Showing posts with label suka-suka. Show all posts
Showing posts with label suka-suka. Show all posts

Monday, January 16, 2012

Datuk Lee Chong Wei berbaju pink: Aku suka!

Semua orang pasti dah tahu Datuk Lee Chong Wei menjadi Juara Terbuka Malaysia 2012.
Aku tak mahu ulas pasal kemenangan dia tu,
aku sendiri tak tengok pun dia beraksi masa perlawanan akhir berlangsung.

Tapi masa perlawanan separuh akhir antara Chong Wei dan Cheng Long tu aku tengok.
Dan aku suka sangat tengok dia berbaju pink masa set ketiga.
Comel!!!!....hahahaha.

Hari tu dah nak buat entri pasal ni, tapi cari gambar dia masa perlawanan tu,
belum ada orang yang upload.
Tak jumpalah!!
Hari ini dah jumpa!...hehe

Lain dari yang lain, jarang nampak dia berbaju pink, kasut pulak kuning.
Kelasss gitu...hihi.

pic dari google

pic dari google

pic dari google

Jarang kan nampak lelaki bebaju pink.
Biasa nampak kalau pagi raya,
tu pun baju melayu pink sebab bini dan anak2 dia semua pakai pink.
Tak pun baju pengantin, dan yang pastinya mesti pilihan dari si isteri juga.

Chong Wei ni pun dah tentu baju dari penaja, tapi cantiklah warna pink...haha.
Aku pernah pilih t-shirt pink untuk SRD.
Tapi dia pakai beberapa kali saja.
Pakai pun dengan paksa rela kot, dia tak suka.
Tapi aku suka tengok dia pakai, nampak lain sikit.

Kenapa lelaki tak suka pink selalunya kan?
Cantik apa pink tu?....hihi.

p/s: Entri merepek di petang hari...
~ يوس ~

Tuesday, January 03, 2012

Pemilihan beg sekolah sesuai

image dari sini.
Tertarik aku tengok gambar di atas.
Dah ada beberapa orang anak ke sekolah,
aku rasa memang ada pengalaman juga pilih beg sekolah ni.

Masa anak pertama baru nak masuk sekolah dulu,
ikut je cakap anak pilih beg yang jenis ala troli.
Tapi betul, aku rasa beg ni tak bagus sebenarnya.
Tak sampai 3 bulan aku dah kena beli beg lain untuk Aqil.
Buku dah lah banyak, semua dia nak angkut.
Suruh ikut jadual, dia kata cikgu suruh bawa semua buku.
Aku ingatkan mungkin sebab beg tu murah.

Kami pun belikan beg Swan untuk dia.
Juga jenis yang boleh di tarik dan di sorong macam troli tu.
Sekali lagi, sama aje, baru beberapa bulan dah hancus.
Tali beg tersangkut pada roda troli beg.
Lepas tu roda dia pun tak berfungsi.

Bila dah jadi macam tu, dah tak boleh guna rodalah kan.
Suruh dia angkut beg tu macam biasa.
Sandang di belakang.
Tapi sebab beg itu ada roda dan penariknya, bila disandang jadi tambah berat.
Aqil pula masa tu kecik aje.

So, ibubapa di luar sana, baik tak payah beli beg macam ni.
Sekejap aje dah tak berguna.
Akhir sekali aku belikan beg yang biasa-biasa aje.
Tak perlu nak berkartun-kartun bagai.
Lagi tahan lama, hampir 3 tahun dia pakai.
Baru pertengahan tahun lepas tukar.

Beg macam ni lagi cepat jahanamnya...huhu [image dari google]

Bayangkan, darjah 1 masa tu 3 beg bertukar,
beg yang akhir tu tahan sampai dia darjah 3.
Beli beg yang biasa-biasa macam zaman kita dulu lagi tahan lama.
Cumanya anak kita pulak yang tak suka kan.
Tapi dah besar-besar sikit ni, mereka sendiri dah tahu.
Bawa troli beg lagi menyusahkan dari jenis beg biasa.

Tapi itu untuk Aqil lah kan.
Untuk Alia, tiap tahun beg bertukar.
Baru nak masuk darjah 2.
Aku rasa dia paling banyak beg, sebab pantang nampak beg cantik sikit.
Mulalah sibuk nak beli...huhu.
Ini kes masa dia tadika dan darjah 1 lah.

