Monday, April 11, 2011

Home » , » Khitan/Khatan anak perempuan STRICTLY ILLEGAL!!! di UK...(updated)

Khitan/Khatan anak perempuan STRICTLY ILLEGAL!!! di UK...(updated)

Salam hari Isnin....

Pagi ini buka blog seperti biasa, terbaca satu entri dari Mama Zharfan mengenai seorang sahabat di UK yang menghadapi masalah bakal dikenakan tindakan undang-undang kerana mengkhatankan anak perempuannya. Boleh baca lanjut di sini.

Aku petik sedikit dari blog Mama Zharfan.

Sekadar makluman untuk pengajaran semua yang ada di sini atau keluarga yang bakal datang ke UK,
mengikut undang2 British BERSUNAT ANAK PEREMPUAN (CIRCUMSITION) atau lebih
difahami disini sebagai FEMALE GENETAL MUTILATION (FGM) adalah STRICTLY
ILLEGAL!!
! Jadi JANGAN sesekali disebut atau ditanya atau beritahu berkenaan hal
ini terutamanya apabila berurusan dengan health visitor, social worker, GP,
midwife, police etc..

British law sedang dakwa dia utk hilang hak
penjagaan ke atas anak kedua dia yg baru lahir (around 2 month-old) sbb dia
khatankn anak pertama dia dulu (perempuan) kat Malaysia. Skrg British cuba
halang anak kedua ni dari dibawa keluar dr UK (pasport anak kedua ni dh
dirampas) utk halang anak di dikhatan (mungkin dia org kata ini suatu penderaan
kpd baby)...& akan diberi hak penjagaan kpd badan kebajikan kat UK ni.
Aku terpanggil untuk berkongsi isu ini kerana aku sendiri pernah melahirkan anak perempuan di UK iaitu Alia, dan masa tu, memang rasa keliru sangat macam mana aku nak khatankan Alia di sana. Hendak balik Malaysia memang tak mampulah. Jujur cakap, selama 4 tahun kami di sana, tak pernah sekali pun pulang ke Malaysia, atau seorang pun keluarga kami menziarahi kami di sana. Takda ongkosnya, namun begitu sempat lagi tu aku melahirkan dua anak di sana. Semua kena urus sendirilah kan...

Alhamdulillah, aku ada bertanya dengan seorang kenalan di sana yang lebih tua dan tahu lebih arif pasal ni semasa melahirkan Alia. Bagaimana nak khatankan anak perempuan di sana dan dia kata, tak perlu. Di UK mereka tak benarkan khitan anak perempuan, tetapi kalau anak lelaki, kecil-kecil lagi dah boleh khatankan.

Ketika kami pulang ke Malaysia selepas SRD habis pengajian phd nya, usia Alia sudah pun hampir 3 tahun. Masa tu kami tanya ayah, nak khatankan Alia atau tidak. Ayah kata, terpulang, sebab perempuan ni yang penting cara khitannya gores sedikit sehingga ada luka sedikit saja sudah cukup. Kami pun bawa dia ke PKU dan pada usia lagi beberapa hari dia nak 3 tahun. Dah besar tu kan, dah tahu sakit, dah tahu meronta. 

Misi-misi di sana semua pelik mulanya, kenapa dah nak 3 tahun baru nak khatan. Malas nak cakap, tapi doktornya faham. Dia pun kata, perempuan ni yang penting gores sedikit saja sehingga ada luka. Melalak juga anak aku mulanya, meronta2 jugalah, sehingga ada dua orang misi termasuk aku tolong pegang dia. Alhamdulillah semuanya berjaalan lancar, dan selepas tu relax saja dia.

Aku sebenarnya tak sangka, mengkhatankan anak perempuan boleh jadi isu besar di UK seperti yang di hadapi sahabat kita itu. Kesian dia kan. Nasib baik juga kami bertanya kepada yang tahu semasa di sana, kalau ada di sebut semasa berjumpa doktor di GP macam mana lah agaknya kami ya.

Dalam pada itu, aku sempat mencari maklumat mengenai khatan/khitan perempuan ni. Anda pun boleh lihat juga ya:-

  1. Yang perlu anda tahu tentang sunat perempuan/khitan wanita.
  2. Keupayaan nafsu wanita tiada kaitan dengan bersunat.
  3. Hukum Khitan bagi bayi perempuan.

