Wednesday, April 20, 2011

Home » , » STATEMENT bikin hati aku panasss!!!!

STATEMENT bikin hati aku panasss!!!!

Aku memang sentap hari ini!Hati panas rasa nak melenting terus dengar STATEMENT dari seorang akak misi ni...X-(.

Ceritanya aku ke hospital hari ini untuk pemeriksaan mata kiri aku selepas sebulan di bedah. Sekali lagi! Aku ulang sekali lagi, fail aku yang lama takde. Hilang entah kemana. Dia tak jumpa maklumat aku. 3 minggu lepas datang pun fail aku takde, kali ni pun sama. Segala surat-surat dari JB yang aku beri 3 minggu lepas pun lesap. Dah failnya takde, semua maklumat pun lesaplah kan.

Tiba masa mata aku di periksa oleh misi sebelum nak jumpa doktor tu, akak misi yang muka garang ni tanya akulah.

" Hari tu bila last datang?"

Aku yang masih blurr, pagi-pagi, agak kurang ingatan menjawab, " Erkk...tak ingatlah kak!"

Tahu tak apa akak misi tu balas balik kat aku!! Dia kata, " Aikk! Muda-muda lagi dah tak ingat!!'

Dengar jawapan dia hati aku terus SENTAP ok. Tak boleh aku terima, dengan muka dia yang sinis tengok aku, lagak kerek. Geram aku tau!! 

Terus aku jawab balik, " Tak kan dekat kad dalam fail saya takde tulis?"

Dia jawab, " Masalahnya kad awak ni hilang!"

"Hari tu rasanya hilang juga. Doktor kata, ada dia isi kad saya masa last appointment. Hari ni hilang lagi. Kalau dah hilang, jangalah nak salahkan saya pulak!!". Suara aku memang agak tinggi masa ni.

Terus dia cakap dengan seorang kawannya yang masuk dalam bilik itu ketika itu, untuk cari lagi kad aku sampai jumpa. Lepas tu rendah sikit suara dia nak periksa mata aku.

Masa temujanji sebelum ni pun dia pernah sound aku tau. Kata dia, " baru lepas operation kenapa pakai spek ni? Mana boleh pakai spek?"

Aku jawab, " saya ni rabun, kalau tak pakai spek, lagilah saya tak nampak kak, kenapa?"

"Patutnya awak tanggalkan cermin yang sebelah kiri ni. Mana boleh pakai! Ada ke lepas bedah pakai spek."

Itu kata akak misi tu, masuk jumpa doktor aku tanya dengan doktor sendiri, betul ke aku kena tanggalkan cermin untuk mata sebelah kiri. Kalau tak pakai terus spek, sah2 lah lagi aku tak nampak kan. Doktor pulak pelik mana aku dapat statement kena tanggalkan cermin spek untuk mata kiri tu. Boleh dia kata, ok je, asal jangan buat spek baru selagi dia tak approve.

Hari ini dek kerana SENTAP nya hati aku awal tadi, masa jumpa doktor sebelum balik aku cakap dengan doktor tu...

" Doktor, saya nak cakap sikit boleh? Minta tolong ya doktor, untuk next temujanji ni, janganlah kad dan fail maklumat saya hilang lagi. Tolonglah simpan dengan betul ya. Saya tak naklah jadi seperti tadi, oleh kerana saya jawab tak ingat, suka2 dia je nak sound saya, Aikk! muda-muda dah tak ingat. Kalau rasa tak boleh nak simpan kad saya tu, doktor boleh beri saya satu salinan. Biar saya bawa balik, kalau hilang lagi, saya boleh beri salinan saya. Senang cerita.Tak perlulah sesedap rasa sound saya pelupa ke apa ke."

Doktor tu cuma senyum dengan muka blurr. Tapi doktor tu memang sangat manis dan berbudi bahasa orangnya. Bukan macam akak misi yang tunjuk pandai kat luar tu.