Yang aku pun ikutkan siapa suruh kan?
Tapi, tahun ni dia tak beli beg, sebab aku kata beg dia dah banyak sangat.
Nasib dia faham....hehe.

Hari ini anak-anak dah mula sekolah?
Anak-anak aku belum lagi.
Esok baru mula.
Aku pulak yang excited.
Tengok anak-anak biasa aje, kecuali Abid.
Tak sabar-sabar nak masuk sekolah dah...huhu

~ يوس ~

Tuesday, December 20, 2011

Ada dua pun lupa juga??

2 bulan yang lalu, ada satu aje, (dari dulu memang satu)
Dia habis, aku merungut sebab malas nak ke kedai angkut tong tu beli yang baru.
Aku pun ngendeng dengan SRD.
"Bang, beli lah satu lagi buat spare dalam rumah ni. Kalau habis senang!"

SRD yang menurut perintah,
petang itu dia balik bawa satu lagi tong.
Yea! Aku dah ada dua tong sekarang, tapi yang habis tu tak pergi isi baru pun??

Mula-mula ingat, lepas tu terfikir dalam hati,
"Alah baru lagi, lambat lagi nak habis, nanti dululah."

Bulan ini dan bulan lepas rasanya banyak berjalan.
Tak banyak masak, confirm lambat lagi habis ni.

Hari ini sedang elok kari daging atas dapur tu menggelegak,
baru nak masuk santan...
"Aikk!! Gas habis!!!!"

Ahhhhh! Tensen sekejap.
Nasib baik ada dapur arezzo sebagai penyelamat.
Selalu buat panaskan lauk aje,
tapi masa-masa emergency macam ni  memang dia sangat berguna!

So yus, beringat ya!
Lain kali habis aje, terus ganti yang baru.
Takdelah buat semak kat dapur je tong tu.
Konon ada spare, tapi tak berguna juga.
Sedap2 je kena perli dengan SRD.

Eh! Abang pun sama tau!...=)).

p/s: 
Korang kalau gas habis, dan-dan tu telefon suami ke?
(benda lain pun boleh juga, tak semestinya gas habis)
Aku suka tau macam tu, sebab boleh borak manja dengan dia,
Sambil kena mengena antara satu sama lain.
Walaupun dah tahu apa tindakan yang patut di ambil,
Saja je nak kongsi rasa dengan dia merangkap ketua keluarga di rumah.

Mungkin ada yang kata, itu benda remeh,
tunggu ajelah dia balik rumah,
tapi aku rasa, bila cerita masa tu juga,
barulah rasa seronok.
Dan dia pun sama.
Pengerat rumahtangga sebenarnya.

Janganlah cerita panjang, just seminit pun jadilah.
Kalau rasa dia tak jawab, maknanya sibuk.
Aku mesti nak sms.
Dan balasan pasti di terima....
Balasan yanng tidak mengecewakan.
Percayalah!...haha.

~ يوس ~

Kole Kacang

Bila ada mesyuarat atau bengkel, maksudnya makanan pasti ada.
Satu hari kalau banyak kali meeting, banyak kali makan lah jawabnya.
Macam mana cik abang aku nak kurus ni???
:p ;)

Dan biasanya kalau benda tu habis lewat, adalah juga habuan untuk kami.
SRD akan tapau sedikit untuk kami di rumah.

Semalam dia bawa balik kole kacang.
Aku memang penggemar kole kacang.
Dan aku tahu dia bawa balik kerana aku suka.
Sebab dia tak suka apa juga kuih berasaskan kacang.

Ada 6 ketul yang dia bawa balik.
Aku ingat dapatlah telan sorang kan.
Dah tentu yang lain semua tak suka.

Tapi rupanya ada yang antu juga.
Si cilik Arif!!!
Eh! Dia suka kole kacanglah!!!
Dah aku berebut dengan dia.....hihihi.

Apa kes emak budak berebut kole kacang dengan anaknya yang berusia 1 tahun 5 bulan??
Malulah weh!!!:">
Tak kira, aku suka kan!
Apa pun harus di bahagi dua.
Arif separuh, ibu separuh, cuma macam ibu lebih sikit kan Arif....:D

Kole kacang kegemaran aku. Image dari google, saja pilih gambar ni sebab suka tengok pinggan yang isi kole kacang tu.., pinggan dari Johnson Brothers...hehe.
p/s: bang kalau ada lagi bawa balik lagi ya! Ibu nak buat tak reti, plus kalau buat mesti tak sama feel berebut dengan Arif tu kan.....=))=)).

