السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Pagi yang mendung. Kalau ikut perancangan asal, aku mungkin sudah berada di KL bersama SRD dan anak-anak. Tetapi oleh kerana Aqil ada Kem Bistari Solat di sekolahnya hari ini, terpaksa aku batalkan perancangan mengikut SRD ke KL. Aqil sendiri tidak mahu ikut. Dia begitu bersemangat hendak mengikuti kelas tersebut, الحمدلله.
Sewaktu Aku menghantar Aqil ke sekolah pagi tadi, kami terlihat Kancil merah berada dalam parit di jalan depan. Entah bila Kancil itu terhumban di dalamnya. Kelihatan ada dua orang berdiri di tepi jalan, sambil memerhatikan kereta Kancil itu. Bila agaknya kemalangan itu berlaku, dan bagaimana ia berlaku? Aku tak nampak ada sesiapa di dalamnya. Rasanya tiada kehilangan nyawa.
Dan sewaktu aku dalam perjalanan pulang ke rumah, semakin ramai orang yang memberhentikan kereta untuk melihat Kancil tersebut. Masih tidak kelihatan ada sesiapa yang tercedera. Namun aku masih pelik bagaimana kereta itu boleh terjatuh ke dalam parit tersebut. Yelah jalan kampung..... Takkan memandu laju sangat sampai tergelincir kedalam parit tu?Hmm macam-macam.
******************************************************
Kereta paling lama menjadi hak milik kami walaupun kami telah meninggalkannya di sini sewaktu kami di UK. Akhirnya kereta ini telah meninggalkan kami selama-lamanya pada bulan Februari yang lalu. Banyak jasanya pada kami. SRD sendiri sebenarnya paling sayang pada mu JBX. Sudah lama aku nak abadikan gambarmu di blog ini sebagai kenang-kenangan, tapi asyik terlupa saja. Hari ini aku kotakan hasrat hati ku itu. Jasamu akan tetap di kenang selamanya.
~ يوس ~

Yang tinggal hanyalah kenangan. Berjasa benar pada Tuan.
ReplyDeletedulu selalu keluar makan naik keta ni.. masa tu masih sejuk lagi... even masa keta kitaorg takleh start, SRD datang ngan JBX ni antar kitaorg balik amik kancil.. hehehe.. my istilah JukeBoX
ReplyDeleteabang long: memang banyak jasanya kepada kami..:)
ReplyDelete***********************
desilza: Jukebox?..hihi, dengarnya JBX sudah di cat baru dan ada sport rim baru. Pasti lebih menarik dia skrg, cuma kami tak tahulah saper tuan dia yang baru...
pemandunya ngantuk ker
ReplyDeleteMak Su: yer kot, pagi2 kan..
ReplyDelete