Tapi kan, lepas je dari misi tu sound aku, bila keluar tunggu nak jumpa doktor tu, datang balik ingatan aku tarikh last aku datang. Yalah! Kalau dia cakap baik-baik, aku pun tak panas. Boleh je dia cakap dengan aku, " Cuba adik ingat balik nanti ya! Kad adik ni hilang, tulah tiada rekod sekarang".

Bukan ke sedap sikit dengar kalau dia cakap macam tu. Takdelah hati aku SENTAP.

HATI AKU MASIH PANAS SAMPAI LAAA NI! 

Kalau korang, rasa panas tak hati ya? Atau aku je emosi terlebih pagi ni?...huhu

p/s: ok, masa untuk balas komen entri sebelum ni....:)
~ يوس ~

55 comments:

  1. erks...kalo kene mcm ni pun ku sentap kak...

    ReplyDelete
  2. dia marah sebab nak cover salah dia hilang fail dan dokumen akak la tu..kdg2 word budi bahasa budaya kita tu kat mana2 tampal...tp tengoklah org kita laa ni...

    ReplyDelete
  3. kak klu gi hospital gomen dapat misi2 yg dah berumur tu diaorg mmg cepat melenting lah kak... dah bosan kerja agaknya... tapi bila misi yg muda2 atau pelatih baik je diaorg melayan kita ni...munna dulu masa anak dara selalu bawak mak pergi hospital utk appt mata.. sejak kahwin ni adik yg ambil alih tugas tu...

    ReplyDelete
  4. wah sesedap rasa je dia sound ye, kalau saya pun saya sound balik kak huhu..
    Sabar ye kak yus..

    ReplyDelete
  5. sabar yus..sabar...jgn mare2...nnt darah naik ooo...

    biasa la manusia bile buat silap mane nak mengakukan...

    tapi mase saye bawak mak checkup bulan lepas nasib baik dpt misi yg baik hati...w/pun tunggu lame..kalau layanan mesra alam sejuk sikit hati kita ni kan...

    ReplyDelete
  6. sy pernah menghadapi situasi sebegini, malah lebih teruk lg

    mmg geram yg maksimakan :-)

    ReplyDelete
  7. kenapa la lepa ni buat keja sambil lewa...klu org ckp mkn gaji buta nk marah pula...sampai fail pesakit hilang 2x apa kes ni?

    hai teremo la plak kakD ni ye...

    ReplyDelete
  8. Yus...kalau akak pun hangin dibuatnya... agaknya misi tu rasa dia lebih pandai dari doktor kot...sebab dia dah lama kerja jadi misi...hehehhe

    ReplyDelete
  9. kalo sye jadi akak pun saye sentap..
    dulu masa kat p**M pun selalu perkara ni jadi..dokumen hilang la..itu la..ini la..
    balik2 kite yg kena marah..
    ape la salahnye tnya elok2..BUDI BAHASA JIWA BANGSA~

    ReplyDelete
  10. Bagus gak akak melawan balik. Kalau Ana blum tahu lg nk melawan tak.

    Melawan cakap mak je pandai..huhu

    ReplyDelete
  11. yus..masa baca ni pun akak rasa panas jugak..sebab akak pun pernah kena.
    yang penting jaga kesihatan yus ye..

    ReplyDelete
  12. hosp. BP ke kak? isi aje borang aduan kak.. patut akak ckp camni, kite ni keje berhadapan ngan orang..ada perasaan.. kalau nak marah2x baik pi keja dengan robot..;-)

    ReplyDelete
  13. sy pun akan sentap...baru lepas menengking seorg pekerja kedai kek last week...huhu

    ReplyDelete
  14. misi tu ada masalah jiwa kot kak yus :p. hospital mana akak gi tu? hospital kerajaan ke? tapi akak ok la lagi boleh nak balas..kalau nadiah..diam membisu je la. org mcm tu elok sekali-sekala kena sound

    ReplyDelete
  15. Sabor ye kak Yus. Yati dulu pernah panas hati dengan hospital manjung sebab dia buat kita macam orang bodoh. Dulu ada cerita kat sini
    http://homemakers-puteri.blogspot.com/2010/09/surat-terbuka-untuk-kakitangan-hospital.html
    Yati komplen kat paper kat sini
    http://homemakers-puteri.blogspot.com/2010/10/sudah-keluar.html
    Jawapan dari pengarah hospital di sini
    http://homemakers-puteri.blogspot.com/2010/10/jawapan-dari-pengarah-hospital-manjung.html
    Pengarahnya telefon Yati personally, minta maaf. Kena ajar orang yang tak professional. Bagi hilang file orang, nak marah orang lagi. Pelik dengan orang camni. sabor ye kak Yus.