~ يوس ~

Monday, December 19, 2011

Patah Seribu by Shila Amzah

Tajuk Lagu: Patah Seribu

Artis: Shila Amzah 
Walau kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikan kata kepadaku
Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu
Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergiiiii....
Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan
Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi
Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku
Ooo...pergilah…





Tak tahu kenapa.
Dalam seminggu ni, mulut ni asyiklah nyanyi lagu ni.
Tapi tak tahu lirik sebenarnya.
Dok ingat bahagian yang Shila kata Patah Seribu tu aje.
Tapi masih, mulut aku dok nyanyi aje,
Haha....penangan apa agaknya??

Apa pun suara Shila Amzah ni memang sedap.
Ada gaya Celine Dion.
Boleh kot jadi Celine Dion Malaysia...hihi. (aku je rasa mcm tu kot, suara dia ya).
Ok, layan jelah lagu ni.
Tiada kena mengena dengan kehidupan aku.
Cuma aku suka lagu ni ....:x

~ يوس ~

Monday, December 05, 2011

Tersebutlah kisah oh bilik air idamanku....

Aku rasa bilik air rumah aku dull sangat.
Macam suram aje.
Tak tahu nak hias macam mana bagi nampak ceria.
Dan yang penting harus murah, tak perlu kos yang tinggi.

Kalau nak bilik air yang cantik-cantik kos pengubahsuaiannya pun tentu cantik.
Aku harus jadi isteri yang baik.
Tak mahu bebankan suami dengan meminta yang bukan-bukan...eceh.
Tapi tak salahkan untuk berangan.

Cantiknya kalau dapat bilik air macam ni (image dari dreamstime.com)

Atau pun yang macam ini (image ehsan senihias.com)
Satu hari aku ke kedai menjual peralatan dalam bilik air ni.
Ku lihat di kedai itu ada hiasan bunga-bunga dan rama-rama yang cantik.
Nice!!! Ianya seperti di lukis dan di cat aje.
Sangat menarik!

Ku tanyakan kepada tuan kedai.
Bagaimana dia buat itu?
Rupa-rupanya itu hanyalah dari hasil tampalan sticker.
Dan katanya lagi, dia beli sticker itu di Giant Muar.

Hah! Dari BP ke Muar kita.
Selama ini kalau singgah di Giant Muar tak perasan pun.
Balik Muar tak lama dulu, ku pinta SRD bawa ku ke Giant.
Dalam kepala nak cari sticker itu.
Harus! Mesti!

SRD pelik dengan ajakkan ku.
Biasanya aku tak suka ke Giant Muar itu.
Kali ini aku pula yang beriya-iya.

Sampai di sana, mata melilau tercari -cari
di manakah kedai yang ada jual sticker seperti yang aku nampak itu.
Kalau boleh semua kedai hendak di terjah,
Akhirnya aku berjumpa.
Ya Allah, sticker itu murah saja.
Satu design untuk RM2.
Ini sudah bagus!.

Ku beli 3 set untuk kedua-dua bilik air di rumah ku.
Dan hasilnya........

Hasil tampalan aku di bilik air pertama

Dan ini pula di bilik air kedua.
Memang tak berseni nampaknya hasil kerja aku.
Apa boleh buat, itu saja yang mampu....hihi.
Tak kisahlah kalau orang lain kata buruk.
Pada pandangan aku ianya cantik.
Bilik air aku ada warna warni...:p

Cuma satu aje yang perlu aku tingkatkan lagi
Kena rajin-rajin cuci bilik air tu.
Kalau tidak, walau secantik mana pun ia,
walau penuh warna-warna menarik di dalamnya.
Bilik air itu tetap tak berselera untuk di jengah.
Apa lagi untuk kita duduk lama-lama di dalamnya.
Tak bagus untuk deria bau kita....:)):))

Anak-anak, bapak-bapak....(sila ikut nada lagu Cari Jodoh Wali Band ya!...hihi)
silalah bantu ibu untuk cuci bilik air itu selalu ya.
Jangan tahu guna saja.
Lepas buang hajat, jangan lupa flush.
Dan jangan suka buang benda-benda keras didalamnya.