Apa pun sama-samalah kita berdoa semoga masalah saudara Rafeezul dan keluarganya ini dapat di selesaikan...aminnn.
****************************************************************
Update dari apa yang aku dapat menerusi satu laman sesawang. Sila lihat di bawah:





Daripada laman sesawang di atas, nampaknya susah juga sahabat kita ni nak mempertahankan haknya terhadap anaknya itu kan. Apa yang aku baca, memang Mazhab Shafie mewajibkan sunat ke atas perempuan, tetapi ada mazhab yang menyatakan khitan ke atas perempuan ni sunat sahaja. Sungguh besar cabaran untuk keluarga ini. Sama-samalah kita berdoa semoga semuanya dapat di atasi.
~ يوس ~



40 comments:

  1. lol..camtu lak..siannya

    pglmn akak masa khitankan mek sarah..penakut hangit nk tgk..doktor lak pelik sb akak pegang mek sarah dan muka pandang tempat lain..dlm 2 minit dok suh tgk..akak ckp xnak..dia kat da selesailah..akak surprise sb mek sarah xnangis pun..adalah darah sket..tapi relak je meks sarah yg time tu umur 7 bulan rasanya..ehhee

    ReplyDelete
  2. anak2 kite semuanye perempuan...
    lahir kat sini...jd mmg tak masaalah la kan...

    tq sudi kongsi pengalaman..

    ReplyDelete
  3. kat uk camtu ke??omg..sib bek cma dok msia..
    insyallah kak..semoga kwn akak tu dipermudahkan urusannya..

    ReplyDelete
  4. kak ni sama kes macam kisah benar kat tv mgu lepas pasal melakukan perubatan guasa iaitu satu perubatan tradisional cina keatas anaknya tetapi dikatakan satu penderaan fizikal di AS, anaknya ditahan dirumah kebajikan..
    Nasib baik ianya dapat dibuktikan dan dia kembali berhak keatas anaknya..

    Semoga keluarga yang terbabit dapat selesaikan masalah ni sebaiknya..

    ReplyDelete
  5. siannye family tu kak... masa saya awal2x preggy dulu siap saya terpikir, kalau dpt bb girl camne saya nak khatankan..sbb plan nak blk jepun awal masa tu..so, xkan nak khatankan baby masa dlm pantang plak kan..but HE knows better, HE gave us baby boy..nnt dah balik m'sia for good bole la muaz berkhatan..;-)

    ReplyDelete
  6. Nampak betapa sukarnya hidup dikelilingi oleh org bukan Islam..... Suatu tuntutan buat agama kita tetapi menjadi kesalahan besar buat mereka....:(

    ReplyDelete
  7. @NM02
    tulah niezza, mcm2, duduk negara orang, kenalah tahu undang2 mereka juga..

    ReplyDelete
  8. @sarah-najwan
    sebenarnya saya sendiri pernah tanya dgn muslim di sana, bagaimana mereka khatankan anak perempuan mereka.

    Kita yang sebenarnya tak faham, kalau kita baca balik, mazhab shafie saja yang mewajibkan khitan anak perempuan ni, mazhab lain tidak. Tu yang mereka tiada istilah khatan anak perempuan ni..

    ReplyDelete
  9. @ainnoraini
    kalau lahir di Malaysia memang takde masalah lah. Ni lahir di negara orang, kena betul2 undang2 mereka sebelum lakukan sesuatu kan.

    ReplyDelete
  10. @Cma Shiema
    ya Cma. Moga2 urusan dia di permudahkan. Akak pun tak kenal dia Cma. Akak panggil sahabat sebab rasanya semua kita sesama muslim adalah sahabat kan...

    Doakan yang terbaik untuk dia dan anaknya..

    ReplyDelete
  11. @qemaishak
    ya qema, semoga keluarga terbabit dapat pembelaan sewajarnya..

    ReplyDelete
  12. @Umie
    akak masa pregnant kan Alia dulu pun dah fikir macam tu. Macam mana nak khitan kan dia ni. Tapi apa pun, akak buat jugalah bila dah balik tu, kalau dia dah besar lagi susah..huhu

    ReplyDelete
  13. mudah2an masalah kawan yus tu dapat diselesaikan... niat baik Allah tolong kan... ~

    ReplyDelete
  14. @zura_habib
    mereka tak faham sebenarnya, tulah pasal.

    ReplyDelete
  15. @Kakzakie
    itulah kak. Saya pun pelik macam mana pihak berkuasa boleh tahu dia balik khatankan anak. Dia tak tahu benda tu salah di sana rasanya, tercerita dengan doktor GP, tu yang kena tindakan tu...

