Friday, April 15, 2011

Home » , » Sikap Pemandu Kita di Jalan Raya.....

Sikap Pemandu Kita di Jalan Raya.....

Kita dah selalu sangat baca, lihat dan dengar tentang sikap pemandu kita ni yang tak tahu sabar, pembuli jalanan, penting diri sendiri dan banyak lagi yang negatif ketika di jalan raya.

Aku ingin kongsi satu lagi sikap negatif pemandu kita di jalan raya. Situasi ini sempat aku rakamkan. Situasi berlaku di jalan menuju ke Pontian dari BP pada hari Ahad lepas. Ketika itu hujan turun dengan lebat dan berlakulah banjir kilat di jalan tersebut.

Bila banjir kilat, semua jadi panik kot. Tapi sikap mementingkan diri sendiri seperti ini memang tak patut berlaku.

Mari kita lihat apa yang berlaku sebenarnya....

Tengok pada lorong yang aku tandakan anak panah merah-pink tu. Itu sebenarnya lorong untuk kereta yang datang dari arah bertentangan. Tetapi kerana di belakang dan hadapan ada banjir kilat, banyak kereta yang tak sabar dan terus memandu ikut jalan tersebut. Pelik sungguh kami! Bagaimana kereta dari arah bertentangan nak lalu kalau semua yang dari bandar ikut jalan tu. Langsung tak tahu sabar..huhu.

Tengok lagi pada anak panah yang aku tunjukkan. Sudahlah sebelah kanan semua kereta dah penuh, laluan kiri sekali pun ada kereta masuk.

Tengok tu!!Sampai 4 lorong untuk  kereta yang menuju ke arah Pontian. Jadi macam mana agaknya kereta yang dari arah Pontian nak ke BP. Cubalah fikir?? Semua orang sebelah sini nak kuasai jalan. Gila kuasa betul!  Kereta kami pun dah terpaksa ke tepi sikit, sebab banyak sangat kereta yang memandu di lorong sebelah kanan. Sepatutunya tu satu lorong je ke Pontian, satu lorong lagi ke BP .Yang sebelah kiri sekali tu laluan motosikal. Apa nak jadi dengan pemandu kita ni..huhu
Akibat dari segelintir mereka yang tak tahu sabar ni, penting diri sendiri jalan jadi jem.Kalau ada roti boleh sapu jem tu, ni takde....:p.

Kemalangan pun ada berlaku. Aku sempat lagi tengok drama bertekak antara dua pemandu. Tak tahulah siapa yang salah, dua-dua tak sabar rasanya menyebabkan kereta yang belakang langgar muncung kereta sorang lagi yang keluar dari simpang kiri. Jem teruk lagi!!!!

Wahai semua pengguna jalan raya! Bersabarlah ketika memandu tu. Jangan penting diri sendiri! Ingatan untuk diri sendiri juga ni. Memandu ikut lorong yang betul, tak kiralah masa tu hujan ke, banjir kilat ke. Sikap kurang sabar kita boleh merugikan masa semua sebenarnya. Tak gitu?? 

Apa komen kawan-kawan semua?

p/s: Inilah entri sebenar yang aku nak pos tadi sebelum terjebak dengan lagu tema filem NurKasih tadi...:)
~ يوس ~

37 comments:

  1. sikap pemandu malaysia kebanyakannya...kalau kat Indonesia lg penuh sesak tp jrg kemalangan...ni semuanya sikap dlm diri sendiri,tkde sape boleh ubah melainkan kita...

    ReplyDelete
  2. sikap pentingkan diri sendiri tu patut kena ubah..kalau jadi gini lagi jem la kan huhu

    ReplyDelete
  3. hurm..bila statistik mengatakn sikap pemandu m'sia teruk marah tapi kebenaran nyer mmg terbukti...

    ReplyDelete
  4. mmg sikap pemandu kita macam ni.. sebab tu kadar kemalangan tinggi...

    ReplyDelete
  5. Begitulah sikap kbykkan pemandu di M'sia nie....pentingkan diri sendiri.

    ReplyDelete
  6. hmm..rasanya kat negara lain...xde pemandu yg berperangai macam ni kan..?

    moga apa yg berlaku..dijadikan iktibr tuk kita..supaya kita pun tk tergolong dalam manusia yang suka menyusahkan org ;)

    jom ke APA KATA HATI pulak ;
    KIAMAT SEMAKIN HAMPIR

    ReplyDelete
  7. jom kita pakat naik basikal

    ReplyDelete
  8. tu la sikap pemandu kita
    langsung tak berhemah

    kdg2..ada pemandu yg berhemah
    tapi byk yg xberhemah..telah menyebabkn yg berhemah ni jadi xberhemah jugak sb gerammmmmmmm...
    [akak ade jugak jd gtu..sb gerammmmmmmm]..huhu

    ReplyDelete
  9. Memang kita semua sedia maklum akan sikap kebanyakan pemandu di Malaysia ni. Tapi ada la sekali tu, kami dalam perjalanan dari Kelantan ke Perak. Selalunya bila cuti raya, jalan memang sesak. mesti ramai yang jalan ikut sebelah kiri, dan potong queue di hadapan. Tapi ada sekali tu, semua pemandu berhemah belaka. Takde pun yang potong queue. Rupanya, Encik Polis standby kat tepi jalan. Patut la semua orang sabor je walau pun jalan jem. Itu je la cara nak tangani benda ni. Letak polis kat tepi jalan. Mesti semua orang takut. Hehhe... oh, sungguh panjang cerita saya. ^_^

    ReplyDelete
  10. mmg itulah pemanduan org malaysia kak...annoying!!