Satu lagi, jangan suka simpan bahan bacaan di dalamnya.
Tahulah ada yang suka membaca tak kira tempat dan waktu.
Penuh suratkhabar dan majalah pula.
Tak sesuai bilik air kita tu.
Kalau dapat bilik air yang canggih siap ada tempat untuk simpan bahan bacaan tu lain ya!!

Peringatan untuk mereka-mereka yang selalu buat perangai begitu...;)

p/s: korang, ceria sikit kan bilik air rumah aku. Ke tidak?....huhuhu
~ يوس ~

Monday, November 28, 2011

Sedikit kecewa dengan Harimau Muda ; Terhibur dengan Boboi MLM dan Bubur Cendel

Adeh! Lambat bersiaran aku hari ini.
Siapa tengok bola sepak malam tadi??
Aku tengok, tapi separuh-separuh...huhu.
Namun yang pasti separuh masa kedua aku tengok sampai habis.
Kukeciwa.......

image dari ammboi.com
Namun, aku sangat terhibur melihat klip video Maharaja Lawak Mega Minggu ke 5.
Persembahan dari kumpulai Boboi ni memang best!
Terbaekkklah!



Isu anugerah Yuna yang di tarik balik dalam AIM pun ada...hahaha.
Idea mereka sangat sempoi, tapi lawak.
Afdlin juga Harun, dua-dua memang lawak....hihi.
Terung Titiwangsa???
Memang menghiburkan......ekekek.

Dan hari ini pagi-pagi selepas masak nasi goreng kampung untuk sarapan pagi.
Aku buat bubur cendel + pisang ni sekali.

aku ni panggil ni bubur cendel. Rasa ada nama lain kan untuk bubur ni. Alah yang buat guna tepung pulut tu. Korang panggil apa ekk? Lupa...hihi

Ok, baru nak masak tengahari pula ni.
Dalam kepala otak nak buat ikan caru bakar cecah sambal asam,
sayur bening sawi dan tahu goreng + tempe goreng cicah sambal kicap aje.
Korang dah makan??
Aku kalau SRD cuti memang selalunya makan tengahari lambat....:D
~ يوس ~

Friday, October 07, 2011

Bantal kecik ke Pundi kacang???

Selamat tengahari semua....

Tengahari ni sebelum aku sibuk mengemas untuk ke JB petang nanti,
aku nak kongsi satu cerita kami malam tadi.

Sekarang ni anak-anak tengah sibuk bersukan di sekolah.
Hari-hari kena bersukan.
Hari-hari kena pakai baju sukan.
Jenuh jugalah ibu dia kena basuh baju sukan hari-hari sebab baju tu satu saja.
Mereka pula seboleh-boleh nak pakai baju itu juga..huhu.
(Adeh! Melalut aku ni)

Ok, nak beritahu sebenarnya, Alia kata rumah sukan dia menang untuk acara semalam.
Bila aku tanya acara apa dia tak tahu nak terangkan.
Menurut ceritanya, permainan itu menggunakan bantal kecik.
Bantal kecik tu perlu di bawa oleh peserta pertama ke gelung rotan di tengah.
Kemudian peserta kedua ambil dari gelung rotan, bawa kepada orang ketiga.
Orang ketiga bawa ke garisan penamat.

Mula-mula aku kompius juga.
Bantal kecik apalah yang dia maksudkan.
Sekali lepas tu Aqil menyampuk,
"Bukan bantal keciklah ibu. Pundi kacang!!!"
Haha....tiba-tiba teringat waktu aku bersukan di sekolah rendah dulu.
Ada acara jalan atas 3 batu bata
Acara golek tayar.
Best! Seronok!
Aqil pun ada masuk acara jalan atas 3 batu bata ni.

Tadi masa nak buat entri ni, aku meng'google' image pundi kacang.
Jumpalah gambar ini.


Tiba-tiba terus tergelak besar =)).
Uolls tahu kenapa??
Sebabnya aku jumpa gambar ni dari web ini.

Di jual dengan harga 1 RM1.50,
Di bawah kategori sports equipment.
Cara bayaran pakai Paypal lagi!!
Kelasssss pundi kacang ni....hihi.

p/s: tak sangka sebenarnya benda ni pun ada di jual online...:p
~ يوس ~

Friday, June 24, 2011

Iceblended

Image ehsan google
Petang-petang dapat minum iceblended memang best. Anak-anak aku dah dua hari balik je sekolah agama ini yang mereka minta. Kalau hari-hari mau rabak poket abah dia...haha.