    ReplyDelete
  16. @♥ manje ♥
    salam manje. Yus pun tidak mengenali dia sebenarnya. Terbaca di blog mama zharfan, dan rasa kesian sangat. Sama2 kita doakan untuk dia ya...

    ReplyDelete
  17. aduh susah juga camni ni, kalau dah khatan p sana diorang blh detect ke kak?

    ReplyDelete
  18. munna anak dua dah sunatkan masa kecil lagi...

    susah juga ye klu berada di sana.. walaupun tak wajib sunat bagi perempuan tapi kita orang melayu mmg dah rasa perkara sunat tu mmg patut di lakukan...

    ReplyDelete
  19. oohh.. baru tau law kat sana camtu..
    susah jgk ya.. harap ada penyelesaian nnti..

    ReplyDelete
  20. anak2 dara kak ati
    sunat dgn kakak kak ati saje
    walau jauh nun di kedah klinik dia
    tp caye dia saje yg buat ...hihi

    ReplyDelete
  21. @qemaishak
    setahu akak, diorang tak pernah pun check pun benda tu. Tak tahulah undang2 baru sekarang....mmg yg penting jgn mention apa2..huhu

    ReplyDelete
  22. @munna
    betul tu munna...orang kata masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang rimau mengaum..:)

    ReplyDelete
  23. @Ati Masrif
    baguslah ada akak doktor kak ati...:)

    ReplyDelete
  24. oo mcm tu yer..akan diingat coz yana pn tk pernah ade baby girl,mk yana ckap dlm hari tu boleh dh buat,gores sikit je...

    ReplyDelete
  25. assalamualaikum..

    org nasrani itu sengaja cuba untuk memperlekehkan amalan Islam yang ternyata baik secara keseluruhannya

    ReplyDelete
  26. kesiannya.. harap2 nasib menyebelahinya bila keadilan nampak susah untuk ditegakkan di sana bila ianya berkaitan undang2..

    ReplyDelete
  27. Nasiblah baik masa Yus kat UK xde apa2 jadi pasal nak sunatkan Alia.....Nurul pun terlewat bawa anak yg kecik 2 pg sunat,spi umur dia dah sthn baru bawa sbb nak tunggu sama dgn sepupunya yg sorang 2....last2 sepupunya dah pg sendiri....tinggal plk anak Nurul x buat lg.....

    ReplyDelete
  28. @Maya Mayana
    akak doakan lepas ni yana dpt baby girl pulak ya...bila agaknya tu yana?hehe

    ReplyDelete
  29. @sahromnasrudin
    waalaikumsalam...

    betul tu. Saya pun pelik mcm mana pihak british boleh dpt tahu dia bawa balik anaknya ke Malaysia untuk berkhatan, perkara mcm tu tak perlu di beritahu sebenarnya..huhu

    ReplyDelete
  30. @Hanis Azla
    Harap2 segalanya di permudahkanlah. Bukan di UK saja Hanis, kawan yus di German pun begitu. Satu lagi yg kesian, uri anak pun tak boleh bawa keluar dari hospital, apatah lagi bawa balik...

    Bila tinggal di negara orang, mmg kena ambil tahu tentang undang2 di tempat mereka juga..

    ReplyDelete
  31. @Keluargaku Syurgaku
    alhamdulillah, tulah, perkara mcm ni tak perlulah nak di beritakan pada pihak klinik sana atau apa kan. Bila mereka tahu, mcm2 pulak kena. Tp undang2 sana memang ketat sikit kalau melibatkan anak2 ni. Anak2 tak boleh sebarangan di jaga orang tau. Kena nursery atau penjaga yang ada tauliah kalau ibu bapa bekerja.

    ReplyDelete
  32. Pelik juga undang-undang negara orang ni. Kesian kat family tu. Harap semua akan selamat.

    ReplyDelete
  33. kakyong pun ade baca pasal tu di blog MZ.. semoga dipermudahkan urusan keluarga tu.. Amin


    jom singgah KOtak idea ku beku bila gambor tak ade :p

    ReplyDelete
  34. @Yati
    mereka anggap itu satu penderaan kepada kanak2 pulak, bukan mereka faham itu tuntutan agama kita...

    ReplyDelete
  35. @kakyong
    betul tu kak, moga di permudahkan..

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...