Wednesday, July 15, 2009

Home » , » Hati tak tenteram...

Hati tak tenteram...

Aku lupa masukkan botol air Aqil dalam beg sekolahnya hari ini. Dengan erti kata lain botol airnya tertinggal di rumah. Sampai saja SRD di rumah semula selepas menghantar Aqil ke sekolah pagi tadi, aku suruh SRD hantar botol air dia pula. Tak senang duduk aku mengenangkan Aqil ke sekolah tanpa botol airnya. Macam-macam aku fikir. Tentu dia haus nanti, tentu dia letih, penat dan sudah tentu balik sekolah nanti mukanya mencuka sebab aku terlupa letak botol airnya ke dalam beg.

Lega sikit rasa hati bila aku tahu SRD menghantar botol airnya ke sekolah. Tetapi, bila SRD pulang, dia kata, botol air Aqil tak sampai terus padanya. Sebab dia dah tak boleh masuk kawasan sekolah, pengawas dah tutup gate. SRD kata, ada anak Dr K yang baru sampai so, dia kirim pada budak tu saja untuk berikan pada Aqil. Masalahya budak tu kelas 1D, Aqil 1C. Aku jadi tak senang hati semula. Adakah Aqil dapat botol airnya itu, atau si Iqbal anak Dr K terlupa nak beri pada Aqil, atau botol airnya akan terus hilang seperti sebelumnya....Aahhhh!!!xpasti. Hati aku jadi tak tenteram. Kesiannya anakku kalau tak minum nanti...huhu. Harap-harap sampailah botol airnya ke tangan dia ....doadoa

***********************************************

Aku perasan blog aku sekarang tak ramai pengunjungnya. Tak seperti waktu aku mula2 berblogging dulu. Tahun 2006, 2007. Masa tu kira ramai juga yang kemari meninggalkan jejak. Tapi aku dah tak kisah dah. Sebab aku tahu, aku pun dah tak punya masa untuk blog hop macam dulu. Aku juga dah tak rajin tinggal komen di blog kawan-kawan yang lain. Aku juga semakin menyepi dalam dunia blog ini. Masa lebih pada keluarga, pada anak-anak aku yang lebih memerlukan perhatian aku.

Teringat sewaktu aku ke sekolah mengambil kad kemajuan Aqil beberap minggu lepas. Untuk sekolah kebangsaan alhamdulillah, Aqil dapat no 1, tapi sekolah agama dia hanya dapat no 8. Semuanya kerana dia gagal dalam dua ujian iaitu Ujian Amali Solat dan Ujian dalam bacaan solat. Dua-dua perkara dia dapat 30% saja. Malunya aku. Aku selalu ingat masih awal nak ajar dia. Aku dah selalu ajak dia ikut sekali bersolat, tapi bacaan dalam solat aku tak ajar dia betul-betul. Kalau dia malas, aku pun sama malas, biarkan saja sebab aku sibuk dengan benda lain. Mujur aku sedar, aku perlu lebih titik beratkan perkara ini sama dari awal. Selalunya aku lebih titiberatkan subjek maths dan BMnya. Boleh katakan hari-hari persekolahan nya mesti aku sediakan latihan tambahan untuknya. Tapi bab solat aku lupa.

Kerana terpukul dengan teguran dari ustazah Aqil, aku mulakan inisatif untuk latih tubi dia bacaan dalam solat setiap hari. Tak sangka sebenarnya ingatan dia memang cukup baik dan kuat. Aku yang selalu misjudge dia. Dia boleh ingat dengan cepat kalau aku pastikan dia mengingatnya setiap hari. Dan mulai minggu ini, dia sudah rajin solat setiap hari dan setiap waktu. Aku tak sebut, dia sendiri ingin buat. Malah dia sendiri berbangga dirinya sudah pandai bersolat. Sebelum ini dia pernah juga berkata ustazah dia marah sebab dia tak pandai solat lagi. Aku juga tumpang gembira dalam masa 3 minggu dia dah boleh ikuti dengan baik walaupun bacaan tahiyat akhirnya dan doa qunut belum lancar. Yang lain sudah begitu baik.

Aku sedar kini, pokok pangkal aku sendiri perlu kuat dan konsisten dalam mendidiknya. InsyaAllah anak-anak akan mudah ikut. Dan aku sendiri tak menyangka, dalam aku melatih tubi Aqil bacaan solatnya, Abid yang mendengar hari-hari sudah boleh ikut bacaan doa iftitah. Maksudnya hanya dengan mendengar apa yang aku ajar pada Aqil dan Alia, Abid juga boleh ikut. Kenapalah aku tak ajar Aqil dari seawal usianya 2 tahun dulu? Aku jadi tambah semangat. Cuma adakalanya mood aku juga tak menentu. Bila aku penat, keletihan dan mereka buat perangai, semua terpaksa mendengar amarah ku. Kesian anak-anakku. Aku ingin menjadi ibu yang baik buat mereka. Aku ingin mereka menjadi orang yang berguna satu hari nanti. Bantulah aku Ya Allah!

3 comments:

  1. Moga menjadi ibu yg hebat dunia dan akhirat.. Insyallah.


    Hatiku juga tak tenteram yus.. 3kul penenang jiwa..

    ReplyDelete
  2. tu la selalu org pesan 'belajar pandai2 tp solat jgn lupa.'


    insyaAllah masih lum terlambat lagi. sy ni Alhamdulillah sbb duduk dgn mak..jd ayah sy akan bwk Luqman ke masjid tiap2 zuhur dan asar dan waktu magrib pd hari khamis saja.

    ReplyDelete
  3. Azi: tak tenang kenapa pulak tuh azi? Berdebar menunggu hari yer...:D

    *************************
    Luna: setuju. Aqil hanya ke masjid pada hari Jumaat bersama abahnya, hari lain memang sibuk, weekend pun abahnya ada kerja kadang tuh...:(. Alhamdulillah belum terlewat rasanya, cuma dari sekarang kena lebih konsisten mendidik anak2 kita hal dunia dan akhirat kan Luna. Terima kasih atas nasihatnya..:)

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...