Showing posts with label Anak-anak. Show all posts
Showing posts with label Anak-anak. Show all posts

Tuesday, July 15, 2014

Teruja dapat kasut baru | Bila nak raya ibu??

بسم الله الرحمن الرحيم

Dah masuk 17 Ramadhan hari ini. Alhamdulillah masih dapat menjalani ibadah puasa dengan baik dan tenang je kan kita di Malaysia ni. Bila teringat sahabat2 kita di Gaza Palestin sana, Ramadhan mereka sangat berbeza dengan kita, tapi kekuatan dan semangat mereka buat kita rasa malu. Malu kalau kita yang baru ujian sikit ni dah rasa berat, tapi meraka di sana masih mampu tersenyum....Masya Allah.

Hari ni nak cerita pasal Arif lagi lah. Arif memang hari2 ada cerita. Dia je kot yang terlebih2 cerita, saya tak tahu nak cerita sangat pasal Amani berbanding dia....hihi. Tahun ini pertama kali belikan dia kasut raya. Sebelum ni selalu belikan sandal raya, atau selipar raya je. Bukan tak mahu, tapi sebab abangnya Aqil memang tak suka berkasut. Katanya susah nak keluar masuk rumah orang beraya dengan kasut.Lambat nak sarung nanti, jadi bila abangya dah beli selipar atau sandal je, yang lain pun ikut sama.

Permintaan kasut raya datangnya dari Abid, Tahun lepas dia baru darjah 1, biasalah lepas raya naik sekolah tu mesti ada jamuan raya kat sekolah kan. Kawan2 semua berkasut raya cantik, tapi dia bersandal saja, tak cantik kata dia. Sebab tu tahun ni sibuk sangat nak kasut. Bila abangnya Abid nak kasut, Arif apa lagi, kalah semua orang lah kan.....huhu.

Makanya Sabtu lepas shopping kasut raya untuk anak2. Semua dapat, tapi paling teruja Arif le. Belum sampai kereta dah sibuk nak pakai kasut baru dia. Tak dapat, sampai rumah, tanya lagi tak dapat juga. Abahnya letak nun jauh atas almari.

Hari2 tanya, bila boleh pakai kasut baru. Saya kata, tunggu raya. Lepas tu hari2 tanya, "bila nak raya bu??? Lambatnya"....Aduhai!!! .

Arif ni walau di sekolah cikgunya kata tekun dia siapkan kerja, tapi kalau di rumah saya suruh, memang tak nak dia buat. Cakaple macam mana pun, tulis satu huruf pun dia kata penat. Memang dari mula cuba ajar dia sikit2 dia tak makan di ajar dengan saya. Semua dia tolak, sebab tu saya masukkan dia sekolah awal dari abang2 dan kakak2nya. Belum 4 tahun dah masuk sekolah. Tapi penangan kasut raya, semalam saya suruh buat latihan menulis, dapat dia siapkan habis. Nak pakai kasut raya punya pasal, hehe.

Saya suruh dia buat tulis no 2 dan huruf B selepas tu . Perasan tak, ultraman dia ada je teman....huhu.
Masa tulis no 2 ni punyalah bersemangat. Habis tulis no 2, sambung tulis huruf B dah mula malas. Ayat dia, " Banyaknya ibu suruh ni. Bila nak siap ni?? Ibulah buatkan. Arif nak kasut je!!"

Sampai menangis, tapi sebab saya tegas, nak try kasut baru kena siapkan, berjaya juga dia siapkan tu, walau muka muncung. Sila percaya, dia memang paling malas kalau saya suruh buat latihan apa2. Baru dua hari ni berjaya, penangan nak pakai kasut raya....hahahaha.

Selama ni saya ingat dia tak pandai menulis lagi, ialah baru masuk 7 bulan di sekolah, dah dia pun belum 4 tahun, tapi betul kata cikgunya, cantik juga tulisan dia, tapi sebab dia tak pernah nak tunjuk di rumah, cikgunya pula tak pernah bagi buku sekolahnya bawa balik, saya tak nampak. Alhamdulillah, kerana kasut baru, kasut raya dia tu, dia nak tunjuk pada saya. 

Ke hulu ke hilir dengan kasut baru dari tadi. Amani pun dia suruh pakaikan kasut.
Nasib baik mendengar kata juga, pakai di rumah je, lepas tu simpan, raya baru boleh bawa keluar. Dan kerana itu jualah asyik tanya, bila nak raya??...huhu.

Ada yang tanya, Arif puasa ke?

Jawapan saya tidak, saya kata pada dia, Arif puasa ya sampai pukul 12. Tapi sibuk nak bawa bekal air juga. Hihi, saya pun tak suruh dia puasa sangat, solat pun belum pandai, baru tahu tertib solat je, bacaan tak pas langsung sebab dia sangatlah pelat. Takpe pelan2 kan, buat apa nak cepat2 ikut orang lain. Bab mengaji alhamdulillah terang hati juga dia. Iqra 1 tu dah lebih dari huruf   ي.

Semoga kamu membesar dengan sihat dan menjadi anak yang bijak ya Arif. Ibu sentiasa doakan kamu. Nakal2 kamu, kamu sentiasa menghiburkan hati ibu. Gaduh2 manja dengan ibu....hihi. Oklah, cukup kot cerita Arif hari ini, lain kali kita sambung lagi.

Sekian, tq sudi baca.



~ يوس ~

Wednesday, April 23, 2014

Amani bersama abang Arif

Ada budak tu tak mahu pergi sekolah hari ini.
Cikgunya bagi surat kata Khamis cuti,
tapi dia dah mencutikan diri sehari awal....hehe.

Makanya pagi ini Amani tidak keseorangan di taman rumah.
Ada peneman, peneman gaduh pun ya juga.

Ada yang rindu dengan Arif ke???

Ok hari ini saya tepek gambar keduanya, Amani dan abang sayang dia Arif.

Arif ni kalau ada orang nak ambil adik dia mulalah melalak sakan tak bagi ambil.
Tapi bila dia dengan adiknya asyik nak mengusik je,
Adik pulak redha je...hehe.

Kesian Amani...

Amani dah pandai berdiri lama, tapi baru maju setapak dua jatuh....hehe

Sukalah tu mereka pagi-pagi main sekejap di luar. Rumput ni dah start panjang, bilalah nak di trim kasi cantik sikit ni...hehe.
Ok, Salam Hari Rabu semua....
Nak sambung kerja balik....


~ يوس ~

Monday, January 06, 2014

Arif dah masuk sekolah!

Selamat Tahun Baru 2014. Sebulan menyepi dari blog, rasa perlu juga update sekali sekala. Masa memang mencemburui. Banyak lagi benda lain yang menuntut perhatian aku. Tapi kira perlahan-lahanlah update.

Permulaan persekolahan 2014. Tahun ini minggu persekolahan akan bermula dengan hari Ahad. Tiada lagi Monday blues, tinggal Sunday blues saja nampaknya.

Arif pun aku dah masukkan ke tadika. Dalam usianya yang baru masuk 3 tahun 5 bulan lebih kurang, dia berjaya mengharunginya.

Gambar semalam, Ahad, masing2 dengan semangat baru.
Hari pertama ke sekolah bagi Arif ialah semalam. Dari rumah memang cukup bersemangat. Tapi sampai sekolah meraung!!! Abahnya yang hantar ke sekolah, aku tak ikut sekali.Menangis kuat kata abahnya. Masa balik cikgunya beritahu menangis lama sampai tertidur di pangku cikgu. Kesian anak ibu.

Ini gambar pagi tadi. Dah dapat baju sekolah. "Saya budak tadika Pasti", kata Arif.
Nampak lebih berani hari ini.Berjanji dengan semua tak akan menangis. Sampai sekolah abahnya kata, air mata dah mula bergenang bawah mata, tapi dia tahan. Bila abahnya pergi, cikgunya kata, menangis juga dia. Ayat dia pada cikgunya, " Nak tengok abah kejap je!!!" Hehe, kelakar pula ibu rasa,

Selepas daripada tu, diam dah. Mulut dia pula yang tak berhenti bercakap,ada je cerita. Itulah komen dari cikgunya. 