    ReplyDelete
  16. uish.. itu kak yus yg penyabor boleh sentap.. klau saya bukan harus lagi.. kompom wajib sentap tu..! baca ni pon geram je..

    ReplyDelete
  17. Heeee panas gak ler bila jadi macamtu.

    Saya pun sampai sekarang memang tak bleh terima dgn perangai misi misi yang perasan bagus, berlagak hebat macam dia sorang jer yang betul dan konon kita ni datang nak nyusahkan dia.

    siap bleh sound sound orang plak. Apa dia ingat dia tu bagus sangat ker?

    ReplyDelete
  18. @♥ Mrs.Eady ♥
    sentap kan....bahasa tu biarlah ok sikit ya tak?

    ReplyDelete
  19. @Maya Mayana
    itulah, kalau dia cakap baik2 akak boleh je terima. Ni nak perli2 mcm tu, tak bestlah kan..

    ReplyDelete
  20. @munna
    memang kak. Ni pun bukan first time lah, sebelum ni pernah gak kena, tp biasa mmg dengan misi yg dah nak pencen ni. Cakap ikut sedap rasa je...

    ReplyDelete
  21. @qemaishak
    tulah, selalu akak diam tp mmg smlm rasa geram sangat, sound je balik..

    ReplyDelete
  22. @ainnoraini
    kita pun faham pesakit ramai, kena tunggu lama, jadi biarlah berbudi bahasa sikit kan ainn. Pesakit pun hilang rasa sakit tu, ni tidak, tambah sakit hati pulak..huhu

    ReplyDelete
  23. @LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™
    tulah kakD, dia yg tak jumpa fail kita, kita pulak kena perli2, saper tak geram kan..

    ReplyDelete
  24. @aNIe
    itulah, doktor kat bhgn mata tu mmg semua nampak sweet je, muda2 lagi, tak mcm dia...huhu

    ReplyDelete
  25. @Cma Shiema
    kalau bertanya denan elok, kita pun boleh jawab dengan baik kan. Janganlah nak buat hati orang lain panas dek kerana dokumen dha hilang kan

    ReplyDelete
  26. @Mak Su
    tulah maksu...

    lama maksu tak dtg sini, saya pun lama juga tak ke blog maksu..sorry ya..:)

    ReplyDelete
  27. @Sufia Mahzan
    Akak mmg jenis melawan gak kaalu akak ada point, tapi kalau akak salah, diam jelah...

    kena kurangkan lawan ckp mak tu, sian emak tau!

    ReplyDelete
  28. @kak Erna
    tq kak, memang kena jaga mata ni, takut juga sama je...sbb penglihatan yus masih belum jelas. Untuk mata kiri lah..

    ReplyDelete
  29. @Umie
    mana lagi Umie, BP le. Tulah hospital JB yang ramai pesakit tu, besar mcm tu pun ok je, kita menunggu lama pun rasa berbaloi bila semua cakap dengan elok..

    Dah ambil borang aduan, tp tak isi lagi..:)

    ReplyDelete
  30. @zura_habib
    kita pun boleh naik hangin bila tak pasal2 kena mcm tu kan..

    ReplyDelete
  31. misi2 kat hospital batu pahat memang careless bab documentation ni! sy pon dah kena.