Tadi, sekali lagi balik dari sekolah agama, ini yang mereka minta. Aku pun join sekali. Serius sedap!! Penjualnya nenek yang sangat ramah tamah. Kalau macam ni, jadi pelanggan tetaplah nampaknya..huhu.

Iceblended kami, sekejap saja dah habis. Perisa mocha, manggo, chocolate dan grape. Perisa manggo tu mmg sedap lah. Lain kali aku nak yang tu lah...:). 
p/s: Dah boleh masuk blog kak Ati...:).  

Tadi ambil result sekolah agama anak-anak. Yang seorang dapat no 1, seorang lagi no 1 juga tapi tambah 0 di belakang..hihi. Apa pun tahniah semua anak-anak ibu!

~ يوس ~

Thursday, June 23, 2011

Online Game...

Anak-anak aku memang suka main online game, terutamanya Aqil.

Biasanya aku pun tak tahu, game apa yang dia main. Aqil selalunya main game dalam facebook tu. Al-maklum dah ada fb sendiri.

Hari ini sebab balik sekolah awal kerana ada hari terbuka tu, masing-masing sibuk main online game awal lah kan.

Dalam pada aku berblog ni, dengarlah suara2 sumbang datang dari website game yang dia main tu.

Mari kita tengok game apalah yang anak-anak aku main ni. (Sempat print screen tu!)

Aqil main game SpongeBob ni..huhu

Alia pulak game beauty pageant. Hmm..kalau dah pompuan tu pompuan jugak...hahahah
Oklah, nak kena ambil mereka dari balik mengaji ni. Lepas tu nak pi beli iceblended. Dah janji dengan anak-anak tadi, kalau tak belikan, mau mengaruk satu hari..huhu


~ يوس ~

Tuesday, June 14, 2011

Langsir Pintu

Salam pagi Selasa...

Hari ini aku nak minta pendapat semua yang masuk sini berkenaan langsir pintu.
Korang pasang langsir tak kat pintu bilik rumah ya?

kredit pic to this site (Ok kot pesen gini, tapi pun kureng minat)

Aku ni, memang tak pernah buat atau beli langsir untuk pintu.
Kiranya pintu bilik rumah aku togel aje, takde hiasan langsir ni.
Tapi kalau di rumah emak aku dan rumah mil memang sentiasa ada langsir untuk pintu ni.

Aku rasa rimas juga bila ada langsir pada pintu bilik ni.
Nak keluar masuk bilik macam ada yang mengganggu saja.
Tapi bila datang rumah jiran-jiran kat taman ni, boleh di katakan, semua ada letak langsir pada pintu bilik mereka.
Rasa macam pintu bilik rumah aku ada yang kureng saja...:D.

kredit pic to this site (tak minat macam ni)
Tahun ni, macam nak buat pembaharuanlah.
Mood mengemas rumah ada lagi ni kan...
Ada pasang niat nak letak langsir pada pintu kot???
Tapi nak yang simple-simple saja.

Siapa yang memang ada pasang langsir pada pintu bilik tu, boleh bagi cadangan tak?

Tapi kan, aku pernah dengar dalam rancangan Deco bersama Eric dulu..
Tak perlu letak langsir pada pintu sebenarnya.
Tunjukkan dan tonjolkan lah pintu yang dah sedia lawa tu.
Orang dulu-dulu je letak langsir pada pintu sebab dulu-dulu banyak bilik yang takde pintu.

Tapi, kalau guna kain yang ringan-ringan,
Yang biasa guna untuk day curtain tu, cantik juga kan!
Hmm...makin kompius otak aku ni?

Sila bagi komen anda ya?
Perlu ke tak perlu langsir pada pintu bilik ni ya?
Dan kalau perlu, kain yang bagaimana yang biasa menjadi pilihan anda?

p/s: persediaan untuk rayalah ni.....:p

~ يوس ~

Tuesday, April 26, 2011

Bila anda menulis atau update blog?

Bila biasanya anda menulis dan update blog? Siang atau malam? Bagi yang bekerja, aku perasan biasanya waktu anda berblog adalah di tempat kerja ketika free....kan..kan...:p.

Kemudian tu, ada yang suka sambung waktu malam. Bagi yang surirumah macam aku, korang lebih suka siang atau malam?