Tersenyum aku dengar. Bravo Arif!! Anak ibu memang budak bijak! 

Teringat pula akhir tahun hari tu, dia masih lagi pakai diapers. Dari bulan November aku latih dia, akhirnya berjaya juga masuk sekolah tanpa diapers lagi. Apa pun masih takut juga kalau2 dia terbabas, tapi dari ceritanya tadi alhamdulillah, tak terbabas.

Buka seluar sendiri, ke bilik air sendiri, tapi pakai seluar semula, cikgu yang pakaikan, hehe.

Semoga menjadi insan yang soleh Arif. Ibu sentiasa mendoakan kejayaan dan kebahagiaan semua anak-anak ibu, amin.

Done! Update ringkas mengenai permulaan sekolah mereka bagi tahun 2014, terutama buat Arif.

Tuesday, July 23, 2013

Anak 5??

Ada masa aku sendiri seperti tak percaya yang aku sekarang dah punya anak 5. Macam baru semalam je kahwin...huhu.

Setiap kali anak bertambah, aku selalu risau bagaimana aku nak jaga sorang lagi. Boleh ke? Paling tak bersedia masa nak dapat Abid. Masa tu rasa macam ter'accident' je. Menangis masa dapat tahu mengandung. Alia belum pun dua tahun masa tu dah ada adik. Rasa penat jaga anak dua, nak jaga tiga pula. Tapi Allah lebih mengetahui. Semuanya di permudahkan.

Kemudian Arif pula lahir. Masa tu aku memang bersedia, memang nak sangat tambah sorang lagi, tapi perasaan bimbang tu tetap ada. Mula-mula serba tak kena juga. Tapi semuanya di permudahkan juga.

Namun nak dapat Amani, aku kurang bimbang. Walau dalam hati dup dap dup dap juga, tapi aku rasa biasa saja. Lebih relax, tahu bagaimana nak bagi masa dah. Tak rasa stress dengan waktu untuk selesaikan kerja rumah, cuma aku stress bila semua anak-anak berkumpul. Bisingnya!!! Kecohnya!!!

Masing-masing ada identiti tersendiri, kadang tu rasa pening bila bercakap dengan sorang, sorang lagi pun nak bercakap. Suruh cakap sorang-sorang semua nak serentak. Maka dengan itu, semua kerja lain harus beres sebelum mereka berlima berkumpul. Kalau tidak, aku memang boleh jadi tarzan perempuan....huhu.

Anak bertambah, tanggungjawab pun bertambah. Aku rasa memang banyak kelemahan aku, cuba nak jadi ibu yang terbaik cuma tahap kesabaran aku kadang kurang. Ada ketikanya ketika mereka bermain bersama, mesti berlaku pergaduhan kecil. Semua pun nak mengadu dan kata mereka yang betul. Sebagai ibu, kena adil, tak boleh lebihkan yang sorang, nanti sorang lagi merajuk hati. 

Dua yang atas, kalau bergaduh, mereka bergaduh mulut. Dua yang tengah pula, bila bergaduh siap bertepuk tampar. Lain pesen....hihi. Tapi bila mereka seronok bermain, semua pun boleh ketawa bersama, gelak bersama, macam takde apa pun. Itulah namanya adik beradik kan. Cuma aku kena biasakan, yang keluarga aku dah makin besar, rumah memang tak boleh sentiasa kemas dan senyap. Bersepah, bising tu biasalah untuk keluarga ramai ni kan. Kenalah lebih sabar!!

Walau yang besar dah boleh di harap untuk menolong serba sedikit, tapi mereka pun masih suka nak bermain juga. Cabaran nak menjadi ibu yang lebih matang tu yang aku perlu perbaiki. Apa pun aku memang sayang mereka semua, permata hati ibu dan abah yang tak ternilai dan tak akan dapat di tukar ganti. Terima kasih Allah atas pemberianMu ini. Bantulah aku dalam menjaga dan mendidik mereka dengan baik, semoga mereka dapat menjadi insan soleh dan solehah yang berjaya hidupnya di dunia dan di akhirat, Aminn.

My precious


~ يوس ~

Monday, May 27, 2013

Kejohanan Taekwondo Remaja Koryo Daerah Kluang kali ke 3: Gambar dan video aksi Aqil dan Alia.

Cuti sekolah dah bermula. Tiada aktiviti menarik nampaknya untuk anak-anak. Ibu tengah menunggu hari, tiada kemana kesian juga mereka.

Namun permulaan cuti, Sabtu yang lalu, 25hb Mei, bertempat di Stadium Tertutup Kompleks Sukan MPK Kluang, Aqil dan Alia buat pertama kalinya menyertai Kejohanan Taekwondo Remaja Koryo (Sparring). Ini adalah kejohanan kali ke 3. Peserta terdiri daripada pelajar-pelajar Koryo daerah Kluang, Johor Bahru dan Batu Pahat.

Pagi-pagi dah bertolak dari rumah, keluar rumah pukul 6.30 pagi. Kami hantar sendiri mereka sebab kalau nak naik bas yang di sediakan, perlu bersedia dari SK Convent pukul 5.30. Huhu, lagi awal, malas nak hantar awal sangat konon.

Sampai stadium lebih kurang pukul 7.15, cari sarapan dulu, makan dululah kiranya, lapar rasa. Masuk stadium pukul 7.40 pagi lebih kurang, pelajar Koryo dari Batu Pahat dah mula buat warming up.Teruja sebab ini pertama kali Aqil dan Alia sertai kejohanan seumpama ini.

Hai!! Malas pula nak berceloteh, kita tengok gambar dan video perlawan mereka sudah ya.

Suasana di stadium bersama Aqil dan Alia
Video 1: perlawanan Alia untuk pusingan pertama. Ini pusingan kalah mati, kalau menang dapat mara pusingan seterusnya, kalah, makanya hampa.


Alia pelajar Koryo BP, (vest biru), lawan pelajar Koryo Kluang (vest merah). Lawannya tu dahlah punya tali pinggang merah, lebih tinggi pula tu. Kesian Alia, tapi ibu bangga sebab dia cuba melawan dengan baik, walau banyak sepakannya tak mengena pada sasaran. Walau kalah, dia ok je, tak nampak kecewa sangat sebab katanya dia dah cuba yang terbaik.

Video 2 : Perlawanan Aqil di pusingan 1


Aqil (vest biru) berjaya mengatasi lawannya (vest merah) kawan sama tempat Koryo BP, tapi dari sekolah lain. Lawannya tu pemegang tali pinggang hijau 2, Aqil baru je grading untuk tali pinggang hijau 1 hari tu, makanya untuk kejohanan ini dia masih bertali pinggang kuning. Dia sangat teruja sebab menang pusingan ini dan berkobar-kobar meneruskan perjuangan untuk pusingan seterusnya.

Yang asyik jerit "Lawan bang! Lawan bang!" tu, emak budak yang lawan Aqil (vest merah). Suara ibu cuma dengar perlahan je kan, "Lagi Qil, lagi Qil"....hihi.

Video 3: Perlawanan Aqil di pusingan ke 2


Mara ke pusingan ke 2, Aqil memang bersemangat untuk menang. Namun dia kecewa. Lawannya dari Koryo Kluang (vest merah) nampak lebih berpengalaman. Lebih tinggi pun ya, namun ibu nampak Aqil melawan dengan baik. Walau ada ketika di serang hampir keluar gelanggang, Aqil tak mengalah. Aqil tewas tipis pusingan ini.

