Sunday, April 10, 2011

Home » » Kisah biji asam jawa

Kisah biji asam jawa

Ini adalah kisah benar yang berlaku sekitar tahun awal 80-an. Cerita ini mengenai seorang budak perempuan berusia 5 tahun bernama W. Dalam zaman tersebut, biasalah kan...budak2 perempuan ni biasanya suka main masak-masak, batu seremban, congkak dan lain-lain yang aku pun tak berapa ingat dah. Begitulah juga dengan W.

Bila bermain congkak, W menggunakan biji asam jawa sebagai buah permainannya. Si emak W lah yang mengajarnya ni. Selain itu, W ada satu lagi permainan yg dia suka sangat main dengan menggunakan biji asam jawa. Aku pun tak tahu apa nama permainan ni. Tapi, ada setengah2 orang menggunakan biji saga. Mungkin ada di kalangan pembaca yang pernah bermain permainan ni.

Cara permainannya ialah genggam seberapa banyak biji asam jawa tu, kemudian lemparkan ke lantai. Setelah itu, pemain perlu pilih antara dua biji asam jawa yg dia nak lagakan, cuba buat garisan menggunakan jari antara kedua2 biji asam jawa tersebut dengan syarat biji asam jawa tu tak boleh bergerak. Kalau bergerak di kira mati, dan peserta seterusnya dapat giliran bermain. Tapi, kalau tak bergerak selepas buat garisan tu, lagakan antara kedua2nya, bila mengena antara satu sama lain, si pemain boleh ambil biji asam yg terkena tu....buat collection. Begitulah seterusnya sampai kesemua biji asam jawa yg ada habis. Tapi kalau tak kena, pemain seterusnya mendapat giliran bermain.

W memang suka sangat bermain permainan ni, sehinggakan dia ada simpanan biji asam jawa satu botol. Biasanya dia main bersama kawan2 sebelah rumah ataupun dengan maknya. Si emak dah berpesan, kalau nak biji asam jawa, nanti mak beri bila mak dah habis masak. Tapi, kerana terlalu suka permainan ni, bila biji-biji asam jawanya habis kerana kalah dalam permainan, dia akan ke dapur, mengambil asam jawa dan membasuhnya untuk mendapatkan bijinya. Emak W pun dah tak tahu nak buat macam mana dengan anaknya yang sorang ini.

Nak dijadikan cerita, satu malam sedang emak dan ayah W sibuk menonton tv, W khusyuk mengira biji2 asam jawa yang berada dalam simpanannya. Entah kenapa....budak-budak ler kan, dia memasukkan sebiji daripada biji asam jawa tersebut ke dalam lubang hidungnya. Yang suspennya, biji asam jawa tersebut agak besar dan kemudiannya tak boleh keluar dari lubang hidung si W. Dia pun mulalah takut dan cepat2 berlari memberitahu kepada emak dan ayahnya yang sedang leka menonton tv.
 

" Laaa..takde kerja lain ker W. Yang W pergi masukkan dalam lubang hidung tu buat apa??" kata si Emak.

" Mana W tahu dia tak nak keluar."

Si Emak dah mula panik. 
 

" Cuba hembus cepat. Nanti dia keluarlah"

W pun cuba hembus, tapi dia bukan hembus, makin di sedutnya ke dalam. 
 

" Tak bolehlah mak, dia makin masuk", sambil merengek kerana takut. Emak W cuba menggunakan jari jemarinya untuk mengeluarkan biji asam tersebut, tapi tak boleh. Jari emak W lebih besar dari lubang hidung anaknya.
 

" Ayah, macam mana ni??" si emak bertanya kepada ayah W.
 

" Tulah..dah cakap dah...buat apalah bagi budak tu main biji asam jawa tu." ayah W pun macam mati akal masa tu.

Emak W menyuruh W hembus lagi.Beberapa kali W cuba hembus biji asam jawa tersebut, tapi semakin dia cuba, dia sebenarnya makin menyedut biji asam jawa tersebut masuk lebih dalam. Masa tu, jam menunjukkan pukul 10 malam. Ayah W segera mengetuk pintu jiran sebelah. Kawan satu tempat kerja beliau.
 

