Tuesday, April 12, 2011

Home » , » Pelaris Perniagaan

Pelaris Perniagaan

Aku ingin kongsi satu cerita yang di bawa oleh SRD. Cerita dia dapat sewaktu OS minggu lepas dari seorang rakan sekerja berlainan jabatan. Rakan sekerjanya ini seorang yang agak warak dan berasal dari Riau.

image ehsan google
Mungkin anda semua pernah dengar cerita peniaga menggunakan pelaris untuk memajukan perniagaannya kan. Berbagai-bagai versi cerita pernah kita dengar. 

Anda semua ingat tak tv3 pun pernah menayangkan sebuah cerita dalam slot cerekarama bertajuk "Hijab di Kalbu" yang di lakonkan oleh Arash Mohd dan Eja tu. Cerita Arash sebagai pengusaha restoran menggunakan pelaris untuk memajukan perniagaannya, manakala isterinya pula guna susuk di sana sini, memang menginsafkan kita.

Ok, cerita dari SRD pula mengenai beberapa kedai makan di sekitar tempat kerjanya di sini pun ada banyak yang menggunakan pelaris. Ini menurut kenalan kerjanya tadilah. 

Cerita dari beliau, pernah dia dan rakannya singgah satu kedai makan ni. Dia sebenarnya telah dibukakan hijab matanya untuk dapat melihat di kedai itu ada seekor ular hitam yang besar melilit di tiang tempat tukang masak kedai itu sedang masak. Dan setiap kali tukang masak itu masak, ular itu akan menjilat kuali tersebut.

Dan ketika pelayan kedai tersebut menghantar air minuman kepada dia dan kawan-kawannya, beliau dapat lihat air teh ais yang di mintanya, bukan dalam keadaan sejuk, tapi dalam keadaan panas menggelegak. Menurutnya tatkala dia melihat itu, dia membaca ayat 7 bismillah dan dengan tiba-tiba kesemua air dalam dulang yang di pegang pelayan kedai itu pecah.

Menurutnya lagi, kedai makan 25 jam yang popular di kawasan tempat kerja SRD itu pun ada menggunakan pelaris.Walahualam. Dia memang tidak menyatakan dengan jelas nama-nama kedai yang ada menggunakan pelaris, tetapi di nyatakan ada banyak juga yang menggunakannya, jadi kita sebagai pengguna haruslah berhati-hati.

Menurutnya, jika kita hendak pastikan, kedai makan yang kita kunjungi ada menggunakan pelaris atau tidak, sebelum keluar menuju ke kedai yang hendak di tuju, baca dulu syahadah 3 kali, selawat 3 kali dah surah yassin 3 kali. Sekiranya kedai yang kita pergi ada menggunakan pelaris, InsyaAllah tatkala kaki kita melangkah untuk jejak ke dalam kedai itu, kaki kita akan menggigil seperti tidak mahu masuk kedalam kedai tersebut. 

Begitulah kiranya cerita yang aku dengar dari SRD seperti yang di ceritakan oleh kenalan kerjanya itu...Wallahualam.

Memang pelik dengan sifat manusia ni. Nak maju tetapi tidak menggunakan cara yang betul. Kenapalah nak gunakan pelaris semua ni kan. Ada tu aku dengar, dia tak guna pelaris untuk kedainya, tetapi guna-guna kedai orang lain supaya bankrap pula. Hasad dengki! Hmm macam-macam.

Disini aku ingin kongsi juga Soal Jawab Agama dari laman sesawang JAIS mengenai pelaris perniagaan ni.


p/s: lepas ni memang takut nak makan di kedai sekitar PR setelah tahu banyak kedai yang ada guna pelaris mcm ni...huhu.
~ يوس ~

52 comments:

  1. ishh... tak pk ke benda2 cenggini memudaratkan diri sendiri?

    ReplyDelete
  2. nak kaya cepat agaknya kak..tu yg guna pelaris. tapi tanpa disedari..dah jadi 1 dosa pulak. gerun la pulak baca psl cerita kwn suami akak tu. lps ni nak kena jadikan amalan la ayat2 tu sblm keluar rmh walaupun takde plan nak gi mkn luar..mana tau tiba2 nak singgah mkn ke apa ke..