Selepas perlawanan, Aqil nampak sangat kecewa. Marah dengan diri sendiri pun ya juga. Ibu pulak yang sedih tengok muka dia. Tapi setelah di nasihat oleh abahnya SRD, dia nampak bersemangat semula. Semangat untuk mencuba lagi di lain kali.

Untuk video ke 3, ada pulak budak Arif Zakwan sibuk enterframe....hihi. Memang tak reti duduk diam itu budak. Dia ada tersepak sorang budak sebab mengikut aksi orang berlawan tau! Huhu....haru!!!

Apa pun ini pengalaman pertama buat mereka. Persediaan menghadapi sparring pun cuma 2 hari je berlatih iaitu Selasa malam dan Rabu malam. Mana taknya kan. Ibu dan Abah suka tengok semangat anak-anak ibu macam ni. Kalah menang adat pertandinganlah kan, nanti lain kali kita cuba lagi ya.

Ayat Aqil, nak sedapkan hati sendiri " Takpelah ibu, tak dapat pingat pun, cikgu kata dapat sijil siapa yang menyertai sparring ni!"

Yalah nak.....hehe.

p/s: ibu sekarang ni dah tak sabar rasa nak suruh baby ni keluar cepat. Kalau dapat bersalin waktu anak cuti sekolah ni senang sikit kan, tapi due ibu 10 Jun pula, betul2 masa anak2 dah naik sekolah semula...huhu. Harap di permudahkan.

~ يوس ~

Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru 2013 | Abah pun cikgu juga ke?

Bertuahnya guru-guru zaman sekarang. Setiap kali sambutan hari guru pelbagai hadiah pasti di terima. Seingat aku zaman aku dulu, paling bagus bagi cikgu bunga je, itu pun dok kutip atau buat sendiri, tak pun beri kad hari guru untuk guru-guru yang di sayangi. Nak minta hadiah hari guru dari ibu dan ayah, susahnya nak dapat, bukan orang senang, kita pun faham.

Tapi aku percaya, semua guru-guru bukan meminta hadiah dari anak-anak murid mereka, cukuplah jika melihat kejayaan anak didik dalam pelajaran dan berjaya pula dalam hidup mereka, itulah hadiah yang paling bermakna buat guru-guru semua.

Kepada semua guru-guru yang pernah mendidik aku, tak kira walau di mana mereka berada, juga pada rakan-rakan pendidik sekelian, Selamat Hari Guru ya!

Dan tahun ini, anak-anak sibuk juga nak beri hadiah pada guru-guru pilihan hati mereka. Dari dulu mereka tak pernah minta nak beri hadiah kepada semua guru, biasa kalau nak beri semua pun beri kad saja. Tahun ini abahnya beri kuota seorang pilih 3 guru paling di sukai di sekolah. Semua gembira dan suka hati sebab dapat pilih sendiri hadiah apa untuk di beri pada cikgu yang mereka suka.

Makanya semalam dah terlanjur ke bandar sebab Aqil ada latihan intensif taekwando untuk grading Sabtu ini, dapatlah mereka pilih sendiri hadiah yang mereka suka di kedai cenderahati.

Siap di balut, masing-masing teruja nak tulis sendiri pada kad untuk di letak di hadiah masing-masing. Warna biru pilihan Abid, warna warni pilihan Aqil dan merah + pink + kuning pilihan Alia.
Aku sempat snap satu kad saja untuk setiap yang anak-anak tulis. Kiri sekali tulisan Abid, tengah Aqil dan kanan Alia. Setiap dari mereka memilih guru bahasa inggeris masing-masing sebagai antara guru yang paling mereka suka. Cikgu English memikat hati ya!

Dan pagi ini, semasa hendak masuk kereta menuju ke sekolah ada dialog menarik keluar dari anak-anak.

Abid: (Sambil pakai kasut dia bertanya pada abahnya) Abah tak beri hadiah kat cikgu abah ke?

Aqil: Abah kan cikgu juga Abid, abahlah dapat hadiah, bukan abah beri hadiah. Cikgu abah mana ada kat tempat kerja abah!

Abid: Ehhh!!! Abah pun cikgu juga ke?

Alia: Yalah! Abah pun cikgulah!

Aqil: Abah cikgu, tapi abah cikgu untuk murid besar, kan abah! Pensyarah tu cikgulah Abid!!

Abid: Oo! Pensyarah tu cikgu ya? Abah pun ada ajar kat kelas ya?

Ibu: Yalah, abah cikgu di universiti.

Abid: Nanti mesti abah dapat banyak hadiah juga kan!

Ibu: Takde pun, tak pernah pun abah dapat hadiah. Cikgu murid besar ni jarang dapat hadiah di hari guru. ( Sambil jawab sambil tengok muka abahnya...hihi. Abahnya sengeh aje.Hari akhir pelajar tu di uni adalah kot dapat hadiah biasanya kan abah!)

Kepada abahnya, Selamat Hari Guru juga ya! Kerja kena ikhlas, bukan sebab untuk hadiah tak gitu!  Takpe, nanti kita cari hadiah untuk abah ya anak-anak!


~ يوس ~

Thursday, April 04, 2013

Aqil dan Alia : Meningkatnya usia, ragam pun berbeza.

Hari ni rasa nak cerita pasal Aqil dan Alia. Lama rasa tak bercerita pasal mereka. Sebelum tu saja nak tepek 2 gambar mereka pada masa yang berbeza ini.

Perbezaan wajah dan fizikal mereka dalam tempoh 7 tahun... Tinggi dah hampir sama sebenarnya, rasa sekejap lagi Alia lagi tinggi, walau beza usia 2 tahun. Aqil ni lambat betul tumbesarannya...huhu.
Aqil
2 minggu lagi Aqil ada perkhemahan ke Mersing. Dari mula dapat tahu sampai hari ini, sibuk sangat nak bawa hp untuk perkhemahan. Aku sendiri pun rasa perlu dia bawa hp tu, sebab rombongan sekolah sebelum ni ke KL, rasa risau semacam je bila tak dapat tahu perkembangan dia. Tapi tulah, abahnya belikan hp biasa harga RM68 tu bising dia, nak juga hp ada WIFI, kamera, game canggih semua....hihi. Sorrylah Aqil tak dapat punya!!! Telefon abah beri untuk memudahkan ibu dan abah telefon ya, bukan untuk buat main....ekekek.

Lepas tu sekarang seronok bercerita pasal dia terpilih sebagai pemain bola sekolah, tapi sebagai simpanan saja. Tetap teruja dia, katanya, " Pemain simpanan pun dapat sijil ibu!!" 

Yalah sayang, simpanan pun simpanan lah, ibu sendiri tak percaya je kamu tu boleh main bola, dengan size badan yang kecik nonet, macam takde orang lain je kat sekolah. Tapi simpan dalam hati saja, ibu tetap sokong setiap apa yang Aqil buat ya!

Alia
Sekarang ni tengah giat berlatih setiap petang sebab dia terpilih menyertai koir sekolah, menyanyi dalam bahasa inggeris untuk pertandingan antara sekolah. Dari sebelum cuti sehinga sekarang ni, asyik lah berlatih. Balik sekolah agama je, mulalah ibu ni jadi supir setia hantar dia latihan di sekolah.

Tapi semalam selepas balik latihan, mandi tiba-tiba badan dia panas. Rasa macam dia demam. Mula tu rancak dia bercerita baju apa yang akan dia pakai untuk pertandingan nanti. Tinggal seminggu saja lagi sebelum hari pertandingan. Tiba-tiba boleh demam pulak.

Kerja sekolah masih ada yang belum selesai. Ibu gertak, " Tadi ok je, tetiba boleh demam pulak. Penat sangat latihan nyanyilah ni. Kerja sekolah tak siap pulak tu. Kalau kerja sekolah terganggu tak perlu masuk pertandingan ya! Sampai demam-demam berlatih!"