    ReplyDelete
  11. yus..sikap tidak sabar dan pentingkan diri tu la puncanya.
    cuba la bersabar..ikut lorong yang betul kan.

    ReplyDelete
  12. eiii tulah .. mcm nie semua kereta jadi jam .. nak cepat lagilah jadi lambat huhuhu ...

    nak je jerit kuar cakap .. aper daaaa :( uhuhu

    ReplyDelete
  13. kak yus.. sure rindu kan ngan sikap pemandu uk... ;)

    ReplyDelete
  14. kak yus, saya paling cuak drive kat area KL & terserempak ngan teksi sbb diorg main cilok aje..mmg sakit hati betul la..

    ReplyDelete
  15. mcm tu la gayanye..sikap pemandu kat malaysia ni yus...

    nak mencilok ajer...tak pikir keselamatan diri sendiri..org lain lagi la tak dipikinya...

    ReplyDelete
  16. isshhh.... biasa bebenor gitu diorang ni... naik hangin tahap klcc dah... ada kala rasa malas nak ikut rules dah.. nak hentam mcm diorang je.. tapi rasa macam bodoh pulak..

    ReplyDelete
  17. lambat lagilah kita nak mencapai taraf negara yang bertamaddun.

    nasib kereta pakngah tak ada dalam gambar ! hehe

    yus tak nak masuk kontes pakngah ke kali ini ?

    ReplyDelete
  18. cma x suka jem...tambah plak dgn pemandu yg "sangat berhemat" melambatkan lagi perjalanan..huhuhu

    ReplyDelete
  19. @Maya Mayana
    betul tu. Kat Indonesia lagi penuh sesak akak tengok. Dengan motor, bajai dia..semua kat situ juga. Tapi ok je kan..

    ReplyDelete
  20. @qemaishak
    orang kita ni mmg suka penting diri sendiri...peringatan untuk kita semua ni...

    ReplyDelete
  21. @♥ Mrs.Eady ♥
    itulah. Yg berhemah di jalan raya sedikit, yg kurang ajarnya lagi ramai, nak buat mcm mana??

    ReplyDelete
  22. @Keluargaku Syurgaku
    moga kita tidak tergolong di dalamnya ya Nurul...

    ReplyDelete
  23. @nabilah_2908
    kalau di UK mmg tak nampak situasi begini. Pemandu mereka sangat bersopan di jalan raya...sungguh! Nampak pejalan kaki dari jauh dah perlahan, berhenti di zebra crossing, kalau kita, nampak, lagi laju.tak gitu..

    ReplyDelete
  24. @pB
    agak2 sampai office semua bau busuk tak??

    ReplyDelete
  25. @sarah-najwan
    betul, betul..
    bila kita cuba bersopan di jalan raya, patuh pada peraturan, tp ramai yg langgar peraturan, kita jadi terikut sama..

    Sikap ini lah yg kena kita bendung ni kak, supaya mereka yg langga peraturan berkurang bukan bertambah..:)

    ReplyDelete
  26. @Yati
    bila ada encik Polos, mmg semua mcm pijak semut pun tak mati ya Yati, kalau tidak, semua tunjuk belang..hehe

    ReplyDelete
  27. @wahida
    nak kata apa lagi wahida, orang kita lah tu..huhu

    ReplyDelete
  28. @kak Erna
    itulah. Pelik Yus. Macam mana mereka fikir pun tak tahulah. Jalan orang sana pun nak masuk, tak tahu sabar..huhu

    ReplyDelete
  29. @ieda
    agak2 kalau akak berada di situ, berani keluar jerit tak?

    Yus berani ckp belakang je ni...(lg tak boleh harap kan...huhu)

    ReplyDelete
  30. @RuHiL
    memang rindu, dulu mula2 balik, kami mmg ikut sungguh tau. Sangat berhemah di jalan raya, lama2 ni terikut balik..kadang tu..huhu

    ReplyDelete
  31. @Umie
    kak yus mmg tak akan drive sendiri area KL. Tak berani..huhu

    ReplyDelete
  32. @ainnoraini
    itulah ainn, terlalu penting diri sendiri, bila nak sedar kan..

    ReplyDelete
  33. @MULAN
    kadang2 kita pun terikut tak sabar kan kak..

    ReplyDelete
  34. @al-lavendari
    kereta pakngah ada lalu situ ke waktu tu..

    hehe dah join dah!

    ReplyDelete
  35. @Cma Shiema
    bila jem, tambah2 bawak kete manual, sakit segala tulang lutut kaki kan...:)

    ReplyDelete
  36. sedih kan bila ramai yg mementingkan diri macam tu.. lps tu undang2 jalan raya pun tak mahu nak ikut.. sudahnya yg betul2 tak mementingkan diri dan mengikut peraturan pula yg jadi mangsa sikap tak baik mereka itu.. selalu sgt jd mcm ni kat jalan raya kita..

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...