" A boleh pinjam kereta tak? Anak aku tu buat hal. termasuk biji asam jawa dalam hidung. tak boleh nak keluar ni. Aku ingat nak bawa ke klinik lah. "
 

Ayah W memang tak ada kereta masa tu. Cuma motorsikal. Oleh kerana dah malam. dia rasa baik naik kereta sebab klinik terdekat agak jauh juga dari rumah mereka. Dalam kereta si emak tak henti2 membebel memarahi W. Siap kata....

" Biar dia, lepas ni tak ada hidung. Doktor potong hidung tu. Tak de kerja lain agaknya. Lepas ni..mak buang semua biji2 asam jawa W eh!!"

W semakin takut. Seram sejuk dia rasa. Masa dalam perjalanan tu, dia cuba lagi beberapa kali untuk hembus biji asam tersebut supaya keluar. Sampai di klinik, selepas mengambil nombor giliran, W duduk di sebelah emaknya. Ayahnya tak senang duduk...berjalan ke depan dan ke belakang. Dalam waktu yang sama si Emak masih lagi membebel sambil menakut-nakutkan W. Emak kata hidung W nanti kemek ler, dah tak cantik ler. Tentu ler W semakin takut. Tapi dia tak menangis, sebab dia tahu itu salah dia. Dia hanya menunduk diam, sambil masih cuba untuk mengeluarkan biji asam tersebut dari lubang hidungnya.

Tiba-tiba terdengar suara memanggil " YW bt P", nama W di sebut. Dengan tidak semena-mena, biji asam jawa tersebut terus terkeluar dari lubang hidung W.

" Mak!! dah keluar dah...W tak payah ler jumpa doktor," jerit si W sambil tersengih.
" Laa nko ni, takut sangat lah tu. Lagi tadi mak suruh hembus tak keluar2 pun, sebut jer nama terus keluar pulak".
Ayah W tersenyum sambil mengeleng-gelengkan kepalanya. Di ambilnya biji asam jawa tersebut dan di bawa masuk juga berjumpa dengan doktor. Si Ayah dengan tersipu-sipu malu, menceritakan perihal kejadian kepada doktor. Doktor tersebut tertawa. Di pandangnya si W sambil berkata,

" Lain kali kalau buat lagi, mungkin tak boleh keluar tau. Nak buat lagi tak?"

" Tak nak!!!", jerit W.

Begitulah ceritanya mengenai biji asam jawa. Hehehe...dan kalau anda semua nak tahu, W itu adalah aku. Sehingga kini, kalau aku masak guna asam jawa, kadang2 aku tersenyum sendiri teringat balik kisah ni. Memang tak boleh lupa sampai bila-bila.

p/s: Ini adalah entri kitar semula dari blog lama aku. Entri ini pernah aku tulis pada tarikh 24 May, 2006. Nostalgia ni. Tiba-tiba tadi teringat cerita ni. Buka balik blog lama, jumpa. Pos di sini pulalah....:) .
~ يوس ~

38 comments:

  1. adeiii... tergelak besar baca time tersekat dlm idung... pastu sampai keluar air mata ble tau akak la org nyer... Ingat bdk laki td...

    ReplyDelete
  2. alamak, bhya nye, jgn smpai tersumbat dlm hidung, bahaya tu..hehe..

    ReplyDelete
  3. hehehe..kelakar la akak..kalau saya jd doktor tu, saya pun terbahak2x ketawa..kalau akak termasukkan biji asam jawa..saya pulak ter-gergaji kaki sendiri masa nak potong kayu..sampai skrg masih ada parutnye..hehe

    ReplyDelete
  4. kalau yus masuk biji asam jawa, anak dara akak masuk manik dari bunga telur tu
    sejak tu, dapat bunga telur akk buang terus bunga ambik telur tu saja.

    ReplyDelete
  5. Yus...
    Cam kenal je nama singkatan tu...ekekekeke

    Aduhai,mesti gabra abis kan...dlm pada tu rasa cm kelakau je

    ReplyDelete
  6. Ana pun selalu main mcm permainan akak tu tapi pki biji saga tu. Dlu pokok kt skolah ade byk..kiteorg suke kutip.

    Tulis W je dah tahu sape.. kihkih

    ReplyDelete
  7. suspen betui kak ati baca..

    teringat masa syahmi kena hari tu
    masukkan gula dlm hidung dia
    mmg kalut dia buatnya

    ReplyDelete
  8. bahaya gak biji2 halus gini
    ada kes yg MIL akak stori..
    parents xsedar dlm hidung anak dia
    masuk ketas tisu..tau2
    hidung bau busuk..huhu

    ReplyDelete
  9. ada anak sedara kawan, terlekat biji jagung yg keras tu kt dlm hidung.. siap kena operation lagi.. sebab lekat lama & busuk dah hidung.. infection nka sampai ke tekak.. eyy, takut..