Lepas makan ubat, terus elok je. Kemudian rajin siapkan kerja sekolah. Balik sekolah pagi hari ini, aku rasa badan dia memang agak suam-suam. Makan pun tak berapa lalu, aku kata tak perlu ke sekolah agamalah. Tapi dia tetap bersemangat, sebab takut aku tak beri dia hadir latihan koir nyanyiannya petang nanti kalau demam. Buat muka sehabis ceria! Aduhlah anak. Penangan seronok dapat masuk pertandingan, tetap menceriakan diri. Kalau tidak biasa, baru panas badan sikit je, " Cikgu kata kalau tak sihat, tak perlu datang sekolahlah ibu!"

Itu memang ayat wajib dia, tapi sekarang lain pula ya?....hihi. Takpe, yang penting kesihatan tu harus di jaga, ibu tetap sokong, anak terpilih wakil sekolah, tak kan ibu tak suka dan bangga kan.

Good Luck untuk kedua anak-anak ibu, Aqil dan Alia. Ibu sayang kamu semua!

~ يوس ~

Thursday, January 03, 2013

Hari Pertama Sekolah 2013

Aduhai!!! Lambatnya mood aku untuk menulis di sini nak datang. Tapi fb masih lagi aktif. Siapa yang ada add aku di fb tu, tahu juga perkembangan kami sekeluarga kan. Tapi selalunya di blog, celoteh aku lebih panjang. 

Dari komen, ramai yang lebih rindu nak baca cerita dan lihat anak-anak aku daripada dengar cerita aku...

Semalam hari pertama sessi persekolahan 2013. Menariknya Abid dah masuk tahun 1. Alhamdulillah, semua anak-anak ibu memang tidak ada masalah untuk ke sekolah. Berdikari sendiri, takde adegan air mata atau yang seumpamanya. Ada juga lihat status rakan di fb yang datang ke sekolah waktu rehat untuk perhatikan anak mereka yang baru masuk ke tahun 1. Aku tak pernah terfikir nak datang pun untuk itu selama ini. Dari Aqil, Alia dan kini Abid. Alhamdulillah, mereka semua ok pada hari pertama mereka masuk sekolah.

Dari kiri Abid (tahun 1), Alia (tahun 3) dan Aqil (tahun 5) 
Anak-anak aku ni selang 2 tahun, cuma Arif dengan Abid selang 4 tahun, tapi baru ni masa kenduri kahwin rumah seorang sahabat, ada suara berkata, " Ni anak setahun sorang  ya?" . Tulah semua comel-comel je, jadi ramai yang ingat selang setahun.....


Gambar petang sewaktu ke sekolah agama. Alia yang bawa Abid ke kelasnya, aku hantar sampai depan pagar je, tak turun pun dari kereta.
Komen dari abang dan kakaknya tentang Abid di hari pertama sekolah.


  • "Ibu! Abid tu suruh Aqil tunggu dia waktu rehat dekat depan tandas, tapi dia takde pun. Aqil cari dia sampai kelas pun takde, rupanya dia dah pergi rehat dulu dengan kawan dia, sampai Aqil yang lambat pergi rehat!"
  • "Abid tu ibu main panjat-panjat kat tiang bendera macam monyet je ibu! Lepas tu suka buat lawak apa ntah, kawan-kawan Alia semua kata, adik nko ni boleh masuk rajalawak lah!
Cerita di sekolah agama pula, Alia keluar lambat dari sekolah. Tunggu punya tunggu, punya tunggu sampai murid semua dah hampir lengang baru nampak muka dia. Mula nak membebel sebab dia lambat sangat, tapi buka je pintu kereta, " Ibu!!! Abid tu takde pun. Puas dah Alia cari!!!".

Tak sedar adiknya Abid dah lama berada di dalam kereta di kerusi depan. "Eh! Abid dah masuk kereta? Bila Abid keluar? Kenapa tak tunggu Alia"

Adiknya dah keluar awal-awal lagi siap main-main lagi kat tempat duduk depan sekolah tu. Bila kakaknya membebel marah, dia boleh jawab dengan selambanya, " Abid tahulah ibu selalu tunggu mana. Kan dulu Abid yang selalu ikut ibu ambil Alia!"

Muncung je muka kakak, punyalah dia risau adiknya tak jumpa ibu, takut adiknya hilang entah kemana, adik  rupanya lagi bijak dari dia. ...hihi .

Hari kedua nampaknya biasa saja. Selamat kembali ke sekolah buat semua anak-anak ibu. Semoga tahun ini akan lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

Arif? Ok je di rumah jadi peneman aku yang setia....hehe.

GTG. Nak jemput Alia dan Abid balik dari sekolah dah.


~ يوس ~

Tuesday, November 27, 2012

Sepupu paling kecil datang ke rumah : Welcome Nuha! and Happy 6th birthday Abid

Cerita berlaku seminggu yang lepas. Baru rajin nak update. Huhu.....sungguh sekarang ni sedang tahap kemalasan yang melampau! Serba serbi malas je.....huwaaaa!

Ok!Ok! Mood rajin sikit pagi ni.....

19 November yang lepas sepupu paling kecil budak-budak ni pertama kali datang ke rumah kami. Datang bersama bondanya Cik Ana anak-anak aku tu, dan Tok Mak mereka (mil aku yang tersayang). Sampai juga Nuha ke rumah mokteh ya!

Geram sungguh dengan si Nuha ni. Peel baru dia yang aku nampak hari tu, suka sangat terjeler lidah. Jelir lidah sampai semua lidah nak terkeluar. Tapi bila aku nak ambil gambar, pandai pula cover tu....huhuhu. Memang dah nak makan sangat kot budak ni ya Ana....hihi.

Tapi Nuha datang sekejap aje. Hanya sempat bermalam semalam di rumah kami. Entah bila Nuha nak sampai lagi lepas ni ya! Esoknya 20 November Nuha dah berangkat pulang. Sebelum pulang, kita kerjakan Nuha. Ambil gambar banyak-banyak dengan dia....hehe.

Bersama Arif, dua-dua tersengih, sorang belum ada gigi, sorang lagi dah nak hilang gigi....huhu. Lepas ni Nuha dah tak jadi sepupu paling kecil lah ya, ada dua bakal menyusul, adik Arif jadi paling kecil pulak....hehe.

Bersama Kakak Alia dan abang Arif. Alia anak dara aku sorang ni memang dah boleh di harap urus adiknya Arif. Pegang Nuha pun tak nampak kekok, senanglah ibu nanti ya Alia...:)

Lagi anak-anak aku bersama Nuha. Gambar kanan baru abang Abid nak menyelit. Hari itu 20 November adalah hari ulangtahun Abid yang ke 6. Abang Aqil tak join, jalan masih mengengkang belum baik sunat...hihi.

Sempena birthday Abid, pagi itu bersarapan dengan kek budak-budak ni. Nuha tolong tengok, baru perasan takde Nuha pun dalam gambar masa nak potong kek. Arif lagilah, mandi pun belum....huhu.
Selamat hari ulangtahun yang ke 6 buat anak ibu Abid. Minta maaflah baru hari ini ibu update dalam blog ni. Abid tak kisah pun kan, ibu je rasa bersalah pada diri sendiri sebab takde buat apa pun untuk birthday Abid kali ni. Pening lalat tak sudah ibu kan. Doakan ibu dapat habiskan 1st trimester ni dengan cepat, ibu pun dah tak larat rasa....huwaaa.

p/s: Minggu depan baru plan nak buat buku merah sebab dah masuk 12 minggu....:)
~ يوس ~

Wednesday, October 03, 2012

Kaedah mendidik anak : Ustaz Don Daniyal


Video yang sangat terkesan di hati. Rasa diri banyak kekurangan dalam mendidik anak-anak. Moga aku dapat menjadi ibu yang lebih baik....amin. 

