Tuesday, July 15, 2014

Home » , » Teruja dapat kasut baru | Bila nak raya ibu??

Teruja dapat kasut baru | Bila nak raya ibu??

بسم الله الرحمن الرحيم

Dah masuk 17 Ramadhan hari ini. Alhamdulillah masih dapat menjalani ibadah puasa dengan baik dan tenang je kan kita di Malaysia ni. Bila teringat sahabat2 kita di Gaza Palestin sana, Ramadhan mereka sangat berbeza dengan kita, tapi kekuatan dan semangat mereka buat kita rasa malu. Malu kalau kita yang baru ujian sikit ni dah rasa berat, tapi meraka di sana masih mampu tersenyum....Masya Allah.

Hari ni nak cerita pasal Arif lagi lah. Arif memang hari2 ada cerita. Dia je kot yang terlebih2 cerita, saya tak tahu nak cerita sangat pasal Amani berbanding dia....hihi. Tahun ini pertama kali belikan dia kasut raya. Sebelum ni selalu belikan sandal raya, atau selipar raya je. Bukan tak mahu, tapi sebab abangnya Aqil memang tak suka berkasut. Katanya susah nak keluar masuk rumah orang beraya dengan kasut.Lambat nak sarung nanti, jadi bila abangya dah beli selipar atau sandal je, yang lain pun ikut sama.

Permintaan kasut raya datangnya dari Abid, Tahun lepas dia baru darjah 1, biasalah lepas raya naik sekolah tu mesti ada jamuan raya kat sekolah kan. Kawan2 semua berkasut raya cantik, tapi dia bersandal saja, tak cantik kata dia. Sebab tu tahun ni sibuk sangat nak kasut. Bila abangnya Abid nak kasut, Arif apa lagi, kalah semua orang lah kan.....huhu.

Makanya Sabtu lepas shopping kasut raya untuk anak2. Semua dapat, tapi paling teruja Arif le. Belum sampai kereta dah sibuk nak pakai kasut baru dia. Tak dapat, sampai rumah, tanya lagi tak dapat juga. Abahnya letak nun jauh atas almari.

Hari2 tanya, bila boleh pakai kasut baru. Saya kata, tunggu raya. Lepas tu hari2 tanya, "bila nak raya bu??? Lambatnya"....Aduhai!!! .

Arif ni walau di sekolah cikgunya kata tekun dia siapkan kerja, tapi kalau di rumah saya suruh, memang tak nak dia buat. Cakaple macam mana pun, tulis satu huruf pun dia kata penat. Memang dari mula cuba ajar dia sikit2 dia tak makan di ajar dengan saya. Semua dia tolak, sebab tu saya masukkan dia sekolah awal dari abang2 dan kakak2nya. Belum 4 tahun dah masuk sekolah. Tapi penangan kasut raya, semalam saya suruh buat latihan menulis, dapat dia siapkan habis. Nak pakai kasut raya punya pasal, hehe.

Saya suruh dia buat tulis no 2 dan huruf B selepas tu . Perasan tak, ultraman dia ada je teman....huhu.
Masa tulis no 2 ni punyalah bersemangat. Habis tulis no 2, sambung tulis huruf B dah mula malas. Ayat dia, " Banyaknya ibu suruh ni. Bila nak siap ni?? Ibulah buatkan. Arif nak kasut je!!"

Sampai menangis, tapi sebab saya tegas, nak try kasut baru kena siapkan, berjaya juga dia siapkan tu, walau muka muncung. Sila percaya, dia memang paling malas kalau saya suruh buat latihan apa2. Baru dua hari ni berjaya, penangan nak pakai kasut raya....hahahaha.

Selama ni saya ingat dia tak pandai menulis lagi, ialah baru masuk 7 bulan di sekolah, dah dia pun belum 4 tahun, tapi betul kata cikgunya, cantik juga tulisan dia, tapi sebab dia tak pernah nak tunjuk di rumah, cikgunya pula tak pernah bagi buku sekolahnya bawa balik, saya tak nampak. Alhamdulillah, kerana kasut baru, kasut raya dia tu, dia nak tunjuk pada saya. 

Ke hulu ke hilir dengan kasut baru dari tadi. Amani pun dia suruh pakaikan kasut.
Nasib baik mendengar kata juga, pakai di rumah je, lepas tu simpan, raya baru boleh bawa keluar. Dan kerana itu jualah asyik tanya, bila nak raya??...huhu.