    ReplyDelete
  10. mmg kenangan tak boleh lupa tu kan yus.. nasib tak apa2.. saya dulu biji asam tu mmg buat main congkak aje..

    ReplyDelete
  11. patut la dialog2 tu leh taip balik...cerita kak yus rupanye....ehehehe kenangan ini leh jadi pengajaran tuk anak2 kita...

    ReplyDelete
  12. sory kak xbuka blog semalam..

    haha kelakar kan kalau ingat2 balik kisah lama ni..
    tak pernah main gini kak, dulu guna biji buah keranji main saut2 jgn jatuh & kena buah lain hehe

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum

    owh... budak nakal eh... =)

    kita pernah gak jadi camni... tapi tersedut biji saga dalam hidung... um asalnya nak cium bau biji saga... tapi tersedut masuk ke dalam hidung hihi... sib baik tak jadi pape... =)

    ReplyDelete
  14. tringat adik llaki sy wktu kcik dulu tmasukkn kcg hijau dlm tlinga...

    kna msuk wad 2 hari

    bahaya kan...

    ReplyDelete
  15. hehe3...biji asam jawa tersumbat dlm hidung??hehehe..ketawa cma bace ntry ni..
    sekali kak yus la empunye diri..
    he3..jgn mare ye..cma dah tergelak2 ni..:p

    ReplyDelete
  16. @PUTIH KASIH
    amboi! Sampai terkeluar air mata yang tak boleh tahan tu...hahaha

    yea, akaklah orangnya tu..hihi

    ReplyDelete
  17. @niesz
    kalau tersumbat masa tu, tak tahulah di mana akak sekarang kan...

    ReplyDelete
  18. @Umie
    lorr, tergergaji kaki sendiri, lagi haru ni...mcm mana boleh tak rasa?

    Berapa umur masa tu Umie. Apa pun tu semua nostalgia kan...hehe

    ReplyDelete
  19. @sayangsayangibu
    ada juga ya kak. Memang bahaya benda kecik2 ni, kena hati2 kan..

    ReplyDelete
  20. @deeja
    hihi, mmg gabra, ingat lagi sampai skrg tu...hehe

    ReplyDelete
  21. @Sufia Mahzan
    haha, akak jarang citer pasal orang kan, citer sendiri dan anak2 je yg banyaknya..:)

    ReplyDelete
  22. @Ati Masrif
    gula masuk dalam hidung kak?

    Kalau yus pun kalut tu..alhamdulillah takde apa2 kan.

    ReplyDelete
  23. @sarah-najwan
    oh iya ke kak. Bahaya ya. Kalau ada anak2 kecil2 ni mmg kena jaga2 benda kecik2 ni, takut tertelan puniya juga kan..

    ReplyDelete
  24. @MULAN
    dah lama baru dia perasan ya kak....

    memang takut.huhu

    ReplyDelete
  25. @zino
    memang bahaya, ttp alhamdulillah saya punya tu berjaya keluar..hehe

    ReplyDelete
  26. @Hanis Azla
    tak pernah lah main mcm yus tu ya Hanis..hihi

    ReplyDelete
  27. @~aSHa~
    dialog tu tidak 100% serupa, tapi lebih kuranglah..hehe

    ReplyDelete
  28. @qemaishak
    hehe, akak ni nakal juga kan..hihi

    ReplyDelete
  29. @♥ manje ♥
    kiranya boleh keluar semulalah ya manje..hehe

    ReplyDelete
  30. @So Shy Lady
    hmm telinga mmg bahaya juga tu...alhamdulillah selamat ya

    ReplyDelete
  31. @Cma Shiema
    tak marahlah, akak yang pos citer ni di sini, kenalah bersedia terima apa saja komen darinya kan..hihi

    ReplyDelete
  32. Hehhe... kelakor la kak Yus. Nape kak Yus sumbat dalam lubang hidung tu? Yati pun pernah ke klinik, sebab anak korek telinga sendiri pakai cotton bud tu, tersangkut dalam telinga.
    :)

    ReplyDelete
  33. @Yati
    tak tahulah kenapa yati, kecik2 masa tu kan...tulah jadi kenangan indah bila dah tua ni..hehe

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...