~ يوس ~

Thursday, September 27, 2012

Pertama kali Aqil ikut rombongan sekolah

Pertama kali anak sulungku Aqil ikut rombongan sekolah. Hati dah rasa gundah gulana. Tak tenteram, risau semacam. Perasaan seorang ibu, macam tulah agaknya kan. Rombongan cuma sehari 2 malam pun dah risau semacam....hihi. Belum lagi anak masuk asrama ke apa. Macam manalah aku nanti.

Rombongan ke Kuala Lumpur, bertolak malam tadi dari sekolah pukul 12.30 malam. Ibu doakan yang terbaik buat anak ibu. Moga selamat pergi dan balik dan moga baik-baik saja sepanjang lawatan. Teruja sangat dia dapat pergi.

Seramai 160 orang ahli rombongan khabarnya, dan 4 bas kesemuanya. Ramai tu, lagi bertambah risau juga ibu. Seorang guru jaga 10 orang murid. Sebelum pergi sibuk juga minta handphone bila dia nampak ada kawan-kawannya yang bawa handphone sendiri, tetapi abahnya tak benarkan.

Sebelum pergi, dari rumah dah berbakul pesanan aku luahkan. Lepas mandi, baju jangan tinggal, simpan dompet duit elok-elok, ikut arahan guru, jangan kemana-mana seorang diri. Hai! Sampai malas dia nak dengar kot. Jawapan cliche dia "Yalah ibu, Aqil tahu!"

Gambar-gambar kenangan sebelum Aqil berangkat pergi malam tadi.

Sebelum sampai sekolah, abah ajak ngeteh dulu. Masih awal sebenarnya, baru nak pukul 11 tapi Aqil dah tak sabar sangat nak pergi masa ni....huhu

Dah sampai dewan sekolah, sessi menunggu semua murid yang nak ikut rombongan sampai. Aqil bermain dulu dengan kawan-kawannya.

Bas dah mula sampai masa ni. 4 buah bas kesemuanya yang membawa 160 orang ahli rombongan bersama.

Sedang mendengar sessi taklimat sebelum berangkat pergi. Setiap murid di beri tag nama yang ada no telefon guru pengiring di belakangnya. Tag nama punya warna berbeza mengikut kumpulan bas yang di naiki. Aqil naik bas yang ke tiga, memegang tag nama yang bertali warna hijau. Dia turut berada dalam kumpulan 2 bagi ahli bas no 3 yang mana satu kumpulan 10 orang . Seorang guru jaga 10 murid kiranya.

Aqil sudah berada di dalam bas. Nampak bayang kepala pun jadilah. Masa ni perasaan ibu dah sebak. Risau sangat dengan keadaan Aqil. Lagi sikit air mata nak meleleh, dah bertakung dah...huhu
Alia, Abid dan Arif pun ikut menghantar. Abid sibuk nak ikut Aqil naik bas....hihi. Tidurku tak berapa lena. Kejap-kejap teringat. Tap kena kuat dan tabahkan hati. Anak ikut rombongan sekolah je pun.....hihi.

Pagi-pagi tengok hp ada panggilan masuk yang tak sempat aku jawab. Hati mula risau, nombor siapa ni? Cikgu telefon nak beritahu pasal Aqil ke? Cuba telefon semula tapi tak berangkat. Selang beberapa minit, nombor yang sama telefon aku semula. Kedengaran suara Aqil dari sana. Lega rasa hati. Tapi geram juga, sebab apa yang aku tanya, dia tak jawab betul. Macam tak dengar pertanyaaan dari aku pun ya.

Suasana bising. Kukira dia meminjam hp kawannya untuk menelefon. Dah mandi katanya. Lain-lain tak jawab soalan. Tanya guna telefon siapa pun dia asyik jawab, "Aqil ok ibu!" Akhirnya terus kata bye dan letak telefon. Adeh! Tak sampai seminit pun.

Apa pun aku memang rasa lega sedikit. Kelakar pun iya perasaan ibu ni kan. Anak baru 10 tahun dah ikut rombongan. Dah lah aku nampak dia paling kecil dan kurang ketinggian je berbanding rakan-rakannya....hihi. 

SRD kata, aku kena yakin dengan Aqil. Dia boleh! Jangan over protective. Ok! Ok! Kena ubah, jangan terlalu risau, yakin dia boleh jaga diri.

Ibu tunggu kepulangan Aqil malam ni. Di jangka tiba semula di sekolah pukul 12 malam juga. Baru sehari dua malam ikut rombongan, dan terlebih risau aku ni, kalau seminggu mahu tak lalu makan.....hahaha.

Sekian....

~ يوس ~

Thursday, September 13, 2012

Merancang kehamilan di usia lebih 35? Risiko?

Tengok wajah comel, halus mulus Arif ketika usianya 4 bulan tetiba rasa bestnya ada baby kecik lagi.
Gambar di ambil daripada entri ini.

Ada perasaan nak tambah seorang lagi anak, tapi takutnya sebab usia dah 36 tahun. Bila baca info di internet, risiko kehamilan di usia lebih 35 dan awal 40 tahun, agak menakutkan di situ. Biasanya di kaitkan dengan high blood, diabetess, down syndrom dll.

Jangan ada yang serkap jarang kata aku dah peknen pula ya. Tidak!! Belum ada isi pun, baru planning je nak menambah. Baru planning pun hati dah kecut perut macam mana?

Teringin juga nak dengar pendapat mereka-mereka yang pernah mengandung di usia lebih 35 atau mungkin lebih 40. Apa perasaan? Perlu minta nasihat doktor dulu ke?Kalau nak kata dari pandangan kasar, memang aku dah tak secergas dulu dah. Masa mengandungkan Arif pun ada masalah tekanan darah rendah. Selalu penat dan letih. 

Dari dulu SRD memang suka anak ramai. Kata dia 6 paling bagus, tapi aku kata max pun 5 je kot. Arif dah 2 tahun 2 bulan, dah boleh bersedialah kalau rasa nak menambah kan.

Paling penting persediaan mental aku sendiri, emosi kena stabil kan. Urus anak 4 pun aku dah rasa penat, kalau tambah seorang lagi boleh ke? 

Baru menulis pasal ni pun hati dah berdebar-debar takut! Aduh!!! Cancel lah macam ni!!

Bang!!! 4 cukuplah kan?

Pendapat anda?


~ يوس ~

Monday, September 10, 2012

Akhirnya kami mengalah, dapat juga mereka PS2, walau baru pegang kotaknya saja....

Dari dulu mereka hanya tahu main game di internet. Itupun aku tak benarkan mereka download sebarang game, hanya main game yang free je. Kemudian belajar pula main game di fb. Entahlah, budak-budak sekarang ni terdedah dengan permainan video game ni.

Walau dah berulang kali minta di belikan, terutamanya dari Aqil, tapi kami buat dekk je. Layan sajalah mereka game dari internet atau dari handphone biasa kami tu. 

Tak habis-habis, pertanyaan yang sama juga di ulang. 

"Kenapa tak boleh beli ps2?"
"Ibu beli tab cina pun murah ibu? Akif dah beli dah!"
"Psp mahal ke ibu?"

Adeh! Aku tak berapa faham pasal game-game ni, abahnya pun sama.

"Berapa harga ps2 tu ibu? Nanti Aqil kumpul duit sendiri ibu belikan ya ibu!"

Bersungguh sangat dia dengan hasratnya nak dapat ps2 sendiri. Aku pun galakkan dia menyimpan dan berjimat cermat dari wang saku setiap hari yang dia dapat dari abahnya. Setiap kali dia rasa duitnya dah lebih RM10, dia akan suruh aku simpankan, katanya untuk beli ps2 atau tab.

Kesungguhannya menyimpan bermula dari awal bulan 7 hari tu. Sebelum ni dia selalu simpan duit syiling je dalam tabung harimaunya. Bila dah penuh kami akan masukkan duit tu dalam bank. Tapi kali ini, dia memang berazam menyimpan untuk beli ps2 atau tab itu.

