Anak2 yang merapatkan kami sebenarnya kak..

    ReplyDelete
  32. @aNIe
    alhamdulillah kak. Harap2 sampai bila2 pun kami semua tak berkira....minta di jauhkan dari sifat itu hendaknya.

    ReplyDelete
  33. salam yus..seb baik ada jiran2 yang baik kan..seronok kalau dapat jaran camtu..

    ReplyDelete
  34. bagus la dapat jiran2 yg baik hati...

    ReplyDelete
  35. untunglah yus

    kak ati nilah yg paling muda
    di antara jiran di jln kat rumah

    payah sikit nk tumpang2 ni

    ReplyDelete
  36. jiran pB kira kanan , mamak

    tapi alhamdulillah , dua dua baik


    time they all masak kari , memang telan air liur lerrr sebab bau nyerrr harum semerbakkk

    ReplyDelete
  37. kalau kita berbaik dgn jiran.. pastinya mereka juga tak lokek nak membantu kita.. pokok pangkalnya dari kita semuanya

    ReplyDelete
  38. Yati pun sama. Kalau nak tumpang orang depan, suruh Amirul siap awal-awal. Bior kita tunggu dia, jangan dia tunggu kita. Sape lagi kita nak harap bila transport takde.

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...