»
Bercuti di Residence Desa Lagoon Resort ( bhg 2)- Aku jumpa Pak Hamid Gurkha
Ok kita sambung cerita lagi. Ada yang terlepas bahagian 1,
lihat sini...
Ini cerita tebuk-tebuk. Belum lagi letak gambar mandi-manda di kolam hari Sabtu, dah cerita aktiviti hari Ahad...
Yang sebenarnya banyak sangat gambar. Aku masih belum ada mood nak resize dan letak watermark...
Pagi itu, seawal jam 7 pagi, semua dah bersiap nak ke pantai. Masing-masing dah bersedia nak mandi air laut pula. (Sebenarnya cecah2 kaki kat air aje).
|
Mula-mula sampai di tepi pantai, masing-masing konon nak main pasir dulu. Abid masih mood nak tidur sebenarnya tu. |
|
Selepas tu, masing-masing nak main air. Abid nak main juga, tapi dia takut air laut. Katanya ada ikan jaws. Satu lagi sejuk!!!! |
|
Air tengah pasang, dapat main air di tepian pun dah cukup bagus. Abid masih takut nak masuk air. |
Dalam kami seronok-seronok tu,terlihat kelibat Pak Hamid sedang jalan-jalan menghirup udara pagi. Sebenarnya, my sil Misz Sephia yang nampak dulu.
Aku yang semangat nak ambil gambar ni, senyum-senyum tengok dia lalu berkata, " Pak Hamid, boleh tak ambil gambar bersama kami?".
Oh! Pak Hamid memang sungguh ramah, dia ok saja. Ibu mertua ku yang malu-malu pada mulanya pun ikut sama....hihi.
Sempat lagi aku bertanya sesudah gambar di ambil, " Pak Hamid duduk di hotel mana?"
" Tuuuu!, " sambil dia menunjuk ke arah hotel tempat dia tinggal.
" Datang dengan siapa? Sorang aje ke?"
" Taklah, 20 orang datang."
Oh! Sungguhlah ramah tamah aku ni.Hiiiiiiiii!!
Jumpa Pak Hamid Gurkha pun nak kecoh aku ni kan. Korang layankan sajalah. Aku suka-suka je. Jumpa celebriti...kenalah kecoh....hahaha
.
Ok, ok nanti aku sambung bahagian lain pulak ye!
~ يوس ~
Kak, Irfan yg nampak dulu. Ana tgh main pasir dgn budak2 nih..hehe
ReplyDelete@Misz Sephia
ReplyDeleteOo..Irfan ke? Hehe..Akak kan sampai lambat sikit, Ingatkan Ana tadi...malaslah nak edit..:D
last terjah laut p cherating dan teluk cempedak. sabtu ni nak p tiara beach plak.. yahuuuuuuuuuu
ReplyDeletetua dah diaaa
ReplyDeleteseronok kan Yus bercuti bersama keluarga...semoga happy selalu :)
ReplyDeleteYus.. bebudak dpt main pasir seronok kan?
ReplyDeletePak Hamid masih nampak kuat biarpun dah tua kan?
@NM02
ReplyDeleteTiara beach Resort memang best!! Sesuai untuk anak2. Kami pun pernah ke sana
@pB
ReplyDeleteha'ah, tapi masih kuat bertenaga Yus tengok, berapa kali agaknya dia pusing ulang alik sepanjang pantai tu. Exercise!!
@n.hasleena
Bercuti bersama keluarga memang menyeronokkan..!TQ.
@aNIe
Hmm diorang ni dapat pasir mmg begitulah kak Anie.
Ha'ah kak, dan sporting juga..:D
salam kenaljugadari akak yus..terima kasih ..
ReplyDeleteseronok anak2 kan dapat pi bercuti dan mandi manda lagi..
time cuti2 sek ni dpt bw anak2 g holiday mmg bestkan kak...
ReplyDelete@kak Erna
ReplyDeletebetul tu kak. Walaupun hanya untuk dua hari, segarkan minda juga untuk ibunya, kalau tak asyik kat rumah saja...:D
@hajarus
ReplyDeleteIbunya dapat holiday sekali..tu yang lagi best..hihihi:)
Yus,
ReplyDeleteRajin dan laju betul Yus update blog sekrang ni.. byk Azi tertinggal nak baca.. cerita dari Yus... Seronok lihat pekembangan anak2 Yus.. specially Abid dan Arif.
@Azi
ReplyDeleteYus update blog hari2 sekarang. Kecuali Yus di luar kawasan..hihi, seronok!!