Aku biasanya siang, waktu pagi yang tak berapa pagi.... :D.Macam waktu sekarang lah kan, dalam pukul 9.30 ke 11 pagi. Sebab biasanya waktu ni, aku dah siap mandikan Arif, tidurkan dia, kemas serba sedikit, dah siap sidai kain, tinggal belum masak. Kalau tak sempat pagi, mungkin ada kerja, ke klinik atau apa, petang lah, pukul 3 sebab masa tu, anak-anak semua dah pergi sekolah agama, Arif pun dah tidur semula selepas makan.

Aku juga suka tulis entri dan terus pos ke blog, jarang benar rasanya buat entri autopublish. Sekali dua je kot, sebab memang tiada masa untuk itu. 

Malam?? Malam adalah waktu tak boleh buka pc sebenarnya. Lagipun SRD sudah di rumah, nanti dia bising-bising manja kata aku asyik berblog saja :). Kalau buka juga, nanti anak-anak sibuk nak menyelit sekali.

Malam adalah waktu anak-anak siapkan kerja sekolah, waktu untuk aku lihat apa yang mereka tak faham di sekolah. Kalau tiada kerja sekolah, kena buat "kerja rumah ibu". Itulah ayat biasa yang Abid suka sebut. 

Kerja rumah ibu tu bukan kerja-kerja aku di rumah ni ya, tapi kerja dari buku-buku aktiviti yang aku beli. Dan semalam baru aku perasan, buku kerja Matematik untuk Aqil dah habis. Semua dia dah siapkan, tapi aku belum belikan buku untuk tahun 3 yang baru. Dia lemah Matematik bab pembahagian. Aduhai! Entah apa-apa yang dia jawab, tulah suruh hafal sifir, liat betul!!

Pukul 10 waktu anak-anak semua masuk tidur, aku pun dah lemah masa ni. Mata dah terlalu mengantuk, Arif biasa tidur 9.30. Ada juga masanya aku tak sempat lihat habis anak-anak buat kerja sekolah, dalam pada aku tidurkan Arif, aku pun tertidur sekali. SRD lah yang ambil alih tugas, sebelum dia kejutkan aku untuk solat.

Bagaimana dengan kawan-kawan blogger semua? Siang atau malam idea tu datang mencurah ya?

p/s: Hari ini rasanya aku tiada idea, tu yang masuk cerita menulis dan update blog ni... :D

~ يوس ~

Friday, March 04, 2011

ANDA MAMPU MEMBACANYA ....cubalah baca!

Di sini aku ingin berkongsi dengan semua satu artikel yang aku terima menerusi email dari seorang kawan. Mungkin ada yang pernah membacanya tapi, bagi yang belum tu cubalah baca yer.

Jangan abaikan rencana ini kerana ia nampak pelik! Percaya atau tidak.


KAMU MAMPU UNTUK MEMBACANYA!

Syaa taidk dpaat pycreaa syaa mpmau utunk
fhaam apa ynag syaa bcaa! Syaa tbracea
klobheean meaujnkban mdnia msniaua.
Muernut kpadea hiasl kjiaan di Cmabrigde
Uinervtisy, taidk kria bnmagaiaa ssunuan
huurf daalm stau pektaaran, pkrarea ynag
pliang pneintg iaalh huurf pretmaa dan
tkhareir bredaa di tmpaet ynag bteul.

Ynag slehbinyea bloeh dlaam sbrauet mcaam
mnaa pun dan kmau miash bloeh
mmbeaynaca tnapa sarenabg mlasaah. Ini
knarea mdina misuana taidk bcaa siteap
huurf stau dmei stau, saeilkbyna kauusrhelen
ptkraaean slkeguias. Aijab kan? Butel! dan
syaa sllaeu fkiir slbeeum ini bwhaaa eaajn
aldaah sgnaat pinnteg!!!!



*Amacam? Boleh baca? Oklah tu...

Mungkin sebab ini jugalah orang sekarang suka sangat menulis dengan singkatan, asalkan huruf pertama dan terakhirnya ada. Ada masa tu memang susah nak faham sebab singkatannya lain dari yang lain. Tapi yang tak suka tu, ada pula yang menukar terus, elok-elok 'dia' jadi 'dye', (contohlah kan).Macm-macam cara gaya penulisan sekarang ni, dah jadi pelik pun ada. 

Aku ni masih lagi kolot kot, baru pandai guna singkatan sikit-sikit saja.....

p/s: entri ini adalah entri kitar semula dari blog lama aku. Pernah aku siarkan di blog lama pada tarikh 23 may 2006...hehe.
~ يوس ~

Thursday, February 17, 2011

Baik-baik Sayang.....

