Hari yang agak sibuk selepas beberapa hari bersantai-santai di luar kawasan. Biasalah, bila balik saja dari berjalan kesesuatu tempat (tak kiralah balik kampung atau mengikut SRD atas urusan kerja), perkara pertama yang perlu selesai ialah mendobi baju. Banyak ok!! Al-maklum dah ada 6 orang semuanya dalam keluarga aku.
Selain itu, kami juga menerima tetamu. Ibu mertuaku, adik ipar perempuan, adik ipar lelaki dan biras aku ada sekali. Sudah pastinya aku tak boleh bersenang-senang mengadap komputer. Kini tinggal MIL dan my Sil, mata pun dah dapat lelap sekejap tadi, bolehlah aku nak buat entri...
Berita gembira di terima hari ini. Aku menang contest pertama KomenSen anjuran Pakngah. Keputusan pemenang telah Pakngah umumkan di dalam blognya di sini. Dari pagi rupanya dia dah umumkan. Aku ni tahu bila lihat ada komen baru pada entri sebelum ni pukul 1 tadi. Sungguhlah aku ketinggalan keretapi.
Sebenarnya pagi2 tadi sempat juga berdiskusi dengan my sil tentang jawapan kesemua peserta. Itupun setelah Pakngah buka semua komen yang ada jawapan dari para peserta. Al-maklum, kami berdua turut serta, jadi mulalah membandingkan jawapan. Dah rasa ada harapan untuk menang, tapi masih belum begitu yakin..hehe.
Dan bila Pakngah sendiri memberitahu di blog ini, kami berdua melonjak gembira. Tak sangka boleh menang. Hadiah boleh tahan lumayan...RM 300 tu. Alhamdulillah....rezeki. Kami berdua memang dah janji, siapa menang dia akan belanja yang seorang lagi. Nampak gaya akulah yang kena belanja ni..hehe.
Suka sebenarnya contest yang macam ni, perlu buat bacaan dan penelitian sebelum jawapan di beri. Dan jawapan juga berdasarkan fakta, kalau lain-lain contest biasanya pemenang pilihan dari penganjur.Tapi yang ni lain sikit, tu yang aku suka tu.
Apa pun kena tunggu hadiah di terima dulu. Aku sendiri belum fikir betul2 nak buat apa dengan hadiah tu. Tapi anak-anak dah naik sekolah ni, banyak nak guna duit. Boleh juga buat tambah2 kan.
Sekali lagi terima kasih pada Pakngah @ uncle Al-lavendari kita yang menganjurkan contest ni. Lain kali buat lah contest lagi. Saya pasti nak ikut sekali.
~ يوس ~
salam yus dan tahniah..menag ,..banyak tu..boleh sambut tahun baru..ataupu belikan sesuatu yang boleh dijadikan kenangan,.menang contest..
ReplyDeleteSalam Yus,
ReplyDeletetahniah...kerana telah menang contest Pak Ngah....wahhh lumayan buk! ...
salam yus...
ReplyDeletetahniah ye!! best ek menang2 ni :)
3rat pun masyuk tuh...tahniah kak...:)
ReplyDeleteyus,
ReplyDeletecongratssssss...1st place tu...rezeki anak2 alhamdulillah
wahh, kak yus menang besar :) tahniah...
ReplyDeletecongrats... kongsi la hadiah tu.. heheee... lenkali nak kena masuk contest la jgk.. mana tau menang.. hehee... tapi pemalas ni..
ReplyDeleteYusm dah terima hadiah akak pos tak hari tu?
ReplyDeletenurazzah8
Alhamdulillah dan tahniah Yus..rezeki tu...
ReplyDeletetahniah yus
ReplyDeletetahniah yus..rezeki anak nak sekolah tu
ReplyDeletemendobi yg leceh sekali..hehe
yus, tahniah utk kemenangan. maksu minta maaf tak join sbb maksu tak konfiden bab mencari jawapannya tu, maksu ni always on the run :)
ReplyDeleteYUS.
ReplyDeleteYUS MEMANG LAYAK MENANG !
LUPA NAK TANYA .. YUS ADA TULIS SEDANG TUNGGU HADIAH. DAH DAPAT KE BELUM ?
ReplyDeletemak aiii....RM300 tu....jeles neh...
ReplyDeletecongrate kak...
Tahniah kak! perghh.. masyuk 300 tu! hehe.. rezeki anak2 ye tak. :D
ReplyDeletewah bestnye..tahniah tahniah...
ReplyDeletemmg contest dia lain dari yg lain..hadiah pun lumayan