    ReplyDelete
  3. nak tny, surah yassin tu baca penuh ke atau ada ayat ke berapa?

    oh ya, nice sharing

    ReplyDelete
  4. kak, memang ada kak, qema & suami salah satu mangsa guna2 utk bankrap tu huhu kisah lama masa berniaga dulu..minta dijauhkan, kita jujur org lain pula dengki manusia hasad dengki xpernah puas dgn rezeki yg dikurniakan.

    ReplyDelete
  5. 2 le mak mertua Nurul selalu pesan jika mkm kat luar sblm minum atau mkn 2 baca Bismillah Hillazi la yadurru.......TIGA KALI sebelum minum atau makan." doa nie blh juga utk melindungi kita terkena santau.....

    http://amalan-doa-mustajab.blogspot.com/2010/05/doa-untuk-elak-dari-terkena-santau.html

    ReplyDelete
  6. makan dan masak dirumah adalah lebih jamin kan..takut bila baca benda2 camni..

    ReplyDelete
  7. Assalamu'alaikum Yus,

    Kalau kedai guna pelaris adakah kita yang makan akan mendapat bala. takutnya kakak sebab kita mana tahu kan. Tapi kakak dengar ramai yg masih melakukan ini semua. Tak sedar dan tahu dosa-dosa yg mereka kena tanggung selagi melakukan perkara syirik sebegini. Na'uzubillah....

    ReplyDelete
  8. kenapalah dunia makin moden tp mereka2 ni masih lg dok buat benda cam gini...

    ReplyDelete
  9. banyak jadi... tapi tak paham ngapa nak kena buat pelaris.. rezeki tu kan dari Allah taala.. kita kena usaha, tawakkal & doa..

    ReplyDelete
  10. salam.yus..penah dengar jugak cerita cam ni..manusia macam2kan.

    ReplyDelete
  11. nak maju tapi mcm tu la pulak..
    takutkan...mcm2 manusia ni...

    pernah jugak dgr benda2 mcm ni...belum lg yg dengki bile kite maju dlm perniagaan..mcm2 benda dia buat kasi kat kite ade yg sampai sakit la...

    ReplyDelete
  12. assalam yus..terima kasih sudi kongsi cerita ni..akak pun jadi takut pulak nak makan dikedai bila dah kata..memang banyak kedai yang guna pelaris.
    sepatutnya tak perlukan pelaris..masak aje sedap2 ramai la orang datang kan.

    ReplyDelete
  13. ish...nauzubillah...takut lak saya dgr...

    ReplyDelete
  14. menakutkan.. kalau rezeki lebih berkat klu buat benda tak baik maam tu takpe juga.. ini setakat senang di dunia.. nauzubillah.. minta dijauhkan

    ReplyDelete
  15. @NM02
    itulah, pikir senang di dunia saja, akhirat nanti menjawablah nampaknya..

    ReplyDelete
  16. @Nadiah Sidek
    kan Nadiah. Yang berat sikit tu baca yassin 3 kali sebelum nak keluar rumah tu. Biasa kita bila nak keluar je, mulalah tergesa2 kan.

    Apa pun semoga kita semua terlindung dari anasir yang tidak baik....aminn.

    ReplyDelete
  17. @qemaishak
    tulah kan. Kenapa tidak gunakan cara lain untuk maju. Masak lebih sedap, tarikan pada kebersihan ke. Guna2 orang pulak..hmm macam2. Minta di jauhkan dari berlaku kepada kita semua kan qema...

    ReplyDelete
  18. @Keluargaku Syurgaku
    oh mcm tu ya nurul. Terima kasih berkongsi di sini ya..:)

    ReplyDelete
  19. @Dee
    Masak sendiri memang lebih mengenyangkan, jimat pun jimat kan Dee...

    ReplyDelete
  20. @Kakzakie
    Waalaikumsalam kakzakie..

    tulah kak, kita tak tahu, tp dalam masa yg sama takut apa yang kita makan tu ada benda kotor kan, jadi kita pula yg dapat sama.