    ReplyDelete
  32. @Nadiah Sidek
    hospital kerajaan lah Nadiah. Entahlah, dulu2 rasa tak berani akak menjawab. Tp sejak dua menjak ni akak mmg pantang ada yg akak tak puashati, menjawab saja...:)

    ReplyDelete
  33. Sian kat akak..x patut la misi tu ckp mcm tu..tapi atas pengalaman sy sdri, kbykn misi mcm tu la.Ckp lbh kurang je,nk sound ikut sdp mulut je..nak2 bila time nk bsalin...fuhhhh!siap sound kat pesakit...ms 'buat' x bising, ms nk bsalin bising je mulut!Sy ni yg dgr,mcm nk g tampo je misi tu..ksian kat pesakit,dh la sakit,kena mrh2 plk tu...hrp2 misi yg mcm tu cuma sedikit bilangan nya..jgn sbb nila setitik,rosak susu sebelanga...

    ReplyDelete
  34. @Yati
    Akak dah baca ke tiga2 link yang Yati beri tu...

    Bagus Yati ambil tindakan sedemikian, biar semua orang tahu kan. Kalau dah deal dengan pesakit ni, kenalah buat kerja dengan betul ya tak?

    ReplyDelete
  35. @RuHiL
    senyum akak baca Ruhil kata akak penyabor..hihi

    Akak ni kurang sabar gak Ruhil..huhu

    ReplyDelete
  36. @azieazah
    betul tu kak, cakap elok2 kita pun boleh terima kan, jgnlah tunjuk bagus sangat..huhu

    ReplyDelete
  37. @AyunasiA
    Pernah kena juga ya Asia. Kenapalah diorang ni buat kerja sambil lewa kan...geram betul!

    ReplyDelete
  38. @mummiey
    Akak pun pernah dengar perkataan sama masa nak bersalinkan anak sulung Aqil dulu. Tapi bukan kena kat akaklah, kena kat orang sebelah, akak boleh dengar dia cakap tau walaupun akak ni duduk katil lain. Masa tu mmg terus senyap je walaupun sakit sangat. Akak gigit selimut dia bagi sampai basah kuyup, takut kena sound punya pasal...huhu

    Tak baik kan misi yg buat gitu ni..huhu

    ReplyDelete
  39. kalau kena kat saya pun saya sentap , kadang pelik misi nie pulak over dari doc..

    ReplyDelete
  40. Cantik yus.... biar dia tahu kita siapa. Perkhidmatan awak berbayar kenalah tunjuk budi bahasa yg sesempurna untuk pesakit bukan buat pesakit yg sakit mata bertambah sakit part lain (hati).

    Selalu dah dengar cerita sebegini membuat hati kita memang sentap...

    ReplyDelete
  41. kad hilang dah buat hati hangat.. klu sound2 tu lagilah bertambah hangat.. baguslah yus dah adukan pada doktor tu.. harap2 doktor tu dapat ambil tindakan sewajarnya agar perkara yg sama tidak berulang.. kita bukannya budak kecik yang boleh dibuat mcm tu.. klu cakap elok2 pun kita masih boleh faham juga kan..

    ReplyDelete
  42. amboi.. sedap nya bahasa itu orang.. sabor yus..

    ReplyDelete
  43. @Amy Syaquena
    tulah Amy. Ada yg tunjuk pandai dr doc mungkin sbb doc tu muda dari dia kan...

    ReplyDelete
  44. @Kakzakie
    Yus cantik ya kak? hihihi, ni lagi satu statement perasan pulak dah...


    ok, faham maksud akak sebenarnya...:)

    Hati mmg meluap2 nak beritahu dgn doc lps dia ckp tu. Alhamdulillah berjaya juga yus sampaikan walau dlm hati ada rasa cuak juga..:)

    ReplyDelete
  45. @Hanis Azla
    yus pun harap begitu. Kalau next meeting fail yus hilang lagi....kita bakor!!...hihi

    ReplyDelete
  46. @MULAN
    itulah kak....

    alhamdulillah, dah reda api kemarahan di hati yus ni ha!

    ReplyDelete
  47. hehe...mungkin dia tengah
    dtg bulan kot...

    padan muka dia kan...

    ReplyDelete
  48. dr smlm akak nk mnyinggah brokben buat hal plak...yus sakit rupanya

    kekwatlah misi tu..isyh sabar je la ya...ujian tuhan d bulan puasa ni

    yus, take rest ok! akak doakn moga cpat smbuh, amin

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...