Thursday, April 14, 2011

Home » » Pengomen Terbaik! Ada Award untuk anda....

Pengomen Terbaik! Ada Award untuk anda....

Salam semua.....

Mood aku nak menulis cerita masih tiada. Namun begitu, hari ini mood nak beri award kepada Pengomen Terbaik Blog Yus - Our Life datang. 

Untuk permulaan aku beri kepada 3 yang terbaik dulu ya. Niat hati nak beri kepada 10 yang terbaik sebenarnya, tetapi masa aku nak buat untuk ke semua 10 yang terbaik tu tiada lagi. Jadi kena ikut giliran lah nampaknya.

Pilihan di buat berdasarkan mereka yang paling banyak memberi komen di blog aku ni mengikut widget Pengomen Terbaik seperti yang ada dalam blog ini lah ya. Cuba cari mana widget tu sendiri ok :p.


Tempat pertama jatuh kepada Qema Ishak. Qema memang boleh kata hari-hari jengah blog aku ni. Walaupun entri lambat keluar, dia dah datang selalu tu. TQ Qema!

Tempat kedua jatuh kepada Yati. Yati aku tahu dia bukan hari-hari masuk blog aku ni. Biasa seminggu sekali saja kot. Tetapi setiap kali dia masuk, dia akan baca banyak entri. Kadang tu sampai 7 entri dia baca, dan beri komen pada semua entri aku tu. Terharu! TQ Yati...

Dan tempat ke 3 jatuh kepada Hanis Azla. Blogger sebaya aku yang juga rajin masuk blog aku.(Entah kenapa seronok bila tahu blogger tu sebaya aku...) Selalu tinggal komen, TQ Hanis!
Oleh kerana aku tak jumpa gambar Hanis, aku guna header blog dia saja untuk letak gambar dalam award ni. Hanis pemalu sikit nak tunjuk muka kan Hanis...:D.

Amatlah berbesar hati sekiranya anda dapat ambil award ni dan letak di blog anda pula. Tak cantik mana pun, buat sendiri, tak pandai pulak tu..huhu. Sebenarnya ini tanda terima kasih aku kepada kawan-kawan semua yang sudi jengah blog aku yang kecil ini dan memberi komen. Aku benar-benar menghargainya. Terima Kasih semua!!

InsyaAllah, bila mood rajin aku datang, aku akan buat lagi award untuk pengomen terbaik yang lain. Mereka yang dah pernah dapat, walaupun pada masa itu dia adalah 3 yang terbaik, aku pilih pilihan yang seterusnya. Maknanya, tiada yang akan dapat award serupa 2 kali.

Oh ya! Lupa aku. Blog aku ni tak boleh buat right click ya! Jadi untuk ambil award silalah klik pada gambar dua kali sehingga image gambar keluar, baru copy & paste ya.

p/s: Antara kelebihan berblog dapat ramai kenalan, walaupun tak pernah bersua muka, kita dapat bertukar-tukar cerita, memberi pendapat mengenai cerita masing-masing. Ala-ala gossip sesama kita, bercerita bila berjumpa, bezanya kita bukan bersua muka, tetapi membaca tulisan masing-masing. Hebatnya pengaruh blog ni kan!
~ يوس ~

24 comments:

  1. tahniah pada yg menang award tu...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. Thanks yer yus.. siapa ada award lagi.. Terharunya.. berbesar hati nak menerima award yg cantik tu..

    ReplyDelete
  3. tahniah..

    mereka ni mmg rajin2 belaka


    ^____^

    ReplyDelete
  4. Tahniah pd penerima award.....rajinnya Yus buat....

    ReplyDelete
  5. kak, kalau saya lagi tak pandai nak buat award bagai...huhu...
    ni kira cantik sgt dah ni...pandai akak...

    ReplyDelete
  6. Yus...hahahah...nama akak tak tersenarai pun...

    ReplyDelete
  7. Cantik kak Yus buat award. Yati lagi terharu tau. Sangat berbesor hati dan sudah tampal di blog Yati. Mata Kak Yus dah ok ke, boleh design award ni... take care ya kak.

    ReplyDelete
  8. yus..cantik tu..pandai yus buat.
    siap letk gambar sekali..mesti pengomen terbanyak tu suka sangat..dapat hadiah cantik dari yus..

    ReplyDelete
  9. tahniah pada yg dpt..

    yus kakD dah tukar URL ye...
    skg kakD pakai yg ini...

    http://makencikladyzul.blogspot.com/

    ReplyDelete
  10. cantiknye award ;)
    tahniah ye qema, yati n hanis!
    terjeles plak ngeh3x

    ReplyDelete
  11. @munna
    :) sampai masa kot tiba giliran munna, InsyaAllah ada nnti..

    ReplyDelete
  12. @Hanis Azla
    Alhamdulillah, terharu kerana sudi menerima award yg tak seberapanya itu...:)

    ReplyDelete
  13. @Ati Masrif
    akak pun rajin juga, cuma senarai follower akak ramai, mesti banyak blog nak tinggal jejak, jd blog kecil2 yus ni lambatlah sikit kan...

    Akak tersenarai top 10 apa, nnti ada ya untuk akak, next week pula kot..:)

    ReplyDelete
  14. @Keluargaku Syurgaku
    yus gatal tangan sebenarnya + sedikit boring..hehe. Dah lama nak buat pun, tp niat tu baru smlm terlaksana...

    ReplyDelete
  15. @wahida
    akak pun belajar sendiri je wahida, tp akak ni mmg suka godek2 sesuatu tu sendiri. Cari maklumat sendiri, lepas tu cuba buat, alhamdulillah, terang gak hati nak buat tu kan..

    Wahida pun top 10, nnti menyusul kemudian ya...

    ReplyDelete
  16. @aNIe
    alahai akak.....yus tahu akka bz skrg, cik abang ada rumah, baru balik cuti, takpe nnti ada lah tu tersenarai...

    Top 50 dah tersenarai tu..:)

    ReplyDelete
  17. @Yati
    tq,tq,tq sudi terima....

    ok tak ok, tapi semakin baik lah...:)

    ReplyDelete
  18. @kak Erna
    simple je tu kak,main letak2 je...nnti InsyaAllah giliran akak ya...

    Yus belum habis cari gambar untuk semua yg tersenarai..:)

    ReplyDelete
  19. @So Shy Lady
    biasa je tu, jgnlah terjeles lak...

    ReplyDelete
  20. tahniah pd mereka tu..ingat nk wat cam gini jugak ler..hehe...semangat sikit kan org baca apa yg kita dok merapu kat blog...

    ReplyDelete
  21. kak yus, hari ni baru buka blog..bz ni huhu terima kasih cantik award tuh, nanti tepek kat sidebar hehe

    ReplyDelete
  22. @Maya Mayana
    merapu ke tak, ada yg sudi baca tu. Buat kita lebih terharu kan....

    Yana pun boleh buat, rasa ramai dah blogger yg beri award seumpama...

    ReplyDelete
  23. @qemaishak
    tq sudi terima award yg tak seberapanya itu...

    tulah, rasa senyap je qema semalam, ingatkan ke mana. Risau pulak..:)

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...