Habis adik-adiknya semua di pujuk untuk menyimpan sama. Katanya, nanti boleh main sama-sama. Kalau sama-sama menyimpan cepatlah sikit wang itu terkumpul.

Dalam hati kami, memang kalau boleh tak mahu belikan. Kami sendiri pun tak tahu harganya berapa. Aku tanya pada SRD, "Ada sampai seribu ke harga ps2 tu bang?"

SRD pun tak pasti, malas nak survey pun ya, sebab bukan satu keperluan untuk beli.

Tapi bila di lihat, setiap kali ada peluang, mesti dia hilang ke rumah kawannya. Sekejap ke rumah jiran sebelah kanan, sekejap ke rumah jiran sebelah kiri. Kemudian tu ke rumah jiran yang selang 6 rumah pun dia pergi. Gara-gara nak bermain ps2 mereka. Adeh! Bila dah ke sana berejam pula tu. Biasanya hari minggulah. Hari sekolah, mana sempat, pukul 640 petang baru sampai ke rumah.

Tapi, adiknya Abid dan Alia pun dah pandai. Ke rumah kawannya@ anak jiran kami juga yang rumah mereka semua ada ps2. Ini sudah lebih. 

Kalau dulu bila mereka kata nak bermain di luar dengan kawan, memang aku lihat semua bermain di luar. Main basikal lah, main kayulah, main lari-larilah, main teng-teng ke. Ini bila cakap nak main di luar, dia masuk rumah kawannya. Aku tak suka mereka selalu masuk rumah orang. Dah pesan pun, mereka kata, "Kawan ajak mainlah ibu! Habis ibu tak nak belikan ps2!"

Kemudian mereka sendiri kata, "duit raya tahun ni kalau banyak, bolehlah buat beli ps2 ya ibu!"

Aduh! Memang kemaruk ps2 ni. Tahun lepas, Abid beli mainan ultraman je dengan duit rayanya dengan nilai RM40, yang lain kami simpankan di TH. Aqil pula beli mainan helikopter dengan nilai RM80 tak silap, lebihnya juga kami simpan di TH dia. Alia langsung tak mahu beli apa-apa, semua duit rayanya kami simpan di TH. Tahun ni mereka sepakat, nak gabung duit raya beli ps2 atau tab sebab kami kata harga nak beli tu lebih dari 1 ribu.

Bila campur duit raya dan simpanan mereka yang di beri pada aku sejak bulan 7 hari tu, ada RM876. Arif tak masuk sebab aku kata, Arif mana pandai main ps2. Sejak dari seminggu lepas raya dah sibuk bertanya "cukup tak ibu nak beli ps2 atau tab?" 

Aduhai anak! Maka semalam kami bawa mereka mencari apa yang mereka mahu. Namun kami nyatakan mereka cuma boleh beli ps2, tab lebih sensitif, nanti kemana-mana dengan tab. Kalau ps2 tu, bila di rumah saja kan. Dalam pada itu beribu pesanan kami lemparkan pada mereka supaya tidak leka dengan mainan saja dan jangan lupa belajar dan siapkan kerja rumah. Satu lagi, sebab nak elakkan mereka kerap sangat bermain di rumah jiran. Namun pesanan paling tak boleh belahh..." Kalau duit tu tak cukup nak beli ps2, kita simpan dulu duitnya, tunggu bagi cukup ya!"

Dalam hati, berharap tak cukuplah amaun tu. Lagipun kami tak bagi bawa semua. Hanya RM770 saja yang kami bawa kononnya nak belikan ps2 mereka tulah. Tiba di kedai, tengok harga Tab, kalau Cina punya atau Korea punya memang murah. RM339 dah boleh dapat. Kalau RM559, dapat yang Korea punya. Samsung Galaxy Tab 7.70 pula RM889 dah dapat.

Tapi dah kata hanya boleh beli ps2. Sampai di kedai bila lihat harga ps3 pun baru lebih kurang 900, maknanya ps2 pasti lebih murah. Alamak, dah murah rupanya, kenalah beli ni....aiseeyyy. Bila di tanya, harga ps2 tu cuma RM460 termasuk dengan memory card 8mb dan 10 free cd games pilihan sendiri. Aqil bila dengar je apa lagi, melonjak gembiralah dia.

Berpandangan sesama sendiri, aku dan SRD tak boleh kata apa dah, dah janji dengan mereka kalau cukup jumlah duit raya mereka nak beli ps2 tu, kami akan belikan. Ini dah lebih dari cukup, kenalah belikan. Mulalah masing-masing sibuk memilih 10 cd games yang mereka suka. Seorang dapat 3 pilihan kecuali Aqil pilih 4. 

Punyalah seronok mereka. Abid pula tahu duit rayanya ada lebih banyak lagi, mula minta ultraman lagi. Tak habis-habis dengan ultraman. Dapatlah dia ultraman lagi satu. Balik dari shopping singgah raya rumah Nek Jah mereka di Parit Raja. Dah pesan supaya mereka sentiasa 'behave' dan tak bergaduh kalau tidak tak dapat main ps2.

Tak tahulah apa yang seronok sangat mereka ni, memang macam tulah. Di rumah Nek Jahnya, main tak hengat dunia. Dahlah rumah Nek Jahnya tu penuh dengan keris dan pedang lama, boleh pula di keluarkan salah satu pedang tu dari sarungnya. Menjerit atok sedara mereka. Kemudian tu boleh pula main air sampai basah di bilik air. Tiga-tiga basah, kononnya nak tumpang buang air, tapi bising main air. Adeh!

Kemudian tu bila suruh duduk diam, boleh pula bergaduh. Dah sorang menangis, apa lagi semua kena denda dengan abahnya, walau ps2 sudah di belikan, tak boleh dapat main sehingga 22hb September. Denda 2 minggu Muka masing-masing muncung!

Sampai rumah, semua mula tunjuk baik. Terus mandi, solat Asar, siap basuh kasut sekolah lagi. Kalau tidak tak di basuh-basuhnya, mentang-mentang ada satu lagi kasut yang bersih. Kemudian abahnya suruh semak kerja sekolah masing-masing dah siap ke belum. Semua kata dah siap abah!!!

Sekali abah buat kejutan periksa satu-satu buku, ada lagi beberapa kerja tak siap. Satu kerja tak siap, satu hari di tambah kepada tempoh denda tak boleh main ps2. Akhirnya semua di tambah 5 hari lagi.....hahaha, menjadikan 27hb baru abah akan buka ps2 tu. Sekarang abah sorok kat dalam bonet kereta dia.....kihkihkih. Denga ultraman Abid yang baru pun dia tak dapat pegang juga lagi. Hihihihi, ibu suka hati. Siapa suruh tak dengar kata kan.

Pesanan dari abahnya SRD, "siapa buka mulut tanya pasal ps2 sebelum tarikh 27hb, abah tambah lagi 1 hari tempoh denda tak boleh main!"

Malam tadi, Abid sibuk tengok kalendar. Siap kira tu berapa hari nak sampai ke tarikh 27hb. Hihihi, kesianna anak ibu. Ibu diam je, kalau abah lembut hati, dapatlah masa di kurangkan ya! Jangan kena tambah hari lagi sudah....... Surprisingly, semua tak buka mulut pun bertanya, macam dah lupa aje. Kalau tidak tak habis-habis bertanya. Kita tengok mereka boleh tahan sampai bila. Penangan ps2, memang besar sungguh. 

Ibu pun kena rajin pantau lepas ni, jangan main lama sangat, kalau tidak abah sambung denda lagi, ibu sokong aje!!!!