Ada yang tanya, Arif puasa ke?

Jawapan saya tidak, saya kata pada dia, Arif puasa ya sampai pukul 12. Tapi sibuk nak bawa bekal air juga. Hihi, saya pun tak suruh dia puasa sangat, solat pun belum pandai, baru tahu tertib solat je, bacaan tak pas langsung sebab dia sangatlah pelat. Takpe pelan2 kan, buat apa nak cepat2 ikut orang lain. Bab mengaji alhamdulillah terang hati juga dia. Iqra 1 tu dah lebih dari huruf   ي.

Semoga kamu membesar dengan sihat dan menjadi anak yang bijak ya Arif. Ibu sentiasa doakan kamu. Nakal2 kamu, kamu sentiasa menghiburkan hati ibu. Gaduh2 manja dengan ibu....hihi. Oklah, cukup kot cerita Arif hari ini, lain kali kita sambung lagi.

Sekian, tq sudi baca.



~ يوس ~

12 comments:

  1. Sian Ariff nak cuba kasut raya..
    Tapi tak pe ariff.kasut raya dapat pakai..kerja pun siap..adik amani pun dapat pakai kasut cantik

    ReplyDelete
  2. Arif... Arif... tak sabar nak kasut baru ye:)
    Itulah Yus budak kalau dah ada depan mata memanglah masa tu terus dia nak pakai. Kakak ingat dulu masa kakak kecik pun sama:)

    Betul jgn paksa anak-anak berpuasa. Dlm Islam yg perlu dipaksa adalah solat dulu. Insya-Allah kalau solat sempurna anak akan dgn sendirinya akan mahu berpuasa. Kakak melihat dari anak kakak sendiri. Sebab itu anak kakak 5 tahun solat semua dah ok tapi puasa sampai usia 7-8 tahun pun masih ada yg lompong...

    ReplyDelete
  3. Allah..lamanya tak masuk sini..ingat che mid lagi tak...dah besar2 anak-anak Yus ya..Alhamdulillah. Anak-anak lah yang paling seronok time nak raya ni..

    ReplyDelete
  4. Semangat nak melaram kasut baru sama tu.. KSian kena tunggu raya..hehee

    Apapun mudah2an Ariff menjadi anak soleh ye :D

    ReplyDelete
  5. wah dah ada kasut raya
    beg raya dah beli blom
    nak isi duit raya nanti hihi

    ReplyDelete
  6. semangat nak pakai kasut raya...hehe

    p.s: kak yus, alif lahir tahun bila? 2010 ker 2011? dia dah free diapers ke kak? hehe...

    ReplyDelete
  7. terkenang 1-2 tahun lepas time anak-anak dara aida masih kecik. pun gitu juga, nak test kasut raya. this year diorang tak kisah sgt. da besar kan. weekend ni baru nak gi cari sandal...

    ReplyDelete
  8. Ank lelaki mmg camtu kan yus. Takpelah.. Maknanya dia sihat dan otaknya bergerak. Tanda ank tu pintar. Mmg kdg tu akan tercabar iman tapi mereka nak perhatian je sbnrnya tu...

    Cantiknya kasut bunga tu

    ReplyDelete
  9. igt masa kecik2
    pantang mak ayah takde kat umah, kami adik beradik melaram dr baju sampai ke kasut
    siap bergaya pakai handbag.. dalam rumah
    hahaha

    ReplyDelete
  10. waa..come kasut raya dia.. ye la..anak2 paling eksited.. sama gak dgn asya.. hari2 tnya, lmbt lg raya.. lps tu ke hulu hilir..asyik test kasut raya dia

    ReplyDelete
  11. hu hu.. kasut raya... paling tak tahan tgk ultraman teman dia buat homework tu... pendorong motivasi dia tu agaknya hu hu... sebiji juge dgn perangai my boys kat umah hu hu...

    ReplyDelete
  12. Dah lama Ana tak melawat blog akak ni. Hari ni entah apa anginnya, siap update blog lagi..hihihi.

    Cantik tulisannya. Belum 4 tahun dah boleh membentuk huruf dan cantik, mmg cepat dan pandai. Anak murid Ana pun dah 6 tahun macam tak pernah pegang pensel seumur hidup. Ni dah bulan 7 barulah cantik sikit tulisannya.

    Well done, Arif!

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...