    Moga kita semua insaf, dan jgn melakukan perkara seumpama, syirik bila percaya sesuatu selain dari yang Maha Esa ni. Nau'uzubillah...

    ReplyDelete
  21. @Maya Mayana
    itulah Yana, ingat dah takde orang buat mcm ni, tp sebenarnya ramai lagi...

    ReplyDelete
  22. @MULAN
    betul tu kan kak, rezeki semua datang dari Allah...kita yang perlu berusaha mendapatkannya dgn cara yang halal..

    ReplyDelete
  23. @suri solehah
    rambut sama hitam, hati lain-lain, kita memang tak boleh menduga sikap manusia ni kan suri.

    ReplyDelete
  24. @ainnoraini
    cerita orang dengki dalam perniagaan ni pun ada dia cerita. Kisah peniaga catering yg mmg berjaya, tp di dengki orang, sehingga dia rugi. Setiap kali ada majlis menggunakan catering dia, tak sampai 3 jam lauk sampai dah basi, kesian dia..huhu

    ReplyDelete
  25. @wahida
    memang menakutkan kan wahida. Moga kita tak terkena makan tmpt orang yg guna pelaris ni kan...

    ReplyDelete
  26. @Hanis Azla
    mana nak berkat mcm tu kan Hanis. Buat apalah senang cuma di dunia, minta di jauhkan dari kita..

    ReplyDelete
  27. @kak Erna
    betul tu kan kak. Sekali kita rasa sedap biasanya kita mesti nak pergi lagi kedai tu kan..

    Akak kalau buka kedai mesti laris ni, akak selalu masak mcm2. Teringat lak gulai pucuk paku akak..hehe

    ReplyDelete
  28. itu la org niaga nak cepat untung je....skrg ni takkira melayu ke tak...cina / india pun ada pelaris mereka sendiri tuk kedai apa2 je...tak kisah la kedai makan ke kedai bengkel kete, kedai baju ke...ada jugak..
    sy tau ni sbb tokey bengkel kete yg cite kat sy..yg dia pun ada pelaris dia sendiri..dia org india...dia dpt dari kuil katanye..

    ReplyDelete
  29. kat tmpat akak ni pun ada yus
    byk dah org citer..

    cara nk tgk pun
    ada kwn akak ni amik gmbr
    dlm kedai..suka2 tangkap gmbrkan..
    sekali tgk gmbr tu..ada tiang seri kat pintu msuk dililit kain merah
    padahal kalu lihat mata kasar xde pun..huhu

    pastu akak pun xnak dah pi kdai tu..yg pasti kdai tu..laris dan laku tau..padahal servis sgtlah teruk..

    tak baik buat gtu..

    ReplyDelete
  30. @~aSHa~
    itulah asha. Tapi itu mereka, kita ni yg melayu orang Islam, pun ramai yang buat...tak tahu nak kata apalah kan.

    Ada tu fikir, dia tak buat pelaris, orang lain buat, kedai dia rugi juga,so baik dia buat sama... mcm2..huhu

    ReplyDelete
  31. @sarah-najwan
    biasa mcm tulah kan kak. Tgk kedainya begitu ramai pelanggan, tp rasa masakan biasa2 aje. Memang tak baik buat gitu kan, rezeki tak berkat..

    ReplyDelete
  32. banyak sgt dah kes mcm gini

    mak kawan kita pun sampai
    sakit2 di bomoh oleh pesaing
    warung sebelah

    ReplyDelete
  33. Kak Yus,
    terima kasih share cerita ni. Kat Tronoh, Perak pun ada kedai guna pelaris juga. Sebab ada kawan husband Tuhan bagi dia nampak apa yang orang biasa tak nampak. Dia nampak toyol kencing atas roti canai, pastu orang tu makan selera je, sampai 2 keping. Yuksss... kat sini kalau orang dah biasa, tak makan luar hujung-hujung tahun, sebab ada orang nak test santau. Dulu pernah masuk dalam rancangan tv3 tu, yang santau angin tu, pakcik yang cerita tu dok kat Tronoh la. Gerun, kan. Nak selamat, masak sendiri di rumah la. Yang bekerja pun, bawa la bekal sendiri dari rumah, hatta roti sekali pun. Alamak, terlebih panjang pula komen. :)

    ReplyDelete
  34. pernah juga dengar cerita cerita macam ni...