Rupa PS2 yang kami beli untuk mereka [image pinjam dari blog ini] p/s: belum dapat ambil gambar ps2 sendiri sebab kotaknya masih tersorok di bonet kereta SRD.....hihi.
Moga keputusan kami ikutkan kemahuan mereka beli benda ni betul. Satu kebaikan yang kami dapat dari hasrat mereka nak sangat ps2 ni, mereka dah mula pandai menyimpan wang saku mereka. Hasrat mereka selepas ini, "Tahun depan nak beli tab pula ya ibu!!"

Adehh!!!!! Anak zaman IT......
~ يوس ~

Wednesday, July 11, 2012

Kelab Taha : Menabung untuk anak dari kecil

Lambatnya aku up entri hari ini. Biasa pagi-pagi, hari ni petang-petang pula ya.

Pagi ini ke Tabung Haji menambah tabungan untuk anak-anak. Tabungan sendiri suami dah buat potongan gaji setiap bulan jadi cuma buat kemaskini buku ajelah. Tabungan anak-anak, aku memang peruntukan sejumlah wang dari yang SRD beri setiap bulan untuk tabungan mereka. Untuk Etiqa takaful lain, untuk akaun tabung haji lain.

Bila jumlahnya dah menampakkan tanda-tanda kalau tak di simpan cepat, akan terguna pakai, maka haruslah segera di simpankan ke akaun....hihi.

mesti adil, setiap seorang ada buku. Dan bila ada buku, perlulah selalu menabung, jangan biar buku tu nampak kosong je kan!!!! Pesanan untuk diri sendiri!!! hehe.
Dah lama tertarik dengan Kelab Taha yang di tubuhkan oleh Tabung Haji, tapi tak pernah bertanya setiap kali berkunjung ke sana. Pagi ini aku teruja ingin nak tahu. Lebih-lebih lagi bila selalu juga terbaca di akhbar Kelab Taha ni ada memberi Anugerah Kecemerlangan kepada ahli-ahlinya yang berjaya dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM.

image di pinjam dari blog ini.

Melalui sumber www.tabunghaji.gov.my, Kelab TaHa dilancarkan pada tahun 2008 di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Bangi yang disempurnakan oleh YB Dato' Dr. Ahmad Zahid b Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Penubuhan kelab disasarkan kepada penabung muda yang berumur dari 7 hingga 17 tahun.

Makanya hanya anakku Aqil dan Alia saja yang layak memohon. Bila dah ada akaun tabung haji, senang aje nak menjadi ahli. Cuma perlu beritahu kepada petugas di kaunter, dan dia akan updatekan dalam sistem yang anak kita mahu turut serta menjadi ahli. Maklumat semua kan sama masa mula-mula mengisi borang nak buat buku akaun dulu kan. Sekarang ni, hanya perlu menunggu kad keahlian berserta no keahlian Kelab Taha yang akan di hantar ke rumah. Aku pula yang excited terlebih nak tunggu kad keahlian mereka ni, al-maklum dulu-dulu zaman kita mana ada...hehe.

Apa keistimewaan menjadi ahli Kelab Taha??
  • Kad keahlian secara percuma.
  • Potongan harga di lebih 300 rangkaian rakan Kelab TaHa di seluruh Malaysia.
  • Potongan 15% harga penginapan di mana-mana Rangkaian TAHA.
  • Layak dipertimbangkan untuk Anugerah Kecemerlangan kepada pelajar cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM.*
  • Penyertaan Klinik Bimbingan Peperiksaan UPSR, PMR dan SPM secara percuma.*
  • Peluang menyertai peraduan dan memenangi hadiah yang menarik.*
Sumber : tabunghaji.gov.my
Lain-lain keistimewaan boleh rujuk di sini.

Apa pula objektif penubuhan Kelab Taha ni??
  • Menanam minat menabung sejak di bangku sekolah. Menyemai rasa bangga menjadi ahli Tabung Haji di usia muda.
  • Menganjurkan program-program khas untuk manfaat tambahan kepada ahli kelab seperti Seminar Bimbingan Peperiksaan, perkhemahan ibadah dan sebagainya.
  • Mempelbagaikan program dan aktiviti untuk pendeposit muda dan membangkitkan keinginan menyahut laungan Kaabah di usia muda.

Aku percaya ramai di antara pembaca yang dah punya akaun TH kan. Suka nak ikut contoh Tips Menabung yang berkesan dari Eyriqazz.com.  Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Arif saja walau baru nak capai usia 2 tahun, tapi simpanan TH dia dah hampir 2K. 

Semoga anak-anak ibu akan sentiasa beringat untuk menabung. Dulu-dulu atok dan maktok susah, tak dapat buat simpanan untuk ibu dan abah. Dah besar, baru dapat buat simpanan sendiri, daftar haji pun lambat, kalau ikut giliran katanya 2039 baru tiba giliran kami....huhu. Berjanggut nak tunggu. Moga ada rezeki kita kan anak-anak.

Kawan-kawan yang ada anak berusia 7 tahun ke atas dan masih belum menyertai Kelab Taha ni, jomlah pakat-pakat join sama. Di samping menggalak anak-anak menabung, dapat juga menikmati keistimewaan yang di berikan. Tak rugi kan!


~ يوس ~

Friday, June 22, 2012

Report Card Day June 2012

Dah banyak kali melaluinya, perasaan berdebar tu tetap ada setiap kali nak ambil keputusan peperiksaan anak. Belum ambil peperiksaan besar lagi, kalau yang besar-besar bagaimana agaknya.

Apa pun ibu gembira dengan pencapaian anak-anak ibu. Walau ada kelemahan sana sini, harap masih boleh di perbaiki.

Sedikit risau dengan pencapaian Aqil. Dah darjah 4, 2 tahun lagi darjah 6. Bagaimana nak pastikan perkembangannya agar bertambah baik, terutama subjek BM. Kawan-kawan yang ada pengalaman? Nak kena hantar tusyen ni kot. Tapi susah juga nak cari guru tusyen di kawasan ni.....

Belajar dengan aku sendiri, dia main-main lah, lagipun BM ni macam kurang pandai nak ajar...huhu.


Abid
Pencapaian Abid. Ni memang tak sangka, full mark untuk semua subjek. Ujian lisan pun A semua, cayalah Abid. Tadika 6 tahun je pun...Tahniah sayang!
Alia
Ini pun agak terkejut tadi. Meningkat dari akhir tahun lepas. No 2 dalam kelas pertengahan tahun ni. Keputusan Alia untuk tahun 2. Sekolah agama pun Alia dapat no 2 dengan 84.6%. Komen guru kelas paginya, Alia pendiam di kelas, muka macam orang tak faham je, tapi sebenarnya bila di tanya, tahu rupanya dia. Cikgu ingat dia tak tahu.....susah nak tunjuk bakat diri, kena cikgu panggil baru nak buat. Tapi cikgu boleh dengar suara dia suka menyanyi sambil buat kerja. Walau perlahan dan nyanyi sendiri saja semasa meyiapkan kerja, cikgu masih boleh dengar. Adeh! Awat suka benor menyanyi anak dara aku ni....huhu.  Tapi untuk sekolah agama, ustazahnya kata lain pula. Sangat bising di kelas, suara dia paling kuat. Tukar perangai pula di sebelah petang ya!Apa pun Congrats Alia!
Aqil
Keputusan peperiksaan Aqil. Sedikit merosot, mungkin sekarang dah tahun 4, subjek makin susah. Apa pun ada peningkatan dari ujian bulan Mac, muncul 1A, kalau tidak dapat 5B je masa ujian Mac tu. No dalam kelas pun semakin baik. tapi aku tetap risau dengan dia ni. Sekolah agama pun no 8 dari 37 orang murid dengan peratus hanya 66.4%. Aduh! Aqil, banyak main dia ni sekarang. Komen dari cikgu, dah kurang berkhayal berbanding dulu, tapi tulisannya tersangatlah buruk. Susah nak baca. Ini aku akui, memang tulisan dia macam cakar ayam, dah banyak kali aku tegur, sama juga. Cikgu dia sendiri kata, suka nak siapkan kerja dengan cepat, itu pasal tulisan semakin buruk. Laju sangat menulis. Moga boleh di perbaiki lagi ya Aqil! Apa pun ibu tetap bangga dengan Aqil.

