Thursday, December 30, 2010

Home » » Nak makan apa encik?

Nak makan apa encik?

Nilah hobi baru Abid sekarang, selain dari Ultraman. Ultraman tu bukan hobi baru lagi, tu memang minat sepanjang masa dan saat tu. Nak tidur pun masih ada aksi otomen...huhu.

Melalut pulak dah. Nak cerita hobi baru Abid kan. Usianya baru 4 tahun 1 bulan 10 hari. Dia memang belum pandai membaca lagi. Tahun 2011 ni baru aku nak hantar dia ke tadika. Dah boleh juga bunyi kan sukukata yang ringkas macam 'ba' 'ca' 'da'. Belajar dari buku Bacalah Anakku tu. Tapi yelah, aku pun kurang sabar ajar dia ni. Banyak sangat songehnya...:lol:. Jadi lambat jugalah perkembangannya. Balik-balik kat situ juga.

Semenjak dua menjak ni, dia suka sangat ambil kertas konon-konon dia jadi pelayan. Tanya apa kita nak makan. Lepas tu dia tulis dalam kertas.....;)

Dia memang dah boleh tulis ABC, tapi tulah belum pandai nak membaca kan. Dia tanya kita nak makan apa, kita sebut, lepas tu dia suruh kita eja macam mana nak tulis ni? Kita eja kan, dia tulis ler. (Kita pulak jadi tukang mengeja untuk dia...huhu)

"Nak makan apa encik?" tanya Abid.

Aku pun jawab, dan inilah yang dia tulis.....

Gambar 1: Tengoklah huruf 'i' dia tu, dah macam o pun ada, tapi ada batang lak kat bawah...:D
Selepas ambil menu apa kita nak makan, mulalah konon ke dapur sediakan makanan. Lepas tu, bawa tangan kosong tunjuk kat kita.

"Nah ibu, makanannya"....>:D<. Comel je tengok dia.

Itulah hobi baru dia sekarang ni. Habislah penuh satu rumah dengan kertas menu dia....huhu#-o

Aku dah bedebar-debar juga nak masukkan dia sekolah ni. Macam mana agaknya dia? Aku risau, sebab dia cepat 'panas'. Pantang orang ambil barang dia, habis kena lepuk nanti. Macam mana ye? Risau ni...:(. Takut semua kawan-kawan dia jadi lawan dia nanti. Konon-konon dia otomen, yang lain semua raksasa. Habislah.....:oops.

Gambar 2: My angel Abid Zulfan

~ يوس ~

22 comments:

  1. jadi tokei restoren nanti tu...hehe

    ReplyDelete
  2. @zino
    hihi...Amin. Moga-moga menjadilah berkat doa Abah Zino. Kena restoran yang besar dan banyak cawangan gitu...kan..kan..hehe

    ReplyDelete
  3. xpe..budak2 akn cepat blaja...
    tu pun da ok..4 thun da boleh tulis..tahniah..

    ReplyDelete
  4. ala comelnya.. kira oklah tu tak sekolah pun dah pandai tulis ABC.. bijak2..

    ReplyDelete
  5. @sarah-najwan
    Harap2 begitulah...risau dengan sikap dia yang kurang nak berkongsi tu, takut semua kawan jadi lawan dia...huhu

    ReplyDelete
  6. @Hanis Azla
    masih senget2 dan besar2 lagi tulisannya Hanis. Dan suka tulis huruf besar berbanding huruf kecil...:D

    ReplyDelete
  7. hebat tu dah boleh tulis

    layan sajalah...

    ReplyDelete
  8. marsha pon camtu... habis segala kertas.. kadang jd nurse, kadang jadi waitress, kadang jadi cikgu... cuti sekolah satu bundle kertas pon abis..

    ReplyDelete
  9. @Ati Masrif
    Rasanya normal bg budak2 sekarang kan. Kalau diorang lambat, kita pulak yg risau nnti.

    Tulah layankan saja hobi baru dia nak jadi pelayan tu...huhu

    ReplyDelete
  10. @MULAN
    Abid ni belajar dari kakak dia Alia tulah kak Mulan. Budak pompuan ni memang suka menconteng agaknya ekk, dah terjangkit kat adik dia. Tapi oklah, dia rajin sikit menulis...:)

    ReplyDelete
  11. salam yus..tak perlu risau..bila dah semua kanak2 sebaya dia nanti..dia pandai berkawan..mula2 aje..

    ReplyDelete
  12. Well done Abid.. lama2 nnt pandai la tulis.. ibu jangan risau sangat ok...

    ReplyDelete
  13. salam yus..hehe..bijaknya anak teruna ni.boleh buat menantu tu

    ReplyDelete
  14. hehe...


    comel aje Abid. Cerdik sungguh !

    ReplyDelete
  15. beritahu dia, jangan ingat lepuk dia jer. orang lain pun boleh lepuk jugak. barangkali lepukan orang lebih menyakitkan.

    tak usah bimbang sangat, bila dia masuk sekolah nanti, secara sendiri dia akan adjust. budak2 cepat adopt and adapt.

    ReplyDelete
  16. tahniah.. pandia lah Abid... tulisan pun cantik..

    ReplyDelete
  17. @Azi K'Lautern
    Ibu tak risau dia tak pandai tulis (sbb tahu lama2 nnti mesti dia pandai) ibu risau dia lepuk kawan dia..hihi

    ReplyDelete
  18. @suri solehah
    Moga2 sampai ke besar bijaknya,nnti tak boleh nak buat menantu juga kalau kecik je terrer kan..

    ReplyDelete
  19. @al-lavendari
    Biasa juga cakap mcm tu dengan dia pakngah. Tapi Abid ni ada lain sikit, orang lepuk dia, dia pun lagi kuat lepuk orang tu balik..huhu.

    Moga-moga dia cepat adopt dan adapt tu nanti..InsyaAllah.

    ReplyDelete
  20. @kak Erna
    Harap2 macam tulah kak...mula2 aje kan..:)

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...