Mula-mula dengar lagu ni, dengar macam tu saja takde ambik kisah apa pun.

Dua tiga kali, aku perasaan SRD sangat suka lagu ni. Bila dia balik kerja petang-petang tu, boleh pula dia cari di youtube lagu ni dan dengar. Aku masih tak ambil peduli sangat.

Tetapi, sewaktu perjalanan pulang dari Melaka hari tu, lagu ni ada keudara di radio, dan SRD bersama anak daranya punyalah suka nyanyi lagu ni. 

Masa tu baru aku perasan senikata lagunya. Sangat menyentuh jiwa. Tanpa aku sedar, ianya buat airmata aku mengalir. Sikit je.

Very touching, patutlah SRD suka. Dia jarang suka lagu-lagu baru apa lagi lagu dari seberang. Tapi lagu ni memang bestlah. Aku pun dah jatuh hati dengan lagu ni.

Kalaulah lagu ni di tujukan untuk aku, boleh cair....wa cakap lu.

Tetapi, lagu ini tak semestinya untuk pasangan masing-masing, untuk ibu kepada anak-anaknya pun boleh kan.

Cuba kawan-kawan semua dengar dan lihat senikatanya, sangat menyentuh kan.




Aku tak ingin
Kau menangis bersedih
Sudahi air mata
Darimu...

Yang aku ingin
Arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu
Sayang...

Karna bagiku
Kau kehormatanku
Dengarkan
Dengarkan aku...

Hanya satu pintaku
Untukmu dan hidupmu
Baik-baik sayang
Ada aku untukmu..

Hanya satu pintaku
di siang dan malam mu
Baik-baik sayang
Karna aku untuk mu..

Semua keinginan
Akan aku lakukan
Sekuat semampuku
Sayang...

Karna bagiku
kau kehormatanku
Dengarkan
Dengarkan aku...

Hanya satu pintaku
Untukmu dan hidupmu
Baik-baik sayang
Ada aku untukmu..

Hanya satu pintaku
Di siang dan malam mu
Baik-baik sayang
Karna aku untukmu....
~ يوس ~

Friday, February 11, 2011

Pokok Asam Jawa: Semua kenal pokok ni ye? Aku saja yang ketinggalan..(^_^)

Salam Pagi Jumaat...

Agak keletihan pagi ini. Batuk selsema semua ada. Apa pun aku nak sambung entri berkenaan pokok asam jawa seperti yang aku janjikan di entri ini.

Nampaknya hampir semua kenal dengan pokok asam jawa ni ye. Aku ingat semua tak kenal macam aku..:p.

Serius dah tua-tua ni baru aku kenal, tapi rasanya kalau tak nampak buahnya aku masih tak dapat nak cam betul ke itu pokok asam jawa.

Bila tengok buah asam jawa bergantungan macam ni, aku rasa lain macam saja...huhu. Takde rupa asam jawa pun....:D.

Ini pula buah asam jawa yang sudah di petik. (Tangan siapalah yang jadi model tu ye...:D)

Buah asam jawa yang dah siap di kupas kulitnya dan sedia untuk di ngap. Bukan aku yang makan, aku tak suka benda masam2 sangat ni..huhu

Abid, Alia, Arif dan atok ayah mereka di sisi pokok asam jawa yang rimbun daunnya tu. Sekali pandang rumah emak dan ayah aku ni macam kat tepi sungai pulak ye. Padahal kat tepi parit je....:)
Aku masih tak tahu, macam mana dari buah asam jawa yang nampak seperti di dalam gambar tu boleh bertukar menjadi asam jawa yang kita guna untuk masak tu? Apa proses yang di lalui dan bagaimana? Sesiapa yang dah biasa makan buah asam jawa yg masam dari pokok macam ni mesti tahu. Boleh cerita sikit tak?

Kenapa pula asam jawa yang biasa kita guna buat masak tu warnanya hitam ye.?Dia bertukar warna macam mana? Hehe...banyak soal pula aku ni kan. Ada yang boleh tolong jawabkan ke?

Walaupun pokok asam jawa kat rumah mak ni merimbum, serius kami tak pernah petik untuk makan pun, orang  lain yang dok sibuk petik dan makan. Emak saja tanam supaya kami kenal macam mana rupa pokok asam jawa tu kot...;).
~ يوس ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...