    ReplyDelete
  35. tu yg tak berani makan luor.. bali2k dok ulang ke kedai kawan suami jer.. bila ade peluang nak makan luor ler..


    takut kan hal2 mcm ni...

    ReplyDelete
  36. usahalah dgn cr yg jujur n brsih...takpe klau rezeki sikit as long as berkat... itu la yg pling utama

    smpai nk buat2 org tu..haisyh, mmnag byk syaiton dlm diri. Nauzubillah

    ReplyDelete
  37. apa kesannya kalau kita makan di kedai itu???

    ReplyDelete
  38. @Ati Masrif
    itulah yang kita tak mahu kan kak. Biarlah maju dan berjaya dengan cara yang betul, lebih berkat

    ReplyDelete
  39. @Yati
    takpe terlebih komen pun. Benda yg boleh di kongsi, boleh saja di cerita, walaupun di ruangan komen...

    memang gerun kak, takut kita makan benda2 yg datangnya dari sesuatu yg kotor..

    ReplyDelete
  40. @zino
    cerita mcm ni mmg rasanya ada di mana2 ye abah zino..

    ReplyDelete
  41. @kakyong
    tulah kita sebenarnya takut apa yang kita makan tu boleh memudaratkan kita lebih2 lagi kalau datang dari sesuatu yg kotor dan tak elok mcm tu..

    ReplyDelete
  42. @sahromnasrudin
    saya sendiri pun tak boleh jawab apa kesannya saudara sahrom...

    Cuma yelah, kalaulah kita pun boleh lihat bagaimana makanan tu di sediakan, ada ular pula tolong jilat kuali yg ada makanan untuk dihidangkan pada kita, tergamak ke kita nak makan?

    Kita khuatir apa yang kita makan tu tak bersih, dan datang dari sesuatu yg boleh memudaratkan. Mungkin kesannya bukan dari jangka pendek, tapi jangka panjang, Wallahualam...

    ReplyDelete
  43. tu la skg ni mcm2 kan...naik seram kita dibuatnya...

    ReplyDelete
  44. yg x baik itu lah selalu masyarakat kita ikuti .. x mo langsung ikut cara2 org cina atau bangsa lain .. boleh je berjaya tanpa mende2 mcm nie ..

    mereka x kenal apa itu pelaris .. mereka cuma tahu berusaha dan ubah cara yg lebih baik .. huhuh

    ReplyDelete
  45. assalamualaikum

    kita biasa jugak dengar tentang nih... kalau betul ada guna benda2 kotor camtu, kita dengar pun tak
    lalu apatah lagi nak makan kan...

    hehe kdg2 tu... org takmo mkn kat kedai dia sebab makanan tak sedap,
    tapi dia cakap orang buat...

    ReplyDelete
  46. aduhh...x takut dosa ke mereka yg guna pelaris ni...alhamdulillah..sungguh bertuah kwn srd yg dibuka hijabnya tu..
    tu lah kan kak..nk mkn kat luar pun fikir2,3,4 kali..

    ReplyDelete
  47. @LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™
    Seram takut termakan benda dari sumber yg tak baik mcm tu kan kak..

    ReplyDelete
  48. @iedaimmi
    tp ada juga saya dengar orang cina atau india ni ada yg minta pelaris dari kuil atau tokong mereka, tak tahulah betul ke tidak..

    ReplyDelete
  49. @♥ manje ♥
    waalaikumsalam manje...

    yang mcm tu pun ada juga ya? Nilah sifat manusia, bila tak laku, salah sendiri, tp cari alasan salahkan orang lain kan...

    ReplyDelete
  50. @Cma Shiema
    betul tu Cma, skrg ni mmg kena pikir dua tiga kali nak mkn luar. Tp kadang2 kita pun malas gak nak masak kan...habis tu camno..hihi

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...