Catatan untuk rekod di sini. Sebagai melihat prestasi anak-anak ibu. Juga untuk tindakan ibu selanjutnya, mana yang perlu di ambil lebih perhatian. Aqil terutamanya. Budak lelaki ni makin besar banyak main kot.....hmmmm.

Sekian....

~ يوس ~


Tuesday, June 19, 2012

Semua sudah kehilangan gigi.....

Kesinambungan dari entri aku Fobia jumpa doktor gigi??, Sabtu lepas hampir semua kehilangan sebatang gigi pada hari yang sama. Plannya aku aje yang nak pergi cabut gigi, tapi aku fikir, dah terlanjur jumpa doktor gigi, minta doktor periksa gigi anak-anak sekali. Sudahnya, ke tiga-tiga mereka pun kehilangan gigi seorang sebatang....hihi.

Aqil paling kesianlah, gigi sebatang hilang, kemudian kena tampal gigi juga. Minggu depan Aqil di minta datang semula sebab ada sebatang lagi yang perlu di cabut. Doktor tak mahu cabut serentak. Aku pula kena datang untuk buka jahitan. 

Pelik bagi aku, siap ketawa depan doktor tu sebab rasa kelakar sangat, cabut gigi pun siap kena berjahit gusi bagai...huhu.

Gambar mereka-mereka yang baru kehilangan gigi, sedih je masing-masing. Gambar ibu dia je yang tiada....hehe.
Selepas ni jangan takut jumpa doktor gigi lagi ya anak-anak. Aku siap jadi pemerhati ketika doktor menjalankan rawatan untuk ketiga-tiga mereka. Beri kata-kata semangat supaya mereka tidak takut, tapi bila sampai giliran aku, sendiri takut....hahahah.

Kos untuk 4 orang RM240. Kos meliputi cabut gigi geraham 3 batang, cabut gigi hadapan 1 batang dan tampal gigi 1 batang serta ubat-ubatan.  Mahal sikit lah klinik gigi kat Parit Raja ni berbanding Melaka kot, sebab hari tu SRD cabut gigi geraham di Melaka sebatang RM45, kat PR, sebatang RM60 untuk dewasa....huhu. Akak ipar aku cakap kalau di Putrajaya sebatang RM90. Kos rawatan gigi ni boleh tahan juga kan. Nasib baik guna peruntukan yang majikan SRD dah beri. Jadi kena bayar RM10 je hari itu.

Nak gigi sihat,selain dari rajin berus gigi, kenalah jumpa doktor gigi. Huh! Nilah baru datang kesedaran, kalau tak bertahun tak pernah jumpa pun....hahahahahha.

p/s: Ramai yang kata besarnya laman rumah aku dalam entri sebelum ni. Ada yang ingat rumah banglo. Adeh! Tidak ya kawan-kawan, rumah semi-D saja sebenarnya, dan mungkin sudut aku ambil gambar tu menampakkan ianya besar dan luas.. Tapi pemaju rumah ni memang buat laman hadapan dia luas kot, boleh masuk 3 biji kereta dengan mudah. Ramai juga yang kata ok gabungan kaler tu ya....alhamdulillah.

~ يوس ~

Monday, May 21, 2012

Sekitar Acara Sukan Tadika Al-Huda daerah Batu Pahat

Memenuhi undangan untuk bersama dalam acara yang di adakan dua tahun sekali di tadika Abid, kami sekeluarga ke stadium Batu Pahat semalam bagi bersama-sama memberi sokongan terhadap Abid dalam acara sukan yang di sertainya.

Abid cukup teruja kerana ini tahun pertama dia menyertai sukan seumpama ini. Ibu dan abah walau dalam keadaan masing-masing kurang sihat tetap bersemangat memberi sokongan. SRD abahnya sakit gigi sebenarnya, aku pula badan kurang sedap, pening kepala aje hari itu...huhu.

Ok, entri ini meriah dengan gambar. Seronok tengok gelagat Abid dan anak-anak di sana sebenarnya. Rasa macam nak kongsi semua gambar aje...huhu.

Sampai sana lebih kurang pukul 8 pagi, Abid di beri nombor pengenalan tadikanya untuk di lekat pada baju. Tadika Abid berada di kumpulan A iaitu tadika ke 4

Acara perbarisan masuk Abid di depan bersama cikgu Zainab dan rakan-rakannya

Itu dia Abid dan rakan-rakan berbaris. Ceria aje muka Abid. Membaca ikrar serta nyanyi lagu negaraku masa ni.  Untuk seluruh daerah Batu Pahat, ada 12 buah tadika Al-Huda di bawah naungan Abim ni.

Abang, kakak dan adik menonton dalam kepanasan terpaksalah gunakan payung.

Ini acara yang Abid sertai. Bawa belon air. Masa ni guru bertugas sedang memberi penenrangan tentang bagaimana permainan akan di jalankan. 

Suka bawa belon air. Abid nampak bersemangat. Untuk acara ini Abid dan rakan-rakan berjaya mendapat tempat ke 2. Hadiahnya kalung medal warna perak.

Ini pula acara terbuka. Acara meniup belon sampai pecah. Abid dapat tempat ke 3 untuk acara ini. Hadiahnya bekas air minuman.

Ini acara mengambil gula-gula dalam tepung guna mulut. Abid tak menang acara ini, tapi gula-gula yang dia dapat cukup banyak juga untuk di bahagi2 sama rata dengan adik beradik yang lain.

Lihatlah muka Abid. Inilah hasil dara meniup tepung untuk mendapatkan gula-gula ....hehe.

Ini pula acara untuk ibu dan bapa. Acara lumba lari dan tiup belon sampai pecah. SRD aje masuk, aku malas, pening kepala...huhu. Untuk lumba lari tu, SRD dapat tempat ke 4. Hadiahnya tupperware tinggi je...huhu.

Ini acara antara ibu bapa dan anak. Memakaikan anak dengan pakaian dari suratkhabar se kreatif mungkin. Eceh. Bertungkus -lumus juga kami menyiapkan Abid. Entah baju apalah ni.

Tekun cuba menyiapkan. Siap selempand dan keris, tapi topinya salah temalah. Patut buat tanjak kan....huhu. Nak nampak warna warni, belon pecah yang bersepah kat tanah tu aku kutip dan lekatkan sekali. Biar ada warna warni...hihi.

Dah siap bergambar bersama adik beradik yang lain dan bergaya sekejap dengan baju dia .... Tapi kami tak menang acara ini. Saguhati pun tak dapat....huhu.

Abid ambil hadiah untuk acara bawa belon dalam air dengan baju suratkhabarnya. Dah macam robot tengok dia...haha. Nak minum air pun kakak tolong suapkan. Macam petani nak pergi bendang pun ada juga ya Abid.
Aktiviti satu keluarga yang menyeronokkan. Acara sukan habis sepenuhnya pukul 11.30 pagi. Terus pulang ke rumah kerana pening kepala Aku semakin menjadi-jadi...huhu. Balik aku telan panadol dan tidur. Anak-anak lain pun tidur juga rupanya. Bangun pukul 1.30 dan siapkan makanan untuk tengahari. Lepas makan sambung tidur..... Aduh! Kenapalah sakit benar kepala ibu semalam. Apa pun aku seronok dapat sertai acara sukan tadika Abid. Hari ini Abid di beri cuti oleh cikgunya kerana dah penat bersukan semalam kan. Teman ibu di rumah sambil gaduh-gaduh dengan Arif lah ya kan Abid....hehe.

Sekian cerita sukan tadika Abid.......
~ يوس ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...